Sunday, February 7, 2010

FRIM - CANOPY WALKWAY

7HB FEBRUARI 2010 - AHAD


Seawal jam lapan pagi aku dah bersiap-siap menanti kedatangan Che Rohayah @ Roy. My best freind. Lama betul tak jumpa dia. Masing-masing sibuk sesangat lately ni. Mau dekat 6 bulan tak jumpa walaupun both dok KL je.

Roy park kete dia kat umah aku. Kete dia bau minyak deisel kuat sangat, maka tak le jadi bawak kete dia. Guna kete aku je untuk aktiviti hari ni. Pas sarapan kami bertolak ke FRIM dengan niat nak naik Canopy walkway dan sambil menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Illahi.

Setelah tiket di beli kami pun memulakan perjalanan. Masa ni la baru aku tau si makcik Roy ni dah pernah masuk FRIM and naik Canopy walkway ni. Dia diam je masa aku ajak gi. Sian Roy terpaksa layan aku.. Tu la lain kali cakap... Hehehehe....

Perjalanan dimulakan ngan permukaan yang mendatar (400m cam tu jaraknya). Masa ni ok lagi. Tetiba keadaan mendatar bertukar manjadi mendaki. Fuhhh.... Nak demam tegok jarak kurang lebih 900m jauhnya. Energy & stamina out.. tercugap-cugap jadinya.. Mula insaf tak mau naik dah.. Macam nak patah balik je masa tu...





Nasib la ada kawan kesayangan aku ni dok bagi sokongan dan orang yang dok berjogging kat situ bagi semangat. Si Roy ni dia malas layan aku bercakap tak stop-stop. Di terus mendaki je.. tak bercakap sangat (sebab dahaga yang betulnya.) and aku tertinggal jauh ke belakang. Nak tak nak, aku kena la kejar...



Sesampai je kat check point pertama, petugas tu pun bagi la explanation tentang rules bila berada di atas jambatan. Total length = 150m dengan 3 pit stop. Setiap seorang kena berada jarak 2 papan or 3m dari satu sama lain semasa di atas jambatan. Goyang-goyang, melompat dan lain-lain lagi aktiviti yang tidak sepatutnya tak boleh dilakukan sepanjang berada di atas jambatan. Kedudukan ketinggian jambatan kurang lebih 30m.





Dekat pit stop ke 2 ni best sangat. Leh tengok permandangan Kuala Lumpur dengan jelas sekali (ari aku gi la. cuaca panas terik). Tapi ni bergantung pada keadaan cuaca gak la. Emm... dengan pokoknya yang tak berdaun tu.. jadi menarik sangat tempat ni. Aku pun foto-foto la ngan my lovely freind ni. Bukan senang minah ni nak bergambau...



Perjalanan turun dari situ agak mencabar sikit. Licin la. Kasut aku pakai tak la kena ngan "majlis". Sayang kasut pun ada gak. Heheheh. Jarak nak turun tak le jauh mana. Tapi jadi cam payah sikit sebab dok jaga kasut.. Hehehehe...


Jumpa pelancong dari Cairo masa dalam pejalanan turun. Wife dia punya la cun. Anak dia late develop (usia 12 tahun tapi cam 8 tahun je gaya) so anak dia agak takut waktu nak turun bukit tu. Mendaki dia ok je ( base on apa yg father dia explain kat kita orang la).


Tapi bagi aku.. budak ni bertuah both mak bapak dia bagi semangat untuk dia turun dari bukit tu walaupun kena memakan masa yang agak lama. Menguji kesabaran yang betulnya...




Di penghujung jalan tu ada anak sungai.. Sempat cuci tangan je. Tak sabau-sabau nak balik. Dahaga yang teramat sangat. Singgah kat kafe berdekatan minum and makan ubi rebus (aku beli tadi masa breakfast). Setelah perut kenyang and hilang sikit rasa penat kami pun pulang......

No comments:

Post a Comment