Friday, October 29, 2010

NAK MASUK KE HOTEL NI...

1HB NOVEMBER 2010 - ISNIN



"Tak teringin ke nak masuk sini.... Best oooo...bilik hotel aku kat Ampang.."


Satu MMS yang aku terima di awal pagi (pada 30/10/2010) dari seorang kawan (Cik ABC - nama sebenar tak le dibenarkan dicacatkan di sini) yang dah ku anggap macam my sis.. Bila jalan sekali pun ada yang menyangkakan kami adik beradik...

Tak pe lah.. bior le sebest mana pun "hotel" tu dan walaupun dibayar 100% untuk mengginap di sana, aku seboleh-bolehnya tak naakkkkkkkkkkkkkkkk...... Tak nak check in di sini atau mana-mana "hotel" yang sewaktu dengannya....





Actually, sedih sangat Sabtu lepas sebab aku tau Cik ABC akan diwardedkan di Ampang Putri hari tu. Tapi aku lak tak leh nak gi melawat dia. Aku dah balik ke kampung malam sebelumnya atas urusan keluarga.

So, ari ni aku pun balik sharp-sharp le demi untuk melawat Cik ABC ni. Dia bukannya nak bagi aku gi jengok dia pon. Siap cakap dia bukannya pesakit yang terlantar, yang perlu aku gi tengok. Dia sihat walafait. Tapi aku peduli apa, aku nak gak gi. Hahahaha...


Cik ABC ni dok kat Premier room. Dengar nama pun tau dah cam na rupa bilik dia. Aku lak naik takut nak masuk. Almaklumlah jakun cikit aku ni.. hehehehe...




Sedih la bila melawat orang sakit ni. Walaupun secara luarannya Cik ABC ni tak de le nampak sakit apa-apa pun, tapi bila dah warded menandakan ada le yang tak berapa nak ok tu. Jadi ati ku mayak le susah..Keep berdoa semoga my dear sis ni tak de apa-apa. Tak suka le nak tengok kekawan dalam keadaan gini.

Sekali pikir cam main pas-pas batten lak yek.. Elok makcik Sal kawan aku check out dari spital Putrajaya, Cik ABC lak check in kat Ampang Putri...

Ritu aku tangkap gambar Makcik Sal kena "gigit dek hantu", kali ni Cik ABC lak. Aku rasa nurse ni tak pandai cari urat kot. Kesian kat dia. Dah bertanda sakan... Tak pe lah, tahan le sikit, janji dapat semboh sepenuhnya..





Bayar mahalkan, makanan & way dia present pun best gak. Rasa tu tak tau le camna. Bagi aku sesedap mana pun, ia tetap tak menyelerakan. Dalam kepala aku dah set, hospital hospital hospital....

Yang kelakarnya, aku gi melawat Cik ABC, dia lak ya ya je nak idang air la, bagi aku makanan la, siap bekalkan buah-buahan punya la banyak. Naik conpius lak.. aku ni melawat orang sakit ke, aku yang sakit... or aku kat mana ni.... hahahaha... Buah kiwi yang aku bawak pun, dia tak nak. Puas le aku nak menghabiskan kiwi-kiwi yang banyak ni.. Stok kat umah pun dok banyak lagi..




To : Cik ABC

"Semoga cepat sembuh, mudah-mudahan tak de apa-apa, jangan pikir hal-hal keje, gunakan masa ni sepenuhnya untuk berehat, sunyi le sesangat bila u not around dan sesungguhnya PC ku amat-amat merindui mu... hahahaha..."




KELAPA JELLY.... KELAPA JELLY... KELAPA JELLY....!!!!!

21HB OKTOBER 2010 - KHAMIS






"Jual-jual... kelapa jelly kelapa jelly kelapa jelly... 2 seringgit 2 seringgit...!!!!". Hehehehehe..


If jual cam ni pakai bungkus le lepas ni. Nape aku kata cam ni.. Atas dua sebab utama (yang aku rasa le..)

1 - Mungkin sebab asyik dok tak untung je.. Modal pun tak cover sebab murah le sesangat jualnya..
2 - Kena hamput dek peniaga-peniaga lain sebab jual dengan harga over the over murah dari harga pasaran...




Sejak last week lagi, aku terasa le sesangat nak cuba buat sendiri kelapa jelly yang famous amous dijual di merata-rata tempat ni. Dessert.. sedap.. tambah-tambah waktu dok sejuk lagi. Fuhhh... nyaman gitu...





Nak buat bukan sebab apa, cuma nak rasa yang betul-betul kelapa jelly bukan cam yang kebanyakan dijual tu.. kita leh panggil agar-agar kelapa je.. Banyak agar-agar dari rasa kelapanya. Masalah orang kita ni, bila bende tu famous, semua pakat nak jual. Tak tau buat pun nak jual. Pas tu jual dengan harga yang mahal lak tu..





So, malam tadi aku tetiba rasa teruja le sesangat nak mencuba. Balik opis terus singgah beli kelapa muda kat port biasa. Siap cakap pilih yang ada isi sikit eeh... kali ni bukan nak minum gitu je.. nak masak.. Penuh confident je masa ni nak buat. Berkobar-kobar.

Memandangkan ni 1st time nak cuma, tidak le aku nak beli sampai dua tiga biji kelapa. Sebijik pun dah tangkap rm 3.00. Kang tak jadi, kedalam tong sampah le ia pergi. Tak ke rugi. Aku ni dah le terlebih profesional bab-bab masak memasak ni... hehehehe..



Pas mandi, aku pun memulakan le operasi. Bekas dessert kecik2 tu tak berapa nak ada, aku lak pi termasak banyak le pulak. So, bekas besau pun aku belasah je. Lagi pun nak testing je kan aka cap pemalas cam ni le gayanya... hihihihi...






Start 9.45pm, around 10.30pm dah siap. Debau gak.. Takut tak keras or terlebih keras sangat lak. Aku main hentam je ni.






11pm.. Jeng jeng jeng.. Dah beku.. Masa untuk mentesting... Aku cuba test rasa satu bekas kecik tu.. Yummy yummy... tersenyum riang...




Alhamdullilah... Tak membazir le nampaknya. Kira dalam kategori jadi le. Boleh di up grade lagi. Next time boleh dah beli kepala empat lima bijik.. pasti mabulos punya...hahahahaha .... Harga pun boleh le up cikit....




"2 lima hinggit...2 lima hinggit..."




..... Nak kayo cepat... Kuang Kuang Kung...


Kekawan opis yang makan kata sedap. Siap tanya cara buat lagi. Tima kasih gak pada pakcik yang suruh i up kan sikit tahap kemanisan jelly ni. Emm... pakcik tak takut kecing manis eeh..


Konlusinya... pada aku jelly ni tak memenuhi citarasa tekak aku lagi. Aku nak yang betul-betul rasa air kelapanya.. Yang jadi kali ni, lebih kurang sama yang biasa dijual tu je...

Wednesday, October 27, 2010

TENSION JE MAKAN... MAKAN JE TENSION...

22HB OKTOBER 2010 - JUMAAT


Tetiba dapat jemputan makan malam lak rini dari makcik Kayangan tu... Emm... apa tanda tu..???? Hehehehe... Aku tahu... Tandanya ada yang tension.. Dah masak sangat dah.. & tu kira our trade mark le...

"BILA TENSION JE MAKAN.... BILA MAKAN JE TENSION.."

Camna tu.... Mesti semua tetanya-tanya mende la budak ni, tension makan pas tu makan tension.. Tah apa-apa. Yang betulnya cam ni.. Mai aku explain kasi clear cikit...

Bila aku mahu pun makcik kayangan tu tension... Biasanya kita orang akan mula la aktiviti jalan-jalan cari makan.. Makan makan makan makan... Order je apa nak makan.. Pas tu makan makan makan... Sampai clear semuanya. Pas tu apa lagi, balik umah tension le balik sebab perut dah macam ikan buntal.. Mata mengantuk tapi tak leh terlelap. Over the over kekenyangan.... Hahaha...


Tapi kali ni ketensionan tetiba hilang jap bila tengok ke sudu yang disediakan dalam gelas air barli yang kami order. Cuba bayangan, sudu tu (please refer gambar kat atas tu) yang dia boh. Gam-gam size sebiji barli je muat dalam sudu tu.. Tetiba rasa nak tergelak le jugak.. Ada gak orang terpikir nak boh sudu ni eek... Agak-agak korang le, berapa lamakah masa yang akan di ambil untuk mengambil biji-biji barli tu nak gap ke mulut (dengan mengunakan sudu tu..)... ??? hehehehe.. cam solan maths ujian SPA lak aku rasa... Kuang kuang kuang....


Malam ni kita orang makan, bawal masak tiga rasa, kailan ikan masin, ayam masak halia, sotong goreng tepung dan tak lupa sambal belacan.. Konklusi... boleh bagi 4 bintang.. Boleh tahan rasanya dan boleh le di ulang gi lagi ke kedai ni. Harga pun berpatutan...


AND

Last few days... Aku lak ngajak si makcik Kayangan ni gi makan.. Masa ni tak tension pun. Cuma terasa nak mengunyah je. Tetiba terbayang-bayang lak sushi-sushi yang comei-comei gitu. So, port biasa la.. Otopus (makcik betul ke ejaan ni..)



Aku bila dah teringin sesangat baru gi sini. Baru le berketul ketul masuk. My favourite sushi yang cam dalam gambar kat atas tu. Ala yang ada ketam kat atas tu.. Nama glamour dia aku tak tau.. Main tunjuk-tunjuk je...Hehehe...

Minah sorang lagi tu lak, menu wajib le tiap kali dia datang adalah "cat fish salad with kerabu mangga". Kerabu mangga tu memang yummy...yummy....

Tengah pikir port seterusnya.....

Monday, October 25, 2010

MAK YANG CANTIK EEHHH...????

25HB OKTOBER 2010 - ISNIN


"Kalau d tanya anak siapa ni..? Mesti d jawap anak Mak Ayang..!!! Cantik Macam Mak Yang..!!! Apa yang u manderum dia ha..!!!"

Hahahaha... Tu sms yang aku tima dari kakak aku si Bib tu jam 7.49mlm.. Tersenyum lebar aku baca sms tu.. Jelezzzzzzzzzzzzz ke Cik Bibah ooiii... !!!!

"Idadddddddddddddddddddddddddddddddd.... Mak Yang Sayanggggggggggggggg Idadddddddddddddddddddd.... Mak Yang cantik eehhhh... TQ TQ TQ...!!!!!!"




Ni le budak comel yang mengeluarkan kata-kata tu.. Terharu i.. ada gak orang kata i ni cantik rupanya... Idad memang anak Mak Yang pun kan kan kan... Umi jelezzzzzzzzz le tu... Nanti Mak Yang bawak Idad mandi kolam eeh.. Nanti Mak Yang belanja aiskrim k... Sayang Idad...


Tak main le manderum-manderum ni.. Aura aku ngan bebudak ni yang power kot... hehehehe.. Terperah santan le pulak... Apa-apa pun aku memang suka jadi budak-budak bila ngan budak-budak.. Syok ooooo... dia orang ni jujur... Bila puji pun jujur (seikhlas-ikhlasnye.. best je masa ni...) & bila dia orang tak suka pun jujur je cakap... (seikhlas-ikhlasnye... tapi sebak je dengau...) hehehehe...


Dia orang ni cam kain putih, mana tau nak tipu-tipu... Apa yang kuar mesti dari ati punya... Yang best kita senyum panjang le... Yang tak best... Kita muasabah diri banyak-banyak... Kena p k p k le apa patut... Komen ikhlas tu....






To All My Anak Buah...


" I LUV U SO MUCHHHHHHH... !!!!!!!!!"

LITTLE PRINCESS....

24HB OKTOBER 2010 - AHAD







"Mak Yang.. kakak tak hisap puting dah.. Gigi kakak tak jonggang.. Gigi kakak cantik dah.." .

Sambil tersenyum pada aku. Tiap kali jumpa.. ayat tu le yang kuar dari mulut dia. Ni semua gara-gara aku psiko dia masa raya ritu. Ayat aku simple je..

"Nape gigi Merah tak leh rapat cam gigi Mak Yang... (sambil tunjuk gi aku). Gigi Merah dah Jonggang...Mai Mak Yang tengok gigi Merah.. Ehh...Ada ulat la kat gigi Merah.. Cepat gi berus gigi... Tu la... Tak leh hisap puting dah kuar ulat kat gigi Merah.. eeeeeeeeee... takutnya... Puting tu dah basi..."

Tu dialog satu pagi sebaik je dia kuar bilik mandi. Masa tu mak dia lak tengah dok siap-siapkan dia.. Sepantasnya, minah mulut becok ni gi gosok gigi... Dia memang takut dan marah sangat kalau cakap dia jonggang tapi puting tak lekang di mulut.. Cam-cam dah buat, tak mau dia buang puting tu.. Puting ada dekat sedozen.. Cam-cam kaler ada... Abah dia le ni, keje beli puting je..




Start dari hari tu, dia tak hisap puting dah... Sehari je aku train dah sukses... Mana taknye... Semua puting tu aku dah sapukan akar baka wali aka akar serunton (orang utara panggil). Bila dia boh dalam mulut je, pahit le rasa puting-puting tu.. Sampai sekali tu, bapak dia yang terkena.. wakakakaka....





"Kalau kakak makan sayur.. nanti kulit kakak jadi cantik sangatttttttttttt... Cantik macam princess... Lagi cantik dari MerryPosa.. Betul... Mak Yang tak tipu..."

"Makan sayur, Kulit kakak cantik eeh.. Macam princess.. Kakak boleh jadi macam princess???"

Hahahaha... tu dialog ari ni... Wujudnya dialog ni bila bapak pada si Merah ni kata..
"Kakak ni sayur langsung tak mau makan eeh..." sambil suap si Merah ni..

So, aku pun sambil dok makan tu, kuarkan le dialog kat atas tu.. Dan dan tu gak dia suruh abah dia suapkan sayur.. Makan le sayur minah ni demi nak jadi cantik cam princess... Sampai abah dia leh kata " kakak ni apa Mak Yang cakap semua ikut.." Kuang Kuang Kuang... Jelezzzzzz le tu... hehehehehe...

Budak pun tau nak cantikkan... Emm.. apa-apa pun kakak memang cantik di mata Mak Yang...
U ARE MY LITTLE PRINCESS MY DEAR....

Thursday, October 21, 2010

DIA BERTULANG BESI, BERSOKET SERAMIK....

16HB OKTOBER 2010 - SABTU



Gempaq... hehehehe.. Tajuk je la... Muahahahaha...



Kisah benar ni. Betullllll tak tipu.. Kisah benar dari Spital Putrajaya. Kisah tentang seorang gadis manis dari Dungun yang lebih glamour ngan panggilan SAL aka Cik SAL...

Aku sebenarnya kenal minah ni dah lama gak. Cangdat sotong, gi Cameron sama-sama. Zaman muda remaja dulu. Til now aku dok remaja la... Kuang kuang kuang ... Tak salahkan syekali syekala perasaan cikit... hehehehe. Tapi now, minah ni warded kat spital. Tu le aku gi melawat tu. 2 jam tuuu sesat cari spital.. Sejarah betul...




Hampir 5 tahun makcik ni sakit, banyak kali gak le dok pospon nak operation tapi akhirnya September 2010 ritu maka TOTAL HIP REPLACEMENT SURGERY dilakukan yang mengambil masa hampir separuh hari. (Tengok le youtube cara dia orang buat operation ni... Ngeri...). Operation ni bertujuan mengantikan bahagian sedia ada yang rosak dengan "femur head titanium" dan soket tulang selviks dari seramik . Maka, DIA BERTULANG BESI BERSOKET SERAMIK kini.....hehehehe...




Sepanjang dok spital ni, asyik kena cucuk je makcik ni. Ambik darah le, masuk air le, entah apa-apa lagi le.. Habis tangan2 semua. Kesian tengok. Dah gaya kena gigit hantu lak...(lawak je Sal eek.. Teringat citer kita ritu... hahahaha..)


Dah tu luka lak tak mau kering-kering. Dijangkakan seminggu je kat spital, tapi now dah dekat sepurnama bermukim di spital ni. Sampai 2nd operation terpaksa di buat. Jarang le ada kes kena 2nd operation ni. Now all the cecair tu disedut lak masuk botol (botol dalam gambar kat atas tu, itu le tujuan dia.. Tapi yang tu yang dah agak clear air dia..). Nak bagi cepat kering. Segala manikam dressing le doktor buat...


Kesan pas operation ni lak, kaki minah ni jadi terpanjang sebelah. Kena le pakai kasut lain-lain ketebalan dia. Nak kasi balance. Kesan sementara je InsyaAllah... Apa-apa pun berat badan kena reduce nasihat doktor, kang culture shock lak kaki tu, over loaded..




Nasib le ada kekawan yang baik hati dok gilir jaga.. si Ina, Pah, Anak buah Ina (tak ingat nama le pulak.. Suraya ke Suria entah..), Choknah dan lain-lain lagi.. Siap hantar lauk pauk lagi.. Memang payah nak cari kekawan cam ni.. Kawan susah senang... Kawan senang je banyak bersepah..


Antara Peneman Sal di Spital..


Sepanjang makcik ni kat spital, ramai le kekawan yang datang ziarah membawa buah tangan.. Kalau biskut Jacob tu, cakap je nak perasa apa..low salt, high fibre, original, vege.. Macam-macam ada. Nak bukak kedai runcit pun boleh.. hehehehe... But dalam banyak-banyak tu ada gak yang berjaya mencipta sejarah peribadi makcik ni.. Dapat "Bear". Ni le 1st time dia dapat bear seumur idup dia ni... "Sal sal... nasib ngko masuk spital, kalau tak... tak tau le bila sejarah tu nak tercipta..."






Saja je aku nak story tentang history minah ni.. Dari berkaki 2 jadi 4 and back to 2. InsyaAllah. Sedih sangat yang betulnya bila kita tengok kawan yang aktif tetiba terbatas pergerakkannya.


Menurut si Sal ni tahun 2005 dia dah start sakit but masa ni tak tau sakit apa. Sampai le tahun 2006 bila dia gi buat check up kat Spital Pakar Kajang dia disahkan menghidapi penyakit Rheumatoid Athrities. Akibat kedegilan, maka tidak le di buat apa-apa rawatan susulan kat mana-mana spital.


Kesan disebalik kedegilan tu, maka makin bertambah sakit le sendi dekat punggung si makcik ni. Akhirnya kaki 2 dah bertambah jadi 4 bermula Oktober 2008. Masa ni dah tak boleh tahan. Bertongkatlah ia bagi mengurangkan beban ke atas kaki tersebut... Tangkap 2 tahun gak le ke mana pun bertongkat. Nasib masih boleh drive, tak de le masalah nak gi keje tiap-tiap hari..


Bukan le maknanya makcik ni tak berusaha langsung untuk mengubati penyakit, operation adalah jalan terakhir. Risikonya amat tinggi. Segala usaha telah dilakukan sebelum keputusan kembali ke spital di ambil. Mana tabib, ustad, pakar saraf, pakar urat, bomoh betul/tipu, pakar segala pakar telah dikunjungi, namun penawar tetap tidak ditemui.






Kini Sal telah selamat menjalani operation. Dalam proses penyembuhan dan proses menurunkan berat badan. Moga pas ni kaki 4 kembali menjadi 2, bebas berlari ke mana saja....


To SAL :


" Makcik... cepat turunkan berat badan k, ingat cabaran NZ. Kasi test sikit tulang titanium ngko tu... Emm.. rambut tu aku set khas untuk ngko.. Salon aku je leh buat... hehehehe.. Lagi satu minta maap le yek, if coretan aku ni menguris perasaan ngko, saja tak mau bagi N3 ni jadi serious sangat.. :-)."

Bila dah tua-tua ni, macam-macam penyakit "singgah" kan. Dugaan hidup.. masing-masing ada je.. Cuma mungkin lain-lain menu je... hehehe..."

Tuesday, October 12, 2010

KONVO UPSI - TAHNIAH BOY...!!!!!

13HB OKTOBER 2010 - RABU


"BOY... TAHNIAH KERANA BERJAYA MENDAPAT SEGULUNG MASTER... ONE MORE STEP UNTUK BERGELAR DOKTOR FALSAFAH... APA LAGI... TERUSKAN PENDAKIAN ANDA... JADI LAH YANG PERTAMA..."


Ada dua perasaan sekali gus hari ni...

Happy
sebab seorang lagi "BIN ABDUL JABBAR" berjaya mencipta kejayaan diri yang menjadi kebanggaan keluarga..

Sedih
sebab hari ni aku tak leh cuti. Anak bos outstation so, aku ditugaskan untuk settlekan semua bende-bende yang telah disenaraikan sebelum dia fly & perlu settle sebelum dia balik... Sebak sangat rasanya...


Ni kira 1st time la my mom & dad menghadiri diri ke majlis Konvo di UPSI ni but dah tak tau berapa puluh kali untuk konvo-konvo lain meraikan kejayaan anak-anak. Adik aku ni 2nd person dalam famili kita orang yang konvo kat sini... Cam na tu... Jap 1st jap 2nd... hehehe... Before this, adik ipar aku konvo kat sini. Isteri adik aku ni la. Dalam awal tahun ritu. Both husband & wife wat MASTER kat sini. Tapi adik aku leh tergraduate lewat 1 semester..



Dia orang nak sangat konvo serentak tapi nak wat cam na.. Ada la hikmah di sebalik kejadian kata orang. Tak kisah lah kan. Janji segulung master dah pun dalam genggaman..




Menjadi kebiasaanya, kami selalunya akan turun habis semua sekeluarga celebrate kejayaan tak kira.. adik ke, abang ke, kakak ke mahu pun ipar duai. Tapi kali ni, jadi lain lak. Dah konvo musim peksa. Majoriti famili aku lak semua cikgi.. memang le tak leh cuti langsung.. Silap time UPSI pilih ni... Dah le hari kerja & bukan musim cuti sekolah lak tu...




My sister & Bil ni le yang berjaya mendapatkan cuti untuk meraikan kejayaan adik aku ni yang lebih glamour ngan panggilan BOY.. Sambil-sambil meraikan kejayaan, my sis ni la merangkap kepada baby sister kepada nak tunggal (setakat ni le..) adik aku si MERAH.




Bila tengok gambar di atas ni, cam masih terasa je pelukkan & ciuman mak abah masa aku konvo dulu. Perasaan happy, sedih, sebak semua ada. Mak abah lak terlalu gumbira ngan kejayaan yang telah anak-anak kecapi.


"Duit ringgit mak/abah tak de. Pelajaran adalah satu-satunya "harta" yang mampu mak dan abah berikan dan anak-anak mak/abah adalah harta yang tak ternilai buat mak/abah...".
Tu le ayat-ayat yang selalu keluar dari mulut mak abah aku..





Aku bila dok terkenang sejarah dulu-dulu... teringat lak adik aku si Boy ni... Punyaaaaaaaaaa la payah nak hafal kali-kali dua.. Tak sangka lak dah berjaya dapat Master dah pun lani... Oppssss terpecah rahsia la pulak... Jangan mare....






Walaupun Boy bukan yang pertama berjaya memiliki Master dalam "Bin Abdul Jabbar" tapi dia masih berpeluang menjadi yang pertama bergelar Doktor Falsafah dalam "Bin Abdul Jabbar"... Hahahaha... So, kepada semua "Bin Abdul Jabbar" yang telah memiliki Master.. cepat cepat... sapa cepat dia dapaaaaaaaaaaaatttttttttt......


To Ayang Safiah...

" Tak rasa nak buat Master ke makcik... hehehehe...."

BILA BUDAK "KONBEN" MASUK PRINCE COURT....

10HB OKTOBER 2010 - AHAD


101010... Cantik.. Memang cantik tarikh ni.. Semua orang nak kawin la, tunang la, itu la ni la di tarikh ni. Ya lah... bukan senang nak dapat kan no secantik ni kan.

Bagi aku and the geng... Geng "Konben" tetap mengingati tarikh ini. Pada hari ini lah geng kami buat pertama kalinya melangkah masuk ke Princess Court Hospital dan sekali gus mengegarkan level 6 bilik 6D spital ni... Jangan tak caya...


Kita orang ni gi melawat si Ula bersalin. 9thn tu tunggu minah ni pregnant. Tup tup bersalin lak kat Princess Court. Apa lagi, double teruja le. 1st sebab nak tengok baby si Ula ni & 2nd hehehe... teruja nak masuk spital mahal.. Jakun le sikit jadinya... Muahahahaha....

Punya le excited kita orang ni, sampai naik gamat spital tu dek suara kita orang je. Mak mertua si Ula ni pun angkat bendera putih.. Kuar bilik tak tahan (rasa aku le... hahahaha).. Sori eek makcik.. Terover excited gitu..



Si Ilhan Mansis, opppsss silap le pulak. Tu nama pemain bola Turkey. Si Ilhan Mirza yang betulnya. Aku rasa baby comel ni pun pening jap masa tu. Dunia dia aman damai 2 hari lepas, tetiba je jadi huru hara. Punya le bising. 10 orang cakap serentak. Tak tau sapa yang dengar sapa yang cakap. Teruk betul kawan mak dia ni.. Mesti dalam ati dia kata " Ulu mana le mama aku ni jumpa makcik-makcik over nak mampus ni. Over sungguh.. Cepat le balik makcik ooii... Saya nak tido..."



Kesian kat Ilhan tu, baru 3 hari melihat dunia, dah terpaksa menhadapi dugaan & ujian pendengaran yang kuat giler ni..



Aku, Azah, Wan Norisma, Alfifah & Wan fariza datang serentak. Kul 11am cam tu baru la si Ija the paramugari datang. Lagi le tambah-tambah kecoh jadinya. Lama tak jumpa. Dak Ija ni onn standby. Nasib tak kena fly to Narita.





Cantik-cantik kekawan aku ni. Dah beranak penak but badan... Fiwitttttttttttt...!!! tip top.. maintain gitu.. Comel-comel. Tak caya tengok le....


Yang paling aku suka sekali.. dia orang walaupun dah bergaji besar, jawatan besar, kereta besau dan segalanya besau la... tapi dia orang tetap low profile.. Sama cam dulu gak.. Sayang korang semua.


To Ula :-
" Congratulation... setelah puas menghitung hari, dapat gak aku tengok Amin Junior. Now, aku dok tak sabau nak dengar Ilhan panggil ngko "mama" lak.... hahahaha..."




Turun je dari bilik Ula, kita orang pun bergambar sakan le. Gambar kenang-kenangan sebab bukan senang nak jumpa camni. Ditambahkan lak view spital ni yang cantik. So senang le sesangat nak post kat mana-mana pun. Ala-ala dok kat lobby hotel je bukan spital gayanya.. :-)


So, korang layan le gambar-gambar sekitar lobby spital ni... Malas nak type panjang-panjang dah...