Friday, November 12, 2010

TAHNIAH BUAT ANAK-ANAK BUAH KU...

11HB NOVEMBER 2010 - KHAMIS



Saat dinanti-nantikan akhirnya muncul tiba. Saat yang mendebarkan kepada 3 orang anak buah aku ni aka cucu Abdul Jabbar. Berdebar sama ada mengekalkan rekod yang telah dicipta oleh kakak/abang masing-masing atau mencipta "sejarah" buat famili dengan gagal mengekalkan rekod yang telah dicipta... hahahaha...

Mari kita ikuti kisah ketiga-tiga calon UPSR 2010 ini....


Anak bongsu (dari 3 orang adik beradik - semua lelaki) kepada Bin Ishak ni berjaya memperolehi 5A seperti abang-abangnya. Mamat ni tersangatlah berdebarnya untuk mengambil keputusan peperiksaan dia. Almaklumlah dia Ketua Murid aka Ketua Pengawas, if tak dapat 5A maka tercipta la sejarah buat sekolah tu. Ketua Murid leh tak dapat 5A. Tak ke malu... hahahaha... Nasib le berjaya dengan cemerlangnya... Happy giler dia...

Esok 12hb, Si Hakim ni akan menduduki peperiksaan & temuduga khas untuk pelajar-pelajar terpilih di Sekolah Sains Tun Azlan Shah. Moga Akim berjaya. Good luck my dear... Moga cita-cita untuk menjadi pelajar sekolah berasrama penuh cam abang-abang Akim tercapai..
Mak Yang yakin Akim bolehhhhh...!!!!



Anak bongsu Bin Sharif ni pun berjaya gak mengekalkan rekod kakak & abang dia. Nama dia Tina aka Tina Debab.. Tapi la ni tak debab dah.. Kena tukau dah nama tu.. Emm... "Pretty Tina".. ok gak rasanya.. hehehehe.. Kena puji lebih-lebih sekarang ni, 1bulan 1hari lagi je birthday aku.. Mana nak tau dapat hadiah besau kali ni... hahahaha..

Sayangnya minah ni tak boleh nak mengikuti jejak langkah both abang & kakak dia untuk memasuki sekolah berasrama penuh. Abah dia tak benarkan. Emm.. dia pun tak nak gak.. Dah manja sesangat. Asyik berkepik ngan ibu dia je mana gi pun. Almaklumlah anak tunggal kat umah.

Sepanjang tunggu result ni, siang malam pagi petang, keje tengok citer Korea & FB je.. Dengar citer pas kuar result, no more Korea movie... buku buku buku... Anak cikgu gini le gayanya... Kuang kuang kuang..



Ni anak buah kesayangan Mak Long Timah. Anak ke 4 Bin Mustafa. Berjaya memperolehi 4A1B. Dia amat-amat berdukacita dengan apa yang diperolehi. Dia nak sangat masuk sekolah Agama berasrama penuh. Percubaan dan exam-exam sebelum ni dapat 5A, ujian betul. Cuma tunggu result UPSRA lak. Hope dapat 8A la..

To Kak Chik aka Uzma, bagi Mak Yang result akak tu dah ok sesangat. Dapat 5A pun bukannya leh masuk universiti pun. Mak Yang dulu tak tercekau A pun, masuk gak U. Ingat "Kegagalan Hari ni Bukan Kegagalan Selama-lamanya.. Cam tu gak sebaliknya...". Mak Yang bangga akak tahu menilai pentingnya kejayaan dalam sebuah peperiksaan, maka bangkitlah dari satu kekecewaan...

Apa-apa pun, buat ketiga-tiga my dear niece & nephew, tahniah atas kejayaan kalian. Mak yang tumpang gumbira. Moga kejayaan ni berkekalan hingga ke peringkat SPM nanti k..

Penhujung bulan 12 tahun ni akan berdebar lagi sekali.. Keputusan PMR lak kuar....

No comments:

Post a Comment