Thursday, February 4, 2010

MENJELANG TAHUN BARU CINA

6HB FEBRUARI 2010 - SA BTU

Tak sampai seminggu lagi dah nak menjelang Tahun Baru Cina - Tahun Harimau (aku lahir tahun rimau gak.. sebab tu kot aku ni garang cam rimau...kuang kuang kuang..)








Memandangkan aku ni berkerja ngan company cina so, terasa la sesangat saat-saat menjelang Chinese New Year ni. Bukan setakat terasa, memang dok tunggu pun.. Tunggu bonus and kenaikan gaji... heheheehe.. Tu pun kalau ada la... Ada ke tahun ni eek..???? Penantian satu penyeksaan... hahahaha...
Apa-apa pun tak le mengharap sangat, takut kecewa lak kang. Lagi pun ekonomi tak berapa ok lani.. Kena bersyukur ngan rezeki yang ada.


Tapi dah lebih 10 tahun aku kerja akat sini, ni la kali pertama aku tengok persiapannye macam nak rak aku tengok. Meriah giler. Siap pasang lampu and tanglung kat luar bangunan opis, letak pokok limau besau depan pintu masuk dan lain-lain lagi la..




Baru ari ni aku tau yang buah limau ni tak leh di makan. Rupa-rupanya dah diletakkan ubat supaya berbuah. Nasib tak leh makan, kalau tidak... mau everyday ada yang buat air limau, sirap limau, air assam dan lain-lain lagi kat opis ni... hehehehe




Apa-apa pun, ramai yang dok tertanya-tanya, nape lak tetiba tahun ni, lain pada yang lain. Mungkin sebab "ong" atau "feng shui" punya pasal. Tak de sapa pun tahu jawapannya kecuali my bos and famili.... Kita tumpang tangkap gambau dah le.. hahahaha





Dan macam biasa, hamper-hamper dah makin banyak diterima dari supplier or kekawan my bos. Berpuluh-puluh hamper. Naik penuh ruang depan reception tu. Ada yang nampak exclusive and ada yang biasa-biasa je. Yang best-best tu kekadang ada bird nest (high quality), chinese tea & herb dan lain-lain lagi lah. Kita ni takat tengok je la. Mana makan bende-bende cam tu kan..


Moga tahun rimau ni akan mendatang kan "ONG" pada my company. Hope tahun ni akan dapat banyak projek baru and company akan terus maju...

No comments:

Post a Comment