Friday, November 26, 2010

TEATER NATRAH - CINTA, PERJUANGAN DAN AIR MATA....

25HB NOVEMBER 2010 - KHAMIS






Merentasi sebuah ketentuan, menghambat cinta sempadan antara Timur & Barat, bergelut bersama perjuangan, mengalir lesu, airmata sebuah tragedi yang masih terpahat dalam Natrah.. (aku copyright ayat ni dari sms info teater dari Istana Budaya yang aku terima.. bagi tau siap-siap.. takut kang kena saman lak.. domam makcik nak bayau. Niat nak tolong promo ni.. )




Sebuah teater arahan Erma Fatima, lakonan mantap artis-artis tempatan dan sewaktu dengannya seperti Maya Karin, Remy Ishak, Sofea Jane, Umie Aida dan banyak lagi..

Natrah Pementasan Ke 2 bermula 25/11/10 til 5/12/2010 ni. Tiket boleh didapati di Istana Budaya...




Ingin diucapkan ribuan.. eehh silap.. jutaan terima kasih kepada Mr Hans atas kesudian mengajak aku menonton teater Natrah ni. Masa 1st pementasan aku tak sempat gi tengok. Tiket yang ada masa tu weekend je but weekend tak de masa free nak gi. Dok sibuk balik kampung.




Jutaan terima kasih le jugak pada Abang Bad yang teramat bermurah hati meng"sponsor" tiket teater untuk kami. Ni bukan kali pertama di sponsor, banyak kali dah.. Naik malu lak rasanya.. Apa-apa pun "Tima kasih daun keladi eeh... Abang Bad... Kuang Kuang Kuang..."




Secara keseluruhannya ok le teater ni bagi aku.. Cara pementasan Kak Erma, cam dah boleh baca dah. Sama je ngan teater lain yang diarahankan oleh beliau. Ada le gak part-part yang agak boleh melenakan penonton-penonton yang mengantuk. Cam kawan aku sorang tu, nyaris je tak berdengkur.. Hampir dah tu... hehehehee...



Komen sikit leh Kak Erma... Jangan marah eeh.. Bagi saya sebagai penonton, adengan menari dan menyanyi lagu Bollywood yang dimelayukan tu, agak kureeeeeeeeeng le sesuai untuk teater ni. Mungkin tujuan Kak Erma, untuk mengalih "suasana" dari tumpuan kepada yang lebih santai tapi bagi saya ia mencacatkan jalan cerita je..


Tidak dinafikan penonton tergelak atau ketawa melihat adengan tersebut, tapi bagi saya ada banyak cara lain lagi yang boleh digunakan untuk mengalih "suasana" tersebut. Ini hanya pandangan saya dan beberapa teman yang telah menonton teater ni, mungkin bagi penonton lain mereka suka...



Apa-apa pun tahniah atas kejayaan Kak Erma mengarahkan teater Natrah ini.

Thursday, November 25, 2010

NATRAH - CINTA.. RUSUHAN... AIR MATA...

25HB NOVEMBER 2010 - KHAMIS



NATRAH
... Aku rasa semua orang tahu citer tentang insan yang bernama Natrah aka Huberdina Maria Hertogh @ Bertho. 3 Perkataan ini CINTA - RUSUHAN - AIR MATA sedikit sebanyak telah mengambarkan serba sedikit apa terjadi sepanjang kehidupan insan malang ni...

Sesungguhnya aku amat-amat gumbira hari ini apabila akhirnya aku berkesempatan membeli buku ni. Tambah gumbira dapat special price lagi.. hehehehe.. Tima kacih abang Bad..


Aku ni memang berminat sesangat membaca susuatu yang berkisarkan kisah benar dan kisah Natrah ni lak dibukukan setelah menjalani menyelidikan, penelitian, kajian dan sebagainya bagi mendapatkan maklumat yang paling tepat yang memakan masa bertahun-tahun lamanya.

Ucapan tahniah untuk Datuk Fatini Yaacob kerana berjaya merealisasikan buku ini dan terima kasih yang tak terhingga kerana tanpa usahanya, kita mungkin tidak dapat mengetahui kisah disebalik insan yang bernama Natrah.

Nak ungkap sejarah sikit kat sini, sejarah macam mana aku mengenali insan bernama Natrah.. Aku kenal dia tahun 1989 melalui rencana yang dikeluarkan dalam Dewan Masyarakat. Hasil tulisan Datuk Fatini Yaacob (masa tu belum dapat pangkat Datuk lagi).

Semua kakak aku yang nak exam STPM sibuk dok baca, aku yang SRP masa tu pun tumpang sibuk gak lah. Tambah-tambah memang berminat le sesangat ngan citer-citer gini. Tu le titik permulaan aku mengenali wujudnya insan yang bernama Natrah ni...

Maka dari detik itu hingga le kini, dengar je nama Natrah.. Terbaca je perkataan Natrah.. Akan ku pastikan aku membaca dan mendengarnya.. Aku tersangat le berminat nak tahu cerita ceriti tentang kehidupan dia dengan lebih lanjut sehingga ke akhir hayatnya..

Tuesday, November 23, 2010

SWIM...SWIM..SWIM...

6HB NOVEMBER 2010 - SABTU



Kepulangan aku dari tempat keje amat dinanti-nantikan oleh "tikus-tikus" kecil ni. Baru je aku melangkah masuk ke dalam umah kak Chah, ada dah suara comel yang cakap "ali ni mak yang bawa mandi olam eeh..". Kuang kuang kuang... alamak..!! Ponat pun tak habis lagi.. Janji telah di tuntut..


Sememangnya tiap kali ada je "tikus-tikus" yang datang, akan ku offer gi mandi kolam. Suka tengok dia orang happy. Batch "tikus" kali ni, ada yang 1st time mandi kat kolam aku ni. So, over le the excitednya dia orang nak pi..


Pas makan je, aku pun suruh dia orang bersiap sedia. Malangnya hujan le pulak. But they are to small nak faham hujan ke tidak, so keep le asking bila nak pi. Setelah aku meroger makcik Istana Kayangan tentang cuaca semasa di port yang akan dituju, lulus la untuk dimulakan perjalanan..



Elok, sampai port je hujan le pulak. Amat berduka cita le si "tikus-tikus" ni memendam perasaan. Bagi mengurangkan kedukaan, hidangan ais krim disediakan. Ais krim yang selama ari ni menjadi kegemaran pun dah jadi naik tak berapa nak boleh masuk dek dok teringatkan kolam di bawah memanggil-mangil..





Emm.. bagi tidak mengecewakan, ku izinkan le jugak dia orang gi walaupun hujan setitik dua. Alhamdullilah... akhirnya langsung hujan berhenti.. Enjoy katak le si "tikus-tikus" ni.





Ari ni pun menjadi sejarah le buat aku, bukan setakat "tikus" je, but ngan aku-aku sekali masuk kolam.. 3 tahun dok sini, tak sekali pun aku masuk kolam ni. Ni semua penangan si Makcik Istana Kayangan tu la... Dok jarum baik punya..




Dari kul 4.15pm cam tu til 6.45pm le baru naik. Naik kecut semua "tikus-tikus" aku ni. Si kecik jap kolam besar, jap kolam kecik. Bukan main happy lagi dia orang.





Memang best pun.. kita orang je dalam kolam pas tu, life guard lak si makcik kayangan ngan aku, bertambah sakan le "tikus-tikus" ni. Siap naik belakang le, belajar terapong le, macam-macam gaya la dia orang buat..





Lama tak lama dok berendam, sampai dia orang sendiri pun dah tak larat nak mandi. Dah kesejukan ya amat.




Masuk je kete, semua pakat tido keletihan dan kelaparan. Kita orang direct to Padang Jawa umah my brother sebab program ari ni bermalam di sana. Semua orang yang lain pun dah berada dilokasi yang ditetapkan.

DOWN TOWN BANDAR TUN RAZAK

5HB NOVEMBER 2010 - JUMAAT


Tepat jam 11pm, aku seperti yang dijanjikan bawak le rombongan sambil belajar membuang masa di down town Bandar Tun Razak. Aku suka buat rombongan-rombongan gini. Jangan tak tau.. hahahaha..





Walaupun penat sesangat seharian meraikan birthday si Merah tu, tapi demi membeli sesuatu untuk my beloved daddy, ku gagahkan jugak.. Lagi pun aku dah janji ngan mamat 2 orang ni, kang ada lak yang mogok tuntut janji...






Ahli-ahli yang turut serta dalam rombongan aku kali ni adalah Angah, Anis, Afiq, Hakim & my bil. Maka amat-amatlah berbaloinya trip aku kali ni. Kete penuh. Tak rugi minyak.. hehehehe...





Pakej yang aku sediakan best oooooooooooo... Pengangkutan free plus ais krim potong sebatang.. hehehehe.. Berbaloikan... Tu le semua dalam gambo ni makan air krim... hehehehehe





Sambil jalan-jalan cuci mata, sambil cari barang yang dijahati. Nasib jumpa gak. Kat sini kekadang, payah nak jumpa tempat yang kita beli dulu, cam bertukau-tukau je tempat. Tapi mungkin gak aku yang tak cam lorong mana gerai tu.. Nampak sama je.




Yang bestnya, ahli-ahli rombongan aku ni tak le beli apa sangat.. aku lak yang pulun-pulun dok beli mata pelsu.. Nak buat cam na dah tergoda & saja nak mengambihkan duit yang sedia ada tak berapa nak ada ni.. hahahaha...

Pas habis semua lorong kita orang masuk, jam pun dah dekat kul 1am.. Awan pun dah menitiskan air sikit-sikit masa ni, apa lagi cha alif boot la....

Friday, November 12, 2010

TAHNIAH BUAT ANAK-ANAK BUAH KU...

11HB NOVEMBER 2010 - KHAMIS



Saat dinanti-nantikan akhirnya muncul tiba. Saat yang mendebarkan kepada 3 orang anak buah aku ni aka cucu Abdul Jabbar. Berdebar sama ada mengekalkan rekod yang telah dicipta oleh kakak/abang masing-masing atau mencipta "sejarah" buat famili dengan gagal mengekalkan rekod yang telah dicipta... hahahaha...

Mari kita ikuti kisah ketiga-tiga calon UPSR 2010 ini....


Anak bongsu (dari 3 orang adik beradik - semua lelaki) kepada Bin Ishak ni berjaya memperolehi 5A seperti abang-abangnya. Mamat ni tersangatlah berdebarnya untuk mengambil keputusan peperiksaan dia. Almaklumlah dia Ketua Murid aka Ketua Pengawas, if tak dapat 5A maka tercipta la sejarah buat sekolah tu. Ketua Murid leh tak dapat 5A. Tak ke malu... hahahaha... Nasib le berjaya dengan cemerlangnya... Happy giler dia...

Esok 12hb, Si Hakim ni akan menduduki peperiksaan & temuduga khas untuk pelajar-pelajar terpilih di Sekolah Sains Tun Azlan Shah. Moga Akim berjaya. Good luck my dear... Moga cita-cita untuk menjadi pelajar sekolah berasrama penuh cam abang-abang Akim tercapai..
Mak Yang yakin Akim bolehhhhh...!!!!



Anak bongsu Bin Sharif ni pun berjaya gak mengekalkan rekod kakak & abang dia. Nama dia Tina aka Tina Debab.. Tapi la ni tak debab dah.. Kena tukau dah nama tu.. Emm... "Pretty Tina".. ok gak rasanya.. hehehehe.. Kena puji lebih-lebih sekarang ni, 1bulan 1hari lagi je birthday aku.. Mana nak tau dapat hadiah besau kali ni... hahahaha..

Sayangnya minah ni tak boleh nak mengikuti jejak langkah both abang & kakak dia untuk memasuki sekolah berasrama penuh. Abah dia tak benarkan. Emm.. dia pun tak nak gak.. Dah manja sesangat. Asyik berkepik ngan ibu dia je mana gi pun. Almaklumlah anak tunggal kat umah.

Sepanjang tunggu result ni, siang malam pagi petang, keje tengok citer Korea & FB je.. Dengar citer pas kuar result, no more Korea movie... buku buku buku... Anak cikgu gini le gayanya... Kuang kuang kuang..



Ni anak buah kesayangan Mak Long Timah. Anak ke 4 Bin Mustafa. Berjaya memperolehi 4A1B. Dia amat-amat berdukacita dengan apa yang diperolehi. Dia nak sangat masuk sekolah Agama berasrama penuh. Percubaan dan exam-exam sebelum ni dapat 5A, ujian betul. Cuma tunggu result UPSRA lak. Hope dapat 8A la..

To Kak Chik aka Uzma, bagi Mak Yang result akak tu dah ok sesangat. Dapat 5A pun bukannya leh masuk universiti pun. Mak Yang dulu tak tercekau A pun, masuk gak U. Ingat "Kegagalan Hari ni Bukan Kegagalan Selama-lamanya.. Cam tu gak sebaliknya...". Mak Yang bangga akak tahu menilai pentingnya kejayaan dalam sebuah peperiksaan, maka bangkitlah dari satu kekecewaan...

Apa-apa pun, buat ketiga-tiga my dear niece & nephew, tahniah atas kejayaan kalian. Mak yang tumpang gumbira. Moga kejayaan ni berkekalan hingga ke peringkat SPM nanti k..

Penhujung bulan 12 tahun ni akan berdebar lagi sekali.. Keputusan PMR lak kuar....

MEREKA DILAHIRKAN DALAM BULAN OKTOBER

31HB OKTOBER 2010 - AHAD



Mereka dilahirkan dalam bulan Oktober dan hari ini merupakan hari terakhir dalam bulan ini... Aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan :-


"SELAMAT HARI JADI... SELAMAT HARI LAHIR.. HAPPY BIRTHDAY..."

9hb Okt - Rohayah Che Amat dan NorLaila Ghazali (both my best freind forever)
10hb Okt - Iman Widad aka Bulat Junior aka Minah Lakse (anak buah aku)
11hb Okt - NorAthirah aka Atirah Justin Beiber aka Tikus (my freind daughter)
12hb Okt - Syaza Batrisya aka Jaja (anak buah aku)
15hb Okt - Abdul Rahim aka Boy (My adik sulung)
17hb Okt - Mohd Daud aka Cod aka Teot aka Poraahhhhhhhhhh (My best rakan menembak)
17hb Okt - Noor Lizah aka Liza (rakan pengembaraan)
29hb Okt - Muhammad Hasanul Ashraf aka Abang Chik (My 2nd adik)


"SEMOGA MEMPEROLEHI KEBAHAGIAN, KESIHATAN YANG BAIK, DIKEKALKAN KEIMANAN, TERCAPAI SEGALA YANG DIIMPIKAN...."