Tuesday, January 5, 2010

GUNTING RAMBUT

3HB JANUARI 2010

Aku memang tak suka betul ngan tarikh hari ni.. Memang tak suka sesangat.. Tau tak nape.. sebabnya hari ni merupakan hari terakhir percutian aku kat kampung. Maka hari ni jugak aku kena balik ke Kuala Lumpur. Bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn betul...
Bangun pagi, aku tetiba je ajak bebudak tu gi potong rambut. Aku dari dulu lagi, tak tau nape, if kata nak potong rambut je, aku tak leh tunggu dah walaupun seminit. Jam jam tu gak nak gi potong. Mak-mak dia orang pun setuju sesangat sebabnye esok dah start sekolah.
Rombongan Cik Piah (terdiri daripada Anis, Tina, Akil, Mia & me) pun menuju la ke Pokok Assam. Kat situ banyak kedai gunting rambut dan kita orang dah familiar ngan kedai-kedai tu.
Destinasi pertama, kedai yang aku bagi nama A je. Untie ni aku tak berapa berkenan. Muka masam mencuka. U buat la lawak macam mana pun, soli la dia nak senyum.. Anis dah biasa kedai tu, so cut juga la kat situ. Anis, Tina potong rambut kat situ. Si Mia meraung macam nak rak tak mau potong rambut. Ni la hasilnye...




Semasa & Selepas (Macam tak jadi je Cina ni potong. Bagi aku la..)




Sebelum, Semasa Dan Selepas (Suruh trim sikit, pendek terus Ah Sow ni Potong)


Selepas tu ke kedai B yang lokasinye tak jauh dari situ. Ni kali kedua aku gi situ. Last gi setahun yang lalu. Cuba nak potong rambut si Mia ni. Dia siap melalak kat situ la pulak. Habis baju cina tu dia tarik. Bagi meredakan keadaan, aku potong dulu. Tengah dok potong rambut aku datang la seorang nenek (cina) dok usik-usik si Mia. Meraung balik minah ni. Tapi tetiba dia bila nenek ni suruh dia diam (acu gunting usik dia). Emm aku pun dapat idea.. hehehehe...
Selesai aku potong rambut mengikut fesyen yang di pilih oleh Anis & Tina. Sesi mencuba untuk memotong rambut Mia. Meraung balik. Macam-macam dia buat. So, aku suruh la nenek tadi buat cam na dia buat tadi sampai budak Mia ni dia. Berjaya.. Hahahaha... Mak Ayang menang Mia. Potong rambut sambil berdiri. Hahaha.. Lawak betul minah kecik ni.. kalah akhirnya.. Ada tangkap video tapi tak tau lak cara nak download. Best tengok gelagat dia tu.. kelakar betul.. Hehehehe...
Sayang sikit je, tak berani nak buat fesyen cam yang dipilih (Agnes Monica), takut dia buat hal sekerat jalan. So Potong pendek je la.. Pas potong dah perasan cun lak minah ni...




Sebelum, Semasa & Selepas

Kul 6.30pm aku bertolak ke KL. Hujan lebat sepanjang jalan. Kul 9.45pm sampai umah dengan selamatnya.

No comments:

Post a Comment