Sunday, April 29, 2012

KAHLAVTI BERSAMA YONG MOH KEMBARA

29HB APRIL 2012 - AHAD

Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
Berjaya gak makcik mentranferkan gambar-gambar ini dari hp makcik ke dalam blog ni. 4jam berkerja keras akhirnya berjaya. Ni la gara-gara hp pinjam & makcik lak ala-ala buta IT cikit.. 

Bertungkus lumus makcik malam ni sebab masa dok berkahvalti tadi pagi dah pasang niat nak publish malam ni gak.. So, tercapai sudah.. hehehehe...


Mai kita tengok menu makcik pagi ni.. Senang je.. makcik pi kedai beli roti.. Roti je.. Drive ambik Yong Parit kat Ampang... Drive pi Shah Alam. Masuk umah.. Jeng jeng jeng...



 Mee Kari Versi Moh Kembara


Mee kari yang memang sedap hingga kering le pinggang makcik makan dengan tak malunya. Makcik selalunya payah sikit bab kari-kari ni tapi yang ni memang sedap bah..

Pastu.... 

2nd....

Sucuk From Turkiye With Love

Makcik makan lak sucuk yang sedap sesangat & kena dengan selera makcik ni. Sucuk ni ada rasa spice dan masam-masam sikit. Memang best.. Ni 1st time makcik makan. Masa pi turkey tu takat tengok je. Ingat kena masak susah-susah, rupanya mudah je. Rugi tak beli dulu. 

Pastu ini lak...

Home made Jam Buah Tin

Ni pure home made dari turkey. Memang tak jumpa le kat tempat lain. Nama glamour bahasa turkeynya makcik tak ingat. Yong Moh kembara khabor tadi,tapi makcik  ni 'muda' sangat.. mudah lupa. Yang fahamnya dari buah tin. Ada campur gula cikit. Ist time gak makan ni. Best tak manis tak masin. Makan ngan roti bako + keju putih masin tu + jam ni, mak aii sedap bangat bah...


Pure Gula Anggur

Sesedap rasa je makcik boh nama.. hehehehe.. Ni yang dalam mangkuk ni, buah anggur yang dimasukkan dalam periuk dan di masak lelama tanpa masuk gula ke bende. Rasa ala-ala gula kabung & aroma yang wangi. If Yong Moh Kembara tak khabo tadi, mau makcik ingat gula merah tadi. If nak makan ngan kuih lopez kita pun sedap...


Buah Zaitun, Home Made Keju Putih, 
Kedai Made Keju Kuning,Tomat & Telur


All the juadah kat atas ni leh makan ngan roti or makan gitu je or cicah le ngan mana-mana yang berselera dek tekak memasing. Bagi makcik yang memang gemar cuba yang baru, Semua yang dihidangkan ni memang superb. Kena dek tekak makcik. 

Pastu  ada lagi ......
Perut dak konyang ni..





BisKut Hazelnut & Coklat Sudu


Memandangkan yong kita ni punya ladang hazelnut, maka masakannya pun semuanya guna hazelnut. Biskut ni lazat gitu. Mana taknya, dalam tepung dah ada hazelnut, siap boh sebijik-sebijik lagi kat atas tu. Mau beli kat kedai Rm1 sekeping tu. Sudu tu mula ingat ke sudu untuk diguna pakai, rupanya sudu untuk di ngap masuk perut. Lembut je coklat dia. Sayang nak makan betulnya. Cute betul coklat tu.

Mana kita orang dapat semua ni???  Jap eehh....



Aku & Kembar Kembara Ku....

Ni le kita orang yang kekenyangkan dijamu oleh Yong Moh Kembara yang baru je pulang dari Turkey... Dalam kepala makcik bila sebut je turkey maka Yong Moh Kembara le yang kuar dalam fikiran. Sampaikan kat Mekah nampak je orang turkey teringat kat yong kita ni... hehehe.. 

Semua our breakfast ni ditaja oleh Yong Moh Kembara. Kahvalti  Ala-ala Orang Turkey gitu.. Selalu tengok je dalam blog yong ni, kali ni dapat rasa sekali.

Mai nak citer sikit, yong ni rakan blogger makcik. Ini le 1st time jumpa tapi makcik rasa cam dah lama bebonar kenal. Yong ni sempoi habis. Tu yang best tu..  Masa kat Mesir yong kita ni ada le sms ajak makcik berkahvalti bersama tapi jauh bangat bah masa tu. Balik sini yong kita jemput lagi, so makcik dah tak balik kampung tu apa lagi terjah le umah yong kita ni. If tak tak tau la bila nak dapat jumpak.

Makcik pun ada kirim  something dari sana, so leh le gi collect sekali. Ce teka apa ni...


Hahahaha... salah.. Ni le pengosok badan yang dibuat oleh kaum-kaum hawa di kampung yong ni di turkey. Makcik order 2. Sekali tengok sayang da.. nak guna.. Cantik.. Pengosok badan tercantik yang pernah makcik ada... hehehehe...

Bukan tu je.. hasil buat muka kesian kat yong kita ni, maka makcik berjaya gak le mencayorkan ati yong kita untuk menjual sehelai selendang ni pada makcik. Makcik memang berkenan sesangat ke jahitan kait yang halus kat tepi selendang tu. Dah lama dah dok idam. Walaupun saiz kecik sikit, tapi makcik ok je...


Selendang Turkey



To Yong Moh Kembara

"Tima kasih daun keladi akak.. Nanti-nanti masak & jemput lagi eeh.. Kubis gulung & lempeng turkey tak rasa lagi... hehehehe.. Best jumpa akak, moga hubungan ini berkekalan hendaknya. Bila-bila free mai le turun KL. Ayang berlanja makan. Roger awal, leh je ambik kat mana-mana stesen..."


Sekian le episod sepagi berkahvalti bersama Yong Moh Kembara.  Kenangan terindah gitu...

HOME SWEET HOME

26HB APRIL 2012 - KHAMIS


Selamat menjejak kaki ke bumi Malaya tepat jam 1.00pm. Home sweet Home.  Dalam kepala cuma terbayang muka ayahbonda dan keluarga. Tak sabar nak peluk dia orang.

Makcik ni nampak je brutal tapi bila lelama berjauhkan dengan ayahbonda, memang akan berjurai le air mana dalam ku ni.. hehehehe., Tok sah kata lama 2 hari pun cukup la if ada kat over the sea. If kat malaya ni ok lagi sebab kita tau leh jumpa.  :-).

Apa yang paling makcik tak leh tahan, sepanjang hampir sebulan makcik tiada dibumi Malaya ni, banyak le gak call yang makcik tima. Roaming, tidak le makcik angkat. Takat sms tu balas le. Parah nak bayar bill nanti if dok layan semua call-call keje ni. Lagi pun makcik nak ketenangan tanpa gangguan sepanjang makcik ada di Al-Haram tu.

Yang paling best, elok kapal tobang makcik cecah tayar kat KLIA ni, makcik on phone. Terus dapat call wish "SELAMAT PULANG KE TANAH AIR.. WELCOME BACK". Terkejut beruk makcik. Macam tak caya je, ni call ke, makcik je mimpi. Rupanya betul. Puas dah si consultant ku ini mencari ku sepanjang seminggu ni. Banyak gak call dari dia tapi cam biasa mahal & if possible nak free dari masalah keje. Terjahannya tepat pada masa. Betul-betul punya wish ni..

Kuar je di luar semua keluarga dah tunggu. Bahagianya dapat peluk mak abah dan lelain. Itu la istimewanya famili ku ini, semua berkumpul dari jauh mahu pun dekat menyambut kepulangan kami.

SAYANG SEPENUH HATI...


Wednesday, April 4, 2012

KU PERGI MENYAHUT PANGGILAN MU....

4HB APRIL 2012 - RABU


KU PERGI MENYAHUT PANGGILAN MU...



Salam kepada semua pembaca blog ku ini. Sama ada yang mengenali diri ini atau yang dikenalan hanya di alam siber melalui blog yang idup segan mati tak mau ni, Alhamdullilah Ayang terpilih lagi untuk menjadi tetamuNYA dan akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 6/4/12 (Jumaat) ini untuk mengerjakan ibadah umrah.


Holy Kaaba Makkah 101.jpg Click on picture to Enlarge / Right click image then click Show Picture
KETENANGAN ABADI..


Jadi dikesempatan ini, Ayang ingin memohon ribuan kemaafan zahir dan batin, halal makan minum dan sebagainya. Doakan Ayang dapat melakukan ibadah ini sesempurna mngkin dan ibadah ini diterimaNYA serta dipermudahkan segala urusan di sana nanti..

Aminnnnnnnnnnnn...