Monday, February 22, 2010

SECRET RECIPE

23HB FEBRUARI 2010 - SELASA


Makan... makan.. makan.. Habis la diet aku hari ni. Tetiba je Tuan Hj Mokhtar telefon aku ajak makan. Kali ni dah tak boleh tolak. Sian lak kat dia. Dari awal tahun asyik dok pospon je..

Aji datang opis jemput. Ahli rombongan yang terlibat ialah Kak Fiza, Kak Fairos dan aku. Gi ke Desa Parkcity makan secret resepi. First time le aku naik kete Estima ari ni..


Tunggu makan dihidangkan

Semua kita order minuman yang sama dan yang paling sedap bagi aku kat SR ni. Apa lagi kalau bukan Apple Kasturi. Emm... tengah-tengah cuaca panas ni, cam tak cukup je 1 gelas air ni.

Apple Kasturi


Setelah diselak-selak menu, aku pilih untuk makan tomyam kung. Standard harga ngan kebanyakan menu lain. Bukan apa, orang belanja segan la nak order yang mahal-mahal. Kesian kat orang yang nak membayau tu. Lain le kita bayau sendiri, pandai order pandai la bayau.. Hehehehe..


Perkenalkan My Dear Sis Kak Fairos

Ahli rombongan yang lain order makan ikan dowry (kak fiza), Lamb stew (kak fairos) dan tukang bayaunya order mee curry Singapore (Tn Aji).

Aji Mokhtar (Tukang Bayau) yang Maintain Handsome & Kelakau

Mula-mula sampai bukan main riuh rendah lagi. Dapat je makanan senyap jap. Tapi pas tu sambung balik. Cam biasa, aktiviti pinggan berjalan dilaksanakan. Tukau-tukau pinggan. So dapat le rasa semuanya.

Kak Fiza Sedang menghayati Fillet Dowry


Separuh lagi dah selamat masuk perut tuannya

Aku memang tak leh masuk langsung lamb stew tu. Ada bau kambing. Entah perasaan aku je kot. Dowry fillet tu pun adik beradik je. Tekak makan belacan kot aku ni. Tapi bila tengok si kak fairos and kak fiza makan cam sedap je semuanya.



Disebabkan kesibukan sebagai jurukamera tak bertauliah, maka aku la yang paling lambat makan. Orang lain dah habis makan dah. Aku dok terheggeh-heggeh lagi. Sian yang lain, terpaksa la menunggu gak walaupun masa tu jam dah dekat kul 1pm.


Senyum Kekenyangan

Habis je makan. tak de tunggu-tunggu lagi terus balik ke opis. Kang kena marah lak melangkau waktu yang dibenarkan. Apa-apa pun aku amat-amat kekenyangan today.. Berapa kalori la agaknya makanan aku tadi eek????

To Aji Mokhtar,

" Tima kasih daun keladi yek.. Next time Ayang lak belanja Aji yek.."

Sunday, February 21, 2010

FIRST TIME G GYM

20HB FEBRUARI 2010 - SABTU

Setelah sekian lama aku dok terpikir dan asyik dok tengok orang ke gym, akhirnya hari ni aku melangkah masuk sebagai salah sorang ahli di situ. Aku dah pun mendaftar sebagai ahli Celebrity Fitness di Subang Parade.

Teruja, jakun, takut dan segala macam perasaan ada pada aku hari ni. Dalam dok menjelajah dan mencuba segala maknikam equipment yang ada pun, aku masih dok terpikir-pikir adakah tindakan aku ni betul. Bukan apa faktor masa dan kewangan yang paling berat difikirkan.

Ramai kekawan, kakak, adik, abang yang memberi sokongan dan tak kurang gak la yang memberi komen yang kurang memberangsangkan. Tu yang ati asyik dok bergolak tu.. jap ok, jap tidak tu.

Setelah aku melalui 3 jam di gym ni, 1 jam bersama coach yang mengajau cara mengunakan peralatan, 1 jam senaman sendiri dan 1 jam lagi rehatkan badan dalam stim room and sauna and siap2 untuk pulang... baru sedar bertapa lemahnya aku ni. Baru lari sikit dan pancit.

Kan ku kuatkan semangat untuk terus ke gym demi meningkatkan stamina, mengeluarkan peluh, mengempiskan perut, menjalani kehidupan yang sihat serta cergas dan macam-macam lagi la..

Moga rakan seperjuanganku - Makcik Limah, dapat memberi sokongan padu berserta semangat kepada aku untuk melangkah ke gym setiap waktu yang terluang... Aku pun sebaliknya...

Maka dengan ini bermula lah pembayaran bulanan yang agak men"demam"kan aku selama setahun ni..... Wuahhhhh... !!!!!!!

Tuesday, February 16, 2010

KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?

16HB FEBRUARI 2010 - SELASA


Masih cuti lagi ari ni.. Emm.. bosan lak tak de aktiviti ni. Mak Limah istana kayangan ajak makan ayam kampung kat Valdrome. So, aku onnkan je. Cam biasa, bila perut kenyang, mata pun ngantuk giler. Aku rasa kenyang sesangat lak. Naik tak selesa rasanya.


Alang-laang dah kuar tu, panjang la langkah jadinya. Sampai la kita orang ni ke Subang Parade ngan niat nak menghabiskan masa and survey-survey London Weight. Dah dok promo macam nak rak kan, nak le gak tengak apa ke bendenya.


Tutup la pulak today. 19hb baru bukak balik. Apa lagi round-round la di kawasan sewaktu dengannya. Ada tarian singa kat tengah-tengah foyer dia tu. Penuh sesak orang. Apa yang aku nampak, keserasian dan timing penting dalam tarian ni especially waktu nak jump jump atas kayu tu. If silap timing, yang depan lompat, yang belakang tak lompat, mau terjunam ke bawah akhirnya..







Mak Limaj ni leh ajak dok lepak-lepak minum. Aku pun beli la Big Apple. Port lepak at Coffee Bean. Mocha Ice blended di order. Emm... perut dah kata tak leh, tapi tekak nak gak. Manis lawan manis.. Muak lak jadinya..





Mula-mula dok dalam, pas tu rasa cam tak selesa je.. Panas semacam and cam dekat sangat ngan orang sebelah. Tukau dok luar..



Manis senyuman ngko minah.. semanis air tu


Lokasi kedua - Luar kedai


Di sini lah bermulanya cerita.. Dari kedudukan luar ni lah ternampaknya satu lokasi yang amat-amat menarik perhatian untuk diterjah. Niatnya sekadar terjah je.. Hehehee..


Malangnya bila dah masuk tak leh kuar la pulak. Hampir 6 jam kat situ. Akhirnya aku tumpas.. Makcik Limah tumpas lagi awal.... Hehehehe... Bior lah aku and makcik Limah kayangan ni je yang tahu, kisah disebalik kejadian.. kuang kuang kuang....


Balik je umah, otak masih ligat beroperasi memikirkan tindakan keputusan yang di ambil atas segala peristiwa yang berlaku petang tadi. Kekadang aku berkeyakinan and kekadang aku rasa ragu-ragu.. Apa-apa pun aku harus kuat mengharungi dugaan and cabaran yang mendatang... Jika aku kuat, yang menanti pasti HEALTY & BEAUTY... hahahaha...

YAKIN BOLEH AYANG...!!!!!!!


Walaupun dah hampir 2 bulan birthday aku berlalu, aku masih lagi dapat hadiah. Siap ada validity date tu.. Hadiah dari anak buah aku Aiman, Amar & Widad. Sepasang baju tido pink.. Cantik.. Tq tq tq...









MAIN AIR LAGI...

15HB FEBRUARI 2010 - ISNIN

Ari ni masih cuti lagi sempena tahun baru cina. Bagi menghappykan bebudak kat umah ni yang sibuk dok ajak mandi kolam dari malam semalam, aku ambik keputusan untuk bawak dia orang mandi manda lagi but not kat kolam. Panas tu nak tunggu tepi kolam. So, bawak le gi tempat yang berair jernih gak tapi redup dan tak dalam untuk dia orang semua.

Happy macam nak rak bila dengar aku nak bawak mandi-manda lagi. Tak kurang gak yang tak berapa happy sebab tak boleh ikut.

Memandangkan planning terkejut.. so tak de la apa nak di bawa. Just singgah Shell beli jajan, air & kudap-kudap sikit.. Masuk air sure lapau punya. Gerenti.

Setelah "port" dikesan, maka bermula la aktiviti main air. Belum masuk air lagi dah nak makan. Nasib beli, kalau tak apa nak jawap... hehehehe.. Dah masak sangat dah ngan perangai bebudak ni..




Aku suka gak tempat ni.. Park kete tepi tu je. Air tak dalam, so senang la nak kawal bebudak 5 orang ni. Emm.. keje aku makan kuaci sambil perhatikan dia orang main air. Last-last aku lak jadi tukang kopek kuaci untuk dia orang. Naik sakit bibir lak jadinya.


Seronok gak tengok bebudak ni.. Main, makan, main, makan.. tu je keje dia orang. Tapi yang tak leh tahannya, sorang kata nak buang air kecil, lima-lima tetiba rasa gak.. Kita pun bagi la tau camna nak buat.. Dia orang ni yoyo je macam sorak-sorak tapi.....





Air kat sini tak le sesejuk mana nak dibandingkan ngan kat sungai congkak semalam. Bebudak ni ajak balik pun tak nak. Aktiviti dia orang kutip batu, buang batu, buat tembok dan lain-lain le. Keje aku lak, tangkap gambau dia orang ni.












Around, 3.30pm kita orang bertolak balik. Nak solat zohor, kang tak dan lak if dilewat-lewatkan. Balik ikut jalan lama. First time aku lalu situ. Jimat tol. Nak stop makan, tengok semua lena di ulit mimpi. Maka, terus balik ke rumah lah akhirnya...

SUNGAI CONGKAK & RESTORAN AL-RAWSHA

14HB FEBRUARI 2010 - Ahad


Semalam dah merancang nak gi berkelah kat Sungai Congkak. Cadangnya kul 8.30am dah nak bertolak. Tapi masak punya masak (kak chah & kak lah) til kul 10am baru leh kuar. Punya la jam jalan nak ke sana. 16km je jarak yang nak dituju tapi leh tangkap hampir 2 jam perjalanan tu.

Sesampai kat sana, lagi pening kepala jadinya. Jam dah kul 12 tengahari, cuaca panas terik, kete punya la banyak sampai tak de tempat nak parking. Penuh sesak. Beribu manusia rupanya. Ikut ati nak patah balik je. Tak leh la nak pilih-pilih lagi, main park je walaupun tempat parkingnya dalam kawasan under construction. Janji ada parking.


Setelah port ditemui, sepantas kilat la operasi mengisi perut dijalankan. Bukan apa, kesian kat cacing-cacing dalam perut ni.. dok nyanyi lagu keroncong dari tadi. Perut tengah lapar, dapat lak ketam masak lemak with nenas, sambal tumis ikan bilis, ayam bakar, ikan bakar, ikan masin, sayur labu, sambal belacan dan lain-lain lagi.. Emm.. sehingga menjilat jari jadinya... hahaha..



Masing-masing menghayati makanan dengan cara tersendiri. Ada yang makan dalam air, ada yang suap anak masing-masing, ada yang jadi "jaga" air tapi yang banyaknya makan dekat-dekat ngan tempat lauk pauk dikumpulkan. Senang nak tambah-tambah.



My brother in law ni best, makan makan makan, pas perut kenyang (actually my brother in tak le makan banyak sangat), terus tertido. Mungkin sebab terlalu letih sesangat kot. The whole day drive.


Selain daripada Pak Jang Ishak beradu, ada la jugak pengikutnya.. Sapa lagi minah kecik ni. Baby Syifa.. Siap berpayung lagi tido. Takut gak.. mana nak tau tetiba jatuh lak ranting-ranting pokok, atas dia. Kang terkejut lak baby rambut trojan ni... hehehe...




Dalam beribu-ribu orang dok mandi tu, yang aku tak leh tahan sekali satu couple ni, leh cari kutu lak tengah-tengah dunia. Selamba badak je. Bila dah habis operasi mencari kutu, dia orang main syampu-syampu rambut lak (gambau lupa nak tangkap, mungkin sebab "terpegun" melihat aktiviti dia orang). Bila masuk bab syampu jadi 3 couple lak. Yang lelaki syampukan rambut yang pompuan.

Sikit pun tak de segan-segan ngan orang sekeliling. Aku rasa badak pun tak seselamba dia orang ni. Emm... terfikir lak, cam na eek perasaan mak bapak dia orang bila tengok anak-anak dia cam tu... Mintak-mintak dijauhkanlah keturunan ku daripada perkara-perkara cam ni...




Bagi ahli-ahli rombongan yang lain, aktiviti bermain air dimulakan. Tension gak aku tengok. Rugi gi berkelah tak leh mandi ni. Tapi nak buat macam mana kan.. Setakat jadi tukang angkat gambar pun ok la...





Bebudak ni bukan main happy lagi main air ngan Pak Su dia orang. Syok sangat tengok. Macam-macam gaya dia orang buat. Pak Su la "teacher" bebudak ni. Gaya massage, terbang, melayang, hanyut dan macam-macam lagi la.. naik kecut dah bebudak ni tahan sejuk.




Memandangkan air kat sini memang sejuk sesangat, minah bulat sorang ni (Iman Widad), leh kalah ngan air. Selalunya dia la ratu mandi jap-jap. Tapi kali ni, abah dia la kena handle 100%. Tak berapa nak dok dalam air tapi nak main air. Cam na tu...



Si Uda Waei' ni adalah orang pertama yang kuar dari air. Mungkin air cetek member tak berapa nak berkenan berendam lama-lama. Siap salin baju semua, ting ting ting... member sambung makan round ke 2. Lapau rupanya mamat ni..




Memandangkan kedudukan "port" kita orang agak jauh dari surau yang disediakan, kita orang ambik keputusan siap-siap berkemas pulang. Jam dah pun menunjukkan kul 3.30pm. Kewajipan kepada Illahi (solat Zohor) belum ditunaikan.


Beredar dengan persediaan untuk aktiviti seterusnya di malam hari. Aktiviti jalan-jalan cari makan.. Tungggggggggggggguuuuuu.......


Setelah semua mendapat rehat secukupnya, aktiviti malam dimulakan selepas sahaja solat maghrib. Masing-masing bersiap untuk gi jalan-jalan cari makan ke restoran masakan arab seperti yang dicadangkan oleh adik aku -Aus. Konvoi 4 biji kete semuanya menuju ke Jalan Ampang/Jalan Damai di mana terletaknya Al-Rawsha Restaurant.




Punya penuh orang, nak parking pun payah. Siap ada yang parking atas footpath lagi. Aku teruja gak nak masuk sebab tak pernah gi la katakan. Tambah-tambah aku ni suka le sesangat explore tempat baru and mencuba sesuatu yang baru.. hehehe..


Masuk-masuk je terus terdiam. Orang beribu. Tak tersangka la pulak orang ramai sampai cam tu. Tak de sit kosong. Dah la kita orang ramai.. Lagi la payah jadinya. Kena la berdiri sambil menunggu orang habis makan.





Aku dan beberapa ahli lain ambik keputusan kena memulakan "operasi". If main nak tunggu je pakai sampai kul 12malam karang pun belum tentu dapat makan. Atas daya usaha kita orang ni, maka berjaya lah akhirnya mendapat tempat. Memandangkan ramai sangat kena la bahagi 2 (Table 1 & Table 2).


Baca menu pun tak le berapa nak faham sangat. Semuanya menu masakan arab. So faham-faham je lah. Nasib la ada si Firdaus adik aku ni. Dia la explain lebih kurang. Bukan apa, takut kang tersilap order tak termakan. Ada menunya yang satu hidangan, boleh makan 4 orang. Banyak giler.



Antara menu pilihan yang dicadangkan adalah Lamb Madghut (boleh makan 4 orang), Chicken Kabsa, Chicken Mandy, Kebab Istanbul, Chicken kebab dan lain-lain lagi (all boleh makan 2 or 3 orang). Menu dia if famili aku memang kena syer, sure tak leh habis. Kita orang ni tak le kuat sangat makan.



Bagi aku harga makanan tak le mahal if kita tengok saiz hidangan. Berbaloi sesangat. Tapi bagi yang tengok menu je, mungkin akan merasakan ianya agak mahal kot. Harga air agak mahal compare ngan tempat lain. Contoh, mango jus memang sedap (RM10 segelas), water melon (RM8 segelas), ais lemon tea (RM4.00) cam tu...



Air paling special and amat-mat digemari oleh rombongan kami... Jeng jeng jeng... BARBICAN (botol hijau).. RM4.00 sebotol. with 2 perasa. Lemon or Apple. Air ni ala-ala air gas la tapi tak le kuat sangat gas dia. Bebudak ni, bukan main lagi order air mango la.. carrot la.. water melon la... last last sekali air kita orang ni gak yang dia orang bekenan. Apa lagi tambah order la.... hehehe..




Setelah selesai menjamu selera, bil dibayau. Total RM450 je. Tak le mahal mana pun. Emm... InsyaAllah ada rezeki akan datang lagi....


THE END

BONUS DAY (IF ADA LA...)

12HB FEBRUARI 2010



Today cam tahun-tahun sebelum ni, saat yang semua staff-staff company aku tertunggu-tunggu. Bukan apa, pada kebiasaannya, ari ni la (hari terakhir bekerja sebelum menyambut Chinese New Year) akan diumumkan bonus yang akan setiap orang dapat bagi tahun lepas. Bonus bergantung pada pendapatan and keuntungan company. Tapi last year memang kurang projek pun jadi tak leh la nak menaruh harapan sangat. If ada rezeki ada la, if tak de kita tunggu tahun depan.. hahahaha...

Apa-apa pun akan ada staff meeting with all the boses dulu. Masa ni masing-masing boleh la memberi pendapat atau luahkan apa yang terpendam dalam hati tu. Ni la tahun pertama sepanjang aku berkerja selama hampir 10tahun di sini, bos (TBA) bagi komen pada setiap individu secara terbuka (round table). Meeting habis kul 3.50pm cam tu.

Aku sakit kepala yang teramat sangat lak tetiba. Ni gara-gara dok bawah air-cond masa meeting with site staff. So, bila masuk meeting with opis staff aku dah rasa tak comfort. Sakit kepala menjadi-jadi. Mungkin perut kosong kot. Angin naik ke kepala.

Sampai time balik pun, aku tak tau bonus dapat berapa. Dah tak leh pikir dah. Sakit kepala yang maksimum. On the way back, singgah DBKL, tumpang toilet. Aku muntah macam nak rak. Mungkin sebab aku minum air kelapa kot.

Jumpa kak Ana, chit chat dekat 1 jam. Tetiba dia bagi sehelai kain telekung as a gift suka-suka. Puas menolak tapi dipaksa gak. At the end aku mengalah. Tima kasih akak.

Walaupun sakit yang teramat sangat sebabkan dah janji, aku gagahkan juga. Janji ngan kawan nak belanja dia assam pedas melaka kat Taman Dagang. On the way, my freinds ajak singgah rumah Busu dia, dengan berat ati aku terpaksa menolak sebab aku really dah tak leh tahan sakit kepala + sakit perut & aku rasa tak comfort ngan pakaian aku ari tu.

Habis makan je, terus aku ajak balik. On the way back tengah drive pun aku leh termuntah lagi. Sesampai je umah, siap apa yang patut, aku terus tido......


Kesimpulannya - till aku tido, aku masih tak tau berapa bonus yang aku dapat.. Ada ke, tak de ke, aku pun tak tau.. hehehehe...

Sunday, February 7, 2010

ARCH & TANG PAVILLION

7HB FEBRUARI 2010 - AHAD


Memandangkan masa birthday Roy dulu aku tak dapat jumpa dia. Sekadar wish and call je, di kesempatan ni aku pun bagi la hadiah sehelai "t shirt" pada Roy. Aku pun beli "T shirt" yang sama gak. Cuma beza color je. Tertera no 35 besau kat depan T shirt tu sempena ulang tahun hari jadi kita orang yang ke 35... Bangga tu umur dah jangkau 35 tahun... Hahaha...

Aku tak la sangka la pulak si Roy ni pun ada ready kan hadiah untuk birthday aku yang lepas. On my birthday, dia nak jumpa tapi aku lak yang tak free. Aku kena attend wedding anak sulung bos yang jatuh hari yang sama.

Roy ni cam biasa la kreatif and unik sikit orang dia. Hadiah dia selalunya lain cikit dari yang lain. Bila aku bukak... "Alamak.... Ikan koi... Arch lak tu... Dalam maknanya ni Roy...." tu la ayat yang terpacul dari mulut aku..

Terharu sangat sebab aku tau makna pemberian ARCH ni. Ia mengingatkan aku pada seseorang yang both of us kenal dan kata-kata si Roy masa kami 1st time masuk keai ARCH dolu-dolu... Hadiah ni aku tau mahal le sesangat compare ngan t-shirt yang aku bagi tu. Jatuh malu la pulak... Anyway, thanks roy... Ngko terlalu istemewa pada aku...




Pas melawat FRIM, dah tak tau nak gi mana, kami gi Pavilion ngan tujuan nak beli hand bag yang my sis nak je. Meriah le sesangat kat sana. Almaklumlah berapa hari lagi je nak Chinese New Year. Merah sana sini je yang nampak.



Masuk je TANG terus la gi cari beg yang dikehendaki. Emm.. nasib ada. Sambil-sambil tu tengok la jugak kasut kot-kot berkenan. Lama dah aku dok riki kasut ni. Kasut yang dok pakai semua dah rosak dan patut berganti dah pun.


Ada la kasut yang aku berkenan tapi mahal la pulak. Yang kurang berkenan lak, if after diskaun murah la sesangat pulak. Jatuh berkenan la terus.. Hehehehe.. Jimat banyak tu...



Kasut ni la diskaun 70% if jadi member TANG Pavillion
(Aku beli ngan harga diskaun. Harga betul..emm.. Mungkin tidak)


Bersusah payah la aku ngan si Roy ni kumpul resit untuk menjadi ahli (min RM 200 resit yang perlu ada). Hasil usaha keras kita orang, sampai naik lapau si Roy ni jadinya, akhirnya berjayalah kami. Beli beg, dapat voucher RM50, jadi leh la aku beli kasut yang terbekenan tadi. Tu pun setelah Roy jarum cikit-cikit. Roy pun tangkap sepasang gak. Cuma jenis lain je.

Kasut ni aku beli guna voucher RM50. Jatuh murah le cikit.
After tolak voucher pun, harga maintain 3 digit..

Bestnya shopping kat sini, tiap barang dia bagi paper beg. Fuhh..!! Cam glamour je masa gi makan tu.. Banyak beg kita orang.. Orang pandang je.. Bukan apa, kita orang ni selekeh je, dah tu siap orang ingat student lagi, tapi shopping cam bagus je..Guna duit "plastik" cam ni le...hehehe...


Habis duit dah.. Nak balik...

FRIM - CANOPY WALKWAY

7HB FEBRUARI 2010 - AHAD


Seawal jam lapan pagi aku dah bersiap-siap menanti kedatangan Che Rohayah @ Roy. My best freind. Lama betul tak jumpa dia. Masing-masing sibuk sesangat lately ni. Mau dekat 6 bulan tak jumpa walaupun both dok KL je.

Roy park kete dia kat umah aku. Kete dia bau minyak deisel kuat sangat, maka tak le jadi bawak kete dia. Guna kete aku je untuk aktiviti hari ni. Pas sarapan kami bertolak ke FRIM dengan niat nak naik Canopy walkway dan sambil menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Illahi.

Setelah tiket di beli kami pun memulakan perjalanan. Masa ni la baru aku tau si makcik Roy ni dah pernah masuk FRIM and naik Canopy walkway ni. Dia diam je masa aku ajak gi. Sian Roy terpaksa layan aku.. Tu la lain kali cakap... Hehehehe....

Perjalanan dimulakan ngan permukaan yang mendatar (400m cam tu jaraknya). Masa ni ok lagi. Tetiba keadaan mendatar bertukar manjadi mendaki. Fuhhh.... Nak demam tegok jarak kurang lebih 900m jauhnya. Energy & stamina out.. tercugap-cugap jadinya.. Mula insaf tak mau naik dah.. Macam nak patah balik je masa tu...





Nasib la ada kawan kesayangan aku ni dok bagi sokongan dan orang yang dok berjogging kat situ bagi semangat. Si Roy ni dia malas layan aku bercakap tak stop-stop. Di terus mendaki je.. tak bercakap sangat (sebab dahaga yang betulnya.) and aku tertinggal jauh ke belakang. Nak tak nak, aku kena la kejar...



Sesampai je kat check point pertama, petugas tu pun bagi la explanation tentang rules bila berada di atas jambatan. Total length = 150m dengan 3 pit stop. Setiap seorang kena berada jarak 2 papan or 3m dari satu sama lain semasa di atas jambatan. Goyang-goyang, melompat dan lain-lain lagi aktiviti yang tidak sepatutnya tak boleh dilakukan sepanjang berada di atas jambatan. Kedudukan ketinggian jambatan kurang lebih 30m.





Dekat pit stop ke 2 ni best sangat. Leh tengok permandangan Kuala Lumpur dengan jelas sekali (ari aku gi la. cuaca panas terik). Tapi ni bergantung pada keadaan cuaca gak la. Emm... dengan pokoknya yang tak berdaun tu.. jadi menarik sangat tempat ni. Aku pun foto-foto la ngan my lovely freind ni. Bukan senang minah ni nak bergambau...



Perjalanan turun dari situ agak mencabar sikit. Licin la. Kasut aku pakai tak la kena ngan "majlis". Sayang kasut pun ada gak. Heheheh. Jarak nak turun tak le jauh mana. Tapi jadi cam payah sikit sebab dok jaga kasut.. Hehehehe...


Jumpa pelancong dari Cairo masa dalam pejalanan turun. Wife dia punya la cun. Anak dia late develop (usia 12 tahun tapi cam 8 tahun je gaya) so anak dia agak takut waktu nak turun bukit tu. Mendaki dia ok je ( base on apa yg father dia explain kat kita orang la).


Tapi bagi aku.. budak ni bertuah both mak bapak dia bagi semangat untuk dia turun dari bukit tu walaupun kena memakan masa yang agak lama. Menguji kesabaran yang betulnya...




Di penghujung jalan tu ada anak sungai.. Sempat cuci tangan je. Tak sabau-sabau nak balik. Dahaga yang teramat sangat. Singgah kat kafe berdekatan minum and makan ubi rebus (aku beli tadi masa breakfast). Setelah perut kenyang and hilang sikit rasa penat kami pun pulang......