Showing posts with label Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

KEK BIRTHDAY BIDAN TERJUN

7HB JANUARI 2012 - SABTU


"Ayang buat kek coklat untuk mia, esok birthday dia. Dia suka kek coklat yang Ayang buat tu" - tetiba my sis call masa tu makcik dok syok makan cendul yang famous amous kat pekan Tepen tu.

Alamak, mana lak nak cekau bahan-bahan ni. Nama je lahir dan dibesarkan kat sini tapi bab-bab nak mencari barang yang jarang-jarang makcik beli di sini memang fail.

Setelah dibuat penyiasatan lebih kurang, dapat le tau portnye. Nasib bukak. Beli apa patut dalam keadaan masa yang mencemburi makcik sokmo, jekau je mana sempat.




Ibunya suruh buat kek coklat biasa je, tapi alang-alang, makcik rasa nak le bagi meriah sikit. Kasi bebudak happy. Tabur itu tabur ini, maka jadi le kek cam gini...





Kek jam 2 pagi. Masa ni memang mata tak leh nak bukak lagi. Tabur apa patut janji jadi. Gara-gara tak tido layan citer korea sampai ke pagi malam sebelum ni.. hehehehe.. malu je, orang bangun qiamullai, kita....


HAPPY BIRTHDAY AIMI DAMIA ARINA

Esoknya, teringat akan saki baki white coklat yang dibeli, maka i tulis-tulis.. memburukkan lagi kek ini.. tapi yang penting anak buah ku si Mia bangga lagi.. siap panggil kekawan makan kek harijadi ..haahahaha..

Emmm... sebelum mengakhiri rancangan masak-masak hari ni, teringat makcik pada sesorang yang berkata ala-ala gini .... "Ngko letak gambar kek carot hangus gitu Yang, tak takut ke orang kata ngko tak tau masak.."

Hahahaha... Memang kenyataan pun makcik ni tak tau masak. Makcik tak kisah kalau orang tau pun.. Lagi pun gambar-gambar tu semua akan mengingatkan makcik pada citer-citer kelakar yang berlaku masa nak buat tu. N3 dalam ni semua untuk kenangan saat-saat indah/duka  yang dilalui.. dan punya kisah tersendiri.. :-)


Thursday, December 15, 2011

MALTESER DESSERT KU OVER THE MANIS..

3HB DISEMBER 2011 - SABTU


Ahli rombongan cik kiah mandi manda kolam renang semuanya kelaparan. Selalu pas mandi manda ni kan ku bawa dia orang terjah McD. Tapi kali ni tukau sikit aktiviti. Ke Giant je. McD ritu, membazir je. "Selamat" RM100 tapi dia orang tak makan sangat pun.


Kat giant ni dia orang leh ambik apa saja nak di makan dengan limit rm/head yang telah ku tetapkan. Dalam masa yang sama ku pun mencari-cari biskut yang diperlukan untuk mencuba dessert terbaru.




MALTESER SQUARE DESSERT


Akhirnya ku temui. Mahal gak cost bahan-bahannya. Tambah-tambah Ayg ni suka sesangat bubuh extra-extra.




COKLAT PUTIH NI MENAMBAHKAN LAGI

TAHAP KEMANISAN


Balik berkobar2 buat. Jadi le dessertnya cuma terlebih manis. Resepi dah tulis kurangkan golden syrup tapi masa nak tuangkan bahan ni, tangan ku terbelaga ngan anak buah, tumpahannya agak le banyak.

Bila dah siap, rasa... emmmm.... sedap dessert ni.. I like & anak-anak buah, abang & my father teramat le suka. Cuma untuk kali ni masakkan ku over la the manis. Sapa makan pun akan cakap gitu kecuali my father. Sapa makan banyak leh dapat kencing manis. So, berhati-hati le ngan golden syrup tu if sesapa nak cuba next time.




TAK TAU LAGI KEMANISANNYA TAHAP GABAN

MASA NI..


Ikut ati dah tak berapa rasa nak buat dah bende ni tapi bila abah cakap abah suka sangat, terasa tak sabau-sabau nak buat lagi lak. Hehehehe.. Abah memang suka sesangat coklat, me me me pun gitu gak..

KEK CAROT TERHANGGUS SUDAH..

25HB NOVEMBER 2010 - KHAMIS


Entah nape hari ni dok kat opis ni, tetiba terasa nak buat le sesangat kek karot. Cara mudah. Me pun turun le jumpa sifu ku kak Peroz. After ceduk simple resepi dalam internet. Makin berkobar-kobar perasaan nak buat tu. Cam tu la biasanya bila dah terlebih bersemangat. Simple je. Kek mat salleh.


Way back, singgah le beli carrot kat pasar malam Bandar Tun Razak. Bila nak cepat & tengok orang kita lak yang jual, Ayang pun terus je beli dalam 7 batang gitu. Bila di timbang, ada le dalam 200g lagi nak sampai 1kg. Jarang le bila membeli, Ayg nak tengok timbangan tu. Tapi kali ni leh terpandang lak. Makcik tu dengan lajunya cakap Rm4.00. Ayg pun kuar kan je duit tapi tetiba terpikir lak berapa eek sekilo carrot ni.




Bancuhan yang telah siap
Masa ni tak tau lagi nasib kek ni cam na..


Maka bertanyalah akan Ayg ni kepada Si makcik yang menjual. Dengan selambanya makcik tu cakap rm4/kg. Ayg pun sambil nak ambik duit dalam wallet terkuar le cakap, tapi tu tak sampai pun sekilo. Mokcik tu dengan tanpa rasa apa-apa terus je cakap "Ala sikit lagi je nak sekilo".


Ayg diam.. cuma dalam hati tetap berkata-kata.. "tetap dikira tak cukup kadar timbangannya" Sedih gak bila tengok orang kita ni ambil mudah bab-bab timbangan ni. Tapi rasanya makcik tu malu alah kot, dia masukkan le lagi sebatang. Baru le menunjukkan dekat-dekat nak cecah 1kg.



Sesampai umah, berkobar2 le buat, di bantu oleh anak-anak buah. Hari hujan lak tu. Sure best makan panas-panas. Tapi bila sampai time nak bakar, my sis tuan umah suruh Ayg guna oven baru & kecik sikit coz oven besau nak digunakan untuk membakar muffin 1000 biji. Ada orang tempah untuk majlis kawin.


Oven baru ni tak le pernah lak digunakan oleh my sis. So hasilnya.. gini....




Dah nak sama warna kulit tuan yang membuat je..

cedih tau..


Dah le Ayang terlebih cerdik boh dalam bekas tak berapa nak cukup besau, jadi kek ni agak tebal le. Luar dah rentung, dalam tak masak-masak. Adik Ayang siap gelak macam nak rak tengok kek ni. Kerajinan nak membuat topping pun tetiba pudar je..




Gara-gara tak tau nak adjust tahap kepanasan..

My sis siap rasa bersalah lak atas kejadian. Ni le gara-gara oven tak pernah pakai. Bila dihidangankan licin gak. Rasa sedang-sedang elok. Lembut & moist gitu. Setakat yang makan semua suka. Luar je over the garing sikit, dalam ok je.


Ku tetap "berbangga" sebab pasti tak de orang berjaya buat kek "secomei" ku ini... :-(

Sunday, November 6, 2011

MY 1ST BISKUT RAYA

30HB OKTOBER 2011 - AHAD


Ni citer bulan posa hari tu tapi baru berkesempatan nak masukkan. Memandangkan dekat-dekat nak raya haji ni, kira related la gak.

Sejarahnya gini. Tiap-tiap tahun memang kita orang kat KL ni ditugaskan buat kuih raya untuk bawa balik kampung. Yang pakar membuatnya my eldest sis Along Intan aka Kak Tan. Ayg ni takat tolong bakar, terap, sapu telur ke dan yang sewaktu dengannya.


Biskut Nestum - Full with nestum..


Memandangkan tahun ni tiap-tiap minggu Ayg berulang ke Taiping, maka weekend memang tak de le masa nak membuat apa-apa kuih. Tetiba datang idea nak buat 2-3 jenis simple cookies cam my lovely housemate selalu buat.

Apa lagi roger Si Nor my housemate & my sis untuk tolong beli a few things. Dalam minggu terakhir ramadhan tu, Ayg pun buat le biskut nestum & coklat chip mengikut resepi dan pengawasan serta tunjuk ajar dari Nor. Kena gitulah kan.. almaklumlah orang tak pernah buat sendiri.


Biskut Coklat Chip
- Laris sebab penuh ngan badam & chip


Selepas siap je bancuh 1st biskut.. biskut nestum.. Ayg dengan penuh semangat nak bancuh 1 lagi walaupun Nor dah menasihatkan untuk siapkan dulu biskut pertama tu. Takut tak terbuat. Calculate punya calculate rasa memang dah tak de masa lain, nak tak nak kena gak buat malam ni dan perlu dibancuh segera sebab sifu tido awal kebiasaannya. Sian lak kat Nor kang kena tido lambat nak tunggu Ayg.


Jam 3 pagi baru siap kedua-dua cookies dan siap kemas semua back to normal. Memang penat sesangat. Orang lain tak tido buat amal ibadat, Ayg tak tido buat kuih.. muahahaha.. Teruk sungguh kan.. Tapi sambil-sambil buat tu mulut zikir la gak.. Nak gak pahala. Pas tu, ingat nak lelap jap je nak bangun sembahyang tahajud bagai.. Tapi.. letak-letak kepala.. hanyut tak sedau sampai ke pagi.. Sedih gak.. malam 23 tu. :-(



Biskut Makmur - Yang membakar tangan tuan


Selang sehari lepas tu, Ayg teruskan dengan resepi terakhir. Biskut makmur. Memang simple & senang sesangat buat kuih ni rupanya. Ingat ke renyah sangat. Tapi sebabkan tak pernah buat. Ada le kenangan terindah. Melecur tangan pegang kuih tu. Konon nak tengok dia masak ke tidak kat bawah, rupanya kuih ni tak leh pegang panas. Minyak sapi kan. Tapi good experince.


Kat atas ni gambar kuih Loyang aka Goyang aka Rose. Lama betul mak tak buat kuih ni sebab acuan kesayangan hilang - dipinjam jiran dan tidak dipulangkan. Rasanya setakat ni hanya kuih Loyang mak memenuhi citarasa Ayg. Abah un suka sangat kuih ni. Atas permintaan ku, mak bancuh jugak walaupun tahu acuan yang ada tu melekat. Acuan yang mak pinjam pada jiran pun tak berapa ok. So, rupa paras dia tak le cun sangat.



Kuih Loyang - Kegemaran Ku


Seksa rupanya nak buat kuih ni. Menguji kesabaran sungguh. Ayg buat ni just untuk makan-makan je. Buat masa balik tiap minggu tu. Dah le gitu rushing nak balik KL lagi. Tapi puas hati le gak dapat siapkan walaupun rupa paras tak yah cakap le. Macam-macam ada...

Konklusi dari cerita di atas, biskut-biskut yang Ayg buat ni nampaknya digemari oleh anak-anak buah. Bila tengok bebudak tu suka makan, bersemangat nak buat lagi. InsyaAllah akan ku cuba resepi-resepi lain lak nanti... :-)

TAHUN RAJIN BUAT BISKUT-BISKUT

29HB OKTOBER 2010 - (SABTU)


Tahun ni entah di tiup angin dari mana entah, Ayg terasa macam berminat ke arah nak buat biskut-biskut ala-ala raya je. Emm.. se ingat Ayg setelah membaca blog kak Ita baru-baru ni, semangat Ayg nak mencuba dan nak buat sendiri membuak-buak. Teruja betul dengan gambar-gambar dalam blog Kak Ita.

So, without any activity this weekend, Ayg dah planning nak cuba buat gak 2 jenis biskut & 1 jenis dessert untuk test market.. hehehehe.. Rupa paras cookies ni (dari gambar yang memang cun dari blog Kak Ita), resepi yang mudah & ala-ala sedap je gayanya, Ayg pun mencuba la. Ayg pun order la a few bahan-bahan yang tidak berapa nak jumpa dalam "kedai" kat umah ni. Anak buah Ayang ditugaskan gi bel bahan-bahan tu.

Petang around 4pm, Ayg start buat. Berdebar-debar gak takut tak jadi. Tapi bestnya buat kat sini sebab peralatan complete compare buat kat umah sewa aku raya ritu. Terkial-kial sebab semua kena buat manually. Tak de mesin.. :-(


Pendekkan citer... Ini le hasilnya.. hehehehe...




Biskut Black Oreo.. Sedap biskut ni.. Rasa coklat & pahit-pahit sikit. Ikut planning, Ayg nak boh dalam cup pink or hijau. Lagi berseri tapi stok cup pink tu tak jumpa cari, pakai le apa yang ada. Si Merah, Kak Chik Uzma, Boy suka sesangat biskut ni.. Clean & Clear petang tu jugak.




Around 6pm, tak de keje cari keje, teringat lak kat anak-anak buah yang lain.. Dia orang memang suka bebenor honey cornflake. Selalu mak long yang buat but kali ni Ayg buat with own resepi. Tension bebudak bila tengok ada kismis.




Dessert tak boleh buat sebab biskut yang diperluka untuk dimasukkan dalam resepi tu tak jumpa cari. So, kena le pospon resepi tu..

Saturday, July 30, 2011

KEK COKLAT MOIST DIABETIS..

28HB JULAI 2011 - KHAMIS


Aktiviti malam... memasak kek coklat di umah makcik tiang seribu. Lama bebonar tak buat aktiviti memasak ngan makcik ni. Malam ni kek coklat akan di masak oleh Chef Ayang Safiah yang amat-amat "pro" bab masak ni. Almaklumlah setahun sekali je le kot dia masak.. hehehehe...

Kita tengok, adakah akan menjadi kek chef kita ni kan.. Bahan-bahan chef telah menugaskan makcik umah tiang seribu ni untuk membeli. Gitu le adatnya dah dok sebelah supermarkato. Cam aku ni dok sebelah logi kumbahan... Yang dapat everyday hanyalah "aroma terapi" je la...





Emm... Ok puan2 mari kita memulakan main pondok-pondok kita. Ayak le tepung gandum, gula, koko, soda bikarbonate, baking powder, gula together-together.. Makcik tiang seribu dah mereducekan sukatan gula kek ku hampir 1 1/4 cwn. Makcik ni memang alergi bab manis2 ni..






Pas tu pepandai le masukkan telur, susu cair dan dikacau sebati dengan aduanan di atas..





Bila tang aku bagi arahan ke dia untuk masukkan air & minyak, makcik ni dah naik pelik. Ish betul ke ni.. boleh naik ke kek ni.. tak pernah aku tengok orang masak kek pakai minyak & air.. Macam-macam la dia soal sampai terlupa aku nak pukul telur, terus masukkan je dalam bancuhan. Dah le dia kata kek tak naik le pulak if tak pukul telur. Cuak aku jadinya. Tawakal je la...


Everything siap. Maka apa lagi... kita bakor, kita bakor... hehehehe


Ready to masuk oven.


30min berlalu.. bau dah semerbak.. dari sofa dapat ku lihat dengan jelas sekali kek ku nak membuak-buak.. Kembang sampai merkah bagai.. Caya lah.. Bangga gila jam ni.. Bukan apa, tadi dah nak demam dah takut tak jadi.. muahahahaha...



Kek Ku Yang Ala-ala "Tersenyum" Gitu...


45 min berlalu... Dah masak... Nak makan meh lah.. Sedapppppppppppp.... Sesuaiiiiiiiiii gitu untuk pesakit pesakit kencing manis.. Topping tak buat sebab terlalu excited nak makan, malas nak tunggu topping-topping dah..

Jemput le.. Jemput.. jemput... hehehehe...



Walau pun rupa pun tak comei, tapi rasanya perhhh..
Sedap gitu..


Note : Sepanjang Ramadhan ni, we plan to buat pelbagai kek untuk dimakan sepanjang ramdhan ni...

Friday, October 29, 2010

KELAPA JELLY.... KELAPA JELLY... KELAPA JELLY....!!!!!

21HB OKTOBER 2010 - KHAMIS






"Jual-jual... kelapa jelly kelapa jelly kelapa jelly... 2 seringgit 2 seringgit...!!!!". Hehehehehe..


If jual cam ni pakai bungkus le lepas ni. Nape aku kata cam ni.. Atas dua sebab utama (yang aku rasa le..)

1 - Mungkin sebab asyik dok tak untung je.. Modal pun tak cover sebab murah le sesangat jualnya..
2 - Kena hamput dek peniaga-peniaga lain sebab jual dengan harga over the over murah dari harga pasaran...




Sejak last week lagi, aku terasa le sesangat nak cuba buat sendiri kelapa jelly yang famous amous dijual di merata-rata tempat ni. Dessert.. sedap.. tambah-tambah waktu dok sejuk lagi. Fuhhh... nyaman gitu...





Nak buat bukan sebab apa, cuma nak rasa yang betul-betul kelapa jelly bukan cam yang kebanyakan dijual tu.. kita leh panggil agar-agar kelapa je.. Banyak agar-agar dari rasa kelapanya. Masalah orang kita ni, bila bende tu famous, semua pakat nak jual. Tak tau buat pun nak jual. Pas tu jual dengan harga yang mahal lak tu..





So, malam tadi aku tetiba rasa teruja le sesangat nak mencuba. Balik opis terus singgah beli kelapa muda kat port biasa. Siap cakap pilih yang ada isi sikit eeh... kali ni bukan nak minum gitu je.. nak masak.. Penuh confident je masa ni nak buat. Berkobar-kobar.

Memandangkan ni 1st time nak cuma, tidak le aku nak beli sampai dua tiga biji kelapa. Sebijik pun dah tangkap rm 3.00. Kang tak jadi, kedalam tong sampah le ia pergi. Tak ke rugi. Aku ni dah le terlebih profesional bab-bab masak memasak ni... hehehehe..



Pas mandi, aku pun memulakan le operasi. Bekas dessert kecik2 tu tak berapa nak ada, aku lak pi termasak banyak le pulak. So, bekas besau pun aku belasah je. Lagi pun nak testing je kan aka cap pemalas cam ni le gayanya... hihihihi...






Start 9.45pm, around 10.30pm dah siap. Debau gak.. Takut tak keras or terlebih keras sangat lak. Aku main hentam je ni.






11pm.. Jeng jeng jeng.. Dah beku.. Masa untuk mentesting... Aku cuba test rasa satu bekas kecik tu.. Yummy yummy... tersenyum riang...




Alhamdullilah... Tak membazir le nampaknya. Kira dalam kategori jadi le. Boleh di up grade lagi. Next time boleh dah beli kepala empat lima bijik.. pasti mabulos punya...hahahahaha .... Harga pun boleh le up cikit....




"2 lima hinggit...2 lima hinggit..."




..... Nak kayo cepat... Kuang Kuang Kung...


Kekawan opis yang makan kata sedap. Siap tanya cara buat lagi. Tima kasih gak pada pakcik yang suruh i up kan sikit tahap kemanisan jelly ni. Emm... pakcik tak takut kecing manis eeh..


Konlusinya... pada aku jelly ni tak memenuhi citarasa tekak aku lagi. Aku nak yang betul-betul rasa air kelapanya.. Yang jadi kali ni, lebih kurang sama yang biasa dijual tu je...