Monday, February 1, 2010

VEITNAM FOOD

1HB FEBRUARI 2010 - ISNIN


Aku sampai dari kampung jam 3.00am. Walaupun ari ni KL cuti aku balik gak sebab adik aku (Aus) keje today. Opis dia dalam jajahan negeri Selangor. Selain daripada tu... aku pun ada kerja gak yang perlu diselesaikan kat MBSA.


Kul 11am baru bertolak. Ingatkan KL cuti so tak de la jam jalannya. Rupanye lagi teruk. Semua pakat turun ke area Shah Alam settlekan apa patut.


Suka aku kat MBSA ni. Layanan dia orang cepat and agak mesra. Proses nak dapatkan bil and membuat bayaran tak le lama sangat. Orang ramai. Aku ambik no giliran, tak sempat nak isi borang dah sampai turn. Cepat betul.



Cuma tak berapa berkenan tu, tetiba je dapat bil tertunggak RM412.99 + bil semasa RM89.25 (cukai pintu) sedangkan sebonarnye tak le pernah terima apa-apa bil dari MBSA. After penyemakan dibuat, baru la tau yang dia orang hantar pada owner lama. Tapi denda lewat bayau tetap dia orang tak boleh waive. Malas cakap banyak, bayau je la...





Settle semua, gi makan with my dear sister Habibah @ Kak Chik. Dia nak belanja makan tengahari and masakan Veitnam menjadi pilihan. Best gak nak cuba bende baru. Aku suka aktiviti cam ni. Restoran aSiari di SACC Mall ditujui.





Emm... cam biasa, baca menu tak le nak faham sangat. Bukan apa tak pernah makan. So, order la main tunjuk-tunjuk je... My sis makan apa yang dah dia biasa makan. Hasilnya, ni la makanan yang sampai.....







Yang aku order tu rupa-rupanya laksa Veitnam. Bagi aku sedap la. Cuma banyak sangat. Tak terhabis. Popiah yang my sis order lagi nak di makan. Sedap kuah cicah-cicah dia.





My sis kata, kekawan dia rajin datang makan sini. Sedap-sedap menu dia. Harga pun kira standard la. Standard restoran-restoran yang sewaktu dengannya. Aku suka interior dia. Cantik and bersih. Cam boleh datang lagi je... Tapi sapa nak belanja lak eek.. Bestnye kalau ada orang belanja tiap-tiap ari... Keje makan freeeeeeeeee je....Hahahaha....

No comments:

Post a Comment