Monday, April 26, 2010

CHOCOLATE GIFT & AUS BIRTHDAY

24HB APRIL 2010 - SABTU


Sekejap je masa berlalu eeh.. Sedar tak sedar, adik bongsu aku dah pun berusia 27 tahun hari ni. Dah boleh kawin dah pun.. hehehehe..



Ni la adik bongsu aku (yang besau tu.. yang kecik tu anak buah)


To Aus :

"Happy birthday, moga panjang umur, murah rezeki, menjadi anak yang soleh dan cepat-cepat le kawin dan moga mendapat isteri yang solehah.. Emm.. apa-apa pun.. perut kasi turun sikit dulu eeh... hehehehe.."



Balik dari keje aku nak gi makan. Jumpa la ngan "tikus-tikus" aku yang baru balik rombongan. Terkezut sesangat bila tetiba dia orang bagi coklat kat aku. Kata dia orang "Ni coklat hadiah birthday untie..".




Coklat dari "Tikus" yang dikenali sebagai Princess


Rasa terharu sesangat and tak tau nak cakap macam mana perasaan aku masa tu. Memang coklat tu tak mahal mana tapi, nilai ingatan dia orang tu buat aku rasa terkejut, terharu, sebak, terkedu dan lain-lain. Tak terpikir lak yang dia orang akan ingat kat aku sampai cam tu (bab-bab ni aku memang over cikit...). Lagi pun birthday aku dah 4 bulan berlalu. Dia orang ingat lagi tu..



Coklat dari "Tikus" mulut Muncung @ Laser

Sayang rasa nak makan. Tapi bila dah dipaksa gak makan, aku pun bukak le jugak. Sedap la pulak coklat tu. Aku ni dah le "antu" coklat. Habis la diet aku nampak gayanya...


Actually dia orang gi rombongan ke kilang coklat hari ni. Duit belanja yang diberi digunakan untuk beli coklat untuk aku. Untuk dia orang tak de pun. Tak cukup duit. Sian lak.. Bagi rasa yang dibelikan kat aku pun tak nak sebab coklat tu hadiah untuk aku, so dia orang tak nak makan. Beli khas tu...


Pada kakak & adik :


"Tima kasih bebanyak yek sebab beli coklat untuk untie. Sedapppppp sangat coklat tu.. Next time gi mana-mana beli lagi eeh.. hahahaha... lawak je.. Luv u... Muah muah muah..."




p/s - Hadiah birthday dari Bapak Tikus ak Mak Tikus tak de eeh.... Hehehehe...

Saturday, April 24, 2010

BERITA GUMBIRA...

23HB APRIL 2010 - JUMAAT



Akhirnya, penantian keluarga aku berakhir. Berita yang aku terima melalui sms jam 4.29pm hari ni amat-amat mengumbirakan. Sms tersebut berbunyi :-

"Askm... pelan bangunan dah lulus.."

Ringkas tapi sungguh bermakna bagi kami yang telah menunggu sekian lama. Penantian satu penyeksaan. Hehehhe..

Sms tu di kirim oleh pelukis pelan yang diamanahkan untuk melukis, submit dan sebagainya pelan bangunan rumah kediaman keluarga aku yang akan dibina di tapak asalnya. Now, langkah seterusnya bolehlah dijalankan. Proses berbincang ngan kontraktor yang akan dilantik untuk merealisasikan impian kami 11 beradik.. Moga impian menjadi kenyataan dan moga Allah mempermudahkan segala urusan berkaitan pembinaan umah ini..

Tak terbayang saat-saat indah nanti bila kedua orang tua ku yang tersayang melangkah masuk ke rumah baru di atas tapak asal mereka membesarkan kami 11 beradik....

HAPPY BIRTHDAY YANG KE 47 ANJANG

22HB APRIL 2010 - KHAMIS



N3 ni special for my beloved sister Hajah Hajrah Binti Haji Abdul Jabbar yang lebih mesra dipanggil kak Lah or Anjang. Anak keempat dalam famili aku. Lagu ni khas untuk you my dear sis..







"Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to you Anjang.. Happy birthday to you..."



dengan ucapan



"Semoga panjang umur, murah rezeki, ditetapkan iman, menjadi anak dan isteri solehah, ibu mithali dan terus bahagia disamping suami dan anak-anak tercinta..."






SAKIT TEKAK

21HB APRIL 2010 - RABU



Tak tau nape tetiba sakit tekak aku ni makin menjadi-jadi. Dari hari Isnin lagi. Nak telan air liur pun takut jadinya. Sakit bebenor. Malam langsung tak leh tido. Asyik dok "berkokok" je. Sampai ada peringkat yang aku letak ais kat tengkok. Dah rasa panas semacam.


Air dah bergelen aku minum. Naik letih ulang ke toilet lak pas tu. Nak gi klinik tak de masa lagi. Sibuk ngan keje-keje opis yang berlambak-lambak. So, apa yang boleh aku buat, ikut la bakal DR Al-Azhar cakap, zikir bebanyak.. hehehe..


Ni first time aku kena. Fuhh.. sakit rupanya sakit tekak ni. Nak sujud pun payah. Rasa nak tercabut segala urat-urat kat tengkok ni jam tu.


Memandangkan aku tak leh tido sesangat malam harinya, bila siang dalam kul 4.30pm cam tu aku akan jadi "mabuk" semacam. Mata langsung tak leh nak bukak. Tension giler. Cepat la baikkkkkkk, dah tak tahan dah...

Friday, April 16, 2010

"IKAN OH IKAN"

16HB APRIL 2010 - JUMAAT

Selamat datang ke kelas "IKAN". Banyak ikan dalam dunia ni tapi yang nak dibicarakan adalah ikan-ikan yang terpilih sahaja..

Ikan Paus
- Besau sangat. Tak padan. Setakat pakan joran yang diberi oleh Cik Lijah tu without umpan. Memang tak jalan la. Ikan paus ni pun dah tersangkut dalam pukat orang lain. Bot sedang-sedang je sizenya tapi cantik la bot tu. So kira ok lah kan. Terjamin masa depan. Bandingkan joran aku ngan size ikan paus tu, cam langit ngan bumi. Besau betul harapan Cik Lijah pada joran dia tu. Kelakau lak bila pikir balik. Aku suka sangat tengok citer Free Willy...

Ikan Dolphin
- Cutekan ikan ni. Comei gitu. Nampak penyayang sangat gayanya kan kan. Suka manja-manja gitu. Nak tangkap ikan ni tak leh la tangkap sekor je. Kena tangkap ngan kekawan yang sewaktu dengannya. Cian ikan ni, dah selalu berenang berkumpulan tetiba dipisahkan. Kejam lak rasa. Akurium cukup besau tak nak tangkap semua?? Mampu ke jaga cam dia dihabitat asal or leh jaga lebih baik??. Banyak kena pikir tu .. Teringinnya nak berenang ngan dolphin cam dok tengok dalam tv tu...

Ikan Todak
- Ni ikan spesis nak serang tak serang. Kekadang suka serang hendap. Tu yang boleh tergugat tu. Sekali tertikam ngan jarum dia tu, kesan seumur idup tu.. Meraung pun boleh. Tapi ikan ni amat-amat menarik perhatian. Mungkin lain sikit bentuk dia kot. Pandang tak jemu di mata aku la. Suka yang lain pada lain ni. Aku biasa tercucuk sekali, sakit oooo. Sampai la ni rasa nyilu bila ingat balik.. Hope tu la pertama dan terakhir kena. Tak mau dah. Sakit giler. Penangan si Todak. Tetiba teringat lak dolu-dolu suka tangkap anak ikan todak dalam sungai tepi umah tok.

Ikan Bilis
- Emm.. yang ni favourite Cik Lijah. Tak leh tak de. Tak de satu hari pun, leh meraung minah ni dibuatnya. Makan makin banyak, tido makin lena la jawapnya nanti. Penangan si ikan bilis ni. Dasat-dasat..

Ikan Mackarel
- Nak sebut nama dia pun dah biru mata itam ku. Almaklumlah aku ni lidah tempatan walaupun berkacukkan yang betulnya. Rupa cam na pun aku tak tau. Tunggu sampai ikan ni tukau ke nama melayu lah. Ni kena jarum Cik Lijah ni. Dia pakar dalam 2 jenis ikan ni - Ikan bilis & ikan mackarel. Memang tak leh dipisahkan dalam idup dia.. So tak leh komen banyak-banyak bab dua ikan ni. Kang kena taskirah ngan si Lijah lak...hehehehe...

Ikan Shark
- Fuhh.. ganas ikan ni. Dalam renking top-top je. Banyak ikan dok follow dia. Almaklumlah ikan ni kan suka low renjer cikit. Berenang pun with famili dia and sewaktu dengannya je. Tapi ada gak ikan-ikan kecik yang berani dok berenang beriringan. Perasaan tak. Kita nampakkan dalam akurium. Emm.. sedapnya if dapat makan shark fin soup... Tapi mahal la..

Ikan Siakap
- Sedaaaaaaaaaaaaaaap ikan ni kalau buat steam. Masam-masam sikit gitu. Fuhh makan hingga menjilat jari. Emm.. Bila eek si Cik Lijah ni nak masak untuk aku. Sebut selalu dah, masaknya tak lagi..

Oklah, masa time dah sampai.. Kelas tak leh buat panjang-panjang. Kang mengantuk lak orang-orang yang membaca. Kita sambung topik ikan-ikan seterusnya pada episod akan datang yang tak diketahui bila tarikhnya..

Kelas ni hanya untuk ahli-ahli yang berdaftar sahaja. So, pada sesapa yang tak faham langsung citer ikan di atas harap maaf lah yek. Hanya orang-orang sewaktu dengannya je yang mampu memahami sepenuhnya citer ikan di atas...

To Cik Lijah :
Bawak-bawak paham la yek bab-bab ikan di atas terutamanya bab ikan siakap tu eek.. Letih tu citer pasal ikan lain sementara nak sampai ke turn ikan siakap tu.. yang dicipta khas untuk ngko Cik Lijah ooi.. hehehe...

Thursday, April 15, 2010

CINTA & CIPTA

15HB APRIL 2010 - KHAMIS




CINTA & CIPTA



Berjalan terus berjalan

Tentui jalan yang nak dituju

Mencari terus mencari

Intan bukannya batu


Berliku jalanan berliku

Berbagai rintangan bagi ku

Taqwakan rasa hati mu

Kita titi satu persatu


Diriku serta dirimu

Hidupmu juga hidupku

Cinta dan cipta yang satu

Hanya takdir yang menentu



Mendaki hingga ke puncaknya

Berenang hingga ke seberang

Matlamat hidup kita

Pasti akan berjaya....



Diriku serta dirimu

Hidupmu juga hidupku

Hanya takdir yang menentu

Cinta & cipta yang satu



Hidupmu serta hidupku

Diriku juga dirimu

Hanya takdir yang menentu

Cinta & cipta yang SATU.....



Aku suka sangat lagu ni.. Lirik dia simple and message yang nak disampaikan bagus sangat bagi aku. Rentak kehidupan....


Actually, aku 1st dengar lagu ni zaman sekolah menengah rendah lagi. Hujung tahun 80an (if tak silap la). Dah berpuluh tahun yang lalu. Lirik yang aku ingat hanyalah apa yang diwarnakan tu je. Entah nape tetiba rasa nak cari lagu ni lak hari ni. Aku agak-agak je la tajuk dia tanpa tau sapa penyanyinya.


Search punya search dan after di download dan di dengar.. Betul la lagu ni yang ku cari. Senyum je.. Suke cangat.. Baru hari ni la aku tau penyanyinya sapa - Sweet Charity dan baru hari ni la aku dapat menyanyikan lagu ni sepenuhnya. Aku dah hafal lirik dia.. Hehehehe...




EXAM DAY & RELEASE TENSION DI I-CITY

10HB APRIL 2010 - SABTU


Tak lelap tido ari ni. Almaklumlah, kul 8am ada acara "main pinball" (aku menduduki exam SPA Gred 41). Terlebih excited nak menembak rasanya aku ni.. heheheee.. Sesampai je kat Sek St Mary, berdebau lak rasa. Aku langsung cam tak bersedia untuk "berperang" ari ni. Semua muda-muda berlaka. Macam fresh graduate je gayanya.


Keseluruhan 7 paper yang akan aku duduki untuk peperiksaan ni. Jam 8am mula dan berakhir jam 5pm. Break hanya 20min bagi setiap paper. Naik nak termuntah menjawap rasanya. Ada yang senang dan ada yang susah dan ada yang tak cukup masa untuk menjawap.


Bagi aku sekadar tembak apa yang patut, janji semua peluru melekat disasaran. Tak kira la kena ke, sipi sipi ke or langsung tak kena. Janji aku dah guna peluru yang ada sepenuhnya. Hahahaha...


Dua paper yang terakhir tu buat aku rasa betul-betul nak termuntah. 425 soalan dalam masa 2jam dan soalan yang berulang-ulang. Apa-apa pun aku la orang terakhir yang hantar kertas tu dan kuar dewan. Tu pun penjaga periksa tu cakap "Puan masa dah habis.."


So conclusionnya.. untuk ari ni, aku la yang "berjaya" dalam permainan pinball ari ni.. Aku yang last kuar "padang" kan.. hehehehe... Tapi result sama ada aku terpilih untuk mewakili pertandingan seterusnya... Jawapan dia Tunggggggggggggggggggggguuuuuuuuuuuu.... 17 mei akan datang... Kuang Kuang Kuang..

Bagi menghilangkan tension dan meraikan kejayaan aku menduduki exam yang aku tak nak sangat gi tu, aku ke I-CITY, Shah Alam dalam keadaan sakit-sakit kepala tu. Tak kisah dah sakit ke apa. Janji release tension...





Cantik tempat ni. Rugi sapa yang tak gi. Aku gi pun tanpa planning. Tak le bawak kamera (memang tak de kamera pun.. hahahaha). Orang punya la ramai. Hujung minggu. Nasib dapat parking di kawasan yang tak le jauh sangat dari tempat ni.




Yang sedihnya, baru je snap empat lima keping gambar, bateri hp lak kong. Tension sungguh. Nak kata apa lagi kan. Memang dah dekat dua hari aku tak charge bateri pun. Sibuk study la katakan..



Dah la tangkap dua tiga keping je gambar, tak berapa cun lak angle dia. Almaklumlah suruh bebudak tolong tangkapkan. Tak salah dia orang pun, view point pada aras yang berbeza, cam tu la jadinya,, hehehehe...







Kreatif betul dia orang ni. Semuanya dari lampu. Banyak bentuk binatang yang dia orang buat dari lampu. Ada swan, rusa, katak, panda dan lain-lain.








Selain dari dapat tengok lampu tu, ada la juga sudut jualan permainan, hiasaan dan sebagainya yang berasaskan lampu. Ada cekak, jam, mainan kanak-kanak dari lampu, ada macam-macam la. So, kepada mak bapak yng berkunjung, get ready la.. tengok muka moyok anak-anak masing-masing selagi tak dapat apa yang dikehendaki dari kedai-kedai jualan tersebut..




Setelah menghayati apa yang patut, aku beransur pulang. Apa-apa pun sebelum balik, perut perlu di isi. Baru lena tido..

STUDY NAK EXAM....

9HB APRIL 2010 - JUMAAT


Pepagi lagi aku dah ke library negara. Lama giler tak pijak kaki ke sini. Ambik cuti kerja dengan niat nak pulun habis baca buku. Dah nak terberak baru nak korek lubang cam ni la jadinya. Esok aku akan menduduki ujian SPA Gred 41. Surat panggilan untuk menduduki peperiksaan baru je dapat. So, bukan le salah aku sangat kan kan kan...

Aku zero terus. Tengok skima soalan, dah rasa nak makan pun tak lalu. Mana satu nak cekau entah. Yang lagi tak leh tahan tu, baca setengah jap. Tido 2 jam.. Hehehehe... (dalam ati dok kata gak, patut la anak-anak buah aku, bagi je buku suruh baca, dan dan tu la mengantuk la apa la.. Mak buah pun sama. 2 x 5, 5 x 2... Tapi ni rahsia, tak leh cakap kat dia orang. Kang tak berpeluang lak aku nak membebel kat dia dah.. Kuang kuang kuang..)

Aku dok "pulun baca" sampai library tutup la. Kalau tak lulus tak tau la. SPM pun tak baca cam ni. Hehehehe.. Persiapan ni bukan apa, just tak nak "look stupid" sangat dalam dewan tu kang. Nak menembak pun at least kena sipi-sipi tak le malu sangat kan...

Dah berpuluh tahun tak study maut cam ni. Tetiba rasa syok lak. Cam nak sambung belajau balik je. Indah sungguh saat-saat jadi student ni. Tensionnye waktu exam je tapi bila dapat result, fuhhh... tersenyum puas. Terasa nikmat & terbayau semua yang diusahakan selama ni... hehehehe..

Master, PHD or Degree lain lak????????

Tuesday, April 6, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU HAFIZUL AL-HAFIZ

4HB APRIL 2010 - AHAD


Jam 11.00am, aku dan Jamnah bertolak ke Parit Buntar dari umah mak. Gi sana nak menghadiri majlis perkhawinan adik @ jurukamera @ pemandu pelancong kami masa di Egypt dulu.

Yang paling aku tak leh tahan tu, si makcik Jam ni ngan selamba je cakap both of us senior si Hafizul kat Egypt dulu (masa mak dia tanya). Poyo je muka minah ni masa jawap. Mak dia pun konfius gak kot, tengok gaya berpakaian tak nampak pun balik Mesir.. hehehehe.. Orang lain balik Mesir (pengajian agama) bertudung labuh litup. Kita orang biasa je... Apa-apa je lah kan.. Kita orang yang rasa cam tu kot.. hehehe..


Both belajar di Mesir & akan pulang ke Mesir


Selamat pengantin baru dan moga bahagian hingga ke akhir hayat khas buat :

HAJI MOHD HAFIZUL AKHBAR AL HAFIZ BIN ABDUL RAHMAN

dengan pilihan hatinya

NOR HIDAYAH BTINTI ABD RAHMAN SAED



Senior & Junior


"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya diciptakanNya untuk mu pasangan hidup dari jenis mu sendiri, supaya kamu mendpat ketenangan hati dan dijadikanNya kasih sayng di antara kami. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaranNya bagi orang-orang yang berfikir" - QS-Ar-Rum : 21

Monday, April 5, 2010

POKOK ANGGUR DAH BERBUAH

4HB APRIL 2010 - AHAD

Pada kebiasaannya pepagi (kalau balik kampung) aku suka gi melawat kebun bonda kat tepi umah. Macam-macam ada. Buah terung, cabai besar, cabai melaka, sayur sawi, kucai, pegaga dan macam-macam ada lah. Semua segar-segar and amat-amatlah lebat buahnya. Opps... terlupa lak yang istimewa sekali... Pokok Anggur....


Pokok Anggur Yang Ditanam Bonda


Mai nak citer pasal pokok anggur ni... Kisahnya begini. Masa tu aku di kebun bonda (yang tepi umah tu), bonda and kak siah kat dapur tengah masak.

Aku : Mak, pokok anggur mak ni bila la agaknya nak berbuah eek.. Tak nampak gaya pun..

Mak : Ehh.. dekat dah nak kutip hasil. Lori pun mak dah tempah dah. (jawap dari dapur dengan happy je bunyinya)

Aku : Tempah lori nak buat apa? (Tak faham yang betulnya nape nak tempah lori)

Kak Siah (Kak aku No. 5) : Laaaaaaa... Nak kutip hasil anggur la... Dekat nak masak dah (sambil gelak-gelak ngan bonda di dapur)

Aku : Yo lah tu... beranggan la.. Janji bahagia.. (sambil gelak)

Mak : Laaaa. Tak caya. Dah berbuah la anggur mak. (sambil datang ke arah aku with kak Siah)

Aku : Yo lah tu.. Try tunjuk bukti cikit.. (eksen je aku masa tu sebab tiap kali makan buah anggur, bonda mesti kata "Ni buah baru petik dari pokok anggur mak tu..". Tu yang nak bukti tu.. hehehe)

Mak : Haa.. kan mak kata akan berbuah punya. Abah pun tak caya mulanya.. Mai tengok ni... (senyum bangga je..)

Bonda pun lalu menunjukkan le bukti-bukti yang ada. Terkezut and teruja badak aku.. Malu pun ada cikit sebab yo yo je aku kata mak berangan tadi (soli mak eek..). Dan dan tu gak aku gi ambik handphone tangkap gambar buah anggur ni. Hehehehe...

Apa pun sesungguhnya tidak dinafikan memang sejuk tangan bondaku ni. Apa saja yang ditanam pasti hasilnya dapat dilihat. Memang minat dia menanam tambah-tambah pokok bunga. Berbunga sakan...

Actually, kak long aku yang bagi benih pokok anggur ni. Bonda yang tanam dan jaga. Bila orang kata pokok tu takkan berbuah sebab tanah tak sesuai. Bonda mesti kata, InsyaAllah berbuah nanti. Berkat kesabaran & keyakinan diri, nah ambik ngko... Tengok lah hasilnya... hehehehe...

Buah Anggur Pokok Bonda


Kecik Lagi.. Buah Sulung.. baru Belajau Nak Berbuah

To Along:
Nak makan anggur balik le... hehehhe

Moral of the story, Tak de bende yang mustahil dalam dunia ni and tak rugi kita berbudi pada tanah, kita pasti tersenyum melihat hasilnya....

ASRI BIRTHDAY

2HB APRIL 2010 - JUMAAT



"Selamat hari jadi.. Selamat hari jadi.. Selamat hari jadi Asri.. Selamat hari jadi....'

Hampir sebulan yang lalu, tiap-tiap hari budak kecik dalam gambar ni asyik dok call aku ingatkan birthday dia ari ni dan dia nak Mak Lang yang buat kek birthday. Suruh order dari secret recepi pun tak mau. Nak kek Mak Lang gak.



So, atas permintaan nak kek Doremon, maka Mak Lang pun buat la. Cun betul kek ni. Dah tu laris gitu. Habis semua. Memang sedap kek ni kata semua yang makan. Kek layer blueberry di dalamnya. Majlis memotong kek diadakan di Sek Agama Masjid Negara. Atas permintaan birthday boy ni..

So, kepada sesapa yang nak order kek, boleh la menghubungi talian 0173777505 Puan Aishah. Anda pasti berpuashati. Macam-macam ada....



Malam hari lak, mamat ni diraikan di gelanggang silat. Kira macam raja sehari la katakan. Kat sini dia bagi muffin lak. Pun di order pada Mak Lang Aishah...

SECEBIS HARAPAN

1HB APRIL 2010 - KHAMIS



SECEBIS HARAPAN


Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan


Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal


Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan


Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan


Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padaMU ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padaMu ku serahkan


Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padaMu Tuhan
Tuhan..........


***Jiwa ku perlu terus mengembara mencari "cinta sejati"... Adakah akan ku temui.....***

ATI KU MAKIN MENGECIL

30HB MAC 2010 - SELASA


Ati ku makin mengecil... kecil.. kecil.. kecil...... :-(

Aku cuba bertahan selama ni tapi hari ni ternyata aku tewas setelah lama ku sembunyikan segala perasaan itu.. Sesungguhnya aku tewas melawan perasaan sendiri..

Aku tidak boleh lagi menipu diri aku untuk menerima segala-galanya tanpa sebarang perasaan kecil hati. Aku hanya manusia biasa.. yang punya hati dan perasaan..

Aku insan yang cukup lemah sebenarnya....


ASYIK MARAH JE

29HB MAC 2010 - ISNIN


Nape asyik nak marah-marah?

SEMUA KENA MARAH

24HB MAC 2010 - RABU

Mabuk je rasa ari ni sebab langsung tak tido, pas tu fulling swing lagi pagi ni. Emm.. adat la, bila dah keje banyak, banyak giler.

Kul 2pm baru tau apa yang aku takutkan terjadi, benar-benar terjadi. Tender yang di buat macam nak rak sepagian tu lambat sampai dari waktu yang ditetapkan. Kira disqualified la tender tu.

Maka apa lagi, bergegar la tingkat 3 opis aku ni. Semua kena marah ngan bos (tahap kemarahan ni boleh tangkap berharian ni...). Nasib aku tak kena sebab aku membantu semalaman. Selamat.. selamat.. selamat...

HARI INI DALAM SEJARAH...