Sunday, February 26, 2012

JOM MAKAN DIM SUM..

15HB FEBUARI 2012 - RABU


Lama gak tak buat N3 jalan-jalan cari makan ni. Banyak yang betulnya aktiviti cam gini tapi masa nak upload gambau dan lain-lain tu yang selalu mencemburui ku... ;-)

To pendekkan citer.. Tajaan makanan ari ni dari makcik umah tiang seribu. Kali ni kita makan masakan cha ya nun alif.. De Templer, Taman Melati.



Tersenyum.. -Penaja Makanan
Makcik Umah Tiang Seribu aka Yong Parit


Seperti biasa la kan. Bila tengok menu, maka nafsu mengatasi segala-galanya.. Semua rasa nak makan. "Tanduk" pun mula keluar.. Maka makanan pun di order...


Rolls & Prawn.. (I like.. sedap bah..)




Ada lagi....





Szechuan Dumpling (Sedap gak..)




Ada lagi...





Yam Siew Mai. (yang ni makcik kureeeeeeeeeeeng cikit)





Ada lagi..





Wantan Dumpling




Ada lagi...


Yang ni paling heavy...



Cantonise Kueh Teow Ginger with Beef
Sepinggan sorang




Nak lagi...????




Dah tak leh nak senyum kekenyangan +
mengantuk tahap gaban.. ;-)


Tak mau dahhhhhhhhhhhh...!!! Insaf insaf insaf.. Dah tak leh nak gerak dah. Perut seih.. Nampak je cikit tapi mak aii.. semua heavy yang betulnya. Ni semua gara-gara makcik umah tiang seribu tu suruh order kueh teow sorang satu. Last-last kembang kat situ je...

Emmm.... ayat kat atas ni selalu la dok guna, insaf sat tu ja... hehehe

KESIBUKAN & SELINGAN DUGAAN..

27HB FEBUARI 2012 - AHAD


Lama bonar makcik tak berN3. Lately ni buzy tahap maksimum. Dah rasa macam tak mau le sesangat masa tu berjalan. Seram sejuk bila dok tengok jam & pikior pada bende-bende yang perlu disiapkan sebelum 8hb Mac ni.

Kojo menambun, 2 final account untuk 2 projek perlu disiapkan serentak (makcik ni kuli je, gini le.. slow keje), meeting dari petang sampai ke malam (makcik tukang dengau je), on going claim, quotation, BUR etc nak kuar gak. Naik tak tau nak pegang yang mana.

Semalam.. Sabtu.. memang tahap max. Makcik dah langsung blur & jam tak leh nak pikior apa-apa bila hampir seminggu perah otak nak capai target (target berubah setiap hari tu yang tak leh tahan tu) & hampir seminggu jugak le makcik tido-tido itik gitu..

Bukan takat berkait ngan keje tapi all aktiviti harian. Banyak gak le duga-dugaan (dugaan sebagai pemangku) yang menjadi selingan turut menguji kesabaran dan kewarasan pikiran. Nasib tahap kesabaran tu tinggi lagi & percaya Allah akan memberi jawapan atas semua persoalan jika kita di pihak yang benar.

Today, semua persoalan dalam selingan dugaan ni dah terjawab dan aku bersyukur pada Illahi, memberi jawapan yang jelas lagi pasti. Apa yang aku boleh ringkaskan gini :-

Ia pengakuan rakan mereka sendiri,
Yang tetiba di anak tiri,
Ingin meminta simpati untuk terus menghuni,
Setelah tak tahu ke mana nak pi,
Malangnya teratak itu telah berpenghuni..
Makcik jiwa lembut turut bersimpati,
Tapi tidak boleh berbuat apa-apa lagi,
Melainkan hanya menasihati...
Kementahan mereka terbukti..
Hanya mengikuti kata hati & naluri...
Kesian mak bapak mereka nanti..
Kalau berterusan begini...

Bye.. nak tido ngantuk.. ;-)