Tuesday, May 31, 2011

MY 1ST LAPPY

26HB MEI 2011 - KHAMIS


Finally after 37years, aku memiliki my own lappy... hehehehe.. Dasat sungguh no.. Orang lain ada yang umuq 7 tahun pun dah ada laptop sendiri, aku ni baru nak dapat. Kesian kesian..

Aku tak kisah. Dulu tu bukan tak mau beli but bukan keperluan sangat pun masa tu. Duit leh pakai untuk bende lain. Actually dari last year nak beli coz aku nak dengar bacaan ayat-ayat Al-Quran melalui komputer (aku dah beli lama bebonar software tu) & i need DVD burner so senang aku nak burn all the video yang aku ambik sepanjang trip aku. Tak de le menyusahkan my bil lagi next time untuk tolong burnkan.

Sebelum ni ada laptop my freind aka makcik istana kayangan bagi. Leh le aku pakai software tu but no DVD burner je. Itu le yang aku pakai selama hari ni.



Aku beli ni kat Low Yatt & beli 2 biji. I for my bro & 1 for me. Each harga RM 2.5k. Mintak kurang lagi 10 hinggit pun dia tak bagi. Katany new model, harga tak jatuh lagi. Aku pilih putih dari 3 color (putih, coklat & merah). Dapat le free lapan barang cap ayam.. mouse pad, mouse, keyboard protector etc. Jadi la kan daripada tak dapat langsung.

So, pas ni leh le berinternet sakan kat umah pun & leh le i update blog untuk pengembaraan aku selama hari ni.. Itu le tujuan asal buat blog tapi satu pun tak masuk lagi. Gambar je tangkap ribu-ribu keping. Tak de masa nak pilih.





p/s - Along.. Ni le my new lappy... Nak pinjam meh le cini... hehehehee

ONLY CAT... NO CATS-CATS... HEHEHEHE..

22HB MEI 2011 - AHAD


Bila terbaca tentang orang makan kucing kat China and siap masak idup-idup, dalam blog Laila Kesandra, tetiba teringat lak kat kucing angkat my mom ni... Tengok je muka dia teringat kat gambar-gambar dalam blog dak Laila ni. Tergamak manusia ni eeh.. Kejam sampai cam mana pun tak tau nak cakap..



Emm.. aku rasa kucing ni bertuah. Dia datang tanpa di undang. Kecik lagi masa tu. Memandangkan my mom ni memang pemurah sesangat, bila kucing ni dok ngan poyo je tengok my mom, ala-ala minta simpati gitu.. my mom pun bagi le makan.. Lama-lama dah tak pi mana dah. Dengan sendirinya dia anggap my mom tu mak angkat dia.. hahahahaha..




Nak buang, tak tergamak lak. Dia suka sangat buat muka kesian. Lagi pun special cikit minah ni. Dia tak akan makan apa-apa benda yang tak masak, ikan ke apa ke mesti kena masak dulu. If tak masak, dia buat dekkkkkkkk je. Sanggup berlapar tu.


Lagi satu, dia akan hanya masuk umah bila lapar je. Bila masuk & bunyi-bunyi tu tanda lapau bebonar le tu. Pas makan akan terus kuar le balik. Bukan tu je, lauk pauk atas meja if terbukak pun, sebesar ikan joz kita letak pun dia tak akan naik atas meja. Apa yang dihidangkan, itu yang dia makan.. Baik kan dia..




If dia jumpa binatang-binatang cam tikus ke, lipas ke apa ke, dia akan bunuh dan tinggal je. Dia tak akan makan jugak.

Kekadang my mom (bila balik dari outstation) kelam kabut masak untuk minah ni je bila tak de makanan lain. Selalunya dia makan makanan kucing beli kat supermarket tu je.



Lupa nak bagi tau, tak lama lagi my mom akan dapat cucu angkat.. heheheheh.. Minah ni ada affair ngan foreigner (kucing parsi ke siam tak pasti). Anak dia sure cun punya. Now dok pregnant le tu..

Pas bersalin mungkin terpaksa carikan dia mak angkat baru kot. My mom selalu tak de umah. Payah nak jaga makan minum dia. So pada terseksa baik kita bagi keluarga baru kan kan kan...



Friday, May 27, 2011

SIAPA PENDERMA TULANG RUSUK KU ITU...????

27HB MEI 2011 - JUMAAT


Bila hangat dibincangkan beberapa hari lepas pasal perempuan kawin lambat (dalam MHI & IKIM) ni.. Tetiba aku teringat akan ayat-ayat tentang kejadian wanita ni. Ku baca dari blog yang sememangnya aku follow setiap hari but not in my blog list..






WANITA DIBUAT DARI TULANG RUSUK LELAKI

DIA TIDAK DICIPTA DARI KEPALANYA UNTUK MENGUASAI LELAKI

DIA TIDAK DICIPTA DARI KAKINYA UNTUK DIPIJAK OLEH LELAKI

DIA DICIPTA DARI RUSUKNYA SUPAYA SENTIASA DEKAT KEPADANYA

DICIPTA DARI BAWAH LENGANNYA UNTUK DILINDUNGI OLEHNYA

DAN

BERDEKATAN HATINYA UNTUK DISAYANGINYA....


Tetiba teringat, pernah dengar orang dok kata, penderma tulang rusuk untuk kita itu le nanti jadi pasangan kita (suami) di dunia ni...

Kalau cam tu le ropanya... sapa la yang dok baik ati derma tulang rusuk untuk aku ni?? Penuh tanda tanya. Dah dekat 40 tahun tak ku temui jugak... heheheheeh...


Mungkinkah akan ku temui di dunia ini atau di "sana"?????


Sesungguhnya itulah rahsia yang tersembunyi dan hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya....

Monday, May 23, 2011

1st TIME NAIK ETS

22HB MEI 2011 - AHAD


Disebabkan ada masalah teknikal, ari ni aku balik ke KL naik public transport. Dah tu kira cam gamble je la main cari tiket last minit. Apa-apa pun aku kena gi Tanjung Malim coz kete kat sana.

Around kul 3.00pm aku siap dah nak balik. My sis and bil hantar ke stesen bas. Gam-gam sampai je ada 1 bas ke Ipoh nak jalan. Terus naik je.

Baik pakcik bas ni siap berhentikan aku kat depan stesen keretapi Ipoh lagi sebab masa nak naik tadi aku ada cakap yang aku nak kejar train so kena sampai awal, i jalan pun tak tau. hehehehe..

Baik tak baik pakcik ni, masa sampai area tunnel kat highway tu hujan, dia lak yang dok susah ati cam na aku nak gi ke stesen tu. Tak pe pakcik, if terpaksa, kan ku redah gak. Tak de masalah janji leh sampai b4 6.00pm kat stesen.



Emm.. tiket kul 6.30pm habis dijual. Kena naik kul 7pm. Cedih le ngan penjual tiket tu, jawap soalan punya la eksen. Kuar dari kawasan tu, semua orang dok merunggut bende yang sama. Siap ada yang nak buat aduan lagi. Berlagak sangat kata dia orang. Ini le orang kita. Front counter mana leh buat cam tu kan. Imej tu.



My 1st ticket.. 13C Koc A

Now baru kul 5.30pm so kena tunggu le kan. Untuk tidak membuang masa, aku baca le buku yang ku angkut ke hulu ke hilir tapi bacanya tidak le tera mana sangat. Masa berlalu tanpa disedari dan dapat le cikit2 ilmu tambahan... :-)


Still menunggu



Ta daaaa... Dah sampai...

Segan le nak tangkap gambar dalam train ni. Orang dah penuh. Puas le gak cuba tangkap tapi faham-faham je la tepon pun cam ayam.. Goyang bagai gambar.. :-(


Dalam train

Train delay 15min. Emm.. best gak naik ETS ni. Rasa cam cepat je. Speed tulis 150km/h. Bersih dan selesa. Kul 8.30pm sampai dah Tanjung Malim. 1h10min journey. Canggih dah stesen Tanjung Malim rupanya. Lama sungguh tak datang sini.


Stesen Keretapi Tanjung Malim

Anak buah datang jemput naik motor. Yang tak leh tahan, dia leh lupa bawa helmet extra (baru pandai bawa motor mamat ni, dah pesan pun tapi gabra sangat sampai terlupa). So, nak buat cam na. Langit dah bagi isyarat. Naik gak le tanpa helmet. Kena lalu pekan Tanjung Malim & depan Balai Polis lak tu nak ke Proton City. Tawakal je.

After makan and solat aku terus bertolak ke KL naik kete. Setelah menaiki segala jenis pengangkutan Kete - Bas - Train - Motor - Kete, aku pun selamat le sampai ke my home sweet home tepat jam 10.40pm..


MEMANG WAJIB DI TUKAU DAH...

23HB MEI 2011 - ISNIN


Sejak 2, 3 ari lepas kepala rasa berat sesangat especially area mata. Aku dah dapat agak dah if rasa cam ni. Biasa kena. If tangkap 2 -3 hari tak hilang tu, petanda ada yang perlu dinaikkan "kuasa"nya.

Cedih sungguh. Cam baru je aku naikkan but now mintak lagi. Mintak turun kuasa tak de pulak. Emm... nak buat camna kan. Tanpa dia aku memang tak leh gerak. Ini baru Allah tarik cikit je nikmat yang diberi walaupun diberi lak alternative lain untuk menikmati semula nikmat tersebut. Tu pun masih nak bersunggut aku ni. Teruk tul.

Actuall aku bercakap tentang mata ke-2 ku ini. Cam baru je buat tetiba now start macam nak kena naikkan power lagi. Tiap-tiap hari rasa sakit keliling mata and kekadang sampai rasa cam nak ambik campak je. Tak selesa.




Weekend ni mesti kena buat gak. Kritikal ni. Dah ajak my sis balik Tepen. Buat kat sana murah cikit dan my sis ni merangkap my perunding image. So, baik gi ngan dia senang. Dia pilih and aku bayau je.. hehehehe..




Kali ini aku kena dah tukau frame sekali. Spek yang aku pakai ni, if ikut umur dah leh ambik UPSR dah tahun depan. Frameless. Selama hari ni, aku tukau cermin je. Tahan betul.

Tiap kali nak gi buat cermin, mesti taukeh kedai tu suruh jual coz frame aku ni jenis elok sesangat dan cermin payah pecah walaupun terkepak - cara skru tu pegang cermin tersebut (Cina kedai tu le cakap tapi tak di nafikan le.. Sepanjang aku pakai sekali je pecah. Masa 1st buat. Tu pun sebab aku terduduk atas spek masa tahiyat akhir.. hehehehe..)


Aku jenis tak kisah pun dan bukan jenis fesyen-fesyen ni. Janji leh pakai dan selesa but kali ni kena buat back up la. Spek ni leh simpan bila emergency. Dah uzur bebonar. Sebelum ni ada gak buat spek yang berframe c/w sun glasses but aku selesa yang lama gak. So, maintain till now.


Wednesday, May 18, 2011

DI MANA DIA DI HATIKU???

11BH MEI 2011 - RABU


Perasaan untuk memiliki satu bende ni dah seminggu ku pendam. Tapi hari ini aku nekad akan ku dapatkan juga bende yang diinginkan tu. Dari melihat ayat yang tertera di muka depan aku amat tertarik untuk memilikinya, so ke Popular Book Store le kite yek. Tesco berdekatan opis dituju.. Tesco Bandar Manjalara.

Jeng jeng jeng... dengan berkobar-kobar mencari dari satu rak ke satu rak dan dalam ati dah sikit kecewa sebab macam tak jumpa je.. Tetiba.. Ta daaaaaaaaaaa.... Ada pun. Fuhh happy makcik..




ALLAH itu amat hampir
Tapi, kenapa aku masih meminggir?
Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir...





Orang yang cintakan ALLAH akan tenang dengan mengingatiNYA. Orang yang takutkan ALLAH pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayatNYA. Andai cinta dan takut Allah ada dihati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagian yang hakiki dan abadi...


Ni le buku yang ku cari. Actually aku suka baca blog Genta Rasa, more to motivation. Olahan yang simple dan susunan ayat yang menarik. Dalam blog ustad ni ada tulis tentang buku terbaru tulisan dia, baca tajuk je aku dah teruja nak baca sepenuhnya.

Murah je buku ni, RM15 je. Aku suka beli buku-buku gini. Bukan apa, aku suka budak-budak and ada ramai anak-anak buah yang sedang meningkat remaja, kekadang tengah dok main-main and sembang-sembang gitu, leh le dok bagi input sikit-sikit dari apa yang kita baca ni. Dengan cara santai dan ringan gitu.

Buku-buku yang lebih detail pun banyak gak koleksinya, my bil, my yousgest brother rapat ngan Ustad Ismail Kamus, so, apa ilmu yang dia dapat dari Ustad, akan ditranferkan pada kita orang adik beradik bila berjumpa. Buku pun cam tu le gak, pakat dok ambik turn baca.

Gitu le gayanya kita-kita yang baru bertahtih mencari ilmu. Bak kata orang tua-tua... sikit-sikit lama-lama jadi bukit gakkan.. Moga hidup diberkati..
Khair InyaAllah..

Wednesday, May 11, 2011

MAKAN IKAN BAKAR BERSAMA IBU-IBU..

7HB MEI 2011 - SABTU


Tengah tengok TV rancangan Imam Muda around 6pm, cam tetiba datang idea nak buat satu surprise to my lovely ayahbonda today. Bisik-bisik with Kak Siah & Aus - line clear. Pas tu roger Kak Lah kat Penang - green light gak, roger lak Kak
Biah - set jugak. So semua ok, planning berjalan seperti yang dirancangkan.

Aku pun mengeluarkan arahan, semua penghuni umah dikehendaki siap dengan segera lepas maghrib. Aku nak bawa gi ke suatu tempat. Mak lak nak gak masak nasi bagai. Puas gak le bagi cam-cam alasan tak nak nasi tu di masak. Bukan apa kang sapa nak makan, planning dah baik ni.

Pas maghrib, semua siap, aku pun pecut le macam nak rak menuju destinasi yang dirancangkan.. Jeng jeng jeng... nak tahu kat mana... Emmm.. kat sini le ..(sila tgk gambar dibawah...)





Hehehehe... Ini le tempatnye. Kat Penang. Kul 8pm bertolak kul 9pm sampai sebab jam teruk kat Seberang Jaya. Ada letupan kat pencawang elektrik. Ikut ati nak makan kat island but masa tidak mengizinkan.



Sesampai kami, kebanyakkan menu yang di order dah ready. My sis (Kak Lah), dah gi order siap-siap. Sini kalau lambat, pakai makan apa yang ada le. Siapa cepat dia dapat. All seafood dia fresh and sedap, so ramai le orang datang.








Dok tunggu lagi 2-3 menu yang masih belum sampai. Dah penuh meja dah masa ni, tapi rasa macam tak cukup je, tu la yang dok up order lagi tu... So, malam ni no diet-diet.. :-)






Memandangkan Si Merah kita tak datang (dok ada KL), so Paksu dia yang baju merah tu le kena baca doa makan dan bagi sedikit ucapan. If Merah ada memang tugasan wajib dah untuk dia baca doa makan, siap dengan makna lagi dibacanya.




Now, eating time...!!!! Menu today siakap bakar, udang galah bakar , sotong halia, kailan ikan masin, sup ekor, ayam percik, sambal belacan. Sementara air, fresh oren dan air tembikai. Semua menu ni untuk 13 orang makan. Kos semua standard la tangkap ratus ratusan but tu tak penting, yang penting saat bersama tu, tak boleh diganti dengan RM. :-)








Di sini kita beli all the seafoods kira timbang kilo. Apa yang diorder untuk makan terlebih sudah. So, semua orang dikehendaki meratah le all the ikan, sayur, sotong bagai. Sup langsung tak berusik. Banyak sangat makan tak tau nak makan yang mana satu.






Akhirnya, berjaya menghabiskan lauk pauk tu. Makan lauk banyak dari nasi yang betulnya. So sambil dok sembang-sembang sesi foto-foto dilakukan. Actually planning malam ni untuk Hari Ibu walaupun ada orang cakap tak boleh sambut hari ibu. For me, hari-hari adalah hari ibubapa but today saja nak bagi my mom & 3 lagi sis i ni diraikan kerana mereka adalah IBU..



Mak with kekasih hatinya... abah tercinta...



4 ibu yang aku rai kan (Mak, Kak Lah, Kak Siah & Kak Teh)
bersama abah tercinta



Kak Lah bersama Bonda Tercinta



Kak Siah with Mak yang disayangi



Kak Teh with Bonda Yang Dikasihi



Aku with Ayah Bonda.
Ayang sayang mak abah sepenuh hati...



Kak Lah with her beloved hubby Abang Is.


After selesai semua, kami pun berangkat le ke umah kak lah, saja gi lepak-lepak jap minum kopi lak kat sana sambil berbincang tentang barang hantaran yang nak dibawa untuk majlis pertunangan adik bongsu ku nanti.






Around 12.15 am cam tu kami beransur pulang ke Tepen.


Note : Next Planning rai kan abah di Ar Rawsyah awal bulan depan. Moga dipermudahkan. Amin..

Monday, May 9, 2011

ZARINA ABDULLAH - TRIBUTE TO HUMEN ERROR

7HB MEI 2011 - JUMAAT


Previous N3 citer pasal anak & today i nak citer pasal maknya lak. Untuk pengetahuan semua Si Zarina ni adik iparku and dia le mak si Merah Yang Pink tu.



On 28hb April lepas adik ipar ku ni menghiasi muka depan ruangan Ratu Berita Harian. Sepanjang bulan April yang lepas adik ipar aku ni ada buat pameran solo lukisan under tajuk TRIBUTE TO HUMAN ERROR..

Mak si Merah ni adalah seorang pelukis dan pak si merah pun pelukis gak. Tak kurang gak le si Merah tu, habis segala dinding dilukisnya. Kreatif gitu. Famili aku pun, memang dilahirkan dengan majoriti terlibat dengan seni-seni gini. Turun abah kot kecuali aku, tangan kayu.




Ni bukan kali pertama dia buat pameran solo, dah banyak kali dah. Majalah, paper dan lain-lain pun dah banyak yang masuk. Dia punya bakat besar dan tak dinafikan aku memang kagum ngan semua orang yang boleh melukis ni, lebih-lebih lagi adik ipar aku ni. Bukan semua boleh dapat kelebihan cam gitu kan kan kan.





Mai nak citer sejarah cikit, bestnya dia orang (both husband & wife) ni, elok kawin je dapat tawaran melukis atas kapal "Pride Of America" kat Jerman. Best gitu. Ala-ala gi honeymoon free je.. hehehehe..





Actually aku nak masukkan gambar-gamabr lukisan dia yang dipamerkan dalam pamera yang lepas tapi tak berkesempatan nak tangkap. So, apa yang ada dalam paper je la but dalam paper yang aku ambik ni bukan khas untuk pameran solo tu.. so, tak de le sangat gambar lukisan.





Last week bila cerita pasal lukisan ni, ada la dengar dia kata 1 collecter lukisan dia from Sarawak nak turun Semenanjung, jumpa direct and berminat nak beli lukisan terbaru ni and ada banyak gak galeri yang dok call nak ambil jual lukisan-lukisan ni.




Harapan aku moga adik ipar aku ni berjaya dalam bidang yang diceburi dan menjadi pelukis yang terkenal suatu hari nanti.. Khair InsyaAllah.. Amin...

Last year aku dapat hadiah birthday potret gambar aku sendiri from my bro & wife dia ni.. Cun gitu. Jimat belanjo aku. Tak yah upah mahal-mahal. Tuah badan.. hehehehe

Thursday, May 5, 2011

MERAH YANG PINK.

6HB MEI 2011 - JUMAAT


Bila baca tajuk N3 ari ni, mesti orang terpikir apa yang dimaksudkan dengan Merah yang Pink. Emm.. yang betulnya nak bercerita kisah seorang budak comei dan warna je.




Minah dalam gambar ni le yang dimaksudkan Merah yang Pink. Actually nama dia Nur Humairah Darwisyah 3 tahun +. Semua orang panggil Maira tapi aku je suka-suka panggil Merah aka Princess & now dah lekat pun nama tu.




Minah ni fanatik Pink color. Apa bende pun pink. Dalam pakaian harian dia mesti ada pink, tak skirt, baju tak baju panties, tak panties apa-apa je la mesti kena gak ada cikit warna pink.





Bukan takat tu je, if jumpa bende yang berwarna pink habis semua di kutip boh dalam beg dia. Kertas ke, buku ke, sikat ke getah rambut ke etc termasuk le botol softlan yang warna pink tu. Pun di angkut jugak. Ish..ish ish.. payah sungguh..





Mulut dia cam mak nenek bercakap. Tak gaya 3 tahun. Bijak sesangat. Dia pandai ajuk kita cakap balik. Payah nak kena kan minah ni sebab selalunya, dia lagi cekap kenakan kita balik.

Bab bergaya & melaram bagi kat dia. Sentiasa nak pakai baju cantik & sentiasa nak nampak cam princess. Budak-budak kecik lain suka mainan but dia suka aksesori cam rantai, gelang, cekak rambut etc., Mainan suka gak dia but more to kewanitaan gitu.



Lately ni dia suka sangat jadi cikgu. So, tok, tok wan & all mak sedara dia kena le jadi anak murid. Apa yang diajar kita orang ikut le. Best gak kekadang rasa cam student dalam sekolah orang-orang tua dalam citer P.Ramlee Bujang Lapuk tu.

Emm.. tapi yang paling aku suka sekali, dalam umur 3 tahun ni dia dah boleh menghafal beberapa surah pendek cam Al - Fatihah, 3 Kul, doa makan, doa naik kenderaan, doa taubat, zikir dan banyak lagi. Rasa sejuk perut bila dengar dia baca kalimah Allah.


To Merah :

Mak Yang doakan moga Merah akan menjadi seorang anak yang solehah, cerdik, pintar dan maintain comei gitu.. Mak yang sayang Merah sepenuh ati...Amin...