Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK...

31HB JULAI 2011 - AHAD


Pejam celik, pejam celik bulan barakah ni muncul kembali.. Syukur sesangat kerana masih di beri peluang oleh yang Esa untuk merasai nikmat, menghayati, merasai ramadhan tahun ni.. Moga ramadhan tahun ini, menjadi titik tolak perubahan kepada yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu bagi diri ini dan kita semua...




Di kesempatan ini, ku ingin memohon kemaafan andai ada kata-kata mahu pun bahasa, tulis dan sebagainya yang menguris hati atau tidak berapa selesa bagi semua pembaca yang singgah ke blog ku ini. Halalkan makan minum bagi yang pernah berjumpa dan sebagainya..


Moga kita dapat memenuhi masa-masa yang singkat ni (30 hari je) dengan sebaik-baik ibadat dan diterima hendaknya..

Hayatilah ia sepenuhnya seolah-olah ini ramadhan terakhir bagi kita kerana tahun depan belum tentu lagi kita dapat bersamanya lagi....

Terima lah lagu ni khas untuk pembaca semua....

Saturday, July 30, 2011

KEK COKLAT MOIST DIABETIS..

28HB JULAI 2011 - KHAMIS


Aktiviti malam... memasak kek coklat di umah makcik tiang seribu. Lama bebonar tak buat aktiviti memasak ngan makcik ni. Malam ni kek coklat akan di masak oleh Chef Ayang Safiah yang amat-amat "pro" bab masak ni. Almaklumlah setahun sekali je le kot dia masak.. hehehehe...

Kita tengok, adakah akan menjadi kek chef kita ni kan.. Bahan-bahan chef telah menugaskan makcik umah tiang seribu ni untuk membeli. Gitu le adatnya dah dok sebelah supermarkato. Cam aku ni dok sebelah logi kumbahan... Yang dapat everyday hanyalah "aroma terapi" je la...





Emm... Ok puan2 mari kita memulakan main pondok-pondok kita. Ayak le tepung gandum, gula, koko, soda bikarbonate, baking powder, gula together-together.. Makcik tiang seribu dah mereducekan sukatan gula kek ku hampir 1 1/4 cwn. Makcik ni memang alergi bab manis2 ni..






Pas tu pepandai le masukkan telur, susu cair dan dikacau sebati dengan aduanan di atas..





Bila tang aku bagi arahan ke dia untuk masukkan air & minyak, makcik ni dah naik pelik. Ish betul ke ni.. boleh naik ke kek ni.. tak pernah aku tengok orang masak kek pakai minyak & air.. Macam-macam la dia soal sampai terlupa aku nak pukul telur, terus masukkan je dalam bancuhan. Dah le dia kata kek tak naik le pulak if tak pukul telur. Cuak aku jadinya. Tawakal je la...


Everything siap. Maka apa lagi... kita bakor, kita bakor... hehehehe


Ready to masuk oven.


30min berlalu.. bau dah semerbak.. dari sofa dapat ku lihat dengan jelas sekali kek ku nak membuak-buak.. Kembang sampai merkah bagai.. Caya lah.. Bangga gila jam ni.. Bukan apa, tadi dah nak demam dah takut tak jadi.. muahahahaha...



Kek Ku Yang Ala-ala "Tersenyum" Gitu...


45 min berlalu... Dah masak... Nak makan meh lah.. Sedapppppppppppp.... Sesuaiiiiiiiiii gitu untuk pesakit pesakit kencing manis.. Topping tak buat sebab terlalu excited nak makan, malas nak tunggu topping-topping dah..

Jemput le.. Jemput.. jemput... hehehehe...



Walau pun rupa pun tak comei, tapi rasanya perhhh..
Sedap gitu..


Note : Sepanjang Ramadhan ni, we plan to buat pelbagai kek untuk dimakan sepanjang ramdhan ni...

TAMAT SUDAH AKTIVITI GYM...

27HB JULAI 2011 - RABU


Hari ni maka berakhirlah aktiviti ulang alik aku ke gym. Masa yang ditunggu-tunggu tiba kini.. Fuhhh lega & selamat rasanya. Hehehehehe..


Untuk Kenangan..


Actually, aku ni dah tak larat bebonar nak ke gym ni. Bukan malas sebab apa. Salah satu tak de geng dan antara sebab lain, masa kita berkobar-kobar nak pi tu, mesti je ada halangan. Kena siapkan keje opis yang tak pernah habis la, buat keje orang le, ada tender la dan lain-lain yang sewaktu dengannya..


Dah 7 bulan gak le aku dok ulang dalam 3 kali (min) sebulan gi mandi sauna je. Gi pun sebab terpaksa, dah bayau. Kata nak lari2 or guna others equipment tu tidak le. Ada le sebab maka terjadinya keadaan begitu.. hehehehe..



Tinggal Kenangan Kini


So, start bulan lapan ni aku save RM185/months. Leh le buat bayau duit tol. Dah tiap-tiap minggu balik Tepen, fulus fulus fulus...

Maka no more aktiviti gym yang telah ku lalui selama hampir 1 tahun 6 bulan... Kira betul2 gi tak sampai pun 3 bulan penuh... pembaziran yang teramat.. :-(

Tuesday, July 12, 2011

TENSION... SO TRUE..

5HB JULAI - SELASA


The momoent U are in Tension
U will lose ur Attention
Then U will feel Irritation
Then U will spoil personal Relation
Ultimately, U won't get Co-Operation
Then U will make things Complication
Then ur blood pressure may raise Caution

And U may have to take Medication
Instead, understand the Situation
And try to think about the Solution
Many problems will be solved by Discussion
This will work out better in your Profession
Don't think it's my free Suggestion
It's only for ur Prevention
If U understand my Intention
U WILL NEVER COME AGAIN TO TENSION.....


Actually, saja type N3 ni.. lately ni, i not in "mood" untuk berN3 N3 ni.. Buka blog baca apa patut blog-blog member & tutup..

Emm.. Ni bulan Han2 (untuk orang cina). Banyak la Han2-Han2 lahir bulan ni yek.. hehehehe... Mungkin salah satu Han2 tu le kot yang membuatkan aku tak de mood bebonar nak berblog lately ni... muahahaha...

Monday, July 4, 2011

BILA ANDA DI FITNAH... CONTOHILAH AISYAH

4HB JULAI 2011 - ISNIN


Dah 3 bulan aku nak type N3 ni. Tapi asyik tertangguh je. Sibuk dan kekadang bila nak taip, buku tak bawak pulak. Tetiba rasa tarikh ni sesuai le sangat untuk N3 ni.







N3 ni special ditujukan kepada sesapa yang pernah difitnah atau kepada sesapa yang diburuk-burukkan sedangkan semuanya tidak benar belaka. Jadi ambillah tindakkan seperti Aisyah semasa dia difitnah dan disuruh membela diri...


"Demi Allah, saya tahu kamu sudah mendengar tuduhan itu mempengaruhi kamu semua sehingga kamu turut mempercayainya. Jika saya katakan kepadamu yang saya tidak melakukan apa yang mereka tuduh itu -- dan Allah maha tahu yang saya bersih daripada segala tuduhan itu -- kamu pasti tidak akan percaya pada saya. Dan jika saya akui saya melakukannya -- dan Allah maha tahu saya sama sekali tidak melakukannya -- kamu pasti percaya perkara itu. Kerana itu, demi Allah, tiada ada yang dapat saya ucapkan selain apa yang diucapkan oleh ayah Nabi Yusuf, 'JIKA DEMIKIAN, BERSABARLAH AKU DEGAN SEBAIK-BAIKNYA, DAN ALLAH JUALAH YANG DIPOHON PERTOLONGANNYA, MENGENAI APA YANG KAMU KATAKAN ITU. (Surah Yusuf, ayat 18)."


Cuba baca betul-betul.. sesungguhnya benar apa yang dikatakan oleh isteri Rasullulah, Aisyah Ummul Mukminin ni kan.. Bijak betul dia walaupun di usia muda ketika ni.






If kita gi explain macam mana pun, orang yang percaya akan khabar berita tu, akan tetap percaya & if kita mengaku atau ya kan pun yang kita buat bagi menyelesaikan masalah (sedangkan kita tak buat sebenarnya), mereka tetap percaya kita buat. So, jalan bijak, biarkan kisah itu dan mulut-mulut itu terus berkata-kata sehingga mereka puas.. Kita hanya perlu terus berdoa pada yang SATU dan sesungguhnya kebenaran akan terbukti akhirnya..







Jadi saranan aku kepada sesapa yang menghadapi situasi sebegini.. biarkan "penglipur lara" yang tak bertauliah tu dengan storynya.. Kita tengok je.. sejauh mana kisah dan tuan membawa kisah tu akan pergi...

Orang-orang gini dia tak berapa nak ada keje /citer nak diceritakan.. itu le pasal dia buat cerita... So, yang tak mengunakan akal pasti akan "terbeli" DAN "membeli" tapi bagi yang berakal hanya akan berlalu pergi sambil tersenyum nampak gigi....hehehehe...

Jangan kita jadi "penglipur lara" tak bertauliah tu dah...


Note : Petikkan kata-kata Saidatina Aisyah tu, aku ambik dari buku Aisyah Ummul Mukminin yang ada aku tunjuk dalam N3 dolu-dolu...