Saturday, May 22, 2010

DIA ISTIMEWA DI HATI KU...

19HB MEI 2010 - RABU


Memang rasa sebak, sedih, syahdu je ari ni. Tetiba je petang ni aku dikejutkan dengan "something" yang amat-amat mengecewakan sebab aku betul-betul "blur" dengan tindakkan seorang umat yang boleh dikategori dalam kumpulan lelaki pendek.. (jahat aku ni, dah geram sangat yang betulnya)

Geram betul aku ngan mamat ni.. Aku ni tak berkait langsung ngan dia, dia suka suka hati main terjah je. Dia nak marah orang yang sepatutnya tak berani, so, aku lak jadi mangsa. Payah dapat orang cam ni. Eeeeeeeeeeeeeeee gerammmmmmmmmmmmmnyeeeeeeeeeee...


Bila waktu-waktu sebak ni, biasanya seorang je yang aku cari untuk citer itu ini. Aku akan luahkan 100% perasaan aku baik happy, sedih, sebak, pilu dan lain-lain pada dia. Dia tau semua sejarah aku, rahsia aku. Dia pendengar setia aku. Dia tak akan kata apa-apa walaupun sepatah. Dia hanya mendengar je.. Tapi bila aku dah over sangat tu, dia bagi gak kejutan. Baru tersedau. Nasib gak, mau tersadung mana-mana tidak ni.


Aku kenal mamat ni dah hampir 4 tahun. Coming end ramadhan genap 4 tahun aku bercouple dengan dia. Asal dari negara matahari terbit but nama dia ke arah western cikit. Bukan dia je yang nama western. Habis seketurunan. Hehehehe.. Warna kulit lak gelap-gelap cam aku cikit. Gelap-gelap kita orang pun sweet tau.. hahahahah (perasaan).


Emm.. tak banyak kerenah mamat ni. Best. Tapi yang tak tahan, 3 bulan sekali nak gi SPA, pas tu, aku la yang swap card bayau. If minum lak nak yang mahal RM0.20. If yang murah, mesti cam tak syok je rasa. Tapi tu silap aku gak.. Aku yang ajar dari dulu.. Dia tak kisah pun. Apa disediakan dia onn je..


Aku sayang dia sesangat. If dia terguris tak lena tido aku di buatnya. Bila berjauhan, hati aku tak tenteram je. Mamat ni lak, very-very la the sensitifnya... Pantang orang dekat or kasar cikit, kuat le suara dia kuar. Aku dah masak sangat dah ngan mamat ni.


Moga dia akan terus berada di samping ku.. Kerna dia terlalu ISTIMEWA DI HATI KU... dia yang ku maksudkan bernama JAZZY...


Monday, May 17, 2010

MATI KALI INI.....

17HB MEI 2010 - ISNIN


Sedih sungguh di pagi hari
Melihat surat yang terima ari ini
Tetiba rasa macam nak mati
Semuanya perlu dibayar hujung minggu ini
Itu baru satu agency

Banyak lagi yang lain-lain menanti

Gaji kuar bulan yang satu lagi

Macam mana nak bayau kesemua sekali


Bukan hutang yang dibuat sendiri
Tapi bayaran wajib pertukaran aset sendiri
Bagi menjadi hak peribadi
Ingat ke semua dah settle dulu lagi
Rupanya ada yang muncul kembali
Almaklumlah ini pertama kali
Handle semua sendiri

Now senyum dah tak leh nak nampak gigi
Kepala runsing malam ke pagi
InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya nanti
Itu yang ku harap di dalam hati
Hanya pada Mu ku mohon Ya ILLAHI.....

Bukan sedikit amount yang perlu dicari
Empat digit sudah la pasti.
Habis semua orang ku telefon kini
Mengutip hutang yang dah berlori.
Umpama aku seorang chati.
Hahahahaa....

Ada hikmah atas apa yang terjadi
Hutang lama terbayau kini...
Tapi tak boleh tersenyum lagi
Takut janji tinggal janji..
Bayaran belum tentu diperolehi..

Lawyer reduce kesusahan hati
Dengan diskaun sedikit diberi
Walaupun amount 4 digit maintain lagi
Tapi aku tetap berpuas hati...

HAPPY BIRTHDAY UDA WAIE'

12HB MEI 2010 - RABU


"Happy birthday Uda..... Moga menjadi anak yang soleh dan beriman serta berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Belajar rajin-rajin eeh... Emm.. Lupa lak.. Moga Uda dapat menunaikan fardhu haji tahun ini... Bukan semua orang sebertuah Uda tau.. usia semuda Uda (14tahun) dah nak naik haji..."



Wajah Bakal-Bakal Haji. InsyaAllah tahun ini.. Aminnnnnnnnn....
Dari Depan Kanan - Uda, Akim, Kak Lah, Abang Chik & Yan, Angah & Abang Ishak



Aku pun genap la 5 bulan ari ni dari tarikh birthday aku tahun lepas.. Tinggal 7 bulan je lagi, umur naik setahun lagi... hahahahah...

Tuesday, May 11, 2010

MABUK NAK TIDO

11HB MEI 2010 - SELASA

Nape ni... Mengantuk giler ari ni. Rasa cam tak boleh bukak mata dah. Macam-macam dah aku buat supaya rasa segar sikit tapi tetap ngantuk gak.

Rasa jam cam tak berjalan je ari ni. Dah tak sabau nak balik umah.. Nak tido sepuas-puasnya. Lunch pun tak lalu nak makan walaupun perut lapau. Dalam kepala aku hanya satu je yang aku pikir.. TIDO...

Kul 6.30pm aku sampai umah.. Dah tak nampak bende lain selain daripada bantal & tilam je. Terus boommmmmmmmmm... Lena di ulit mimpi.. Nikmat betul rasanya.. Mabuk sampai cam na pun aku tak tau. Mungkin terlalu letih kot dan tak cukup rest.. So ini la yang terjadi semalam...

6.30pm - Sampai umah terus tido dengan baju-baju opis tu. Rasa nak mandi salin baju pun tak sempat dah. Punya nak tido sangat.

8.20pm
- Tersedar. Bangun sembahyang maghrib. Tahiyat akhir, dah azan Isyak.

8.30pm
- Sambung tido without sembahyang Isyak. (dengan niat, nanti leh bangun mandi and sembahyang Isyak).

4.50am
- Terjaga. Alamak tak sembahyang Isyak lagi. So, bangun sembahyang and sambung tido balik.. hehehehe..

6.15am
- Bangun sembahyang Subuh. Fuhh puas tido.

7.00am
- Iron baju, cuci kain, mandi & bersiap sedia untuk ke pejabat.

So keje aku semalam.. TIDO, TIDO, TIDOOOOOOOOOOOOOOOO je.. hehehehe.. Kalau mengantuk lagi tak tau la...

MENGANTUK GILER

10HB MEI 2010 - ISNIN

Memulakan rutin harian seperti biasa - gi keje. Tension maut. Mengantuk giler. Sepanjang seminggu aku tak cukup tido dan badan teramatlah letihnya.

Tetiba kak fairos inform aku kena gi KLIA untuk site visit. Lagi la tension. Dah la mengantuk, kena balik umah tukau baju dulu (dari baju kurung ke seluar), baru leh gi KLIA. Tak de pilihan. Kena gi jugak. Tanggungjawap tu..

Tensionnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee................................

JOURNEY TO BAKELALAN via MIRI

4HB MEI 2010 - SELASA (DAY 1)


Nasib sempat balik awal sikit. Hujan lebat. Jalan area KL, jam giler. Aku gi airport kawan hantar. Semua sebab nak siapkan keje punya pasal. Makcik Jam terpaksa la gi naik teksi sorang-sorang. Sian dia. Cik Liza lak abang hantar. Kira kita orang semua redah hujan nak ke airport. Lebat giler hujan ari ni.

Makcik Jam basah kuyup sampai airport. Teksi bocor.. hahaha.. Lawak je. Dia redah hujan masa nak tunggu teksi. Jam 7.30 kami check in sebaik saja Cik Liza kita sampai. Flight to Miri jam 8.40pm. Kami menaiki MH 2598 dan dijangka tiba di Miri jam 11.00pm.

Teruja sangat nak gi kali ni. Lama dah tak fly. Ni je cara kita orang release tension. Lagi pun aku memang tension lately. Keje non stop. Memandangkan selalunya naik ke pelepasan international, ingat ke bahagian pelepasan domestik pun ada le surau kat bahagian bawah after check in kastam. Rupanya tak de. Sembahyang kat Miri la nampaknya. Nasib leh jamak kan kan kan...


Dah tak de keje nak buat, masa-masa terluang apalagi calling-calling & sms le keje. Report apa patut. Tu je aktiviti yang ada sementara tunggu masa nak naik flight.

Lama betul tak naik domestik flight MAS. Banyak dah berubah. Cara packaging makanan, tiket dan lain-lain. Penjimatan kos. Bagus gak. Tak de la membazir sangat nampaknya.

Jam 11.15pm kami selamat mendarat di Miri. Onn je hand phone, dapat sms "WELCOME TO MIRI".. Hahahaha.. Ni 1st time la kiranya aku & kekawan yang turut serta ni menjejakkan kaki ke bumi Miri ni. Apa lagi akiviti wajib bermula.. foto-foto...



Selesai je pemeriksaan kastam dan sebagainya, kami pun menunaikan solat Isyak dan terus je check in kat hotel 5 bintang yang telah kami booked awal-awal lagi. Memang best betul hotel ni. Cuma perlu bagi nama je. Aik..!! Tak caya eeh.. Tengok le sendiri... Besarrrrrrrrrrrrrrrrrr...



Best tido kat hotel ni.. Cejuk betul. Makcik Jam tu tak leh tido, so keje dia menganggu orang lain tido & tangkap gambar orang yang sedang lena di ulit mimpi. Bagus gak. Kameraman merangkap "jaga".. Hahahahah....


Kastam & polis kat airport Miri ni semua ingat kita orang ni cikgi-cikgu yang baru dipostingkan ke Bakelalan.. Ada rupa cikgu ke eek..????
Esok flight to Bakelalan kul 9.15am.

Sunday, May 2, 2010

HUTANG

3HB MEI 2010 - ISNIN

HUTANG - simple je bunyi tapi beban disebalik perkataan tu berat giler. Biasanya orang pandai buat hutang tapi nak bayar hutang memang la liat sangat. Masa nak berhutang bukan main lagi ayat-ayat yang dikuarkan. Cair la sesapa yang mendengar and tak kuat semangat and tak pandai menolak tu. Tapi kebiasaannya, bila masuk bab nak bayau.. Kita lak cam muka tak malu nak kena mintak kan.. Payah betul..

Aku tak suka membuat hutang, tak suka pada orang yang suka berhutang dan tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat ngan orang yang pandai buat hutang tapi tak pandai nak bayau.. Lagi tak suka bila kita kena mintak lak orang bayau hutang kita (last choice)...Tak suka tak suka tak suka...

Pelik gak pada orang yang suka berhutang tapi tak tau nak bayar. Apa perasaan dia orang eeh.. Tertanya-tanya lak. Tak kan tak de perasaan malu langsung kot bila jumpa ngan orang. Tambah-tambah ngan orang yang memberi hutang tu. Ada setengah tu, leh buat muka selamba je.. Macam tak de apa.. Ni la yang dikatakan PELIK TAPI BENAR.

Nasib aku ni dilahirkan dengan ciri-ciri tak suka berhutang (setakat ni la & moga hingga ke akhir hayat hendaknya). Baik guna kredit kad or apa-apa aje. Tapi bab yang besau-besau tu cam loan umah or kete, terpaksa la terjebak gak. Tu pun rimas sesangat rasanya. Tak sabau-sabau nak bayau kasi langsai cepat-cepat. Cam tak tenteram je idup ni bila kita berhutang.. Itu aku la.. orang lain aku tak tau..

Kesimpulannya.. Pada sesapa yang berhutang tu, cepat-cepat la bayau hutang. Kesian kat si pemiutang tu.. dia pun nak pakai duit gak. Kalau kita tak suka orang nak berhutang ngan kita, cam tu gak la sebaliknya orang lain tu.... Pikir-pikirkan lahhhhhhhhhhhhhh......

Nape eeh tetiba aku citer pasal hutang..?????