Monday, March 21, 2011

PROGRESS UMAH TEPEN...

9HB APRIL - SABTU


Layan gambar je eeh.. Gambar-gambar ni just untuk kenang-kenangan sepanjang pembinaan umah di kampung je.























To be continue....

LA TAHZAN KERANA CINTA.....

19HB MAC 2011 - SABTU





Cinta bukan paksaan...
Ia lahir dari dua perasaan,
Kehadirannya tidak di undang,
Perginya tiada yang merelakan,
Kerana....

Ia terlalu sukar untuk di mengertikan....
'C.I.N.T.A' merupakan satu perasaan halus yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata dan digambarkan dengan perbuatan. Setiap insan mendambakan kasih sayang, kebahagian dan ketulusan hati terhadap pasangan masing-masing.


Tetiba rasa pelik y ada buku lak dalam beg aku. Rasa-rasa cam tak bawak apa-apa buku pun tadi. Puas p k, aku kuarkan le buku tu sambil cakap "Eeh buku sapa ni letak dalam beg Mak Yang". Emm.. serentak dengan tu gak le aku terperasan ada tulis nama Alongmus dan serentak tu jugak le si Uda cakap "Along yang letak, Along hadiahkan untuk Mak Yang .."


Lewat tengah malam baru berkesempatan nak baylek-baylek buku ni dengan lebih detail lagi.. & terpandang cacatan ni di bahagian belakang buku.. yang pada mulanya aku sangkakan tulisan si penulis... rupanya coretan anak buah tersayang...





"SESUNGGUHNYA JADAM ITU PAHIT
TETAPI IA ADALAH PENAWAR...
DAN SESUNGGUHNYA GULA ITU MANIS
TETAPI IA ADLAH RACUN...
OLEH ITU, BERHATI-HATILAH DALAM
MEMBUAT KEPUTUSAN..."

"ALLAH ANSWERS PRAYERS IN 3 WAYS..
HE SAY 'YES' AND GIVES U WHAT U WANT..
HE SAYS 'NO' AND GIVES U SOMETHING BETTER...
HE SAYS 'WAIT' AND GIVES U THE BEST IN HIS OWN TIME...

KEEP ON PRAYING...!!!!! HE KNOWS WHAT IS THE BEST FOR U, MY LOVELY AUNT..."

LOVE U SO MUCH...


alongmus89
19Mac2011
-Egypt-



Tima kasih bebanyak long.. Mak Yang akan baca dan simpan buku ni baik-baik.. Sayang Along sepenuh hati...

Friday, March 18, 2011

ROMBONGAN BERTANYA...

19HB MAC 2011 - JUMAAT

Gumbira.. gumbira.. gumbira.. InsyaAllah kalau tak de halangan akan ku dapat seorang lagi adik... Adik??? Adik ipar da... hahahaha.. Tak lama lagi. Happy sangat. Orang yang paling happy sure le mamat bongsu dalam umah kita orang ni.. Cinta akhirnya bersatu gitu.. InsyaAllah... Doa-doakan lah eek..

Today my famili dari pangkat Jeneral, Colonel, Mejar, Leftenan sampai ke Pelatih.. turut serta dalam rombongan hantar tanda gitu di Dungun, Terenganu. Tu kira sikit je yang gi tu. Tak sampai suku pun. Kalau ikut 1 batalion nak gi.. kang takut tuan umah pengsan lak.. hahahaha..

Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Cincin tanya pun dah bagi (adat Perak ada cincin tanya, negeri lain tak tau le). Pihak keluarga perempuan dah setuju pun but my famili still bagi masa 1 to 2 week untuk dia orang bagi jawapan. Bukan apa, mana nak tau nak bincang-bincang dulu ke kan. Bila dah comfirm, baru le leh citer pasal majlis tunang-tunangan lak...

Yang bestnya, dalam 11 orang adik beradik kita orang ni, tak seorang pun pernah jumpa or tengok "bakal ahli Bin Abdul Jabbar" ni. Tengok gambar je tu pun baru je lagi.

My family tak de halangan apa-apa, as long adik i dah suka & berkenan, pihak kita orang tak de masalah. Cukup le adik i je yang tengok dan yakin ngan pilihan dia.

My daddy lak memang suruh pinang cepat-cepat sebab tak mau main-mainkan anak orang. Dia tak mau adik i berkawan yo yo ye, last-last kata tak boh.. Tak kesian ke kebudak tu nanti.. Masa habis gitu je, umur meningkat dan kesan emosi dalam diri lagi dan macam-macam lah.. Memang dia ajar kita orang semua pegang pada janji...

"Jangan mudah buat janji, bila yakin baru lah berjanji dan peganglah pada janji tu.."

Ni adik aku yang bongsu sekali, kawin je dia maka genaplah 3 bendul aku telah di langkah.. Letih je aku raise up bendul aku tu dulu. Kena langkah gak. Pas ni tak yah dah buat keje gitu.. Emm tapi tengok cam kali ni anak-anak buah lak yang nak melangkah....Cam na tu.. muahahaha....


AKAN KU TUNGGU... MEMORI...

17HB MAC 2011 - KHAMIS

On the way nak gi jumpa kawan along si Harith aka Tukang Kebun Jalanan ni kat Kampung Batu Muda (nak ambik barang Si Hajar kawan along kirim dari Terengganu), aku dengar DJ radio (stesen mana tak perasaan lak) kata "...dengarlah Akan Ku Tunggu dari Candy...".






Emm... lama betul tak dengar lagu-lagu gini. Almaklumlah lately ni tak dengar radio dah. Insaf asyik dengar zikir penenang jiwa je. Kang layan lagu jiwang2 leh berderai air mata lak time time jiwa kacau ni.. hahahaha.. Entah cam na la leh terpasang radio lak ari ni..

Tiap kali dengar lagu ni akan mengingatkan aku saat2 menyiapkan desertation 14 tahun yang lalu. Famous amos lagu ni time tu. Lagu ni + ABC le peneman aku tiap kali jadi burung hantu berjaga malam & siang dok menaip nak siapkan dissertation tu. Tension giler masa ni. Azab rasa.. Dulu kecekapan menaip cam ayam patut jagung je.. hheheheeh. Rancak sikit lagu ni so hilang le sikit niat nak memeluk bantal tu kan..

Yang bestnye selama hari dok dengar lagu ni, tak pernah lak terpikir nak ambik tau lirik lagu ni. Yang aku tau cuma 2 baris ni je "Akan ku tunggu... Hingga tiba saat itu....". Ni je la yang aku akan join jadi backup singer tiap kali dia nyanyi. Lain-lain tu layan muzik dia je.

Dengan tiba-tiba terfikir lak nak tau apa la yang dia dok kata & apa yang ditunggukan.... Apa lagi onn internet & search lah kan. Hasilnya.....


Akan Ku Tunggu

Rindu menyelubungi
Aku yang diuliti mimpi
Teguh memeluk hati
Degup rindu kau miliki

Dikau berjanji... pasti
Suatu hari kan
Terbukti nanti
Hidup ini akan kau sinari
Cahaya cintamu kasih

Hari berganti hari
Aku kan tetap menanti
Kukuh meneman diri
Cintamu tetap di hati

Dikau berjanji... pasti
Suatu hari kan terbukti
Gelungan kasihmu di jemari
Ikatan cinta abadi

Aku yang menghitung hari...

Akan ku tunggu
Detik tiba saat itu
Akan kutunggu
Janji naluri nan satu
Akan kutunggu... kasih


Best gitu senikata dia rupanya. Paling aku suka yang yang aku "bold" tu.. kira cinta bersatu la kan.. hahahah..

Ayang... Ayang mana punya kapal la ngko naik.. If ada anak, dah nak PMR dah.. baru ngko tau itu senikata... ish ish ish... Slow nak mampus... muahahahaha.....

Tu je citer disebalik lagu ni... & hasilnya aku dapat "A" for my dissertation... hehehehehe...

Sunday, March 13, 2011

AISYAH - UMMUL MUKMININ - KEANGGUNAN SEJATI...

12HB JANUARI 2011 - RABU



Aik..!!!! Ada something on my table. Hadiah. Dari sapa tak pulak di tulis.
Emm.. macam buku je... :-)




Ini hadiah birthday dari Kak Zuraidah, rakan sekerja. Aku tengok je buku ni, aku tersenyum riang. Bukan apa, aku memang minat baca buku-buku gini. Buku yang menceritakan tentang kisah nabi-nabi, sejarah islam, kisah wanita-wanita hebat dalam islam, buku tentang kehidupan sebenar, budaya, motivasi, perlancongan dan lain-lain yang related to kisah benar.




Pada aku buku-buku gini boleh meningkatkan minda kita dan mematangkan kita dalam banyak segi. Contoh buku LA TAHZAN GADIS KU.. best buku ni. motivation book. Buku ni sesuai untuk kaum wanita yang terasa "down" sangat dalam keadaan tertentu. Baca buku ni kita akan bangkit menjadi kuat melawan segala dugaan yang mendatang dengan tenang dan redha. Nanti kan ku olah sikit ilmu yang ku dapat dari buku ni... (thanks kak fairos bagi pinjam..)





Buku novel cinta aku kureeeeeeeeeeeeeeeenng le minat. For me, sekali sekala boleh la nak layan. Tapi if selalu tak berapa nak berkenan coz jalan citer pi mai pi mai tang tu. Asyik pompuan tu cantik macam nak rak, pandai pun cam nak rak, hero lak kacak giler, macho, kaya etc la. Habis semua sapu kat dia orang. Dok pusing citer dia kat situ le jugak. Bosan. Baca 10 buku pun sama gak le jalan citer dia. Gitu gitu je..

Ada gak orang yang suka novel-novel gini. Ikut keselesaan masing-masinglah kan. Novel penyiasatan dan lain-lain tu best gak layan..

Tetiba teringat majalah Giler-Giler and Ujang.. Wajib beli dulu tu.. hehehehe...



To 0508,

Thank eeh bagi buku ni.. Ayang suka sangat. Tak sabar nak baca. Terima kasih atas ingatan yek. Tepat-tepat sebulan dari tarikh birthday ayang. Sayang akak.


MAJLIS MINUM TEH DI DATARAN PUTRAJAYA

13HB MAC 2011 - AHAD


Kul 12.30pm aku dah sampai di Dataran Putrajaya with Along setelah lama tawaf macam nak rak cari presint 3 sebab jalan ditutup. Setelah pening-pening lalat jumpa lah akhirnya. Depan Istana Kehakiman rupanya dataran ni.








Kami ke situ sebab nak collect duit sumbangan oleh kerajaan Wilayah Persekutuan kepada Pelajar-pelajar Mesir. Ingat ke daftar, ambik duit & balik cam tu je. Rupanya majlis besar-besaran diadakan. Patut le khemah sepanjang jalan.




Khemah (Ungu) Khas Untuk Pelajar Mesir




Tengah Mencari "port".

Majlis Jamuan Teh Hari Wilayah Persekutuan 2011 rupanya. So, masa ni le diadakan penyampaian hadiah dan sumbangan. Kul 2.50 baru start majlis. Dimulakan ngan nyanyian Jaclyn Victor. Letih giler tunggu. Perut menyanyikan lagu keroncong sebab tak makan dari pagi.



Antara yang senasib datang terlebih awal


My Dear Niece - Along Musfirah


Tunggu punya tunggu dapat le dah sumbangannya. RM300 seorang untuk kesemua 590 orang warga Wilayah Persekutuan yang menuntut di Mesir. Pas tu tetamu di jemput le makan. Tak sempat MC jemput, orang dah bangun makan sebab dah kul 4pm. Sapa tahankan. Orang beribu.


M.Nasir pun turut diundang untuk menghiburkan para tetamu. Tapi rasanya, orang dok sibuk ngan makanan je. Tak di nafikan makanan punya le banyak macam nak rak. Ada hampir 7 khemah dengan katering yang berbeza. Makanan sedap-sedap tu. Ada sate, soto, laksa pening, pasembur, mee mamak, kuih muih, buah-buahan, ABC dan lain-lain lagi. Pendek kata macam-macam ada.

Tapi kan yang paling aku tak tahan sekali tengok gelagat orang-orang kita bila dapat makan free. Paling ketara bila ada satay. Tak sampai 1 min habis satay. Sorang-sorang ambik dekat 20-40 cucuk. Ish ish ish makan ke mende kalau gitu kan. Sampai ada budak-budak yang bertugas tu terpaksa bagi 3 cucuk sorang untuk elakkan dari di kongker oleh golongan tertentu yang ambik tak hingat-hingat orang belakang.

Rancak Menapau...

Lagi bestnya aku dapat tengok and tangkap gambar sendiri "group" yang ambik banyak-banyak tu siap tapau lagi. Bawak "tippuware" yang berpartition tu, isi penuh2 dalam tu. Kelakar pun ada, pelik pun ada bila tengok. Ada jugak manusia cam gini eeh. Terfikir nak bawak tupperware ke majlis-majlis gini. Macam tak pernah makan lak gayanya. Lantak dia orang le, cuma dalam ati berdoa gak "Jangan le ada keturunan aku yang gini". Malu weh..

Lagi dan Lagi....

Aku & along tak yah berebut pun, makan kenyang gak. Kenyang banggat. Sedap assam laksa dia. Jam, 4.30 kami bertolak le ke Shah Alam lak dalam keadaan yang teramat le kenyangnya dan mengantuk sesangat.

DAPAT ROSES LAGI....

12HB MAC 2011 - SABTU


"Mak Yang nape Mak Yang tak bawak balik bunga ni" - kata Along

"Bukan Mak Yang punya" - Jawap aku

"Bunga tu Mak Yang punya la, hadiah birthday dari mama" - sambung Along


Apa..??? Bunga untuk aku..?? Fuyoooooooo.. siap gubah lagi cam hantaran lak. hahahahah.. Tak sangka betul tu aku punya. Cantik. Mati-mati ingat untuk hantaran sesapa tadi.. hehehehe..


Tepat 3 bulan hari ni dari tarikh aku sambut birthday yang lepas, aku dapat hadiah lagi. Best kan... Bunga ros istimewa. Color Biru lagi. Cuma ini bukan dari Cameron Highland, tapi dari Cheras hasil gubahan kekanda tercinta..


To Kak Chah :-

"Tima kasih bebanyak. Cantik sangat bunga ni... Luv u so much...."

Tuesday, March 8, 2011

BILA KAMU TERPILIH....

8HB MAC 2011 - RABU


ALLAH answers DOA in 3 ways....

HE says YES & GIVES u what u WANT...

HE says NO & GIVES u something BETTER...

HE says WAIT & GIVES u the BEST in HIS own time....


Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mu..
Kuatkan diri mu..
Ketahuilah apabila kamu dipilih untuk menerima ujian NYA..
Sesungguhnya kamu adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang disayangi NYA
dan
DIA hanya menguji orang-orang yang mampu menghadapi ujian NYA itu..
Tabah & tempuhilah ia..
Kamu akan dapat merasai nikmatnya kemudian hari...

Friday, March 4, 2011

SATU DALAM SEJUTA...

5HB FEBUARI 2011 - SABTU


Lama betul aku tak bersiaran.. Bukan apa lately ni b z bebonar. B z ngan keje, b z ngan masalah, b z ngan jalan-jalan merabihkan duit dan yang paling utama memang tak de mood le sesangat nak membuat N3.. hehehehe

Tapi entah le tetiba ari ni, bila tengok je video klip ni, terasa cam nak masukkan dalam blog je.. Satu Dalam Sejuta nak jumpa orang cam gini.. Aku salah sorangnya kot (terperasan sowi...). Tapi cam betul je... Muahahaha....

Kalau nak tahu apa itu cinta sejati, mungkin video klip & lirik (hayati le..) Chris Medina di bawah ni mampu membuat kita mengerti erti CINTA SEBENAR....






WHAT ARE WORDS


Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I’ll be there
Anytime you whisper my name, you’ll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most



What are words
If you really don’t mean them
When you say them
What are words
If they’re only for good times
Then they don’t
When it’s love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we’re gone



And I know an angel was sent just for me
And I know I’m meant to be where I am
And I’m gonna be
Standing right beside her tonight



And I’m gonna be by your side
I would never leave when she needs me most



What are words
If you really don’t mean them
When you say them
What are words
If they’re only for good times
Then they don’t
When it’s love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we’re gone



Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I’ll be there
And I’m gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most



I’m forever keeping my angel close



Touching sangat lirik lagu ni & video klip tu. Leh menistiskan air mata. Kisah benar penyanyi tu sendiri (aku tahu dari kak Fairos). Bertuah pompuan ni dapat bf/hubby cam ni.. Memang SATU DALAM SEJUTA...



Hope satu hari nanti aku pun akan ditemuikan ngan lelaki yang jujur menyayangi aku sepenuh hati, ingin sehidup semati, susah senang bersama sehingga ke akhir hayat.. Amin Amin Ya Rabbal A'lamin....



p/s - Ten Q Yam Leaf Kak Fairos cuz tolong ajar cara nak masukkan video klip ni. Dia memang tempat rujukan aku bab-bab meng'blog" ni... Tq tq tq..