Tuesday, January 5, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA - GENTING HIGHLAND

23HB DISEMBER 2009


Aku cuti hari ni. Cuti semata-mata untuk menunaikan apa yang telah dijanjikan. Janjinya dari awal musim cuti sekolah tapi memandangkan kesibukan yang teramat, terpaksa di tunda. Tarikh hari ni pun adalah pilihan terakhir. Sebabnya Jumaat aku nak balik kampung. Tak de masa lain lagi dah.


Ikut kan ati tu... Tak le berapa nak pi.. Memikirkan banyak bende yang nak disettlekan dan yang utama bila tuan yang empunya planning ni tak leh pi. Result PMR nak kuar esok. Agak kecewa la juga bila tuan yang planning tu tak jadi. Bagi tak mengecewakan ahli-ahli rombongan yang lain.. Yang dok count down dekat sebulan dah tu.. Ku merelakan diri la juga... walaupun perut ni rasa tak berapa nak sedap... heheheh...


Awal bangun today. Kul 5am. Goreng nugget, koktail sosage & buat sandwich sardin. Jajan & air dah beli banyak dah. Bukan apa ni semua nak save budget. Mahal tu nak beli kat atas. Pulus tengah clean & clear so kena la pandai-pandai adjust..


Kul 8.00am mula bertolak. Singgah area Ampang Point. Isi perut kenyang-kenyang dulu. Jumlah ahli rombangan 2 dewasa besar, 2 dewasa kecik, 3 kanak-kanak.


Dalam kul 10am sampai sana.. Fuyooooooooooooooo... kabus punya la tebal. Jarak penglihatan tinggal 10m cam tu je. Mengagau gak cari jalan.. Signboard bila dah dekat je leh nampak. Park kerete betul-betul dekat ngan entrance. So, nanti senang la nak kuar masuk ambik stok makanan.


1st gambau & baru je sampai masa ni


Total tiket cost around RM236. Memandangkan keadaan cuaca yang cam tu. Ada special offer. Bayar outdoor dapat all park. Best gitu. Masuk je.. maka bermulalah operasi naik game-game yang ada. Sejuk memang dah ke tulang hitam walaupun baru tak sampai 30min kat situ..



Warming up game - 1st game yang kita orang naik. Termasuk la aku.



Enjoy Giler Bebudak Ni


Banyak game yang ganas-ganas gitu, tak beroperasi disebabkan keadaan cuaca. Tak hujan tapi terlalu berkabus. Memang nak jalan pun susah. Emm... semua pakat pakai baju winter gitu. Tetiba je teringat masa kat korea.. heheheh.. Aku ni bawa shawl je la.. Tak tau yang nak sejuk sampai lagu tu.. Kita orang ni bila dah tak terkawal je kesejukan, so apa lagi cari aktiviti indoor la.. Emmm.. Anak-anak...Jom kita ke CHOCOLATE WORLD....!!!!!



Aku Selaku "Assistant" Rombongan Cik Kiah

Ahli-ahli Kecil Rombongan
(terlentuk-lentuk kesejukan yang betulnye...)


Kakak Angkat Kaki Nak Tunjuk kasut Croc Baru Ehhh....



Gaya Tersendiri

Actually, ikut ati aku ni, banyak lagi gambau yang nak di snap.. memang cun tempat ni. Tapi faham-faham je lah kan, bebudak ni dapat main and dapat geng.. Kita ni sapa lah kan.. Bolayan le... I ni suka la sesangat nak bergambau tempat cun-cun gitu.. Pendam perasaan je la...

Terus menuju ke Space Shot. Ni la satu-satunya game yang mencabar buka buat masa ni. Punya la panjang "Q". Niat ati nak le naik. Ahli terkecil rombongan ni tak lepas la pulak tahap ketinggian. Suruh dia tunggu kat bawah sementara kita orang naik, dia tak nak. Muka dah start moyok nak meragam. Aku pun tak le jadi naik.. U all nak tau apa jadi.. Hehehe... Last-last sekali aku yang mogok and meragam... Kuang. Kuang.. Kuang..



Apa yang bestnya.. yang "Q" nak naik 4 orang. Dekat 45minit gak la dia orang berempat beratur. Sampai je turn, 2 minah ni surrender tetiba. Yo yo je beratur.. tak berani rupanye...



Talqif & Hasyer Menuju Ke Puncak


Next extreme game.. Corkscrew.. Panjang gak beraturnye sebab baru buka. Lama sangat "Q" sampai ulang ke toilet la si Talqif kesejukan. Yang lagi tak leh tahannya.. Dah betul-betul sampai turn nak naik, dia boleh kata nak gi toilet.. Tak tau la sebab takut or sebab sejuk dah.. Hahaha.. Lawak gak bebudak ni kekadang...



"Q" - Panjang Lagi Ni....



Tunggu Turn - Tak Lama Lagi Dah


Dalam banyak-banyak game outdoor yang ada, paling banyak kali bebudak ni ulang adalah ANTIQUE CAR. Aku pun tak tau la apa penyebab dia suka sesangat naik kete antik ni. Slow lak tu.. Dok dok pikir balik, mungkin sebab dia orang leh drive sendiri kot. Tu yang naik syok tu. Sampai orang-orang yang jaga tu pun dah naik kenal dah muka bebudak ni. Ada dalam tujuh lapan kali kot dia orang ulang.
Emm... Apa lagi, ni la peluang aku nak naik SPACE SHOT, GO CART dan lain-lain. Jam pun dah kul 8pm, orang dah ramai yang balik. So, nak naik apa pun senang. Tak yah "Q". Syok gitu.


Talqif & Hasyir - Last Round



Ni la "Ratu-Ratu & Hero-Hero" Kereta Antik
Dah kul 10pm. So, last round la naik kete tu. Then, bergambau sakan ngan abang yang jaga game tu. Budak tu tak nak. Malu kot. Tapi cair gak akhirnya ngan bebudak ni.. Banyak lagi game outdoor yang kita orang dapat naik. Buai pusing la, bumper boat la, yang lain-lain tu aku tak ingat nama... heheehee..
Memandangkan outdoor dah tutup, indoor diterjah. Ajak balik pun tak nak. Indoor tutup kul 1am. Emm.. layan la juga. Mungkin tak puas main lagi sebab sejuk kat luar. Sian gak. Tambah-tambah dah bayau mahal and bukan senang nak dapat 1 in 2. Layannnnn....


Bumper Car


Aku geng pompuan tengok 4D show. Bebudak lelaki malas "Q" so gi naik bumper car. Last-last sekali kita orang dah habis tengok show, dia orang belum naik pun. "Q" panjang juga kat sana.. Hahaha.. Rugi tak tengok show tu. Best giler.


Wajah-wajah Kepenatan Tapi Tak Nak Ngaku

Letih Sangat Dah Tu...


Segau Balik Bila Sampai Turn Nak Naik
Last game untuk indoor adalah menaiki bot "Venice". Tak la panjang "Q". Best gak. Relax gitu. Tengah dok syok foto-foto, bateri kong.. habis citer. Habis je naik boat ni, dia orang masih nak naik bende-bende lain lagi. Kalau nak ikut dia orang, memang tak mau balik. Tapi kali ni, ketua rombongan kata "NO". Balik. Hehehe.. Lagi pun aku keje esok... Udah-udah la tu...

Sabau Menanti Giliran..
Perjalanan balik berkabus giler. Memang tak nampak jalan langsung. Sampai bawah baru ok. Budak-budak, kete jalan tak sampai 5 min je terus lena. Senang sungguh dia orang ni eek... Emm.. kita la terkebil-kebil drive. Sampai umah kul 1.30am.. Mandi and terus tido..
Kesimpulannyan, aku happy sesangat ngan trip ni walaupun letih & kesejukan yang teramat. Aku happy sebab bebudak semua happy. Bila dia orang rasa happy, hilang rasa letih sepanjang hari tu...
Buat Izzat, mak ayang ucapkan Happy Birthday. Moga jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup. Actually, mak ayang ingat boleh la kita sambut birthday Abang Ngah kat Genting. Rosak program mak ayang bila abang ngah tak leh gi..
Buat In, Tina, Izzat, Ain, kak chik, Aiman, Ammar & Hakim.. nanti kita gi Genting sama-sama eeh.. Next time.. Janji belajau tau..

No comments:

Post a Comment