Monday, February 22, 2010

SECRET RECIPE

23HB FEBRUARI 2010 - SELASA


Makan... makan.. makan.. Habis la diet aku hari ni. Tetiba je Tuan Hj Mokhtar telefon aku ajak makan. Kali ni dah tak boleh tolak. Sian lak kat dia. Dari awal tahun asyik dok pospon je..

Aji datang opis jemput. Ahli rombongan yang terlibat ialah Kak Fiza, Kak Fairos dan aku. Gi ke Desa Parkcity makan secret resepi. First time le aku naik kete Estima ari ni..


Tunggu makan dihidangkan

Semua kita order minuman yang sama dan yang paling sedap bagi aku kat SR ni. Apa lagi kalau bukan Apple Kasturi. Emm... tengah-tengah cuaca panas ni, cam tak cukup je 1 gelas air ni.

Apple Kasturi


Setelah diselak-selak menu, aku pilih untuk makan tomyam kung. Standard harga ngan kebanyakan menu lain. Bukan apa, orang belanja segan la nak order yang mahal-mahal. Kesian kat orang yang nak membayau tu. Lain le kita bayau sendiri, pandai order pandai la bayau.. Hehehehe..


Perkenalkan My Dear Sis Kak Fairos

Ahli rombongan yang lain order makan ikan dowry (kak fiza), Lamb stew (kak fairos) dan tukang bayaunya order mee curry Singapore (Tn Aji).

Aji Mokhtar (Tukang Bayau) yang Maintain Handsome & Kelakau

Mula-mula sampai bukan main riuh rendah lagi. Dapat je makanan senyap jap. Tapi pas tu sambung balik. Cam biasa, aktiviti pinggan berjalan dilaksanakan. Tukau-tukau pinggan. So dapat le rasa semuanya.

Kak Fiza Sedang menghayati Fillet Dowry


Separuh lagi dah selamat masuk perut tuannya

Aku memang tak leh masuk langsung lamb stew tu. Ada bau kambing. Entah perasaan aku je kot. Dowry fillet tu pun adik beradik je. Tekak makan belacan kot aku ni. Tapi bila tengok si kak fairos and kak fiza makan cam sedap je semuanya.



Disebabkan kesibukan sebagai jurukamera tak bertauliah, maka aku la yang paling lambat makan. Orang lain dah habis makan dah. Aku dok terheggeh-heggeh lagi. Sian yang lain, terpaksa la menunggu gak walaupun masa tu jam dah dekat kul 1pm.


Senyum Kekenyangan

Habis je makan. tak de tunggu-tunggu lagi terus balik ke opis. Kang kena marah lak melangkau waktu yang dibenarkan. Apa-apa pun aku amat-amat kekenyangan today.. Berapa kalori la agaknya makanan aku tadi eek????

To Aji Mokhtar,

" Tima kasih daun keladi yek.. Next time Ayang lak belanja Aji yek.."

No comments:

Post a Comment