Wednesday, April 27, 2011

INCOME TAX... TERLEBIH SUDAH...

27HB APRIL 2011 - RABU


Baru pas settlekan E-Filling income tax. Kira tahun ni aku tak le tunggu saat-saat "nazak' baru nak settlekan.. Kira insaf cikit tahun ni. Takut hang line internet cam tahun-tahun lepas je. Berpoloh dibuetnye..

Actually bukan tak nak buat awal-awal tapi kekadang keadaan tidak mengizinkan. Tertinggal resit la, detail itu ini tak cukup la dll.. Tu la yang dok bertangguh-tangguh tu..

Isi punya isi... final figure... wahhhhh...!!!! terlebih bayar sudah.. Beribu-ribu lemon lak tu.. Tangkap sekali ganda.. Emm.. tapi memang tak leh dapat balik coz all my income tax bayar pada zakat direct. Tiap-tiap tahun pun cam tu le terlebih bayar. Terlebih bayar zakat tak pe pahala dunia akhirat tu kan kan kan..

Kepada yang belum settlekan tu, cepat-cepatkanlah. Anda ada 3 hari je lagi untuk mengemaskini dan menghantar borang BE anda... :-)



HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH...

20HB APRIL 2011 - RABU


Rentetan banyak le feedback melalui email dari pembaca2 blog aku ni berkaitan kerataan akhbar yang aku paparkan dalam N3 bertajuk "Bercinta lain, Kawin lain.." dan tak kurang juga dari bacaan blog kekawan dan mendengar cerita kekawan tentang segala macam ujian yang dihadapi, terpanggil le aku untuk memaparkan satu keratan akhbar yang boleh membantu sedikit sebanyak kepada insan-insan yang sedang diduga ini..

Artikel ni sesuai untuk semua orang yang menghadapi ujian dari segala segi kerana ujian Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk dan mengikut kesesuaian hambaNya itu..




Bagus artikel ni.. baca lah.. (i dah enlarge setiap perenggan..)













Best kan.. Saja boh kerataan akhbar ni untuk share dengan semua orang. Moga kerataan akhbar ni dapat membuatkan kita lebih berfikiran positif dalam menghadapi segala ujian Allah walau dalam apa bentuk sekali pun dan setiap ujian ini akan mendewasakan kita lagi. Setiap musibah pasti ada hikmahnya dan sesungguhnya janji Allah itu benar...

Berbanggalah kerana anda terpilih untuk menerima ujian Allah kerana sesungguhnya orang-orang yang diujiNya adalah tergolong dalam golongan orang yang disayangiNya..

N3 ni khas buat insan-insan ini :

Amina dari Ukraine
Cikgu Zai dari Mont Kiara
Azna dari Ipoh
Shah dari KL
Sue dari JB
Cikgu Shikin dari Penang
dan teristimewa buat
Isameira dari KL
dan
juga kepada insan-insan lain yang sudi share cerita kalian..


"ITS NOT WHAT HAPPEN TO YOU, BUT ITS WHAT YOU DO ABOUT IT. IT IS NOT HOW LOW YOU FALL BUT HOW HIGH YOU BOUNCE BACK.."


Khair, InsyaAllah...

Thursday, April 21, 2011

BERCINTA LAIN, BERKAHWIN LAIN..

18HB APRIL 2011 - ISNIN


Bila terbaca akhbar semalam, terjumpa ni.. rasa menarik lak nak syer. Dunia sekarang... (ayat sambungan adalah tajuk di bawah...)



Memang tidak disangka-sangka... (sila sambung ayat bergaris dibawah..)




Pengajaran, manusia cukup pandai berlakon. Sepatutnya kita bersyukur tidak dijodohkan dengan lelaki cap gini... Bangun dan.... (sila sambung tajuk keratan di bawah..)....



..... lagi... cukup le sekali....

Ketahuilah... (sila sambung ayat bergaris dibawah)





Khair insyallah... Allah sentiasa bersama kita. Bergumbiralah kerana kita dijauhkan dari orang segini kerana DIA amat-amat menyayangi kita...

Kan baik berterus terang je kata tak nak dari terus memainkan perasaan orang kan. Sekarang semuanya in cash.. hari ni kita kenakan orang, esok lusa kita or may be anak-anak kita akan merasa bende yang sama.

Ketahuilah sesungguhnya Allah sedang menguji kita untuk berfikir sama ada kita mengunakan akal or nafsu...

Moga kita dijauhkan dari ditemukan dengan lelaki spesis ni..
Cam na nak jadi nakhoda di dalam rumah tangga kan...


Apa komen anda....???????


Tuesday, April 19, 2011

TRIP TO DUNGUN - DAY 2 - Episod Akhir

17HB APRIL 2011 - AHAD


DUNGUN TO KUALA LUMPUR

After checkout around 12pm, kita orang pun menuju le ke kedai kepok. Bakal menantu le yang bawakkan. My mom & my sis nak beli untuk buah tangan kekawan. Ritu dia bagi sedap tu yang nak gi kedai yang sama gak tu.. heheheh.. Kat sana ada jual satar goreng. Cedap gak..

Selesai shopping, we all terus menuju ke Beserah, Pahang. Nak gi umah Mak Teh. Adik my mom. Around 4pm kami sampai Pengkalan Balok but mak teh ada kat umah anak sulung dia kat Kota Mas. So kami pun direct ke sana. Ni 1st time aku gi umah Khirul.




Ni le umah Khirul but today dia tak de. Keje malam. Wife and anak-anak je ada umah. Both engineer Petronas. Muda lagi. Pasangan yang bahagian and amat low profile dan baik sangat. Best je tengok dia orang ni. Dah le both cantik & handsome, bijak bangat, bab agama pun kelas gitu & humble lak tu.




Best umah dia orang ni., Cantik, luas and colour sejuk gitu. Kebanyakkan kawasan ni di huni oleh pekerja Petronas. Umah semi D and bukaan dia really besar. Puas hati betul.


Hanun (wife khairul - Berdiri) & Mak Teh (Tudung coklat)


Mai aku citer cikit about mak teh lak. Mak teh adik bongsu my mom & ada 3 orang anak (2 kumbang & 1 bunga). Ketiga-tiga engineer. Yang bongsu bakal enginner Petronas gak. All anak-anak mak teh memang genius gitu. Mewarisi kepandaian mak eh kite..

Dulu mak teh dok tepen but after anak sulungnya si Khirul keje, dia belikan umah di Pahang ni untuk mak dia. Senang dia nak jengguk2 maknya bila dekat kan. Bertuah betul mak teh kan. Bestnye umah mak teh, dekat giler ngan laut.





After minum and sembang-sembang, kami bertolak ke Pengkalan Lumpur untuk makan malam. Saja nak gi makan seafood kat sana. Adik aku ni le yang beria-ia nak bawak gi sana. Dah tu dia gi silap masuk jalan lak, puas le kita orang tawaf kat pekan Beserah ni. Bende 10 min je dari umah mak teh leh jadi near 45 min.

Jam 7pm sampai le ke kedai yang nak di tuju. Ana Ikan Bakar Petai. Emm.. rami giler orang kat sini. Naik pelik lak.. Kedai lain lenggang terus. Naik kesian pun ada gak kat tuan kedai berjiranan. Tak de orang.




Pilih le all seafood yang nak di makan walaupun perut masih lagi kekenyangan. Kecewa cikit, udang tak de stok. So makan le sotong, ikan dan kerabu mangga je.



Sayang Mak Abah Sepenuh Hati



Mak with anak bongsu kesayangan



Kak Chah with suami tercinta



Ikan bakar Petai


Ikan Steam



Sotong Celup Tepung. My Fav.



Kerabu Mangga


Konklusi dari apa yang di makan. Tidak le berapa sedap sangat. Kerabu mangga fail sebab buah mangga tu masak kecut, Ikan bakar & ikan steam kurang rasa, sotong celup tepung ok but kuah cicah dia lak fail.


Mungkin gak sebab dah kenyang so macam-macam rasa le kuar.. hehehe.. Apa-apa pun alhamdullilah atas segala rezeki yang telah di beri oleh Allah.




Selepas kekenyangan, kami meneruskan perjalanan pulang. Hanya singgah di hentian Temerloh untuk solat je. Jam 10.30am selamat sampai di Kuala Lumpur.

Siri berikutnya akan di "shooting" bulan Jun akan datang....

Sekian, Terima Kasih... :-)

TRIP TO DUNGUN - DAY 1 - EPISOD 3

16HB APRIL 2011 - SABTU


Ni sambungan dari episod 2 semalam... hehehehe...

Memandangkan dah kelam kabut & kesuntukan masa, kami pun balik tanpa mandi, terus siap je. Jam 9pm bertolak ke destinasi yang nak dituju. Stop jap kat petronas cos dah janji ngan Kak Long & Abang Long (kakak angkat my sis yang dok penang tu) untuk jadi tukang cakap.


Me & Ain aka Putih (Nasib minah ni ikut, ada geng.. hehehehe)


Sampai umah yang nak dituju jam 9.30pm. Emm... actually tujuan utama kita orang datang ke Dungun ni nak tetapkan tarikh pertunangan my youngest brother. Tu le jugak sebabnya my mom nak gak beli buah, bakul bagai untuk bawak gi umah ni. Apa yang dibawak from KL, for her (my mom) tak cukup so tu le nak gak beli buah. Banyak giler bagi. Memang style my mom. Bila memberi tu tak de nye sikit-sikit. Puas hati le sapa yang dapat.



Kak Long, Abang Long & Bakal Tok Besan


Nenek Bakal Adik Ipar & Che (Mak Kak Long)


Kak Long, Abang Long, Che mewakili pihak kami untuk bercakap dengan tuan umah. Actually dia orang ni memang orang sini dan kebetulan gak memang dah kenal famili bakal adik ipar aku ni. So senang le cikit nak bercerita. Irama yang sama.. muahahahha....


My bil & Alang & Ain (wakil terkecil)


Sempoi giler famili ni, tanya apa pun semua ikut pihak lelaki, wang hantaran ke, barang hantaran ke dan sebagainya. Cuma yang dia orang nak mas kawin RM125 atau ke atas. Lain-lain terserah pada pihak lelaki dan both anak-anak.



Me and My Mom yang maintain cun


Bagi dia orang, hantaran & wang belanja tu hanya syarat je, yang penting bebudak bahagia dan tak membebankan both bakal pengantin. So after semua dipersetujui maka tarikh tunang pun ditetapkan le pada 4hb Jun akan datang. Majlis after zohor.








Setelah semua selesai perbincangan, kami dihidangkan dengan nasi dangang dan agar-agar. Puas le makan nasi dangang. Banyak giler tuan umah masak. Siap bekalkan lagi.


Me & Bakal Adik Ipar.
(Mesti dia tengah gabra masa ni, kontrol giler wa cakap lu.. hehehhee..)


Sebelum balik, kami pun nak le jumpa bakal adik ipar. Waktu salam masuk tadi, tak sempat nak usha. So, maknya pun panggil la minah ni. Ni le rupa bakal adik ipar bongsu aku (1st time tengok ni). Dia le yang berjaya menawan hati anak bongsu kesayangan mak aku tu. Imra namanya tapi aku bagi nama glamour Kedondong aka Amra.. Cedap kan kan kan...

Emm.. masa salam nak balik, cam biasa la mak aku.. salam bakal menantu ulur beberapa keping note RM50. Dah boleh agak dah. Tu le keje mak aku. Bertuah sungguh sesapa yang jadi menantu mak aku ni. Memang bab-bab memberi ni dia cukup cekap. Kami sekeluarga ni dah faham bebenor..

Bila kita cakap... Dia cuma jawap.. "Sapa tak sayang menantu...."

Monday, April 18, 2011

TRIP TO DUNGUN - DAY 1 - EPISOD 2

16HB APRIL 2011 - SABTU


Sambungan dari episod 1 semalam ni...


Pas siap kami pun gi le umah Along Salamah yang berlokasi 5 min je dari UiTM Dungun. Along keje kat Library Uitm Dungun ni dah lama giler. Start tahun1985 til now. Asalnya orang Johor & InsyaALLAH akan kembali menetap di Johor setahun lagi after minta pencen awal..


Kak Chah (My sis) with kawannya Along Salamah


Umah Along Salamah ni teramat lah bersihnya. Nak jumpa habuk pun payah. Kawasan ni lak damai je. Best la. Umah ni banyak pintu sliding and tingkap so bila buka je, fuhh angin mendamaikan.






Melepak di ruang tamu sambil nonton TV





Menjamu selera dengan masakkan yang sedap sangat



Pas kekenyangan mak kami pun beransur le ke Kuala Terengganu. My mom nak sangat gi Pasar Payang. Ikutkan dah tak sempat le yang betulnya coz program malam ni jam 9pm. Demi memenuhi permintaan mak, kami gi gak. Sampai dah jam 4.45pm. Jalan tak sampai 5 min, we all decide balik je. Tak de mende pun. Yang menarik perhatian hanya buah dalam gambar di bawah ni....




Durian Kancing Butang nama dia. Yang bestnya rupa dia semua sama je, cantik tu. My bil dah berkobar-kobar nak beli. Bekenan kat bentuk dia but bila tau durian siam, cancel..

Aku lak memang dah lama sangat nak makan sotong celup tepung kat pantai tepi airport tu. Lokasi wajib if aku gi KT. So, kami mula le bergerak ke sana dengan aku jadi pemandu pelancong. Jalan main ingat2 lupa je..









Makan petang - udang, ketam, sotong dan ikang celup tepung. Puas le makan. Tangkap RM ratus gak le bayaunya.. hehehehe..

Jam dah dekat kul 6pm, apa lagi kelam kabut le balik Dungun. Perjalanan tangkap 1 1/2 jam lagi baru sampai. Mula rasa tak dan segalanya. Baju tak iron lagi, mandi tidak dan sebagainya. Janji ngan orang kul 9pm.

Tetiba mak lak cakap nak beli buah import untuk bawak sebagai buah tangan tambahan. Mana nak cari kat sini. Pas tu siap nak boh dalam bakul lak tu. Fuhh.. semua mula rasa nak demam.. time dah tak de, nak kena cari bagai lagi.. Apa-apa pun kami berjaya memenuhi segala kemahuan mak... Alhamdullillah...


Apa aktiviti malam ni yang janjinya kul 9pm dan nak tahu citer seterusnya kena le tunggu episod akan datang.... hehehehehe...


To be continue...

Note : Episod akan datang lambat le cikit nampaknya.. gambar ada kat tempat lain..

TRIP TO DUNGUN - DAY 1 - EPISOD 1

16HB APRIL 2011 - SABTU


Bertolak dari KL jam 8am gitu. Planning asal jam 4am nak bertolak kononnya. hehehehe.. Abah tak berapa sihat dan semuanya keletihan sebab tido lewat malam semalam. So, kami tak le rushing2 sangat. Take our sweet time. Program yang nak dijalankan tu malam hari. Banyak masa lagi.. :-)

Singgah breakfast kat KELFOOD Restoran Taman Melati, Ulu kelang. Perut dah kenyang, maka diteruskan le perjalanan tanpa singgah memana kecuali untuk isi minyak & toilet je.

Jam 12tgh kami selamat sampai di Dungun & my youngest bro dah pun ada kat sana sebab dah dekat seminggu gak dia kena keje kat Kemaman. Dia dah book siap-siap penginapan kami di Six Villa ni...





Villa kita orang






Minah ni kena paksa jadi model.. Sian... Paksa Rela...


Best la enviroment dia. Bersih sesangat. Kat sini kita boleh pilih nak bilik or dalam bentuk sebiji umah. Yang kita orang dok ni dalam bentuk sebiji umah. Ala-ala homestay gitu. Emm.. 3 bilik, 3 bilik air, dapur dan yang best fully aircond. Harga ok la RM250/night. So sesuai le if datang berfamili. Jimat cikit.


Hall


Master Bedroom


Room 1 & Room 2 (lebih kurang je)


Dining


Kitchen



Lepas kuarkan barang, rehat seminit dua, aku lak sibuk dok foto sana foto sini. Bukan apa buat kenangan je. Almaklumlah kita datang nak menguruskan hajat besar adik aku. Tapi aktiviti tu untuk malam kang. So, gunakan le masa-masa yang terluang ni.




Sekitar depan laman umah



Pas semua dah ready, kami pun bertolak le ke umah kak Salamah aka Along, kawan kolej kakak aku ni. Dia jemput makan umah dia. Emm.. citer & gambar2 sekitar umah Along Salamah ni dan aktiviti seterusnya akan dipaparkan dalam episod seterusnya...

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu.......