Thursday, May 3, 2012

MY COLLECTION

 30 APRIL 2012 - ISNIN



Ramai dah yang dok tanya apa yang makcik suka sangat kumpul. Dok travel rata-rata tu, apa yang makcik bawak balik untuk kenang-kenangan.. Jawapannya  adalah .........
.
.
.
.
.
.


"FM"
.
.
.

.


FRIDGE MAGNET


Antara Koleksi Ku


Bende yang pertama makcik cari tiap kali sampai ke mana-mana negara yang makcik lawati. If tak dapat rasa macam tak lengkap.. Entah le nape, may be, comei kot bende ni. Apa yang makcik pasti, memang dari kocek lagi berkenan sesangat ngan  magnet ni.. hehehe


Koleksi Dalam Negara


Asalnya koleksi ni dok melekat kat peti sejuk. 1 side local, 1side international & 1 side lagi apa-apa je. Tapi bila lekat kat peti ais ni, dah penuh bebonar.. Bila dah meriah tu.. faham-faham je la kan.. Ramai le kenik- kenik kat umah tu yang berminat ni.. Ada yang tak berapa nak sampai tu, siap kait lagi. Yang tu paling makcik tak leh tahan tu.. ;-)



Koleksi Luar Negara

Ada gak yang dah "mekar" benar kot, luruh sendiri. Lengkang magnetnya. Panas kot dok kat peti tu. Cedih makcik if yang berderai tu tangkap harga puluhan RM.

Koleksi makcik ni, ada gak yang diberi oleh teman-teman dan ahli keluarga yang tahu akan kegemaran ku ini. So, depa pi mana pun, salah satu yang akan makcik terima adalah FM.

Bukan takat makcik je, semua ahli keluarga ada koleksi masing-masing kat umah. Sampai abang makcik bersusah payah buat plate besi tu khas untuk gantung kat dinding ni. Atas permintaan makcik, adik kesayangannya, all tertunai.. ;-)

Ni di antaranya la.. banyak lagi.. dan next next N3 if rajin, makcik tunjukkan koleksi lain selain FM ni k.. Tungggggggggggggggguuuu....