Tuesday, March 27, 2012

KU MENGHITUNG HARI...

27HB MAC 2012 - SELASA


Ku menghitung hari
Menghitung hari untuk berada di tempat itu lagi
Tempat yang ku nanti-nantikan selama ini
InsyaAllah akan tercapai tidak lama lagi

Walaupun kini, seribu pemasalahan ku harus hadapi
Namun ku pasti...
Ketenangan yang tiada galang ganti akan ku miliki
Bila berada di sana nanti

Ya Illahi permudahkan perjalanan ni
Makbullah apa jua yang baik untuk ku miliki
Kerana sesungguhnya hanya Engkau saja yang mengerti
Lagi Maha Mengetahui.
Apa yang tersurat & tersirat di hati ini.

Ku yang menghitung hari...




Friday, March 23, 2012

MAWAR KUNING LAK KALI NI.. SUKE.

21HB MARCH 2012 - RABU


Merah dah, biru dah, putih dah.... kali ni kuning lak. Kali ni jugak lain pada yang lain.. Terkejut badak makcik..


Suci je kan...


Berian dari seorang consultant sebagai buah tangan dari Cameron Highland. Dia asyik cakap ada benda nak bagi dan perlu jumpa ngan makcik gak.


Mekar Berkembang..



Bila jumpa, dia bukak kete dan suruh ambik. Makkkkkkkkkkkkkkk aiiii..!!!!! terkejut makcik. Ingat bunga ros beberapa kuntum je, tapi ni sekali ngan pasu-pasu. Ada 4 pasu dan makcik pilih yang kuning ni sebab a few bunga dah berkembang. Senyum lebar i masa tu.. hehehehe...

Jam-jam tu gak terbayang-bayang port mana nak boh bunga ni. Makcik pun menghiaskan bilik ku yang berserabut kat opis tu ngan bunga ni. Ala-ala nak bagi jadi pompuan sikit. Letak kat opis leh tengok selalu. Almaklumlah, masa di opis lagi banyak dari dok umah.. :-(


Sepasu gitu.
Nak kira kumtumnya banyak sangat.


Yang bestnya, the next day makcik masuk opis, dari jauh tak sabar-sabar nak tengok my yellow roses.. Suspentot pun ada, takut semua layu dok dalam bilik yang terpekup. Panas.

Lagi sekali terkejut, Fuyooooo.. suka suka suka.. hampir 80% berkembang. I like. Sukanya if boleh dikelilingi bunga-bunga idup yang cantik gini tiap-tiap hari.. Tetiba teringat kak min blogger Salam Benua. Umah dia penuh pokok ros yang pelbagai warna lagi segar. Tapi kat Australia le.


Banyak lagi yang br nak kembang.
If terkembang semua, sure meriah bilik ku..



Puas gak le dok tangkap gambar berkeping-keping untuk kenangan. Bukan apa, takut-takut jangka hayat dia mungkin tak berpanjangan. Emm bukan takat tu je, sapa masuk pun pasti akan pi cium bunga tu. Ada siap yang test tengok, pokok betul ke tipu. Hehehehe...


To my dear consultant Rusni :

"Tima kasih bebanyak yek. Ayang suka sangat & bunga ni secantik tuan yang memberinya. :-)"


p/s - banyak lagi gambar yang betulnya, tapi ni pun dah cukup untuk dijadikan kenangan rasanya.

BUKAN SEKADAR TENAGA DIPERLUKAN TAPI....

11HB MAC 2012 - AHAD


Fuhh... fuhhh...fuhhhh... ish ish ish... banyak sungguh sawang & habuk kat blog makcik sorang ni. Mana la agaknya dia pi eeh.. Lama betul sepi tanpa berita.. (macam le orang ambik pot sangat dia update ke tidak kan.. di timpa sungguh..;-).

Emm... nak tau dak mana si makcik sorang ni pi sepanjang penyepian dia.. Kita bagi clue cikit.. Dia pi buat ujian kekuatan dan kelonggaran lutut.. Ce teka ce teka... hehehehe...


Jeng.... Jeng... Jeng....




Ta daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!!!!


Tengah Pening Lalat
Ala-Ala Tak Caya Je


Ke sini le makcik sebenarnya. Hehehehe.. Aktiviti yang lebih glamour di panggil "TAK DE PENYAKIT, CARI PENYAKIT"..


Tadi Diri, Kita Dok Pulak..


Nama glamour aktiviti ni wujud sempena keyakinan diri yang terover tinggi, pi daki gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara ni tanpa melakukan apa-apa senaman aka training. Over the confident la sangat makcik sorang ni.


Dengan semangat yang hampir-hampir gak le nak tewas ni dipertengahan jalan, akhirnya makcik berjaya gak le menjejak kaki ke puncak ni. Sesungguhnya seperti kata kawan makcik Cik Zalia kita :

"Bukan tenaga sahaja yang memungkinkan mereka menakluk puncak Kinabalu tetapi semangat yang mendorong kaki terus mengagahi anak-anak tangga untuk berada ke puncak Kinabalu perlu kuat"


Sesak Nak Naik Ni
Akhirnya ku tidak bermimpi lagi.....


Makcik setuju le sesangat ngan ayat tu. Betul tenaga je tak cukup, kekuatan mental, kawalan emosi dan yang sewaktu dengannya amat-amatlah penting. Dan yang penting lagi, bawak-bawak le training.. hehehehe

Setelah mengharungi kurang lebih 8.7km pendakian, akhirnya makcik lulus la ngan agak jayanya ujian kekuatan lutut sebab makcik berjaya mendapat pinggat gangsa (kira dari depan ni.. Jangan tak caya) dalam group makcik.

Bukan tu je, makcik berjaya ngan "cemerlang" dan dianugerahkan naib johan (kira dari belakang.. kuang kuang kuang...) untuk ujian kelonggaran lutut untuk jarak 8.7km gak.. hihihi..

Dan hasilnya, makcik dianugerahkan sijil yang "meriah" ni sebagai bukti makcik telah berjaya menjalani ujian tersebut... hehehehe..


1st Colorful Cert Yang Makcik Dapat


Iklan penaja - Sowi.. Lambat up date sebab scroll lupa bawak ari tu, Sijil terpaksa tumpang member takut koyak.. Ni baru gi ambik. Memang pasang niat nak show off sijil dulu sebelum cover story lain.. Muahahaha...

Special Thanks To My "Lutut" yang telah perfome dengan agak jayanya...
"I love u & I dah tau kekuatan u, no more turun-turun bukit... hihihihi.."

To be Continue....