Sunday, September 23, 2012

Neng Neng Nong Nang Neng - KAU MISTERI KU..

19HB SEPTEMBER 2012 - RABU


1st baby from California
.
.
.
Terkezut
.
.
.
Happy Sesangat
.
.
.
Sentimental Value
.
.
.
Bertambah Koleksi
.
.
.

.
.
.
.
Special Thanks To AZY0806
.
.
.
.
.
Neng Neng Nong Nang Neng ... kau misteri ku... 


Tuesday, September 11, 2012

Layer Marine Cheese Jam 2 Pagi...

6HB SEPTEMBER 2012 - KHAMIS


Lama dah buatnya tapi entah la.. baru nak buat N3 ni. Sejak balik dari menunaikan umrah tu sibuk bangat & mood untuk menaip memang tak de. Masa idea datang bekobar-kobar, ada je yang tak lengkap.. Gambar la, laptop tak de la, internet problem la. So, tangguh tangguh tangguh...

Lagi pun rasa nak tumpukan cerita ceriti tentang my jouney dalam blog travel ku tapi tu pun ala-ala dok buat pekasam je.. Dasar pemalas, gini le. kan kan kan..

Ok lah back to topik sebenar, selalunya aktiviti memcuba ni akan dilakukan di Taiping, my home town. Kali ni nak cuba buat kek layer marie cheese. Idea datang setelah membaca blog my sifu dalam bloq memblog ni, My Live My World.. Kak fairos buat kek ni yang resepinya diceduk dari internet.


Bahan-bahan yang diperlukan


Bila baca je sampai habis, kelihatan tiadalah perkataan membakar di dalam itu.. yang ada masukkan didalam peti sejuk... Wahhhhhhhhhhhh...!!!! I like... dan dan tu gak le i pi sms all the ingredient yang diperlukan pada my sis di Tepen. Bukan apa, if balik baru nak cari bahan, pakai tak buat le. Masa itu emas setiap saat di Tepen. Memang busy memanjang. Tak de masa nak ronda2 gitu. Banyak yang hendak diuruskan. Tapi wa ada masa nak layan tido.. hahahaha..


Layer by layer

Balik Changkat jering, mandi, sembahyang, dah dekat kul 12 tengah malam, letih yang teramat. Tapi bila tengok muka-muka "suci" anak-anak buah yang mengharap dan menunggu Mak Ayang dia membuat kek ni, maka ku gagahkan jua.



Sedia untuk dimasukkan dalam peti sejuk


Standard la if makcik masuk dapur. Bende sejam boleh jadi 2 jam sebab aktiviti dilakukan bersama si kecik. Ramai ooo peminat-peminat i.. Ala-ala  Kid Kicthen gitu. Suka layan dia orang. Ada-ada part bagi dia orang cuba. Apa lagi, happy bebonar le walaupun menguap hampir setiap saat, mata dah merah, selagi tak siap.. selagi tu la depa akan cuba gak mencelikkan mata... hahahahah.

Dan Hasilnya....

Sedia untuk di ngap... heheheehhe


Sowi la tak sempat nak tangkap gambar. Dah clear. Ni slice yang terakhir.. Tu pun baru teringat nak tangkap gambar.... heheheheh

Konklusi dari resepi hari ini - emm... semua kata sedap especially bebudak sebab manis bende ni. My father suka sesangat coz abah memang minat berbonar international food.. Ada gak yang kecewa sebab tak sempat rasa... hahahaha.. Bagi makcik lak, biasa-biasa je.. Bende yang makcik buat sendiri & nampak lak putih ala2 susu tu (sememangnya ada susu), tak le berapa nak masuk di tekak.. :-)

Sekian, kelas kita hari ini. jumpa lagi di resepi akan datang.. InsyaAllah.



p/s - Memandangkan gambar  hasil masakan ku tak sempat nak view cecantik, ku sertakan le gak gambar sebenar di mana resepi di ambill. Ni le rupa bentuk sebenar Layer Marine Cheese ni.. Kasi terliur sikit. 




Thursday, September 6, 2012

PENSIL BUKAN SEBARANG PENSIL..

5HB SEPTEMBER 2012 - RABU


Banyak tak? hehehehe... antara my collection juga ni. Dulu dah ditunjukkan koleksi FM kan. Selain dari FM tu.. Ini le yang suka ku kumpul.. Pensil Kayu..




Ni bukan sebarang pensil tau.. Pensil ni semua dari hotel-hotel seluruh Malaya dan ada la jugak pensil dari hotel-hotel luar negara. Yang bestnya.. kebanyakkannya bukan le yang makcik pi tidoq kat sana.. A few je.. Lelain tu semua kekawan yang sememangnya mengetahui akan hobi ku ini, akan membawa pulang ole-ole ni. If nak harapkan makcik ni.. memang tak akan dapat banyak gini la. 

Tak dinafikan makcik banyak gak le terjah negara-negara luar dan dalam bumi Malaya ni, tapi pepaham je la.. backpacker.. Hotel tak de cap yang kita dok. Mana nak ada pensil kan kan kan.. ;-(

Pensil ni semua for display only.. memang tak dibenarkan untuk diguna pakai. Sayang u... 
Nape makcik suka pensil ni?
Macam mana datangnya hobi ni?


Citer gini.. Hobi bermula bila housemate makcik dulu memang pengumpul pensil ni. Teacher - makcik panggil dia. Masa tu makcik dapat je pensil, akan bagi ke dia. Dia akan asah sampai pensil tu tajam-tajam dan simpan.  Lelama makcik berpindah umah. Tiap pensil yang dapat dok kumpul-kumpul la nak bagi ke ex housemate makcik tu, tapi tak jumpa-jumpa.. Maka jadilah ia koleksi peribadi makcik lak.. Di situlah bermulanya hobi ku ini...hahaha...

Yang betulnya pensil hotel ni cantik, bermacam bentuk dan warna. Ada yang bulat, tiga segi, enam segi dan jarang-jarang jumpa empat segi. Warna pun boleh tahan le. Ada le sebatang dua extra pelik sikit warna dia. Tapi kebanyakkannya standard color cam dalam gambar.



Antara orang yang paling banyak menyumbang adalah my beloved brother, Abdul Razak, my best freind aka our company accountant, Seok Leng & arwah ZJ0407. Tima kacih eeh..

So, pas ni sesapa yang gi menginap kat memana-mana hotel tu inga-ingat le kat makcik eeh. Boleh le makcik tambahkan lagi koleksi pensil ni.. hehehehe..