Thursday, January 13, 2011

14HB JANUARI 2010 - JUMAAT


"KADANG-KADANG ALLAH JARAKKAN HUBUNGAN KITA... KEMUDIAN DIA DATANGKAN PULA DENGAN DUGAAN... PUAS KITA MENANGIS MENCARI MANA TEMAN KESAYANGAN KITA... RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA KERINDUAN YANG BERPANJANGAN..." (27/12/2010 -4:59:46PM - Roy)


Lately ni aku teringat sangat kat salah sorang best freind aku ni. Tak tau nape. Makin hari makin kuat. .. Last sekali jumpa masa aku isi form untuk dia sambung Phd. Pas tu both senyap terus. Tapi jauh disudut hati ni aku memang teringat sangat ke minah ni.


Tup-tup aku tengah drive dapat sms tu.. Baca je sms tu (di atas) aku dah tersenyum..


"Roy ngko rindu aku eeh.." - aku reply sms..


"Emm.. Terasa macam ..." - sms dari Roy.


Minah ni brutal giler but aku tau Dalam Hati Ada Taman minah ni... hahahaha... Terharu aku dan bertapa bertuahnya aku dapat sms cam tu. Bukan senang dia nak ngantor tu. Ni kira dah max rindu aku ni.. hehehehe...



Apa yang sebenarnya aku nak bagi tau kat sini, kalau kita dah terlalu rapat ngan seseorang, instinct antara kita memang kuat walaupun kita lama tak jumpa. Kita dapat rasa dan akan merasa apa yang dia rasa.




Miss u toooooooooooooooooo Royyyyyy......!!!!!!!


Tuesday, January 11, 2011

PERJANJIAN RUMAH DITANDATANGANI

9HB JANUARI 2011 - AHAD


Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi, akhirnya hari ni perjanjian pembinaan umah Pokok Assam ditandatangani dengan nilai persetujuan sebanyak ribu ribu lemon... hehehehe..

Kegembiraan aku tak terkira sebab hari ni impian menjadi kenyataan setelah hampir setahun berdiskusi dan lain-lain lagi dalam merealisasikan pembinaan umah tersebut. Sepanjang tempoh tu jugak le, aku setiap hujung minggu akan berada di kampung untuk proses perbincangan dan sebagainya.

Kini, sepanjang tempoh pembinaan juga, aku akan terus berulang alik ke sana bagi melihat perkembangan pembinaan.

Atas kesibukkan yang dijangka, maka hasrat untuk menyambung Master terpaksa dibekukan buat sementara waktu..

Moga pembinaan umah ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Tak sabar nak tengok wajah gumbira kedua orang tua aku apabila melangkah masuk ke rumah asal mereka.