Sunday, February 7, 2010

ARCH & TANG PAVILLION

7HB FEBRUARI 2010 - AHAD


Memandangkan masa birthday Roy dulu aku tak dapat jumpa dia. Sekadar wish and call je, di kesempatan ni aku pun bagi la hadiah sehelai "t shirt" pada Roy. Aku pun beli "T shirt" yang sama gak. Cuma beza color je. Tertera no 35 besau kat depan T shirt tu sempena ulang tahun hari jadi kita orang yang ke 35... Bangga tu umur dah jangkau 35 tahun... Hahaha...

Aku tak la sangka la pulak si Roy ni pun ada ready kan hadiah untuk birthday aku yang lepas. On my birthday, dia nak jumpa tapi aku lak yang tak free. Aku kena attend wedding anak sulung bos yang jatuh hari yang sama.

Roy ni cam biasa la kreatif and unik sikit orang dia. Hadiah dia selalunya lain cikit dari yang lain. Bila aku bukak... "Alamak.... Ikan koi... Arch lak tu... Dalam maknanya ni Roy...." tu la ayat yang terpacul dari mulut aku..

Terharu sangat sebab aku tau makna pemberian ARCH ni. Ia mengingatkan aku pada seseorang yang both of us kenal dan kata-kata si Roy masa kami 1st time masuk keai ARCH dolu-dolu... Hadiah ni aku tau mahal le sesangat compare ngan t-shirt yang aku bagi tu. Jatuh malu la pulak... Anyway, thanks roy... Ngko terlalu istemewa pada aku...




Pas melawat FRIM, dah tak tau nak gi mana, kami gi Pavilion ngan tujuan nak beli hand bag yang my sis nak je. Meriah le sesangat kat sana. Almaklumlah berapa hari lagi je nak Chinese New Year. Merah sana sini je yang nampak.



Masuk je TANG terus la gi cari beg yang dikehendaki. Emm.. nasib ada. Sambil-sambil tu tengok la jugak kasut kot-kot berkenan. Lama dah aku dok riki kasut ni. Kasut yang dok pakai semua dah rosak dan patut berganti dah pun.


Ada la kasut yang aku berkenan tapi mahal la pulak. Yang kurang berkenan lak, if after diskaun murah la sesangat pulak. Jatuh berkenan la terus.. Hehehehe.. Jimat banyak tu...



Kasut ni la diskaun 70% if jadi member TANG Pavillion
(Aku beli ngan harga diskaun. Harga betul..emm.. Mungkin tidak)


Bersusah payah la aku ngan si Roy ni kumpul resit untuk menjadi ahli (min RM 200 resit yang perlu ada). Hasil usaha keras kita orang, sampai naik lapau si Roy ni jadinya, akhirnya berjayalah kami. Beli beg, dapat voucher RM50, jadi leh la aku beli kasut yang terbekenan tadi. Tu pun setelah Roy jarum cikit-cikit. Roy pun tangkap sepasang gak. Cuma jenis lain je.

Kasut ni aku beli guna voucher RM50. Jatuh murah le cikit.
After tolak voucher pun, harga maintain 3 digit..

Bestnya shopping kat sini, tiap barang dia bagi paper beg. Fuhh..!! Cam glamour je masa gi makan tu.. Banyak beg kita orang.. Orang pandang je.. Bukan apa, kita orang ni selekeh je, dah tu siap orang ingat student lagi, tapi shopping cam bagus je..Guna duit "plastik" cam ni le...hehehe...


Habis duit dah.. Nak balik...

No comments:

Post a Comment