Monday, August 15, 2011

KUNING - RANGGUP & MANIS. CE TEKA BUAH APAKAH INI?..

4HB OGOS 2011 - RABU (4 RAMADHAN)




Kuning sungguh dalam gambar ni..
Tak edit apa-apa pun..



Sapa pandai.. cuba teka buah apakah ini... Ce teka ce teka... hehehehe...

Ok, Ayang bagi clue sikit eeh.. ranggup, manis and kelat-kelat sikit bagi yang tak cukup masak/ranum. Ada gak warna merah but buahnya panjang sikit dan biasa orang makan waktu berbuka puasa.. Emm... clean & clear dan bagi hint, kalau tak dapat gak jawap, tak tau la.

Jawapannya = Kurma Segar (Fresh Date) aka Tamar

Buah ni menjadi kegemaran aku sekeluarga. Baik ahli yang kecik mahu pun yang dewasa. Semua suka sangat buah ni. Datang je ramadhan, ting ting ting... fresh date.. berkilo-kilo diborong.. Bukan takat yang fresh ni je, yang biasa kita dok makan tu pun sama gak. Kegemaran semua. Stok sentiasa ada kat umah sepanjang tahun.



RM10/250g - di Pasar Ramadhan Bandar Tun Razak


Aku if dapat buah ni, tak makan bende lain pun tak pe dah.. Ni tengah menaip N3 ni pun, aku dok menghayati kesedapan buah ni.. Emm.. sedap sungguh.. Nak makan meh le..

Ramai gak orang cina, india yang beli buah ni. Mungkin yang tahu kesedapan dia kot atau nak bagi ke orang. Entah le. Aku tengok dia orang pun borong sakan.

Nak kena cari stok baru ni... Stok kat umah dah tinggal tangkai je...

Thursday, August 11, 2011

SEPETANG DI PANTAI BALOK, PAHANG.

23HB JULAI 2011 - SABTU


Trip to Pahang lagi kali ni. Dalam masa 1 bulan ni dah 2 kali aku gi ke Pahang. Umah Mak Teh. Kali ni untuk menghadiri majlis pertunangan anak tunggal perempuan Mak Teh. Ekin.

Bertolak around 11am dengan harapan untuk sampai dalam kul 2-3 petang dan petang petangnya dah ada planning nak bawak "askar-askar" my adik & my sis gi main air di pantai. Tu janji ku pada buah-buah hati aku ni.



LUKISAN ALAM


Dan sesungguhnya, amatlah letih nak menjawap dari start aku story ke dia orang tentang mandi laut ni til le sampai betul-betul di pantai tu.. Setiap 30min akan di tanya, bila nak mandi laut.. kata nak mandi laut.. Itu le budak-budakkan...cute je.. hehehe..



KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ILLAHI..


So, pendek kan citer, sampai, sembang, sembahyang asar and terus la bawak bebudak ni gi pantai yang sekangkang kera je dari umah Mak Teh. Boleh jalan kaki je yang betulnya, tapi bila berkemuik ni, naik kete la jugak..



ANAK-ANAK KECIL YANG SUCI DARI DOSA


Excited habis. Aku just standby jadi "jaga" je. Pemerhati dari dekat. Air laut macam agak kuat gak la ombaknya. Cuaca pun ala-ala mendung je. Dalam hati dok berdoa moga tak hujan, kesian lak kat bebudak ni kang.



BAKAL IMAM MUDA - AIMAN



LEMBUT BUDI PEKERTI - AMMAR


Seronok tengok dia orang happy sesangat main air. Ngan aku-aku sekali rasa geram je naik join together-gether tapi air masin, makcik kurengggg cikit. If air terjun, pakai selamat le..
Emm.. lamanya tak berenang...



PUTERI DUYUNG YANG SUKA MELARAM - MAIRA



SENTIASA MENGUKIRKAN SENYUMAN - WIDAD


Idad ni, memang murah ngan senyuman. Idad, dah ala-ala anak dugung terdampar dah Mak Ayang tengok ha.. Minah ni memang sentiasa ceria dan kena cakap lembut-lembut je ngan dia, if kuat sikit je, dia pasti ingat kita marah dia. Tapi bila bab suruh dukung tu... mak aii.. demam.. tapi aku tetap akan angkat gak. Merah aku dukung, Idad pun kena gak la.. Baru adil dan saksama gitu..



NYAWA KU..


Mak & Along (my eldest sis) just memerhati dari jauh. Dia orang menapak ke sini. Seronok tengok mak tersenyum je bila tengok cucu-cucu happy. Aku rasa happy sangat bila bersama mak, abah dan all my famili. Dia orang umpama nyawa aku dan sumber kekuatan aku.



FROM TAIPING WITH LOVE
ME - MAK - ALONG - BOY




JEJAK YANG DITINGGALKAN...


Biasanya aku if ke pantai, aku akan berdiri tanpa kasut mengadap kiblat dan akan laungkan azan (dalam ati je la). Ni salah satu cara nak buang charge negatif dalam badan kita ni. Lepas tu kita akan rasa tenang gitu. Elok terapi ni, kelebihan azan. Kuasa Allah.



KEBEBASAN


ALAMAK -ALAMAK...!!!!!!!
MAK AYANG TAK BALANCE NI..



BERJAYA AKHIRNYA...
ME - IDAD - MERAH


Aku if dapat anak-anak buah, macam biasa la.. ngan aku aku sekali jadi budak. Entah nape aku suka sangat ngan budak-budak. Dia orang ni bersih, suci, jujur dan ikhlas. Kita je yang bertanggungjawap mewarnakan mereka dalam mendidik dan mendewasakan dia orang ni. Tak de bebudak dalam hidup ni, rasa tak meriah je..



RENUNGAN JAUH...



Aiii.. MERAH.. NYANYI HINDUSTAN KE???


Makcik Merah ni, bab berlakon No.1, sepanjang kat pantai ni, letih layan dia., Macam-macam watak dia bawak. Jap jadi duyung terdampar la, jap nyanyi la, jap itu la jap ini la.. Kelakar habis. Suka sangat tiru gaya-gaya yang dia tengok dalam citer katon.



ROSAK MY "SAND MAN" DAH..


Bukan tu je, minah ni memang adventure sikit. Tak tau takut. So mata memang kena tumpu lebih sikit. Dia berani je nak ke tengah laut tu. Lagi kita larang, lagi dia nak gi. Kena sentiasa berjaga-jaga. Paling lemah bila dia lari, memang tak terkejar..



KREATIVITI


Dia orang sibuk main air, aku ni malas nak basahkan kaki ngan air masin tu.. Keje aku, photo-photo.. Puas gak le panggil dia orang suruh posing. Banyak kali sangat panggil, malas dia orang nak layan. Apa lagi on candid camera la kan.. Lagi best.



KOREK JANGAN TAK KOREK


Aktiviti aku seterusnya, main pasir. Konon nak buat "sand man" ganti "snow man". Nak menunjuk kat si kenik ni.. Baru separuh jalan, dah ada yang nak join sekali. Kita buat dia orang pun sibuk nak buat, last-last sekali aku yang slender. Layan minah 2 orang ni buat je..



DIA ORANG NI TENGAH BERLAKON JADI DUYUNG
YANG TERDAMPAR DI PANTAI
SAMBIL JERIT "HELP..!!! HELP..!!!"




"MAK AYANG TENGOK NI, MERAH BALING PASIR KAT MATA IDAD"


Standard budak 2 orang ni, main 30 min gaduh jap 1 min, pas tu ok balik. Both rajin menyakat. Si Idad le yang selalunya kena sakat dek si Merah ni. Apa lagi yang kita akan dengar "Mak Ayang...bla bla bla.." aduan di buat.. so kita pun psikologi je sikit, ok le balik... Semudah ABC.. hahaha...



GELORA YANG MEMBAWA SERIBU RAHSIA



- KECEWA -
TAK SEMPAT PUAS MAIN AIR, DAH KENA BALIK.


Cuaca tak berapa nak ok, baru 40 min menghayati pantai, awan mendung berarak ke mari.. Maka rintik-rintik hujan pun turun. Tu petanda.. main time dah over.

Aku mandikan both minah kecik ni kat toilet berdekatan. Mandi siap-siap senang. Malas nak kecah umah Mak Teh ngan pasir dan basah-basah ni. Siap mandi, kena dukung le sorang-sorang bawak kuar. Tetiba nak jadi baby kecik lak budak 2 orang ni... Dan memang gitu le biasanya if lepas mandi.

So takat ni, mission success la walaupun masih belum puas main air. Janji terkota. Next time kita datang lagi eeh.

Wednesday, August 10, 2011

7 SUNNAH PENTING

3HB OGOS 2011 - (3 RAMADHAN)


7 SUNNAH PENTING


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Thanks Abang Ishak (my bil) untuk email yang menarik ni... Aku memang suka email-email cam gini.

TEPON OoooooHHHH TEPON...

2HB OGOS 2011 - SELASA (2 Ramadhan)


Pesal le masa-masa ni nak tunjuk perasaan sangat. Ce sabar cikit.. Sikit-sikit buat hal. Dok tak dok buat hal..Tension sungguh.. Kita layan dia sikit punya baik. Tak pernah kasar-kasar pun. Kekadang terjatuh tu nak buat cam na kan. Tak sengaja. Maap je boleh di pinta. Actually, bila dia jatuh, ngan aku-aku sekali berderau.. Kang buat mogok ke sakit ke, cedera ke, sapa yang susah... Poket makcik gakkkkkkkkkkkk...


Gambar Handphone takde,
ganti gambar ayam pun jadi la...


Aku bercerita ni tentang Handphone cap Chicken aku ni.. Geram sungguh.. Betul-betul menguji kesabaran di bulan ramadhan ni. Suka sangat "hang" lately ni. Tak pasal pasal nak "hang" and suka hati dia je cutt off line. Time-time urgent lak tu selalu jadi.

Ya pun nak mogok, tengok le time sikit kan. Time-time nak raya ni, poket tak berapa nak kembung. Banyak saluran nak dialirkan.. zakat, duit raya family & kekawan, nak buat kuih raya dan all yang sewaktu dengan nya.. Semua tu perlu kan fulus. Ribu raban tu.. So, no budget for new HP aka HP raya.. Tak termasuk dalam senarai langsung dan tak terpikir langsung.

Tak dinafikan le, sejak dia tak berbaju ni, bila jatuh tu, tekanan dalaman mesti kuatkan. Mesti otak dia bergegau. Almaklumlah, dalam kete kita riba dia, kuar kete, dia terhempas di simen konkrit.. Sakittttttttttt tu... So kesan yang tinggal, makin hari makin bengong jadinya. Ala-ala nak nyanyuk gitu..


Ishhh pesal dating depan aku ni..
malu arrr ...kata itik sekor tu..
Hehehe...


Sekali pikir nak je ku tangkap yang baru.. Tu bila yang "bertanduk" datang le.. Tapi bila dua kali pikir.. Sabau Ayang sabau.. Boleh lagi dok berikan perkhidmatan tu, guna je la. Mana ngko nak cekau duit banyak-banyak.. Takkan nak "cut budget" duit raya anak buah kot.. Sian dia orang.. kan kan kan...

Emmm... pesal le birthday aku lambat sangat, if tak leh kenen Hakim & the geng..
Tak pe... kite cuba.. kite cuba...


To Hakim my lovely nephew :

"Akimmmmmmmmmmmm... Mak Yang nak handphone baruuuuuuuuuuuuuu... nak handphone baru.. nak handphone baru... Cap itik pun tak pe... Hadiah birthday Mak Yang.. Bagi cepat cikit je.... boleh la.. boleh la... boleh la... hehehehehe... "


To Tina my lovely niece :

"Tina, join le Hakim beli hadiah Mak Yang tu eeh.. Ur birthday coming soonnnn.. soonnn... sooon.. sooonnn... u know what i mean... hehehehe "


To all Anak-anak Buah yang lain tu yang sentiasa dihatiku:

" Join la join la join la........... hahahahaha"



Akhir kata dari Mak Yang mu yang Sweet lagi Cute ni...

"Tak Rugi invest ngan Mak Yang... kan kan kan.. Pulangan pasti lumayan gitu..
Kuang.. kuang... kuang... "


----Sowi gambar handphone tak leh nak tangkap, kameranya kat handhone.. ----

Monday, August 8, 2011

WELCOME BACK ALONG..

1HB OGOS 2011 - ISNIN (1 Ramadhan)



Welcome back DR NuRMusFirah.. Ni le surprise tu eeh..





Dari awal bulan lepas, masa skype.. makcik ni cakap ada surprise untuk Mak Yang (me le tu) awal bulan depan. Emmm... pikir punya pikir, kata hati menyatakan dia akan pulang berhari raya di Malaysia tahun ni.

Tiap kali skype, ada le gak cuba korek dari rakan sebilik dia DR Cima. Tapi memang tak berjaya le nak dapat apa-apa info.. Tapi hati ku tetap kuat mengatakan dia akan pulang pada 1/8/2011.

Jeng jeng jeng.. 31hb member dah tak onn FB, maka makin kuat le perasaan ku ini.. Bukan apa, if tak tiap-tiap malam, pasti ku melayan dia dalam skype. Almaklumlah orang tension & stress exam, kita hanya mampu bagi kata-kata semangat dari jauh selain berdoa serta sembahyang hajat bagi mempermudahkan segalanya.

Akhirnya, balik je sembahyang terawih... hahahaha 1 miss call from Along Egypt appear on my hp. Dah agak dah.. Dah sampai pun minah ni. If call direct from egypt pasti yang kuar private number...

My Mom le orang yang paling happy tahun ni. Cucu sulung dia balik. Last year jenuh pepagi raya dok try skype ngan minah ni. Dah le tu line internet tak berapa nak ok. Berendam airmata pepagi raya semua orang sebab dia tak de. So, tahun ni pasti semuanya happy together-together..


To Along :

"Hahahaha... Alonggggggg c c c how clever i am.. Ni tak tembak pakai peluru penabur tau, kita pakai panah direct kena centre point. Tepat tekaan mak yang. Naluri serang ibu saudara yang amat kuat.. kan kan kan.. dan dan dan.. TQ gak untuk gift tu eeh.. Cantik bangat bah.. Kan ku pakai di pagi raya nanti..."




Monday, August 1, 2011

LAKSA BUYONG aka LAKSA PULAS

30HB JULAI 2011 - SABTU


Lama dah nak boh N3 ni tapi tak sempat la nak citer-citer. So, ari ni mai nak citer tentang aktiviti jalan-jalan cari makan kali ni..

Mai.. Mai... Mai..!!!!!
LAKSA...!!!!! LAKSA...!!!!! LAKSA...!!!!!


Lokasi wajib bagi my eldest brother adalah di sini.. Laksa Buyong aka Laksa Pulas. Located kat Kampung Jelutong, Bukit Gantang. If guna jalan lama nak ke Kuala Kangsar from Tepen, pasti akan jumpa kedai ni sebelah kiri jalan. Sesapa yang masuk highway, memang tak dapat le den nak nolong yer. Memang dekat bebonar ngan umah arwah tok. My mom kenal pun mokcik-mokcik yang memasak ni...




Laksa dia memang sedap dan di jamin puas hati. Abang ku memang wajib singgah tiap kali balik tepen. Lepas je tengok progress umah Pokok Assam, mesti port seterusnya ke sini.





Aku rasa tarikkan lain orang ke sini antaranya suasana sekitar dan pondok gerai ni.. Anda pasti rasa macam makan dalam kampung, tenang, sejuk dan nyaman je udaranya.. Memang aku pun suka ngan port makcik ni..





Selain laksa pulas, ada juga bihun sup. My bro kata sedap gak. Tapi aku tak pernah lak nak try. Tadi anak buah aku makan lupa pulak nak try test rasa... Pada abang aku, laksa ni lagi sedap dari laksa yang Kuala Kangsar tu. Dia siap nak call jalan-jalan cari makan le datang sini.






Emm... sesapa yang ke utara, singgah le sini, try rasa kesedapan laksa buyung kampung jelutang ni..

p/s - Mokcik, pas ni 5% eehh, tolong promote ni... hehehehehe... lawak je...