Showing posts with label Rencah Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Rencah Kehidupan. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

KESIBUKAN & SELINGAN DUGAAN..

27HB FEBUARI 2012 - AHAD


Lama bonar makcik tak berN3. Lately ni buzy tahap maksimum. Dah rasa macam tak mau le sesangat masa tu berjalan. Seram sejuk bila dok tengok jam & pikior pada bende-bende yang perlu disiapkan sebelum 8hb Mac ni.

Kojo menambun, 2 final account untuk 2 projek perlu disiapkan serentak (makcik ni kuli je, gini le.. slow keje), meeting dari petang sampai ke malam (makcik tukang dengau je), on going claim, quotation, BUR etc nak kuar gak. Naik tak tau nak pegang yang mana.

Semalam.. Sabtu.. memang tahap max. Makcik dah langsung blur & jam tak leh nak pikior apa-apa bila hampir seminggu perah otak nak capai target (target berubah setiap hari tu yang tak leh tahan tu) & hampir seminggu jugak le makcik tido-tido itik gitu..

Bukan takat berkait ngan keje tapi all aktiviti harian. Banyak gak le duga-dugaan (dugaan sebagai pemangku) yang menjadi selingan turut menguji kesabaran dan kewarasan pikiran. Nasib tahap kesabaran tu tinggi lagi & percaya Allah akan memberi jawapan atas semua persoalan jika kita di pihak yang benar.

Today, semua persoalan dalam selingan dugaan ni dah terjawab dan aku bersyukur pada Illahi, memberi jawapan yang jelas lagi pasti. Apa yang aku boleh ringkaskan gini :-

Ia pengakuan rakan mereka sendiri,
Yang tetiba di anak tiri,
Ingin meminta simpati untuk terus menghuni,
Setelah tak tahu ke mana nak pi,
Malangnya teratak itu telah berpenghuni..
Makcik jiwa lembut turut bersimpati,
Tapi tidak boleh berbuat apa-apa lagi,
Melainkan hanya menasihati...
Kementahan mereka terbukti..
Hanya mengikuti kata hati & naluri...
Kesian mak bapak mereka nanti..
Kalau berterusan begini...

Bye.. nak tido ngantuk.. ;-)

Saturday, June 25, 2011

MINTAK KEBENARAN LE DULU DIK....

25HB JUN 2011 - SABTU


Gerammmmmmmmmmmmmmmmm.... gerammmmmmmmmmmmm bangat.. geram sesangat ni..

Mai nak citer sikit pesal aku geram yang teramat hari ni. Actualy, cam ni kisah dia. Tadi after siap tolong kemas semua barang my father, aku pun ada le free time sikit untuk a few hours sebelum memulakan task yang seterusnya.

Aku pun gi le buat facial kat area berdekatan dengan lokasi task yang telah ku sempurnakan (Changkat Jering). Memang dah berminggu-minggu aku pasang niat nak buat & this week le betul-betul dah plan nak gi dan dengan niat akan gi le tiap 2 minggu sekali, if ok dan memuaskan hati dengan cubaan pertama ni..

Berkobar-kobar aku menyusun langkah. Treatment Facial yang berkenan di hati. Mula start tu aku ok lagi cuba orang yang buat tu tak le mesra alam gitu. Kat KL, selalunya dia orang mesra sangat sembang ngan kita. Ini aku rasa kurengggggggggggggg cikit.

Bila dia start je treatment tu, aku pun ingat nak le menenangkan fikiran merangkap berangan-rangan gitu. Pejam le mata. Jap buka jap tutup, jap buka jap tutup. Dengan tanpa coromin mata memang tak berapa nak nampak sangat if buka mata pun.

Bila ku kerling ke kiri, terasa macam ada sesuatu. Aku maintain lagi. Jeling kali ke dua, nampak bende yang sama lagi. Hati ni dah tak berapa nak sedap. Terfikir-fikir nak tanya ke tidak. Jerling kali ketiga, kompom..

Aku pun cakap la.. Dik u tengah rekod gambar saya eehh...

Dia leh jawap... Tak..

So me pun... Maaf eeh adik, saya tak benarkan u rekod sebab rambut saya terbuka, tu aurat saya. Lain kali kena le mintak kebenaran dulu if nak ambik gambar ke apa ya...(selembut mungkin ku utarakan bagi menahan kepanasan ati dengan jawapan tak jujurya tadi.)

Then terus dia stop recording. Aku ni, if ikut hati jam-jam tu gak nak balik sebab mana tak hangin dia boleh kata TAK. Dah tu minah yang dok buat treatment kat aku ni leh diam sepatah pun tak cakap. Muka aku really dah tak boleh nak senyum. Rasa tak comfort yang teramat.

After 15min dari kejadian tu, minah yang tengah dok facialkan muka aku ni pun minta maaf le atas kejadian tadi. Dia kata dia tak tau pun budak tu rekod and budak tu baru dan mungkin untuk tujuan belajar. Dalam ati aku kata, tipu le ngko tak tahu, sebab tadi ngko ada kuarkan ayat "ambik le". But aku tak nampak pun budak tu ambik apa-apa melainkan start recording.

Aku pun explain la.. yang aku betul-betul tak selesa dengan apa yang budak tu lakukan dan sepatutnya dia kena mintak kebenaran dulu. Tak kira la sapa pun.. Mana boleh main ambik je. Aurat tu. Maybe setengah orang tak kisah but not me. If tak melibatkan aurat, ok je no hal.

Selain dari tu, pakej yang aku ambik ni nama dia Treatment facial, so ada picit black & white head gitu.. Bila mai tang picit tu dia picit kat idung tak sampai seminit. Pas tu dah. Tetiba bagi aku pakai masker. Aku pun tanya la, y tak picit kat pipi & dahi. Alasan dia jerawat tak masak lagi. Tak boleh picit. Lagi le bertambah-tambah cuak aku ni. Dia sentuh bahagian pipi pun tidak & untuk hari ni tak de pun jerawat kat pipi aku ni. Macam mana dia boleh cakap gitu. Malas dah nak cakap apa-apa & now dalam kepala aku tak de pikir bende lain, melainkan nak cepat-cepat siap je.


Aku dah naik fobia nak datang lagi Spa ni. Masa dia boh masker tu pun aku rasa nak je bukak mata sebab takut dia rakam lagi. Dalam kepala macam-macam aku fikir. Cuba korang pikir, cam na if orang tengah buat lulur ke apa, dia main tangkap je dengan alasan nak belajar.. Fuhhh... boleh demam jadinya..

Konlusi, ni le kali pertama & terakhir aku gi Spa tu. Tak yah le aku tulis nama Spa tu. Biarlah rahsia bak kata Mak ET. Tak nak kacau bisness orang. Masa nak bayar, aku minta dia delete apa yang dah direkodkan but jawapan dia dah buang.. Entah le betul ke tidak... Nak kuar jumpa aku pun dia tak berani.

....SEKIAN...






Tuesday, June 14, 2011

STORY ABOUT ALL THE "BODY-BODY"

14HB JUN 2011 - SELASA

This is story about 4 person :

Everybody
Somebody
Anybody
&
Nobody



Gambar Hiasan Je



There was an important job to be done and Everybody was asked to do it. Everybody was sure Somebody would do it. Anybody could have done it, but Nobody did it.


Somebody got angry about that because it was Everybody's job. Everybody thought Anybody could do it, but Nobody realized that Everybody wouldn't do it.


It end up that Everybody blamed Somebody when actually Nobody asked Anybody...



Oppps.... Hehehehehe



Gi mana pun pasti akan jumpa 4 orang ni... kan kan kan...


Thursday, April 21, 2011

BERCINTA LAIN, BERKAHWIN LAIN..

18HB APRIL 2011 - ISNIN


Bila terbaca akhbar semalam, terjumpa ni.. rasa menarik lak nak syer. Dunia sekarang... (ayat sambungan adalah tajuk di bawah...)



Memang tidak disangka-sangka... (sila sambung ayat bergaris dibawah..)




Pengajaran, manusia cukup pandai berlakon. Sepatutnya kita bersyukur tidak dijodohkan dengan lelaki cap gini... Bangun dan.... (sila sambung tajuk keratan di bawah..)....



..... lagi... cukup le sekali....

Ketahuilah... (sila sambung ayat bergaris dibawah)





Khair insyallah... Allah sentiasa bersama kita. Bergumbiralah kerana kita dijauhkan dari orang segini kerana DIA amat-amat menyayangi kita...

Kan baik berterus terang je kata tak nak dari terus memainkan perasaan orang kan. Sekarang semuanya in cash.. hari ni kita kenakan orang, esok lusa kita or may be anak-anak kita akan merasa bende yang sama.

Ketahuilah sesungguhnya Allah sedang menguji kita untuk berfikir sama ada kita mengunakan akal or nafsu...

Moga kita dijauhkan dari ditemukan dengan lelaki spesis ni..
Cam na nak jadi nakhoda di dalam rumah tangga kan...


Apa komen anda....???????