Tuesday, February 16, 2010

SUNGAI CONGKAK & RESTORAN AL-RAWSHA

14HB FEBRUARI 2010 - Ahad


Semalam dah merancang nak gi berkelah kat Sungai Congkak. Cadangnya kul 8.30am dah nak bertolak. Tapi masak punya masak (kak chah & kak lah) til kul 10am baru leh kuar. Punya la jam jalan nak ke sana. 16km je jarak yang nak dituju tapi leh tangkap hampir 2 jam perjalanan tu.

Sesampai kat sana, lagi pening kepala jadinya. Jam dah kul 12 tengahari, cuaca panas terik, kete punya la banyak sampai tak de tempat nak parking. Penuh sesak. Beribu manusia rupanya. Ikut ati nak patah balik je. Tak leh la nak pilih-pilih lagi, main park je walaupun tempat parkingnya dalam kawasan under construction. Janji ada parking.


Setelah port ditemui, sepantas kilat la operasi mengisi perut dijalankan. Bukan apa, kesian kat cacing-cacing dalam perut ni.. dok nyanyi lagu keroncong dari tadi. Perut tengah lapar, dapat lak ketam masak lemak with nenas, sambal tumis ikan bilis, ayam bakar, ikan bakar, ikan masin, sayur labu, sambal belacan dan lain-lain lagi.. Emm.. sehingga menjilat jari jadinya... hahaha..



Masing-masing menghayati makanan dengan cara tersendiri. Ada yang makan dalam air, ada yang suap anak masing-masing, ada yang jadi "jaga" air tapi yang banyaknya makan dekat-dekat ngan tempat lauk pauk dikumpulkan. Senang nak tambah-tambah.



My brother in law ni best, makan makan makan, pas perut kenyang (actually my brother in tak le makan banyak sangat), terus tertido. Mungkin sebab terlalu letih sesangat kot. The whole day drive.


Selain daripada Pak Jang Ishak beradu, ada la jugak pengikutnya.. Sapa lagi minah kecik ni. Baby Syifa.. Siap berpayung lagi tido. Takut gak.. mana nak tau tetiba jatuh lak ranting-ranting pokok, atas dia. Kang terkejut lak baby rambut trojan ni... hehehe...




Dalam beribu-ribu orang dok mandi tu, yang aku tak leh tahan sekali satu couple ni, leh cari kutu lak tengah-tengah dunia. Selamba badak je. Bila dah habis operasi mencari kutu, dia orang main syampu-syampu rambut lak (gambau lupa nak tangkap, mungkin sebab "terpegun" melihat aktiviti dia orang). Bila masuk bab syampu jadi 3 couple lak. Yang lelaki syampukan rambut yang pompuan.

Sikit pun tak de segan-segan ngan orang sekeliling. Aku rasa badak pun tak seselamba dia orang ni. Emm... terfikir lak, cam na eek perasaan mak bapak dia orang bila tengok anak-anak dia cam tu... Mintak-mintak dijauhkanlah keturunan ku daripada perkara-perkara cam ni...




Bagi ahli-ahli rombongan yang lain, aktiviti bermain air dimulakan. Tension gak aku tengok. Rugi gi berkelah tak leh mandi ni. Tapi nak buat macam mana kan.. Setakat jadi tukang angkat gambar pun ok la...





Bebudak ni bukan main happy lagi main air ngan Pak Su dia orang. Syok sangat tengok. Macam-macam gaya dia orang buat. Pak Su la "teacher" bebudak ni. Gaya massage, terbang, melayang, hanyut dan macam-macam lagi la.. naik kecut dah bebudak ni tahan sejuk.




Memandangkan air kat sini memang sejuk sesangat, minah bulat sorang ni (Iman Widad), leh kalah ngan air. Selalunya dia la ratu mandi jap-jap. Tapi kali ni, abah dia la kena handle 100%. Tak berapa nak dok dalam air tapi nak main air. Cam na tu...



Si Uda Waei' ni adalah orang pertama yang kuar dari air. Mungkin air cetek member tak berapa nak berkenan berendam lama-lama. Siap salin baju semua, ting ting ting... member sambung makan round ke 2. Lapau rupanya mamat ni..




Memandangkan kedudukan "port" kita orang agak jauh dari surau yang disediakan, kita orang ambik keputusan siap-siap berkemas pulang. Jam dah pun menunjukkan kul 3.30pm. Kewajipan kepada Illahi (solat Zohor) belum ditunaikan.


Beredar dengan persediaan untuk aktiviti seterusnya di malam hari. Aktiviti jalan-jalan cari makan.. Tungggggggggggggguuuuuu.......


Setelah semua mendapat rehat secukupnya, aktiviti malam dimulakan selepas sahaja solat maghrib. Masing-masing bersiap untuk gi jalan-jalan cari makan ke restoran masakan arab seperti yang dicadangkan oleh adik aku -Aus. Konvoi 4 biji kete semuanya menuju ke Jalan Ampang/Jalan Damai di mana terletaknya Al-Rawsha Restaurant.




Punya penuh orang, nak parking pun payah. Siap ada yang parking atas footpath lagi. Aku teruja gak nak masuk sebab tak pernah gi la katakan. Tambah-tambah aku ni suka le sesangat explore tempat baru and mencuba sesuatu yang baru.. hehehe..


Masuk-masuk je terus terdiam. Orang beribu. Tak tersangka la pulak orang ramai sampai cam tu. Tak de sit kosong. Dah la kita orang ramai.. Lagi la payah jadinya. Kena la berdiri sambil menunggu orang habis makan.





Aku dan beberapa ahli lain ambik keputusan kena memulakan "operasi". If main nak tunggu je pakai sampai kul 12malam karang pun belum tentu dapat makan. Atas daya usaha kita orang ni, maka berjaya lah akhirnya mendapat tempat. Memandangkan ramai sangat kena la bahagi 2 (Table 1 & Table 2).


Baca menu pun tak le berapa nak faham sangat. Semuanya menu masakan arab. So faham-faham je lah. Nasib la ada si Firdaus adik aku ni. Dia la explain lebih kurang. Bukan apa, takut kang tersilap order tak termakan. Ada menunya yang satu hidangan, boleh makan 4 orang. Banyak giler.



Antara menu pilihan yang dicadangkan adalah Lamb Madghut (boleh makan 4 orang), Chicken Kabsa, Chicken Mandy, Kebab Istanbul, Chicken kebab dan lain-lain lagi (all boleh makan 2 or 3 orang). Menu dia if famili aku memang kena syer, sure tak leh habis. Kita orang ni tak le kuat sangat makan.



Bagi aku harga makanan tak le mahal if kita tengok saiz hidangan. Berbaloi sesangat. Tapi bagi yang tengok menu je, mungkin akan merasakan ianya agak mahal kot. Harga air agak mahal compare ngan tempat lain. Contoh, mango jus memang sedap (RM10 segelas), water melon (RM8 segelas), ais lemon tea (RM4.00) cam tu...



Air paling special and amat-mat digemari oleh rombongan kami... Jeng jeng jeng... BARBICAN (botol hijau).. RM4.00 sebotol. with 2 perasa. Lemon or Apple. Air ni ala-ala air gas la tapi tak le kuat sangat gas dia. Bebudak ni, bukan main lagi order air mango la.. carrot la.. water melon la... last last sekali air kita orang ni gak yang dia orang bekenan. Apa lagi tambah order la.... hehehe..




Setelah selesai menjamu selera, bil dibayau. Total RM450 je. Tak le mahal mana pun. Emm... InsyaAllah ada rezeki akan datang lagi....


THE END

No comments:

Post a Comment