Showing posts with label JALAN-JALAN CARI MAKAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN-JALAN CARI MAKAN. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

KAHLAVTI BERSAMA YONG MOH KEMBARA

29HB APRIL 2012 - AHAD

Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
Berjaya gak makcik mentranferkan gambar-gambar ini dari hp makcik ke dalam blog ni. 4jam berkerja keras akhirnya berjaya. Ni la gara-gara hp pinjam & makcik lak ala-ala buta IT cikit.. 

Bertungkus lumus makcik malam ni sebab masa dok berkahvalti tadi pagi dah pasang niat nak publish malam ni gak.. So, tercapai sudah.. hehehehe...


Mai kita tengok menu makcik pagi ni.. Senang je.. makcik pi kedai beli roti.. Roti je.. Drive ambik Yong Parit kat Ampang... Drive pi Shah Alam. Masuk umah.. Jeng jeng jeng...



 Mee Kari Versi Moh Kembara


Mee kari yang memang sedap hingga kering le pinggang makcik makan dengan tak malunya. Makcik selalunya payah sikit bab kari-kari ni tapi yang ni memang sedap bah..

Pastu.... 

2nd....

Sucuk From Turkiye With Love

Makcik makan lak sucuk yang sedap sesangat & kena dengan selera makcik ni. Sucuk ni ada rasa spice dan masam-masam sikit. Memang best.. Ni 1st time makcik makan. Masa pi turkey tu takat tengok je. Ingat kena masak susah-susah, rupanya mudah je. Rugi tak beli dulu. 

Pastu ini lak...

Home made Jam Buah Tin

Ni pure home made dari turkey. Memang tak jumpa le kat tempat lain. Nama glamour bahasa turkeynya makcik tak ingat. Yong Moh kembara khabor tadi,tapi makcik  ni 'muda' sangat.. mudah lupa. Yang fahamnya dari buah tin. Ada campur gula cikit. Ist time gak makan ni. Best tak manis tak masin. Makan ngan roti bako + keju putih masin tu + jam ni, mak aii sedap bangat bah...


Pure Gula Anggur

Sesedap rasa je makcik boh nama.. hehehehe.. Ni yang dalam mangkuk ni, buah anggur yang dimasukkan dalam periuk dan di masak lelama tanpa masuk gula ke bende. Rasa ala-ala gula kabung & aroma yang wangi. If Yong Moh Kembara tak khabo tadi, mau makcik ingat gula merah tadi. If nak makan ngan kuih lopez kita pun sedap...


Buah Zaitun, Home Made Keju Putih, 
Kedai Made Keju Kuning,Tomat & Telur


All the juadah kat atas ni leh makan ngan roti or makan gitu je or cicah le ngan mana-mana yang berselera dek tekak memasing. Bagi makcik yang memang gemar cuba yang baru, Semua yang dihidangkan ni memang superb. Kena dek tekak makcik. 

Pastu  ada lagi ......
Perut dak konyang ni..





BisKut Hazelnut & Coklat Sudu


Memandangkan yong kita ni punya ladang hazelnut, maka masakannya pun semuanya guna hazelnut. Biskut ni lazat gitu. Mana taknya, dalam tepung dah ada hazelnut, siap boh sebijik-sebijik lagi kat atas tu. Mau beli kat kedai Rm1 sekeping tu. Sudu tu mula ingat ke sudu untuk diguna pakai, rupanya sudu untuk di ngap masuk perut. Lembut je coklat dia. Sayang nak makan betulnya. Cute betul coklat tu.

Mana kita orang dapat semua ni???  Jap eehh....



Aku & Kembar Kembara Ku....

Ni le kita orang yang kekenyangkan dijamu oleh Yong Moh Kembara yang baru je pulang dari Turkey... Dalam kepala makcik bila sebut je turkey maka Yong Moh Kembara le yang kuar dalam fikiran. Sampaikan kat Mekah nampak je orang turkey teringat kat yong kita ni... hehehe.. 

Semua our breakfast ni ditaja oleh Yong Moh Kembara. Kahvalti  Ala-ala Orang Turkey gitu.. Selalu tengok je dalam blog yong ni, kali ni dapat rasa sekali.

Mai nak citer sikit, yong ni rakan blogger makcik. Ini le 1st time jumpa tapi makcik rasa cam dah lama bebonar kenal. Yong ni sempoi habis. Tu yang best tu..  Masa kat Mesir yong kita ni ada le sms ajak makcik berkahvalti bersama tapi jauh bangat bah masa tu. Balik sini yong kita jemput lagi, so makcik dah tak balik kampung tu apa lagi terjah le umah yong kita ni. If tak tak tau la bila nak dapat jumpak.

Makcik pun ada kirim  something dari sana, so leh le gi collect sekali. Ce teka apa ni...


Hahahaha... salah.. Ni le pengosok badan yang dibuat oleh kaum-kaum hawa di kampung yong ni di turkey. Makcik order 2. Sekali tengok sayang da.. nak guna.. Cantik.. Pengosok badan tercantik yang pernah makcik ada... hehehehe...

Bukan tu je.. hasil buat muka kesian kat yong kita ni, maka makcik berjaya gak le mencayorkan ati yong kita untuk menjual sehelai selendang ni pada makcik. Makcik memang berkenan sesangat ke jahitan kait yang halus kat tepi selendang tu. Dah lama dah dok idam. Walaupun saiz kecik sikit, tapi makcik ok je...


Selendang Turkey



To Yong Moh Kembara

"Tima kasih daun keladi akak.. Nanti-nanti masak & jemput lagi eeh.. Kubis gulung & lempeng turkey tak rasa lagi... hehehehe.. Best jumpa akak, moga hubungan ini berkekalan hendaknya. Bila-bila free mai le turun KL. Ayang berlanja makan. Roger awal, leh je ambik kat mana-mana stesen..."


Sekian le episod sepagi berkahvalti bersama Yong Moh Kembara.  Kenangan terindah gitu...

Sunday, February 26, 2012

JOM MAKAN DIM SUM..

15HB FEBUARI 2012 - RABU


Lama gak tak buat N3 jalan-jalan cari makan ni. Banyak yang betulnya aktiviti cam gini tapi masa nak upload gambau dan lain-lain tu yang selalu mencemburui ku... ;-)

To pendekkan citer.. Tajaan makanan ari ni dari makcik umah tiang seribu. Kali ni kita makan masakan cha ya nun alif.. De Templer, Taman Melati.



Tersenyum.. -Penaja Makanan
Makcik Umah Tiang Seribu aka Yong Parit


Seperti biasa la kan. Bila tengok menu, maka nafsu mengatasi segala-galanya.. Semua rasa nak makan. "Tanduk" pun mula keluar.. Maka makanan pun di order...


Rolls & Prawn.. (I like.. sedap bah..)




Ada lagi....





Szechuan Dumpling (Sedap gak..)




Ada lagi...





Yam Siew Mai. (yang ni makcik kureeeeeeeeeeeng cikit)





Ada lagi..





Wantan Dumpling




Ada lagi...


Yang ni paling heavy...



Cantonise Kueh Teow Ginger with Beef
Sepinggan sorang




Nak lagi...????




Dah tak leh nak senyum kekenyangan +
mengantuk tahap gaban.. ;-)


Tak mau dahhhhhhhhhhhh...!!! Insaf insaf insaf.. Dah tak leh nak gerak dah. Perut seih.. Nampak je cikit tapi mak aii.. semua heavy yang betulnya. Ni semua gara-gara makcik umah tiang seribu tu suruh order kueh teow sorang satu. Last-last kembang kat situ je...

Emmm.... ayat kat atas ni selalu la dok guna, insaf sat tu ja... hehehe

Monday, August 1, 2011

LAKSA BUYONG aka LAKSA PULAS

30HB JULAI 2011 - SABTU


Lama dah nak boh N3 ni tapi tak sempat la nak citer-citer. So, ari ni mai nak citer tentang aktiviti jalan-jalan cari makan kali ni..

Mai.. Mai... Mai..!!!!!
LAKSA...!!!!! LAKSA...!!!!! LAKSA...!!!!!


Lokasi wajib bagi my eldest brother adalah di sini.. Laksa Buyong aka Laksa Pulas. Located kat Kampung Jelutong, Bukit Gantang. If guna jalan lama nak ke Kuala Kangsar from Tepen, pasti akan jumpa kedai ni sebelah kiri jalan. Sesapa yang masuk highway, memang tak dapat le den nak nolong yer. Memang dekat bebonar ngan umah arwah tok. My mom kenal pun mokcik-mokcik yang memasak ni...




Laksa dia memang sedap dan di jamin puas hati. Abang ku memang wajib singgah tiap kali balik tepen. Lepas je tengok progress umah Pokok Assam, mesti port seterusnya ke sini.





Aku rasa tarikkan lain orang ke sini antaranya suasana sekitar dan pondok gerai ni.. Anda pasti rasa macam makan dalam kampung, tenang, sejuk dan nyaman je udaranya.. Memang aku pun suka ngan port makcik ni..





Selain laksa pulas, ada juga bihun sup. My bro kata sedap gak. Tapi aku tak pernah lak nak try. Tadi anak buah aku makan lupa pulak nak try test rasa... Pada abang aku, laksa ni lagi sedap dari laksa yang Kuala Kangsar tu. Dia siap nak call jalan-jalan cari makan le datang sini.






Emm... sesapa yang ke utara, singgah le sini, try rasa kesedapan laksa buyung kampung jelutang ni..

p/s - Mokcik, pas ni 5% eehh, tolong promote ni... hehehehehe... lawak je...

Monday, June 13, 2011

PISANG GORENG FAMOUS GITU..

12HB JUN 2011 - AHAD


Shah Alam.. Lebih dikenali sebagai Bandar Roundabout. Memang banyak giler roundabout. Tiap ujung jalan pasti jumpa roundabout punya. Aku bercita-cita nak menetap di sini sebab keadaan aman damai dan kawasan penempatan melayu. Penempatan dia lak tersusun dan bersih. Tapi umah kat sini mahal le sekarang ni. Bertuah sapa yang beli dulu-dulu. Now tak de setengah juta tak yah le nak berangan yek.

Melalut dah.. Back to our tajuk N3 today, actually aku tiap kali ke Shah Alam, umah my sis kat sek 8, aku tak miss lagi beli goreng pisang pakcik sorang ni. Mai nak promote cikit..


Tu le Tokehnya


Kan Dah Kata Ramai Dok Q


Lokasi berdekatan flat sek 8, berdekatan jalan nak ke Bukit Cherakah. Goreng pisang dia memang pehhhh.. sedap gitu. Crunchy.. Orang pasti beratur nak beli biar pun hujan. Rasa tiap hari sama je. Selain pisang goreng, ada keropok lekor, sukun goreng, ubi kayu ketok, cekodok dan yang terbaru tauhu goreng with inti ala-ala popiah.





Selain dari tu, aku suka sangat sek 8 ni denga surau bersebelahan umah my sis ni. Surau ArRahman. Famous amous surau ni. Aktif betul ngan aktiviti. If bulan puasa lagi meriah. Berduyun-duyun orang datang berterawih kat sini. Terasa sungguh suasana bulan mulia ni di sini.


Pantang Letak Je Habis


A few years ago, surau ni jadi kontroversi gak, sebab ada dua imam. Sampai kena tutup buat sementara waktu. Masa tu rasa sedih gak le, tak ceria jadi kawasan ni. Now back to normal. Syok..


Mine

Dari umah my sis boleh dengar clear-clear ceramah yang diberikan if pakai speaker le. Dah dok pun sebelah pagar surau je. Gitu le. Best if umah dekat ngan masjid or surau ni. Rasa sejuk je..


Note - Sori, gambar surau tu tak di masukkan, tangkap sambil driving. Gambar tak comei.

MELAWAT UMAH TIANG SERIBU & NANDO'S

11HB JUN 2011 - SABTU


Pepagi makcik istana kayangan dah tanya tentang lawatan aku ke umah tiang seribunya. Setuju je aku but a bit late aku gi.. coz perut tak berapa nak ok.

Sesampai je sana.. Fuhh... terkezut makcik.. Telah berubah wajah sepenuhnya. Tak terbayang keadaan dulu. Silapnya makcik kayangan tak lak tangkap gambar sebelum. Makcik ni akan berpindah ke sini tak lama lagi. Pindah dari istana kayangan ke umah tiang seribu, pindah dari yang tinggi ke yang rendah.. Itu kata tuannya.


Open Concept Kitchen



Hall & Balcony


Emm.. best arr.. umah ni. Aku suka. Tak crowded, aman je. Best. Berkonen bebonar makcik ngan umah ni.


Master Bedroom


Balik dari sini kami singgah JJ Maluri just to have a lunch there. Makcik Jam pilih Nando's. On diet le katakan. I'm really thirsty. 4 gelas ais lemon tea aku minum. Nasib refill free. Memang if dalam keadaan gini, aku jadi dahaga macam nak rak.





Makcik Jam With Her Diet Lunch..
Ish Ish Ish....


Alhamdullilah kenyang. Sampai jalan pun tak leh dah. Penuh ngan air perut aku ni. Nak cuci-cuci mata layan sale pun tak larat. Balik le lagi baik.



My Lunch For Today
Air Tu Dah 2 Kali Refill Masa Ni


Murah betul rezeki minggu ni, dari hari khamis asyik orang dok belanja je. Today, makcik kayangan lak.


To Jam :

Thanks Jam. Nanti kita gi Otopus eeh.. Aku lak le masa tu k. Lama gak tak kena Jepun-jepunan ni.

Sunday, June 12, 2011

BERBUKA NGAN ARABIC FOOD DI SABA RESTAURANT

10HB JUN 2011 - JUMAAT


Lama bebonar tak buat aktiviti ni. Tetiba my ex class mate masa dip dulu ajak makan-makan. Aku puasa today. Puasa sunat Rejab. Ambik keputusan jumpa pas maghrib. Sempat le aku gi gym dulu. Cam biasa gi sauna je. Baru fresh cikit. Kuar awal pun sure jalan jam giler.

Janji jumpa kat port biasa Ar Rawsyar - Damai Street tapi kali ni nak cuba kedai lain lak. Emm.. masuk je Jalan Ampang, jam bangat bah. Tension maut rasa. Kak Zana calling-calling inform no more kedai kat sana. Hahahaha.. baru teringat memang last week my Bil ada inform, dah tukar port dia orang ni.

Memandangakn dia orang tukar port, maka port kita orang pun kena le tukar gak. Memandangkan dah tak leh nak kona mana, Jalan Ampang ni jam yang teramat, so SABA Restaurant dituju sebab laluan yang sama dah. Setiawangsa. Makanan arab gak.




Penuh giler tiap kali datang. Ari ni pun sama gak. Dari kul 7.30pm, jam.. 9.30pm baru sampai. Perut lapau giler. Order, order, order... Nasi Chicken Hanith, Chicken Kebab, Air Manggo & Apple + Chicken Kebab Sandwish to take away.. Shawarma my fav dah habis. Cedih betul.


Chicken Kebab


Chicken Hanith Rice


Best bila kuar ngan kak Zana, kita orang akan sembang gelak, sembang gelak.. gitu le sepanjang masa. Kekadang citer tu citer nak luahkan perasaan ke apa but tak jadi sedih, sure ada tergelak punya. Really release..


My Fav - Manggo Juice & Apple Juice (Kak Zana)


Makan yang di order terlebih sudah. Tak leh nak habis. Perut masing-masing kecik je tapi selera besau. Aku le tu.. hehehe...



Maintain Comei - Kak Zana


Bersurai sebaik habis makan. Kak Zana ada tamu nak datang umah..


To Kak Zana :

Thanks eeh.. belanja Ayang makan. Yo yo je Ayang order sebab Ayang yang nak bayau yang betulnya. Malu je.. Nanti kita jumpa lagi eeh. My turn, tak puas sembang ritu. Baru intro..hahahaha..

Wednesday, December 1, 2010

WESTERN ALA ISTANA KAYANGAN...

26HB NOVEMBER 2010 - JUMAAT


Mendapat jemputan untuk berdinner together-together kat istana kayangan. Lama tul aku tak menjejak kaki di sini. Menu telah dirancang dari sebelah tengahari lagi. So, sesampai je di sana, operasi masak memasak dimulakan.





I'm really hungry hari ni.. Perut cam empty tank terus. Lapau.. Lapau.. Lapau..



Menu today, ala-ala western tak western gitu. Steak daging & udang with black paper sos, sayur steam, sup cendawan with bihun.


Aku hanya ditugaskan untuk memasak black paper sos. Gabra la gak coz 1st time buat. Tak sempat nak tengok resepi betul-betul. Belasah je. Nasib jadi gak. Tak tersangka begitu senang sekali cara membuatnya..



Lain-lain lauk pauk yang kelihatan dalam N3 ni di masak oleh makcik kayangan ni. Dia bab-bab masak ni memang cekap and hasilnya pasti akan menjilat jari.


Presentation makcik ni kali ni best gitu.. macam yo yo je kita orang ni.. Bila lauk terhidang dan cacing-cacing dalam perut pun dok sibuk nyanyi lagu keroncong.. Tu menandakan.... ????

KITA
MAKAN DULU
....!!!!!! muahahahaha...

Errrrrrrrrkkkkkkkkkkk.... Alhamdullilahhhhhhhh... Konyang bebonar...

Thank eeh.. dah le makan free, dapat cuci baju lagi...

Wednesday, October 27, 2010

TENSION JE MAKAN... MAKAN JE TENSION...

22HB OKTOBER 2010 - JUMAAT


Tetiba dapat jemputan makan malam lak rini dari makcik Kayangan tu... Emm... apa tanda tu..???? Hehehehe... Aku tahu... Tandanya ada yang tension.. Dah masak sangat dah.. & tu kira our trade mark le...

"BILA TENSION JE MAKAN.... BILA MAKAN JE TENSION.."

Camna tu.... Mesti semua tetanya-tanya mende la budak ni, tension makan pas tu makan tension.. Tah apa-apa. Yang betulnya cam ni.. Mai aku explain kasi clear cikit...

Bila aku mahu pun makcik kayangan tu tension... Biasanya kita orang akan mula la aktiviti jalan-jalan cari makan.. Makan makan makan makan... Order je apa nak makan.. Pas tu makan makan makan... Sampai clear semuanya. Pas tu apa lagi, balik umah tension le balik sebab perut dah macam ikan buntal.. Mata mengantuk tapi tak leh terlelap. Over the over kekenyangan.... Hahaha...


Tapi kali ni ketensionan tetiba hilang jap bila tengok ke sudu yang disediakan dalam gelas air barli yang kami order. Cuba bayangan, sudu tu (please refer gambar kat atas tu) yang dia boh. Gam-gam size sebiji barli je muat dalam sudu tu.. Tetiba rasa nak tergelak le jugak.. Ada gak orang terpikir nak boh sudu ni eek... Agak-agak korang le, berapa lamakah masa yang akan di ambil untuk mengambil biji-biji barli tu nak gap ke mulut (dengan mengunakan sudu tu..)... ??? hehehehe.. cam solan maths ujian SPA lak aku rasa... Kuang kuang kuang....


Malam ni kita orang makan, bawal masak tiga rasa, kailan ikan masin, ayam masak halia, sotong goreng tepung dan tak lupa sambal belacan.. Konklusi... boleh bagi 4 bintang.. Boleh tahan rasanya dan boleh le di ulang gi lagi ke kedai ni. Harga pun berpatutan...


AND

Last few days... Aku lak ngajak si makcik Kayangan ni gi makan.. Masa ni tak tension pun. Cuma terasa nak mengunyah je. Tetiba terbayang-bayang lak sushi-sushi yang comei-comei gitu. So, port biasa la.. Otopus (makcik betul ke ejaan ni..)



Aku bila dah teringin sesangat baru gi sini. Baru le berketul ketul masuk. My favourite sushi yang cam dalam gambar kat atas tu. Ala yang ada ketam kat atas tu.. Nama glamour dia aku tak tau.. Main tunjuk-tunjuk je...Hehehe...

Minah sorang lagi tu lak, menu wajib le tiap kali dia datang adalah "cat fish salad with kerabu mangga". Kerabu mangga tu memang yummy...yummy....

Tengah pikir port seterusnya.....