Wednesday, October 28, 2009

HAPPY BIRTHDAY ABANG CHIK..

29HB OKTOBER 2009



Happy birthday buat Muhammad Hasanul Ashraf (lebih dikenali sebagai Abang Chik dalam kelaurga aku). Dah 28 tahun dia hari ni. Dia adik aku yang ke-2 & anak ke-9 dalam keluarga. Moga menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawap dan bahagia dunia akhirat..


Ari ni aku puasa dan ari ini jugak aku tak de mood nak buat apa-apa. Tak tau nape. Mungkin keje terlalu banyak & asyik dok ulang bende yang sama je kot.. Bila datang time-time gini, memang rasa tension yang teramat...

LAGU "CARI JODOH"

28hb Oktober 2009

Entah nape, tetiba je malam ni aku teringat nak dengar lagu bertajuk "Cari Jodoh" - Wali (emm... aku rasa lagu indon. Kurang pasti lak). Bila aku dengar senikata lagu ni, aku gelak sorang sorang. Dalam ati terus berkata "kakak... kakak... patut la bagi kat untie lagu ni.." Budak-budak la ni, macam-macam ada.... hahaha...

Actually sedap gak lagu ni... Si kakak ni sibuk nak suruh aku dengar lagu ni and siap bluetooth tu masuk handphone aku (happen pada 2/10/2009). Aku tengok tajuk and nama penyanyi pun tak kenal, malas la nak dengar. Until la today.. Rupa-rupanye lagu ni famous kat ERA radio.. Kita ni dah "veteran" suke dengar SINAR je.

Dengau la kat radio eeh... i nak download masuk sini, sifu tak ajau lagi... hehehe....

Ni lak cawan baru makcik. Dapat free beli 2 darliee besau... Jelous je si merah tu tengok i dok pegang mark ni.. Soli merah... Mak Yang dah chup dulu...





Sunday, October 25, 2009

OPERATION..

26hb Oktober 2009


Breakfast kat Kampung Baru. Makan kuih lopis seketul je.. Ari ni aku nak start diet balik. Hope tercapai target yang dikehendaki & tuhan, tolong lah kuatkan semangat ku ini....

Emm.. ari ni abang Jak akan dimasukkan "STAND" dalam saluran darah kat jantung tu.. Tak tau pukul berapa. Aku hanya mampu berdoa moga semuanye berjalan lancar...

BAYAU HUTANG

25hb Oktober 2009


Hari ni aku & kak Tan gi bawak kontraktor yang nak buat awning & repair lantai toilet kat umah sewa kak siah (kakak no 4 aku). Pas tengok semua, dia janji akan bagi harga secepat mungkin. Hope harganye berpatutan.


Tengah hari gi HUKM dengan mak. Bawak makanan untuk abang Jak, Tapi dia dah makan pun. Memang terlewat sikit sampai. Jalan jam. Esok abg jak akan di operate masukkan "stand" dalam saluran darahnya. Moga-moga semuanye berjalan lancar. InsyaAllah.. Berkat doa semua..


Emm.. Petang aku gi KLCC bagi melangsaikan "hutang belated" seperti yang dijanjikan. Maka tercapailah cita-cita insan tersebut bagi mendapatkan "purse GIRLS" (actullay aku tak berapa berkenan, harga tak sama ngan kualiti). Tapi demi kegumbiraan insan tersebut, aku layan je.. Tup.. tup.. minah ni nak lak beg galas belakang yang bernilai hampir 3 digit. Cakap apa pun, tetap nak gak.. sebelum ni, janjinye lain. Dah gi lain lak jadinye... Emm ..payah payah payah... Bukan tak mau beli tapi rupa macam beg beli kat pasau malam je.. Tapi harga berapi... Tak padan ngan rupe.. Akhirnye.... dia berjaya mendapatkan kedua-duanye sekali.. Janji dia bahagia & janji hutang aku pun selesai.. END OF THE STORY.... HAPPY EVER AFTER..
..

ACARA MAKAN-MAKAN

24hb Oktober 2009

Ari ni aku keje, tapi rasa macam cuti lak kat opis ni.. Sunyi.. Ramai yang bercuti minggu ketiga. Pas sembahyang zohor, aku terus balik rumah kak chah.

Sesampai je di sana, tengok tak de orang.. Emm.. rasa kecewa yang teramat sangat. Apa lagi "hello" mak le time time tu gak. Rupanya semua orang kat umah Boy (adik lelaki aku Abdul Rahim). Acara makan-makan kat sana tengahari.. Aku ingat ke malam kang.... Apa lagi, umah Boy pun diterjah (dalam 200m je dari rumah kak chah), sepantas kilat le aku sampai sana. Gara-gara lapau sesangat. Kuang kuang kuang...


Fuhhh... best giler makan. Banyak betul makanan. Ada ikan siakap bakau, ikan cencaru sumbat belakang, air assam, sambal tumis sotong, ayam masak merah, bayam rebus dan lain-lain lah... Sedap-sedap semuanye. Adik ipar aku si Zarina ni memang pandai masak. Disebabkan lapau sesangat aku lupa la pulak tugasan wajib aku - tangkap gambau. Dah kenyang baru teringat. Letak muka tuan umah dah la yek.. hehehe..

Tuan Umah - Boy & Zarina & Merah bersama dayang-dayang

Walaupun perut dah macam nak meletup kekenyangan... Tarikan tembikai kuning tidak dapat ku tepis lagi... Apa lagi ngap ngap ngap la.... Manis la sesangat pulak tembikai ni. "Lipat" sakan le.. Tak malu dah ngan tuah umah.. Emm... tengok bebudak makan ais krim, aku pun tak mau ketinggalan, makan air krim lak.. Habis diet aku hari ni.. Tak tahan dugaan sungguh. Bukan apa aku teringat kata-kata orang tua "makan la masa boleh makan ni.... ". (ayat seterusnye tak nak sambung, kang menyesal lak makan banyak.. hahahaha.)

Bagi mengelakkan aku tido akibat kekenyangan, aku pun main la internet.. Jam ni la pas edit sikit-sikit (actually dah beribu kali edit) aku pun mula la mem"publish"kan blog aku ni untuk tatapan ramai. Ingat ke dah ok, rupa-rupanye ada gak mistake sini sana. Malas nak layan dah... Hentam saja la labu...

Malam, gi hantar abang ipar aku balik Kelantan dan kami (aku, kak chik, jamnah & kak tan) terus ke Gombak untuk jumpa doktor Saraf. Cari punya cari jumpa la akhirnye. "Miracle" la juga doktor ni. Tapi untuk "miracle-miracle" seterusnye, pesakit-pesakit kena le datang 3 kali berturut-turut mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan.

Tuesday, October 20, 2009

MENYESAL



18HB oktober 2009


Ari ni aku letih sangat.. seawal pagi aku ke Shah Alam hantar Amar & Aiman (anak my sis kak chik) balik umah dia. Pas tu terus ke Pasar Pagi Shah Alam. Beli Inner & tudung. Aku ditemankan dik Anis & Talqif (anak my sis Ateh Rubiah). Emm... ari ni baru aku tau short form nama si Anis ni "AIS - Anis Irdina Syakira". Kelakau la pulak rasanye.. Tu pun setelah dia nak buat "tag nama". Aku belanja.

Balik terus ambik si merah (anak adik lelaki aku Boy). Mak bapak nak buat tesis, anaknye aktif sesangat so ambik la dia bela jap. Petang, gi hospital.. mungkin sebab terlalu letih dua tiga hari ni, aku tak pasal-pasal marah kat si Talqif tu.. Bukan tu je, aku leh hantar sms yang melukakan ati orang yang menerimanye. Sms tu biasa je, tapi aku je yang rasa tak sedap ati. Pas tu aku menyesal. Menyesal menyesal.. Tak guna dah kan.. benda dah jadi.. Tu la ayang lain kali hati hati sikit...


Ni la Humairah Darwisah yang aku lebih suke panggil MERAH

MANDI KOLAM...

17HB oKTOBER 2009


Happy birthday COD.. Yang ke berapa aku tak tau.. Dasat tu beday dia satu malaysia cuti ari ni... hehehehe... bukan sebab beday dia tapi Deepavali punya pasal.


Ni la "spy" aku. Emm.. Muka tak leh tunjuk.. Kang dimurkai. Payah.


Sepagi-pagi ari, aku dapat sms ni... jeng jeng jeng...



"Ape pun, send my regart to yr bro n i lv u sayang.... "(12.04.59am)...



Malamnye bawa anak buah aku gi mandi kolam. Ramai tu rombongan kali ni (Anis, Talqif, Aiman, Ammar, Uzma & Ain).. Kolam umah aku tutup, tapi aku bagi gak dia orang mandi gak sebab kesian dah tukar baju pun.. Tup tup pak guard datang "sound". Geram je aku. Tapi nak buat camna memang salah aku pun. Hehehe... Aku geram bukan apa, apasal la dia orang suka sangat tutup kolam waktu cuti, tu la time budak-budak nak mandi..



Dengan kecewa yang teramat, dia orang naik la balik saling baju. Rasa kesian la pulak yang teramat sangat pada bebudak ni, so aku pun "roger" si "Permaisuri" Jamnah, tengok kolam kat "istana kayangan" dia line clear ke tidak. Fuhh.. alhamdullilah, kolam dia leh pakai. So, beramai-ramai lah aku & the geng gi serbu kolam dia. Puas la bebudak ni mandi till kul 10pm.





Balik umah, aku mandi & terus bawak dia orang gi uptown kat Valdrome Bandar Tun Razak. Tak le best mana pun. Balik tanpa beli apa-apa. Kul 1.00am sampai umah. Apa lagi sesi lena di ulik mimpi la pulak.. Memang gantuk giler...

KECEMASAN...

16HB OKTOBER 2009


Petang dapat sms dari kak Tan (akak sulung ku).. Abang Jak (the one only abang yang aku ada)masuk wad kecemasan. Jantung. Sedih sangat. Balik terus gi spital HUKM. Malam gi umah Sal jap ada doa selamat sebab dia pun nak kena operation. Pas tu tunggu kat spital with kak Tan till pagi.


Monday, October 19, 2009

HAPPY BIRTHDAY LAGIIIIIIIIIIIII...!!!!!!!!!!!!!!!!

12hb Oktober 2009


Happy birthdaaaaaayyyyyyyyyyyyyyyyyy Syaza Batrisya @ kak Jaja (anak sulung my brother Abdul Razak). Dah besau dah anak buah mak ayang ni yek.. tahun depan SPM, Ingat tu... (gambar kakak tak de la.. nanti ada mak ayang masukkan eeh)

Monday, October 12, 2009

CUP PRIXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

11hb Oktober 2009


Happpppppppppppppppppppppppy beday kakak.... Ari ni beday si Athirah (10tahun). Letih dah ngan minah ni... If aku lupa beday dia memang aku ni "kejam" betul. Hampir 2 bulan sebelum tarikh ari ni, dia dok bagi tau kat aku. 11/10/09 beday dia & dia nak hadiah.. Emm... hadiah belated eeh kakak...

Post "Mauuut" tu & Kek Birthday Mak Lang buat

Awal betul si makcik jam ni kejut aku suruh mandi (mesti dia tak sabau nak makan laksa Aniita Sentul buat (minah ni "adik" pada Anita Sarawak. hehehe..). Laksa guna belacan cap mata). Baru kul 6.15am. Gi breakfast kat "Paddy Coffee Hse" & terus check out & bertolak ke Perlis. Cun je pemandangan kehijauan sawah bendang... Sejuk je mata..


Sesampai je kat umah Nita, kami terus buat pos maut kat tepi sawah depan umah dia. If orang sekeliling tengok, mesti peliknye.. mende la budak 2 ekor ni buat.. Ulu mana pun tak tau datangnye.. Mana taknye... Post macam nak rak kat tepi sawah.. Tak caya..!!! tengok la gambar-gambar kat bawah ni... hehehee.. jangan jelousssssss...



Pas makan laksa sekenyang-kenyangnye, bertolak lak ke ladang anggur dengan harapan dapat la masuk bergambor (walaupun tau ari ni tak buka pada public). Sesampainye di sana, maka kelihatanlah anggur-anggur hijau yang dah mula merah. paling sedih & kecewa sesangat jaga tu betul-betul sombong.. Tak mau bagi masuk satu hal, tahap sombong & berlagak yang tinggi melangit g tak boleh tahan. Cakap pun tak pandang muka orang.. Hampeh sungguh...



Bagi menghabiskan masa yang ada beberapa jam lagi sebelum acara utama bermula, kami pun apa lagi, terus memecut ke Gua Kelam. Aku happy giler sebab dah lama giler aku ni nak sesangat masuk ke dalam gua ni. Setelah 35tahun, baru berjaya akhirnye.. hiiihaaaa.. Apa lagi lihatlah hasilnya..



Balik, singgah beli cendol yang terkenal di Perlis. Cendol pulut. Tup tup.. ada lak yang dicampurkan dengan tapai.. fail fail fail... (aku tak makan tapai). Emm.. tapi sedap punya pasal bedal gak..


Kini tibalah masa acara kemuncak dalam program menjelajah utara kami. Cup Prixxxxxxxxx... sesampai je kat stadium yang sekangkang kera je dari rumah Nita, parking penuh. Acara hampir bermula. Kawan ku -"Datin" Jamnah (jangan marah Jam, kuberi gelaran awal-awal, masin mulut aku, jadi datin betul kau nanti) terus call Sharul Yuzy (Bekas pelumba MOTO GP negara). Yuzy bagi pas VVIP kat kita orang. So, apa lagi kami bebas untuk ke mana-mana dengan pas ni. Tu pun sebab company "Datin" Jamnah involved dalam perlumbaan tu "MODERNAS, PATCHI, YUZY). Seorang pelumba berjaya mendapat tempat yang ke 3.. Emm.. yang paling best... leh bergambar dengan pelumba & pemenang, Jelous je penonton kat luar tu tengok.
Kuang Kuang Kuang....




Bergambar bersama pelumba sebelum pelumbaan dimulakan
& setelah berjaya mencapai kejayaan

JouRney To The North

10hb Oktober 2009

Happy birthdayyyyyyyyyyyy Iman Widad... ari ni birthday Widad yang ke-2 tahun (very very cute & cubby little girl). Anak buah aku Iman ni. Manis "giler" senyuman si kenit ni. Anak pompuan tunggal kepada kekanda ku Habibah & hubbynye Ismail.



Tu gambar tengah sakit (warded kat Darul Ehsan Medical Centre)
Cun la bontut Idad...


Ari ni aku akan memulakan pejalanan ke utara tanah air. Sambil tu... apa lagi.. cam biasa jalan-jalan cari makan. So, dari pagi tak breakfast pun sebab cita-citanye nak makan mee banjir udang Mak Teh yang dah "fofular" kat seantero Malaysia ni. Tapi bagi akul a, tidak le sedap mana pun.. Biasa2 je...


Memandangkan pejalanan kami sampai ke 1st check point terawal dari yang dijangkakan dan kedai pun tak bukak lagi, maka terpaksa melencong ke lain dulu. Tapi aku suke sesangat ngan lencongan ni.. sebabnye... lencongan ni menuju ke teratak buruk ku di Kampung Jelapang.. hehehe.. Port sementara. Emm.. dapat jumpa mak abah.. Best sesangat...


Masuk je terus tuju dapur, lapau sesangat yang betulnye. Ni la kali pertama si "makcik" Jamnah ni mai umah aku, so my mom pun kelam kabut buat cekodok pisang. Sedap makan panas-panas. Yang best tu.. makcik Jamnah ni terkejut tengok cekodok mak aku yang comel & bulat-bulat lak tu.. hehehe.. tu standard mak aku, semua nak kelihatan cun. Till now aku masih gagal dalam "ujian" membuat cekodok ni...


Kenyang makan, kita orang bertolak lak ke tempat makan yang dirancangkan. Mee Banjir Udang.. Siap pilih yang paling mahal tu. RM12 sepinggan. Ada la dalam 8-9 ekor udang dalam tu. Aku dah kenyang sesangat yang betulnye, tapi makan la jugak sekali harung ngan makan tengahari la niatnye. Tak habis pun.


Setelah kenyang dan jadi ikan buntal, kami pun meneruskan pejalana ke utara, sampai ke Aloq Staq dalam kul 2.00pm. Check in hotel - STARCITY (3bintang). Jam tak berapa suke hotel ni. Banyak kemudahan tak disediakan. Berus gigi tak de, iron kena kat luar (rosak baju pun boleh, dah banyak kesan melekat) etc la. Mahal RM200++ tapi macam tak berbaloi. Kononnye nak cuba hotel baru la ni..niat di hati. (Gambr bilik dah delete, ni je yang ada)


Salah satu sudut dalam bilik hotel tu

Pas sembanyang, kami turun balik ke selatan ke Kulim umah Ila (kawan Jam). Aku tak kenal pun. Baik orangnye. Aku memang repect habis kat Ila ni, husband & wife belajau, anak 5 org kecik2 (7,6,4,3thn & last sekali br 59 hari). Dasat betul la si Ila ni. Boleh handle without orang gaji tu. Buat master tak extend langsung. Anak2 dia best. Mesra "alam". Aku rasa cam dah kenal lama lak.



Ni la dia askar-askar si Ila tu yang comel-comel tu


Kul 8.30pm cam tu kami balik semula ke hotel. Hujan lebat. Sampai hotel terus boooooooommmm... tido.. letih giler.

Wednesday, October 7, 2009

HARI PERTAMA KU....

8hb Oktober 2009.


Salam buat semua... Today merupakan hari ini dalan sejarah buat aku.. Hari ini hari pertama aku mula menaip blog untuk diri aku sendiri. Itu pun setelah mintak tolong dari kak long anak sulung kepada kak fairus (minah ni le yang banyak mengajar aku celik IT.. hehehehe) untuk create blog ni. Atas bantuan kak long lah maka terwujudnye blog ni.. Tima kacih... kak long. Nanti kak ayang belanja 1 slide new york cheese (SR cake) kegemaran kak long eeh..


Aku mula berminat untuk menulis blog ni pun setelah dicadangan oleh makcik fairus tu.. banyak kali dah dia suruh tapi aku tetap buat dekkkkkkkk je.. Tapi entah tetiba di bulan ramadhan yg lalu, tetiba dapat "hidayat" kot.. terus rasa berminat & tak sabau-sabau nak mulakan penulisan.. hehehehe..

Ni la dia rupe "teacher" ku untuk subject IT - Jaf Fairos Liza (JFL)


Saja nak citer sejarah kat sini. sebelum ni dah bertahun la jugak aku mengikuti blog kak zia (kawan makcik fairus). Bila tension keje ke apa ke, aku bukak le blok kak zia ni. Seronok baca aktiviti dia, creative, kelakau kekadang dll lah.. Aku banyak tau tentang perkembangan citer dia dari kak fairuz and melalui blog dia. Emm... rasa macam dah kenal sesangat sedangkan jumpa pun tak pernah... Buat kak zia, tima kacih eeh sudi bagi ayang baca blog akak... Blog kedua aku suka follow, bloq acik515. Dulu dia malas update blog, now kena kenan si kak zia kot, gi mana pun bawak kamera.. so nampaknye lately ni, ber update hampir setiap hari.. Bagus bagus bagus... ada perkembangan..


Secara tidak langsungnye... ingin ku memohon maaf andai ada kesalahan ejaan, ayat dll. almaklumlah bak pantun dolu-dolu...


Buah cempedak diluar pagau,

Ambil galah tolong jolokan,

Aku budak baru belajau,

Kalau slah tolong tunjukan....