Friday, November 26, 2010

TEATER NATRAH - CINTA, PERJUANGAN DAN AIR MATA....

25HB NOVEMBER 2010 - KHAMIS






Merentasi sebuah ketentuan, menghambat cinta sempadan antara Timur & Barat, bergelut bersama perjuangan, mengalir lesu, airmata sebuah tragedi yang masih terpahat dalam Natrah.. (aku copyright ayat ni dari sms info teater dari Istana Budaya yang aku terima.. bagi tau siap-siap.. takut kang kena saman lak.. domam makcik nak bayau. Niat nak tolong promo ni.. )




Sebuah teater arahan Erma Fatima, lakonan mantap artis-artis tempatan dan sewaktu dengannya seperti Maya Karin, Remy Ishak, Sofea Jane, Umie Aida dan banyak lagi..

Natrah Pementasan Ke 2 bermula 25/11/10 til 5/12/2010 ni. Tiket boleh didapati di Istana Budaya...




Ingin diucapkan ribuan.. eehh silap.. jutaan terima kasih kepada Mr Hans atas kesudian mengajak aku menonton teater Natrah ni. Masa 1st pementasan aku tak sempat gi tengok. Tiket yang ada masa tu weekend je but weekend tak de masa free nak gi. Dok sibuk balik kampung.




Jutaan terima kasih le jugak pada Abang Bad yang teramat bermurah hati meng"sponsor" tiket teater untuk kami. Ni bukan kali pertama di sponsor, banyak kali dah.. Naik malu lak rasanya.. Apa-apa pun "Tima kasih daun keladi eeh... Abang Bad... Kuang Kuang Kuang..."




Secara keseluruhannya ok le teater ni bagi aku.. Cara pementasan Kak Erma, cam dah boleh baca dah. Sama je ngan teater lain yang diarahankan oleh beliau. Ada le gak part-part yang agak boleh melenakan penonton-penonton yang mengantuk. Cam kawan aku sorang tu, nyaris je tak berdengkur.. Hampir dah tu... hehehehee...



Komen sikit leh Kak Erma... Jangan marah eeh.. Bagi saya sebagai penonton, adengan menari dan menyanyi lagu Bollywood yang dimelayukan tu, agak kureeeeeeeeeng le sesuai untuk teater ni. Mungkin tujuan Kak Erma, untuk mengalih "suasana" dari tumpuan kepada yang lebih santai tapi bagi saya ia mencacatkan jalan cerita je..


Tidak dinafikan penonton tergelak atau ketawa melihat adengan tersebut, tapi bagi saya ada banyak cara lain lagi yang boleh digunakan untuk mengalih "suasana" tersebut. Ini hanya pandangan saya dan beberapa teman yang telah menonton teater ni, mungkin bagi penonton lain mereka suka...



Apa-apa pun tahniah atas kejayaan Kak Erma mengarahkan teater Natrah ini.

No comments:

Post a Comment