Thursday, February 4, 2010

MATI SETEM DOKUMEN KONTRAK

4HB FEBRUARI 2010 - KHAMIS


Seharian aku di DBKL hari ni. Dari pagi jam 7.45am aku dah sampai. Tak breakfast pun. Terus settlekan urusan apa yang patut. Urgent semuanya. Tahun baru cina dah dekat. Faham-faham je la. Semua kerja akan jadi terkejau-kejau.


Emm.. kul 11am owner syarikat dah datang sign dokumen kontrak dan aku hanya jadi saksi je. Settle semua, proses matikan setem lak. Kena gi Kampung Atap. Nasib En Aziz yang drive. Harap aku... pakai terkial-kial la nak sampai.


Memandangkan dokumen tu tebal so kena la beli setem hasil. Terpaksa la kuar ke Bangsar sebab setem kat kedai bawah tu tak cukup la pulak. Jam 12pm cam tu dah settle semua, cuma tunggu officer tu sign untuk pengecualian to certain amount bagi projek-projek kerajaan.


Lewat seminit je kita orang ni. officer in charge kuar lunch. Tunggu til kul 1pm tak masuk-masuk. So, gi makan kat kedai bawah tu with En. Aziz (TBA instruction). Makan pun sekadar nak hilangkan lapau je. Nak cepat punya pasal. Nak kejau masa.


Naik atas, tengok tak bersign gak dokumen tu. Officer tu pun tak masuk-masuk. Aku punya la tension. Kerja kat opis berlambak-lambak. Dah berapa jam buang masa menunggu. At last, setelah berpuluh kali aku dok gi tanya, kul 3.30pm, clerk kat situ gi serah kat officer lain. Baru settle. Dalam ati tension je.. Nape la tak di bagi awal-awal kat orang tu sign. Buangkan masa aku je..


Apa-apa pun aku bersyukur semuanya selesai hari ni. Esok ada tugasan yang perlu diselesaikan seawal jam 8.00am. Proses seterusnya mendapatkan no kontrak pulak....


Dalam kesibukan aku ari ni, aku tetap tak lupa nak wish Happy Birthday to my sis Rabiah @ Kak Teh..


" Happy birthday to u... Happy Birthday to u... Happy Birthday to My dear Sis Ateh Rubiah... Moga panjang umur, murah rezeki, bahagia dunia akhirat brsama suami dan anak-anak tercinta..."

No comments:

Post a Comment