Wednesday, August 1, 2012
Wednesday, April 4, 2012
KU PERGI MENYAHUT PANGGILAN MU....
Tuesday, March 27, 2012
KU MENGHITUNG HARI...
Monday, November 28, 2011
SALAM MAAL HIJRAH
ALLAH KAN ADA....
Wednesday, August 10, 2011
7 SUNNAH PENTING
7 SUNNAH PENTING
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Thanks Abang Ishak (my bil) untuk email yang menarik ni... Aku memang suka email-email cam gini.
Monday, July 4, 2011
BILA ANDA DI FITNAH... CONTOHILAH AISYAH
N3 ni special ditujukan kepada sesapa yang pernah difitnah atau kepada sesapa yang diburuk-burukkan sedangkan semuanya tidak benar belaka. Jadi ambillah tindakkan seperti Aisyah semasa dia difitnah dan disuruh membela diri...
"Demi Allah, saya tahu kamu sudah mendengar tuduhan itu mempengaruhi kamu semua sehingga kamu turut mempercayainya. Jika saya katakan kepadamu yang saya tidak melakukan apa yang mereka tuduh itu -- dan Allah maha tahu yang saya bersih daripada segala tuduhan itu -- kamu pasti tidak akan percaya pada saya. Dan jika saya akui saya melakukannya -- dan Allah maha tahu saya sama sekali tidak melakukannya -- kamu pasti percaya perkara itu. Kerana itu, demi Allah, tiada ada yang dapat saya ucapkan selain apa yang diucapkan oleh ayah Nabi Yusuf, 'JIKA DEMIKIAN, BERSABARLAH AKU DEGAN SEBAIK-BAIKNYA, DAN ALLAH JUALAH YANG DIPOHON PERTOLONGANNYA, MENGENAI APA YANG KAMU KATAKAN ITU. (Surah Yusuf, ayat 18)."
Cuba baca betul-betul.. sesungguhnya benar apa yang dikatakan oleh isteri Rasullulah, Aisyah Ummul Mukminin ni kan.. Bijak betul dia walaupun di usia muda ketika ni.
If kita gi explain macam mana pun, orang yang percaya akan khabar berita tu, akan tetap percaya & if kita mengaku atau ya kan pun yang kita buat bagi menyelesaikan masalah (sedangkan kita tak buat sebenarnya), mereka tetap percaya kita buat. So, jalan bijak, biarkan kisah itu dan mulut-mulut itu terus berkata-kata sehingga mereka puas.. Kita hanya perlu terus berdoa pada yang SATU dan sesungguhnya kebenaran akan terbukti akhirnya..
Jadi saranan aku kepada sesapa yang menghadapi situasi sebegini.. biarkan "penglipur lara" yang tak bertauliah tu dengan storynya.. Kita tengok je.. sejauh mana kisah dan tuan membawa kisah tu akan pergi...
Orang-orang gini dia tak berapa nak ada keje /citer nak diceritakan.. itu le pasal dia buat cerita... So, yang tak mengunakan akal pasti akan "terbeli" DAN "membeli" tapi bagi yang berakal hanya akan berlalu pergi sambil tersenyum nampak gigi....hehehehe...
Jangan kita jadi "penglipur lara" tak bertauliah tu dah...
Note : Petikkan kata-kata Saidatina Aisyah tu, aku ambik dari buku Aisyah Ummul Mukminin yang ada aku tunjuk dalam N3 dolu-dolu...