Sunday, November 8, 2009

JANDA BAIK

8hb November 2009


Seawal pagi kul 7.30am aku dah dapat sms dari Istana Kayangan.. "Minah siap belum.. Lapau ni. Cepat la.. gi breakfast".. Terjun katil aku.. Aku mandi pun belum. Memang la ada janji ngan makcik Bedah ni nak gi Janda Baik. Janji kul 8.30am.. Dia nak gi cari batu tungku untuk urat-urat sarafnya yang tengah sakit..

Around 8.30am la jugak baru siap. Pi la makan kat kedai biasa.. Depan pasar raya Pak Aji kat Bandar Tun Razak.. Siap tapau ubi kayu rebus, pulut kuning dan roti jala nak makan sambil cari batu.

Kami pun meneruskan la perjalanan ke Janda baik. Aku jadi co-pilot je.. Tu yang best tu.. Syok sangat drive sambil borak, tup..tup rasa macam salah jalan je.. Pelik gak tak sampai-sampai. Rupa-rupanye dah nak sampai ke Bentong dah (ikut jalan lama). Patut la rasa lain je..


Kami pun decide untuk berpatah balik. Terlajak simpang rupanye.. On the way.. jalan bengkang bengkok ni, tetiba je Cik Bedah ni bawak kete punyaaaaaaaaaaa la laju.. Macam F1 la pulak aku rasa. Naik syeih kot minah ni.. Dalam ati aku dok kata "ooii minah aku tak kawin lagi la" hehehehe.. Bawak-bawak bertenang sikit.. Tak padan ngan kaki dok sakit, bawak kete tak ingat-ingat..

Cik Bedah tengah drive & jalan lama menuju ke Bentong


Sampai je ke kawasan kampung di Janda Baik ni, kami pun saja-saja survey jalan & port-port menarik sambil usya-usya umah orang kayo-kayo kat situ. Tak dok keje cam ni la.. Drive, drive, drive... dari jalan tar sampai ke jalan tanah. Siap termasuk dalam private property orang lak.. Selamba badak je kita orang ni..


Jalan-Jalan til jalan mati


Last sekali kami berjumpa ngan port yang rasanye agak privacy la sikit. Park kete pun depan tu je.. Ni kawasan private property orang gak. Berhampiran Pondok Impian. Apa lagi sesi foto-foto pun bermula... Tengok location ni best lak if dapat mandi manda.. Tak dak orang kacau.. Menyesal la pulak tak bawak baju spare.. Kali ini setakat rendam-rendam kaki je boleh.. Lebih-lebih, pendam perasaaan je la...

Sesi foto-foto


Tujuan utama kat sana adalah untuk mencari batu, so terbongkok-bongkoklah cik bedah & aku, dok tengok dalam air kot-kot jumpa batu yang bersesuaian.. Setelah hampir setengah jam mencari akhirnye berjumpa la ngan batu yang berkenan di hati.. masa tu daki-daki kat kaki pun dah cukup kembang.. Hehehe..



Seisi foto-foto bersambung & tenyih daki

Aktiviti sampingan, dah alang-alang datangkan... apa lagi ambik batu tenyih la daki-daki yang kembang kat kaki tu.. Jimat belanja. Tak yah gi spa. Sebelum balik kami pun makan la ubi kayu rebus bersama gula & kelapa yang dibeli tadi. Sedap pulak rasa ubi ni bila makan dalam air ni..

Cik Bedah sibuk cari batu & makan ubi kayu rebus

Memandangkan hari nak hujan, kami pun buat keputusan untuk pulang. Dengan niat di hati akan datang lagi untuk mandi manda. Sampai Genting sempah, Cik bedah nak suruh tunjukkan jalan ke Kolam Air Panas dekat Selayang tu, aku onn je.. Lokasi yang hendak dituju pun sampai.. Tengok-tengok agak mengecewakan.. Tempat nye tak berjaga ngan sempurna. Agak kotor. Air dia berbau. Ada 3 kolam, 1 kolam je aku rasa aku sanggup nak guna air tu. Lagi 2, air dia keroh & berbau. Kita orang just tengok..

On the way back, sampai area Valdrome Bandar Tun Razak, Cik bedah tetiba teringin nak makan ayam kampung yang famous kat situ. Singgahlah.. Emm apa lagi lipat la sepinggan penuh nasi.. Melayang lagi la diet aku...

Petang kul 3pm, aku gi umah sewa kak siah, nak discuss pasal awning with kontraktor yang dah tunggu kat sana. Tetiba si kakak & adik nak mai umah sebab tak de orang kat umah dia. So, aku bawak la budak 2 orang tu gi TESCO beli makanan.. Kang lapau lak. Umah aku tak de bende pun.

Kul 5.30pm bawak dia orang gi mandi kolam. Jumpa adik Ustad yang ngajar aku mengaji dulu kat tepi kolam. Kecik betul dunia ni. Rupanye Ustad tu dok Mentari Kondo & adik dia Lestari blok A. Maka citer-citer mak-mak pun bermula (banyak mak-mak orang kat situ, tengok anak dia orang mandi). Yo yo je dia orang citer pasal jaga anak dan lain-lain.. Siap tanya-tanya aku lagi. Aku bujang lagi la.. Jatuh saham je makcik-makcik ni.. Aku ni nampak macam mak budak ke eek??? Sedihnye...

2 comments:

  1. Amboi korang posing tak hengat dunia. Nasib baik tak tergolek masuk sungai. Hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Nak buat cam na.. Mengidam nak posing kat oversea,tapi uit tak dak. So, sg pun sg la.. Banyak lagi gambau posing maut tapi tak leh le tunjuk... Cover cover..heheheh

    ReplyDelete