Wednesday, January 27, 2010

CHILIS & SUTERA JOGJAKARTA

26HB JANUARI 2010


Malam ni aku ada janji ngan sorang kawan ni (senior masa kat ITM dulu). Lama betul tak jumpa. Near 2 years kot. Lama tu gak la aku simpan sourvenior untuk dia yang aku beli masa gi jalan-jalan dulu. Jadi malam ni, akan sampai la ke pemilik sebenarnye sourvenior aku tu..


Jumpa kat KL. Emm.. terkejut gak tengok. Dah kurus rupanya tapi nampak cam dah tua sangat. Dah makan usia.. (jangan marah pokcik.. Kang lagi tua jadinya..). Hehehe...

Ada ole-ole untuk aku dari Surabaya. Sepasang kain sutera Jogjakarta. (Emm.. Gi Surabaya, kain dari Jogjakarta.. Cam na tu...). Kain pasang yang leh di buat baju kurung dan sewaktu ngan nya. Tq..Tq.. Tq.. Cantik and lembut kainnya.. Sure mahal punya..

Segan gak nak ambik yang betulnya (mana taknya, ole-ole aku bagi murah je compare ngan kain ni). Aku cuma tolong booking kan tiket je, dah dapat baju sepasang.. Next time nak booking tiket call le yek.. Untung-untung dapat dua tiga pasang lagi.. Kuang Kuang Kuang.. Lawak je..

Kain Sutera Jogjakarta


Memandangkan lama tak jumpa, so gi la makan-makan.. Puas round last sekali my freind pilih Restoran Chili's di MidValley. Aku suka gak and setuju sesangat sebab memang dah lama nak try makan kat sini.



Ni la kali pertama aku "enter" restoran ni.. Jakun, janggal dan lain-lain la. Langsung blur tak tau nak order. Dah le tak berapa nak faham "story" dalam menu tu. Pakai tengok gambau je la yang mana berkonan di hati. Order pun main tunjuk-tunjuk je, nama menu dia nak sebut pun tak berapa nak reti... Tergoliat lidah den jadinyo.. hehehehe.. So, ni la hasilnya...



1set complete with roti cam capati gitu.. Mushrom .... (nama menu tak ingat)


My freind ni lak lagi best. Baca menu macam nak rak. Naik takut aku tengok. Ngan confident je order. Tup tup.. datang nasi dan ikan. Aku selamba je cakap "Ngko nak makan nasi rupanye". Dia leh cakap.. "Hahaha.. Aku pun tak tau main order je.. Ingat ke mende..". Aku gelak macam nak rak.. mana taknya.. Yo yo je.. gaya confident masa baca menu & order. Tak leh pakai rupanya..



Ni la Ikan With Rice


Lagi tak boleh tahan, member aku ni tak berapa nak lalu makan food yang dia order. Nasi orang sakit kata dia. Tak de rasa. Tu untuk orang dok spital. Tapi memang tak sedap langsung yang dia order tu. Mahal saja je...



Our dinner malam tu


Emm.. memandangkan kita orang dok kat luar, waiter tu tak sabau sabau nak kemas. Pantang kita letak sudu je, dia main nak angkat je.. Habis benda-benda atas meja tu dia kemas. Naik tak selesa lak. Tau la dah nak tutup kedai tapi sabau-sabau la sikit tidak ni baru kul 10.30pm.. Bahagian dalam nak tutup lambat lagi.. Kul 12.00am.


Atas rasa lemas yang teramat sangat dah.. Kita orang pun beransur la dari situ..



Monday, January 25, 2010

BLOG DAH "SIHAT"

26HB JANUARI 2010



Dah hampir seminggu gak aku ni rasa tak le berapa nak happy sangat. Bukan apa.. ati ni asyik dok pikir kan blog aku yang tak berapa nak "sihat" ni. Citer dia gini...



Semuanya angkara aku sendiri. Nak sangat edit bagi cantik ( cantik cara aku la..), tekan punya tekan.. tetiba format dia lari. Buat macam-macam nak back to normal. Tapi dia dok lari situ gak la.. Letih dah kejau. Dah la aku ni buta I.T sikit (bukan sikit rasanya.. macam buta banyak je.) maka last sekali aku angkat bendera putih la..



Ati ni rasa sedih sangat. Tengah bersemangat nak up date tu.. Tetiba bermasalah lak. Aku pun cari la "doktor peribadi" blog ni. Nama dia kak long (anak si kak Bam tu). Buat la appointment ngan doktor tu ari Sabtu lepas (melalui personal nurse dia si Kak Bam bonda dia tu). Tapi doktor ada tuisyen lak ari sabtu tu. Tak masuk klinik.

Ni le "doktora" ku yang comel gitu
(soli cilok gambau tanpa permission)


Tup..Tup.. Tup petang ni tetiba nurse intercome, suruh aku call la doktor tu sendiri untuk mengubati penyakit blog aku tu melalui phone je.. Emm... tetiba rasa happy semacam lak aku ni.. Malu gak nak call. Tebal je rasa muka ni tapi aku call la akhirnya. Doktor baru balik sekolah masa tu..



Nak tau apa jadi.. Ngan menekan satu icon je, semua back to normal.. aku tekan gak sebelum ni tapi tak jadi apa pun.. Malu sangat yang betulnye masa tu. Tapi biasa la kan, dah jadi lumrah.. jumpa je doktor, dan dan tu la penyakit baik..



Di kesempatan tu.. aku suruh la gak doktor tambah itu ini dalam blog aku.. Berubat melalui telefon je. Bayaran tak dikenakan. Bak kata nurse tu "tak yah bayor sebab still dalam defect liability period lagi..."



Tapi aku pasti menunaikan janji ku pada doktor tu... Big Apple 2 biji.. hahaha... Pengeras kena bayar baru "putus ubat" orang kata... hehehehe...



End of the story aku happy sangat blog ku dah "sihat" seperti sedia kala... Cuma time lak tak de nak up date...



p/s - To my dear doctor kak long... Tungggggggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuu


Tuesday, January 19, 2010

PENING BETUL

19HB JANUARI 2010




Tak de mood hari ni. Letih sesangat perah otak nak buat estimate land slide kat Cheras tu. Tension betul. Survey drawing tak berapa nak betul dan tak detail lak tu. Pas tu proposed design lak tak de level dan lain-lain lagi lah. Semua bermasalah..



Method statement pemasanagan bahan yang dibekal pun tak de. Pas tu nak urgent semua estimate tu. Hangin je aku. Every 2 hours call tanya siap belum (client la maksud aku). Dah tu bos besar nak cepat, bos kecik busy. So, macam mana nak discuss..



Pening.. Pening... Pening....

Sunday, January 17, 2010

TERLIUR LAAAAAAAAAAAA...

17HB JANUARI 2010


Pernah dengar Teh 3 Layer tak? Emm... aku pun baru dengar dalam 3-4 minggu lepas tapi tak leh nak imaging cam na rupa nye. Semalam, my freind yang citer tu, hantar la gambau air tu.. Dia tengah minum masa tu. Hantar tu dengan niat nak kasi i jelous...


Emmmmmmmmmmm..... terliur nye.. Cam best je... (tak caya tengok gambau). Ni yang buat tak sabau nak try tu. Kata nya sedap air ni. Dari bawah - 1st layer gula merah, 2nd susu & 3rd teh & ais. Harganye dalam RM3.50 cam tu segelas..




Teh 3 Layer


Selain daripada tu, aku rasa air-air kat kedai ni memang best presentation dia. Aku rasa la... Leh attract orang yang melihat nak gi minum.. Secara tidak langsung. Contohnya Manggo Blended cam gamabau kat bawah tu.. Tapi jangan lupa, "rupa" tak menjaminkan "rasa".. Hahahaha....




Manggo Blended


To my dear freind yang hantar gambau-gambau ni dan yang telah menyebabkan i terliur, jangan lupa belanja i minum kat sana eehh.. Kang meleleh air liur i kang.. kempunan tak dapat rasa... Jangan lupa tau... hehehehe..


To Kak Bam... Terliur tak?

"HIGH CLASS" BABY SEATER

16hb JANUARI 2010


Seawal pagi hari ni, aku telah secara rasminya ditauliahkan sebagai baby seater (high class pun tau, sebab didatangkan khas dari KL tu). Emm... today my sis kak Long, Anjang & family, kak Chik & hubby, abang Jak and my lovely mom akan ke Baling, Kedah.


Ahli-ahli rombongan ni ingin mencuba atau lebih tepat lagi.. berikhtiar untuk mengubati dan membetulkan urat saraf yang dah lari dari kedudukan asal tu. Yang menyebabkan kesakitan pada bahagian kaki hingga sukar untuk bergerak.


Aku ditugaskan untuk menjaga anak buah aku. Saja tak bagi mak dia orang bawak. Buat letih bebudak tu je. Jauh tu nak gi Baling. Baik aku handle. Apa-apa pun yang bestnye, semua ahli rombongan pakat bagi RM50 sorang kat aku. Makcik kayo.. Makcik kayo... Hahahaa.... Duit tu digunakan untuk bayaran masuk and belanja makan bebdudak tu. Enjoy katak kita orang.. hehehehe...


So, apalagi... seperti yang dijanjikan.. Aktiviti ke Zoo Taiping dimulakan. Gi petang kang hujan lak. Jadual dipercepatkan sebab ahli terkecil yang ditinggalkan tu leh menangis lak, tak mau ikut aku sebab mak abah dia dah siap lawa dah. Aku yakin dia nagis jap je. So, aku berkeras nak bawak gak. Naik kete (macam sardin) jalan tak sampai 300m. Emm.. senyap terus. Tengok la sapa yang handle.. sure diam punya... hehehehe..



Ahli-ahli Rombongan Cik Kiah


Masa aku beli tiket cakap 1 dewasa, 4 kanak-kanak and 4 bawah umur, pakcik tu pun terkejut. "I je dewasa, 8 budak.. Ramai tu.. Anak ke ? Leh kawal ke karang" (sambil tengok kat bebudak tu). Aku selamba je cakap "Ok tak de masalah, selalu dah buat rombongan Cik Kiah ni.. Anak buah semua " (sambil tersenyum). Dalam ati terbayang mak aku dulu cam ni kot. Lagi ramai 11 orang tu. Cam na eek..




Permulaan Perjalanan - Naik Train


Memandangakan harga tiket dah dinaikkan, perkhidmatan train dalam zoo tu disediakan percuma. Dulu kena bayar sebab harga tiket murah. Aku tak kisah sangat harga tiket ni.. secara tak langsung kita menderma untuk binatang-binatang dalam zoo tu gak. Duit tu untuk beli makanan binatang-binatang kat sana. Bukan sikit dia orang makan tiap hari.


First, kita orang naik train la tengok semua kawasan yang merangkumi sejauh 2.5km. Sepanjang jalan pemandu tu akan bagi tau la apa binatang yang ada dalam kandang-kandang tu. Best pepagi ni sebab leh tengok pekerja zoo bagi makan binatang jagaan dia orang. Sepanjang jalan tu gak la si minah kecik ni (Idad) tak la berapa nak senyum. Buat muka selamba je. Til la pit stop terakhir near kawasan gajah. Baru la dia ceria cikit.




Pit Stop Terakhir - Kandang Gajah

Sebelum memulakan lawatan berjalan kaki lak, aku pun bagi la dia orang menjamu selera ngan bekalan yang di bawa. Buat susu pada minah kecik 2 orang ni. Bukan apa.. jauh nak jalan karang, bagi tenaga sikit. Kira cam charge bateri la... hahaha.. so ni la yang antara gambor-gambo yang dapat di snap lebih kurang.




"Saya" @ Abang @ Akil berlatarkan Buaya Kerdil


Si Akil @ "Saya" (4 tahun) ni aku suka sangat kat dia. Dia sorang je dalam banyak-banyak anak buah aku yang bahasakan diri dia "saya". Bawak dia betul-betul rasa macam bawa rombongan kanak-kanak tadika. Dia galas bekas air sendiri and siap share dengan ahli-ahli yang lain tu. Gaya and cara dia cute sangat masa tu.




Berlatarkan Kandang Singa (5 ekor semuanya)


Unta (Tua sangat Gayanya) & Afirica Safari


Banyak lagi gambar yang aku snap tapi lambat la nak download semua. Masuk yang aku suke je. Punya berjalan sampai tak sedau dah kul 2.30pm. Cuaca panas terik. Bebudak pun dah tak larat dah. Lapau semua ada. Dekat-dekat ngan jalan kuar tu ada la bahagian bergambar ngan ulau (glamour tu ulau ni.. semua pakat dok tangkap gambar ngan dia.. hehehe..). 1 min siap. Sekeping RM10.00 je.



Bergambar Dengan Ular Sawa


Aku bagi la dia orang bergambar. Yang bestnye yang kecik lagi berani dari yang dah besau sikit (takut nak pegang). Aku try la bagi ekor ular tu kat minah kecik tu, selamba je dia pegang. Sikit pun tak takut or geli.


Cacing-cacing dalam perut pun dah start menyanyi lagu kerongcong. Tu tanda time makan dah tiba. Aku tanya la ngan ahli-ahli rombongan ni nak makan apa. 3 orang pilih KFC & 5 lagi pilih McD. Emm.. Payah.. Payah. Tapi untuk meng"happy"kan semua ahli rombongan, dua-dua aku beli. TESCO Taiping dituju dulu sebab kat situ ada KFC and pas tu gi sebelah dia Taiping Centrel makan McD. Anis la yang jadi tukang tunjuk jalan. Aku kurang arif sangat tempat-tempat baru ni.

Jual..! Jual..! 2 seringgit.. 2 seringgit... hehehehe... !!!!



Menyamu Selera Ngan Menu Pilihan Masing-Masing


Banyak sangat jalan kot, leh putus lak kasut si minah kecik ni (putus masa dalam zoo lagi). Perut dah kenyang, cari kasut la pulak. Payah gak, tak padan ngan kecik, kalau tak berkenan, jangan kan nak suruh cuba, sori.. tak maunya dia. Warna ke apa ke, kena ikut dia. So ni la yang menjadi pilihan hati si Iman Widad ni... Cam na la agaknya minah ni bila besau nanti eek...


Kasut Yang Berjaya Menarik Perhatian Idad


Balik umah, after rest jap.. Penat giler rasa tapi happy sangat. Emm... jalan dah, makan dah... Now time KUMON.. Hehehe.. Tu tak leh lari. Mau tak mau kena buat gak.



Tugasan sebagai "bibik" berakhir jam 11.30malam... 11.31malam, selamat..lena diulit mimpi aku.. hehehehe..



-THE END-

Thursday, January 14, 2010

SEKOLAH BERASRAMA PENUH

15HB JANUARI 2010



Tahniah buat anak buah ku Afiq @ Abang Ngah yang berjaya di terima masuk ke sekolah berasrama penuh - Sekolah Menengah Sains Kepala Batas. Bagi pengambilan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4. Bagus la dekat ngan sekolah adik dia (MRSM Kepala Batas) senang la kang my sis & bro in law nak gi melawat. Dekat je ngan umah pun.
Kali ni my sis tak paksa dia. Terserah pada dia buat keputusan sama ada menerima tawaran tersebut atau menolak. Bukan apa tak nak jadi macam dulu, Tingkatan 1 dia masuk sekolah sains jap je (4 bulan cam tu je) pas tu dia nak kuar. Tapi masa nak kuar tu pun dia kata "abang nak masuk balik tingkatan 4 nanti mama.
Apa-apa pun, mak Ayang ucapkan Tahniah... Tahniah... Tahniah...

AKHIRNYA MERAH KALAH

14HB JANUARI 2010


Aku tak puas hati betul ngan budak sorang ni. Dia leh "ter" semacam lak dua tiga hari lepas. Geram betul. Macam nak picit-picit je dia masa tu. ada ke patut dia leh buat tak mau lak kat aku. Ajak naik kete tak nak, bagi sweet pun, abah dia yang kena ambik. Macam takut sangat ngan kita. Selalunya ok je. Pantang nampak orang siap, dia la yang pertama ambik kasut. Nak ngekor je.

Emm.. Budak yang aku maksudkan tu.. Tak lain tak bukan si Humairah Darwisyah @ Merah anak buah aku tu.



Aku ni memang tak puas hati selagi tak berjaya bawak minah ni kuar. Dengan semangatnya hari ni aku terus balik ke Cheras semata-mata untuk menjayakan "mission" aku. Puas la gak buat macam-macam. Dia leh buat dekkkkkkkkkkk je.. Angin gak. Tapi aku tau, aku sedang di uji.. Hehehe..



Finally, jam 8.15pm aku berjaya. Setelah berusaha dari kul 6pm tadi.. Yahoooooooooo....Merah... kalah gak akhirnye kan... Mak ayang tau, Merah sure kalahnye... Nak tau umpannye apa... Jeng.. jeng... jeng... Ainani & McDonald.... Kuang kuang kuang...



Sedap eeh.. Ais krim...


Aku ajak Ainani gi McD kat Cheras Perdana. Saja nak bawak minah ni main kat play land kat situ. Aku beli fries, sundae connetto & sundae cone. Bestnye bawak minah senang nak handle. Tapi jangan kat shopping complex dah. Puas la nak mengejau.



Gambar yang Paling Aku Suka



Pas habis makan semua ais krim and fries, baru la dia and Ainani gi main kat play land tu. Emm.. ada la anak cina (baju merah seluar biru dalam gambar kat bawah) sorang tu bukan main sayang lagi kat minah kecik ni. Siap tahan tangan lagi takut kepala si merah tu terhantuk kat "arch" nak turun ke gelongsor tu. Dia jaga macam si Merah tu adik dia lak gayanye.





Conclusion nye... aku happy sebab mission suksess... THE END

Wednesday, January 13, 2010

BERITA HARIAN - SURVEY

13HB JANUARI 2010


Lepas kerja hari ni aku ada appointment di pejabat Berita Harian, Bangsar. Aku terlibat dalanm perbincangan (survey group) tentang surat khabar Berita Harian (hari sabtu & ahad). Hari ni khas untuk pembaca-pembaca "setia" akhbar ni setiap minggu.

Dari opis aku follow kete kak Bam sebab minah ni terror bab-bab jalan shortcut. Secara tak langsung aku pun belajar jalan baru la today. Gi DBKL ambil pakcik Hans yang tunggu kat sana. Aku la yang ajak dia orang berdua ni joint group diskussi ni. Sampai sana dalam kul 6.15pm. Kita orang le ahli pertama sampai.

Bilik Perbincangan


Mula-mula tu takut gak sebab tak tau apa yang akan dibincangkan. Almaklumlah 10 orang dalam satu group yang akan berbincang dalam tempoh 2.5 jam. Cam lama sangat bunyinya. Di asingkan lelaki dan perempuan. Tapi bila dah mula and dapat "rentak" dia. Best sangat. Tak terasa la pulak masa berlalu. Kalau dipanjangkan lagi, lagi best..


Tujuan perbincangan ni diadakan bertujuan untuk mendapat maklum balas dari pembaca tentang akhbar Berita Harian hari sabtu dan ahad. So, senang la dia orang nak tau apa yg pembaca suka dan tidak. Apa yang perlu diubah atau dipinda bagi menarik ramai lagi pembaca membeli akhbar tersebut.


Tapi yang tak berapa bestnya, ada ahli-ahli yang dok diam je tanpa memberi apa-apa komen. Di tanya baru nak cakap tu pun ulang je apa yang telah diutarakan oleh ahli lain.

Waktu break kami dijamu dengan domino pizza. Habis perbincangan dalam pukul 9.15pm. Setiap ahli yang hadir di beri token. Yang tak leh tahan tu, time bagi token tu semua orang dapat kecuali aku. Terlangkau sebab aku dok isi form. Nasib ada kak bam yang baik ati tolong cakapkan kat chairman tu. Maka dapat lah aku akhirnya token tu.


p/s - To kak bam... Thank you bebanyak yek
.


Sunday, January 10, 2010

REKOD BARU LAGI...

11HB JANUARI 2010


Today pun aku happy sesangat. Mana taknya.. Rekod baru famili aku tercipta lagi. Anak buah aku - Muhammad Wa'ie Hakim Bin Ishak telah berjaya dilantik menjadi Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya, Persiaran Siakap, Seberang Jaya, Pulau Pinang (siap alamat penuh tu kim, mak yang boh..). Hari ni diumumkan secara rasmi di sekolah dia.


Muhammad Wa'ie Hakim Bin Ishak

Aku tumpang happy sebab tu la cita-cita dia. Tiap kali jumpa, tu la yang diceritakan kat aku. Akhirnya berjaya juga. Tahniah tahniah tahniah...


1st Time Mak Yang Tengok Kim Pakai Baju Sekolah


Tapi yang tak boleh tahan tu, dia dapat jawatan, aku lak yang kena belanja dia. Bijak...bijak... Patutnya, dia la belanja aku. Emm.. tak pa tak pa.. mak ayang tak kisah.. Atas rasa bangga and terharu aku pun setuju je... small matter dan aku pun offer aiskrim Baskin Robbin 3 scope kat dia.. Member terus setuju sebab memang aku tau dia suka la sesangat aiskrim ni...


Apa-apa pun ada la syarat tambahan... kena turun 5kg hujung tahun ni & dia leh tambah lak "ok no problem... 5kg & 5A hujung tahun ni..."


Buat Akim, mak ayang pegang kata-kata Kim tu. Especially tang 5A tu.. Malu ooooooooo kalau ketua pengawas tak dapat 5A...

Buat abangnya yang sulung Muhammad Afiq,

"Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 15. Dah besau panjang. Moga menjadi anak yang soleh, menghormati kedua ibubapa dan seluruh keluarga & berjaya dalam hidup dunia & akhirat... Amin..."

NASI BRIYANI GAM

10HB JANUARI 2010


Ada la planning nak bawak si Merah tu mandi kolam. Tapi mood dia tak baik ari ni. Baru bangun tido. Jadi cancel. Aku gi cuci kereta. Tetiba dapat sms dari Cik Istana kayangan ajak teman gi PKNS Bangi. Cari baju katanya.
Memandangkan aku free, so ok je la kan.. On the way gi sana, si makcik ni ajak makan nasi beriani gam. Aku tak le rasa nak makan sangat, tapi nak teman punya pasal, makan la jugak. At the end both tak habis makan. Dah la mahal (Pada aku la..). Rm12 cam tu sepinggan. Bergantung pada jenis lauk. Bagi aku, tak le sedap mana pun. Si makcik kayangan tu pun kata tak sedap. Dulu-dulu dia kata sedap gak.


Beriani Ayam Merah (Aku Order)

Yang aku tak leh tahan tu, dah tau tempat tu nak meniaga, apa la salahnya buat sinki or basin cuci tangan. Guna paip air. Ni tak sediakan air dalam bekas je. Macam tak puas nak cuci tangan. Tu kira ok la lagi boleh dimaafkan.. Toilet lak, leh buat tak de paip air dalam tu. Letak tong drum (yang warna biru tu) je kat dalam.

Aku sampai dalam kul 12pm, masuk toilet tengok tak de air (agak berbau lak tu toilet tu). Check dalam tong tu ada baki sikit-sikit. Try cebuk. Mak datuk.. kotor giler air tu. Terkezut akak. Nasib aku check semua dulu sebelum guna. Kalau tak, tak ke naya namanya. Bila aku tanya kat budak situ, "toilet tak de air eeh.." Ngan selamba je dia jawap, "belum nak isi kak..". Confiused makcik... Pada aku kebersihan toilet penting. Tambah-tambah jual makanan lak tu. Secara tak langsung mencerminkan kebersihan kedai kita.. Tak gitu...



Beriani Daging Herba (Makcik Jamnah Order)

Ni cuma pandangan aku je.. Lain orang lain la penilaiannya. Gi la cuba.. Mungkin sedap bagi anda.... Hehehe...
Ni masuk citer pasal birthday pulak.. Bulan ni berturut-turut 3 hari ada orang celebrate birthday dalam family aku.. Today ada 2 orang :-

Aiman @ Abang Long, anak my sis Habibah. Today genap 9tahun. Mat ni amat patuh pada kedua ibubapanya. pandai mengaji, pandai bahasa arab & pandai dalam pelajaran...


Muka kepenatan balik dari kebun

To Aiman :-


"Happy birthday to you... happy birthday to Aiman... Happy birthday to you... Moga menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.. dan contoh buat adik-adik... Aminnnnn... "

To Kak Non, my sister in law... Happy birthdaaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyyyyyyyy...!!!!!!

TAYAR BARU

9hb JANUARI 2010

Setelah hampir 6 bulan, akhirnya pas keje aku terus ke kedai tukar tayar kereta. Tak tau nape hari ni aku leh tergerak ati nak gi lak. Last 3 month dah memang kritikal yang betulnya. Dah la hujan setiap hari, jalan licin. Tiap kali break, tak le berapa nak mencengkam dah tayar tu. Naik gayat nak drive.

Cina kedai tu check and terus cakap kena tukar semua sekali. Bagi aku ok la lagi bunga-bunga tayar tu.. Cina ni saja je kot nak bisness (dalam ati la...). Tapi aku tukar juga keempat-empatnya lepas dapat approval.. Bila dia ambik tayar baru nak pasang, makkkkkkkkkkkk aiiiiiiiiiiiiii... patut la kena tukar, tayar lama tu memang dah tak berbunga yang betulnya compare ngan tayar baru.. Jahil betul aku ni bab-bab kete. Tau bawa je.




Dalam Proses Alignment

Aku buat alignment sekali. All 4 tayar baru + alignment it cost me about RM750 cam tu. Jam 3.30pm baru settle semuanya. Emm.. now, baru la rasa best and save sikit drive..


Malam.. elok nak keluar bawa si Merah ni mandi kolam, hujan lebat la pulak. Janji petang. Hujan and i tertido lak. Bila malam pun hujan, aku bawa je dia ronda-ronda naik kete. Best bawa "mak nenek" sorang ni.. Banyak mulut. Nyanyi-nyanyi.. Baca A, B, C, 1, 2, 3. Pas tu singgah McD, saja bawa dia main kat play land dalam tu.. Kul 10pm cam tu ajak la balik. Tak mau balik la pulak minah kecik ni. Aku nak pegang je dia lari, pegang je dia lari.. Last-last sekali apa lagi gendong la bawa balik. Macam-macam cara dia buat nak melepaskan diri..


Dalam kete, member penat kot main tadi.. Bagi je susu terus lena sampai le ke umah.. End Story..

Pada Nur Damia .... (tak ingat la nama penuh. panjang sangat) selamat hari jadi yang ke 3 tahun.. Jangan jeling-jeling lagi eeh.. Kuat menjeling budak ni. Tajam gitu... but stil maintain "cute" macam mak dia. Mia ni anak no. 4 my sis - Ateh Rubiah..




Mia - 2tahun kot masa ni. Tak Pasti

Wednesday, January 6, 2010

GAMBAR RAYA AIDIL FITRI 2009

6HB JANUARI 2010


Entry kali ni khas buat anak buah aku (Along Musfirah @ Traffic Light) yang kini berada di Mesir (Al-Azhar Universiti) melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Minah ni cucu sulung in my family. Cucu emas my mom la. Pandai bodek mak aku minah ni.
Atas permintaan Along dari time raya hari tu til now baru aku ada kesempatan nak kumpul semua gambau-gambau ni. Pada Along,... Mak Yang dah tunaikan janji tau walaupun lambat.. lambat.. cikit je... heheheh.... So, selamat menhayati gambau-gambau yang dipaparkan tau..


Ayahanda & Bonda Tersayang


Mohon Kemaafan


Eldest Sister Along Fatimah
Yang Berkorban Segala-galanya Demi Adik-adik


The One & Only - Abang Jak



Romantic Couple
Alang Aishah & Abang Mus

Alang Aishah & Puteri-puterinya. Along Je Tak De

Couple Ni Tak Leh Berenggang Seminit Pun @ Belangkas
Anjang Hajrah & Abg Is


Anjang Hajrah & Heros


Anjang Family With Mom & Dad
(Hakim Cun Laaaa Dalam Gambau Ni)


Couple Yang Paling Kerap Balik Taiping
Anyah Nurul & Abang Sharif


Anyah Nurul & Anak-anak Yang Bijak-bijak Berlaka

Sama Cantik Sama Padan
Ateh Rubiah & Abang Harun


Ateh Rubiah Bersama Anak-anak Yang Cun Melecun



Cool Family Acik Habibah & Abang Adik
& Anak-anak Yang Patuh

Family Maintain Cun
Uda Rahim & Zarina & Nenek Kepoh "Merah"



Kelaurga Bahagia
Acik Hasanul & Azean & Syifa (Ahli ter'latest - berapa hari je baru)



Control Macho Adik Aus @ Ustad


Mom & Anak Bongsu Kesayangan @ Anak Manja

Tuesday, January 5, 2010

MEETING

4HB JANUARI 2010

Hari ni merupakan hari pertama aku memulakan tugas setelah bercuti hampir 10hari. Cam tak best je nak keje. May be dah syok sangat kot dok umah. Lagi pun dok teringat kat my mom yang sakit kaki dan tak de pembantu nak tolong dia buat keje.
Hari ni ada meeting kat Morphosis Design (consultant) di Shah Alam untuk projek Pudu Ulu. Start kul 10am until kul 6pm tak habis-habis. Naik tak larat dah rasa. Ni semua gara-gara nak settlekan VO projek ni yang dah tangkap 2 tahun tak ada jalan penyelesaiannya.. Jadi lagi payah, bila semua yang handle projek ni dah tak de. Bende dah boleh masuk muzium, nak recall balik. Memang payah.
Pas meeting aku gi umah kak chik. Singgah jap tengok dia. Dia sakit kaki sampai tak boleh jalan. Kesian lak kat dia. Sampai bertongkat. Macam-macam ujian yang perlu ditempoh. My eldest sister dah ada kat sana dari kul 3.00pm lagi.
After sembahyang maghrib, aku balik umah sebab sakit kepala sesangat. Air cond kuat sangat dalam meeting room tadi. Tangkap kepala. After sembahyang isyak aku terus tido....

GUNTING RAMBUT

3HB JANUARI 2010

Aku memang tak suka betul ngan tarikh hari ni.. Memang tak suka sesangat.. Tau tak nape.. sebabnya hari ni merupakan hari terakhir percutian aku kat kampung. Maka hari ni jugak aku kena balik ke Kuala Lumpur. Bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn betul...
Bangun pagi, aku tetiba je ajak bebudak tu gi potong rambut. Aku dari dulu lagi, tak tau nape, if kata nak potong rambut je, aku tak leh tunggu dah walaupun seminit. Jam jam tu gak nak gi potong. Mak-mak dia orang pun setuju sesangat sebabnye esok dah start sekolah.
Rombongan Cik Piah (terdiri daripada Anis, Tina, Akil, Mia & me) pun menuju la ke Pokok Assam. Kat situ banyak kedai gunting rambut dan kita orang dah familiar ngan kedai-kedai tu.
Destinasi pertama, kedai yang aku bagi nama A je. Untie ni aku tak berapa berkenan. Muka masam mencuka. U buat la lawak macam mana pun, soli la dia nak senyum.. Anis dah biasa kedai tu, so cut juga la kat situ. Anis, Tina potong rambut kat situ. Si Mia meraung macam nak rak tak mau potong rambut. Ni la hasilnye...




Semasa & Selepas (Macam tak jadi je Cina ni potong. Bagi aku la..)




Sebelum, Semasa Dan Selepas (Suruh trim sikit, pendek terus Ah Sow ni Potong)


Selepas tu ke kedai B yang lokasinye tak jauh dari situ. Ni kali kedua aku gi situ. Last gi setahun yang lalu. Cuba nak potong rambut si Mia ni. Dia siap melalak kat situ la pulak. Habis baju cina tu dia tarik. Bagi meredakan keadaan, aku potong dulu. Tengah dok potong rambut aku datang la seorang nenek (cina) dok usik-usik si Mia. Meraung balik minah ni. Tapi tetiba dia bila nenek ni suruh dia diam (acu gunting usik dia). Emm aku pun dapat idea.. hehehehe...
Selesai aku potong rambut mengikut fesyen yang di pilih oleh Anis & Tina. Sesi mencuba untuk memotong rambut Mia. Meraung balik. Macam-macam dia buat. So, aku suruh la nenek tadi buat cam na dia buat tadi sampai budak Mia ni dia. Berjaya.. Hahahaha... Mak Ayang menang Mia. Potong rambut sambil berdiri. Hahaha.. Lawak betul minah kecik ni.. kalah akhirnya.. Ada tangkap video tapi tak tau lak cara nak download. Best tengok gelagat dia tu.. kelakar betul.. Hehehehe...
Sayang sikit je, tak berani nak buat fesyen cam yang dipilih (Agnes Monica), takut dia buat hal sekerat jalan. So Potong pendek je la.. Pas potong dah perasan cun lak minah ni...




Sebelum, Semasa & Selepas

Kul 6.30pm aku bertolak ke KL. Hujan lebat sepanjang jalan. Kul 9.45pm sampai umah dengan selamatnya.