Monday, April 18, 2011

TRIP TO DUNGUN - DAY 1 - EPISOD 2

16HB APRIL 2011 - SABTU


Sambungan dari episod 1 semalam ni...


Pas siap kami pun gi le umah Along Salamah yang berlokasi 5 min je dari UiTM Dungun. Along keje kat Library Uitm Dungun ni dah lama giler. Start tahun1985 til now. Asalnya orang Johor & InsyaALLAH akan kembali menetap di Johor setahun lagi after minta pencen awal..


Kak Chah (My sis) with kawannya Along Salamah


Umah Along Salamah ni teramat lah bersihnya. Nak jumpa habuk pun payah. Kawasan ni lak damai je. Best la. Umah ni banyak pintu sliding and tingkap so bila buka je, fuhh angin mendamaikan.






Melepak di ruang tamu sambil nonton TV





Menjamu selera dengan masakkan yang sedap sangat



Pas kekenyangan mak kami pun beransur le ke Kuala Terengganu. My mom nak sangat gi Pasar Payang. Ikutkan dah tak sempat le yang betulnya coz program malam ni jam 9pm. Demi memenuhi permintaan mak, kami gi gak. Sampai dah jam 4.45pm. Jalan tak sampai 5 min, we all decide balik je. Tak de mende pun. Yang menarik perhatian hanya buah dalam gambar di bawah ni....




Durian Kancing Butang nama dia. Yang bestnya rupa dia semua sama je, cantik tu. My bil dah berkobar-kobar nak beli. Bekenan kat bentuk dia but bila tau durian siam, cancel..

Aku lak memang dah lama sangat nak makan sotong celup tepung kat pantai tepi airport tu. Lokasi wajib if aku gi KT. So, kami mula le bergerak ke sana dengan aku jadi pemandu pelancong. Jalan main ingat2 lupa je..









Makan petang - udang, ketam, sotong dan ikang celup tepung. Puas le makan. Tangkap RM ratus gak le bayaunya.. hehehehe..

Jam dah dekat kul 6pm, apa lagi kelam kabut le balik Dungun. Perjalanan tangkap 1 1/2 jam lagi baru sampai. Mula rasa tak dan segalanya. Baju tak iron lagi, mandi tidak dan sebagainya. Janji ngan orang kul 9pm.

Tetiba mak lak cakap nak beli buah import untuk bawak sebagai buah tangan tambahan. Mana nak cari kat sini. Pas tu siap nak boh dalam bakul lak tu. Fuhh.. semua mula rasa nak demam.. time dah tak de, nak kena cari bagai lagi.. Apa-apa pun kami berjaya memenuhi segala kemahuan mak... Alhamdullillah...


Apa aktiviti malam ni yang janjinya kul 9pm dan nak tahu citer seterusnya kena le tunggu episod akan datang.... hehehehehe...


To be continue...

Note : Episod akan datang lambat le cikit nampaknya.. gambar ada kat tempat lain..

2 comments:

  1. sesekali tukar angin, tukar menu, makan ramai2, sangat best!

    ReplyDelete
  2. Yup betul tu.. Bila gi jejalan tak yah p k masuk dapur. order bayau.. order bayau .. best je.. hehheehe..

    Akak tima kasih gak eeh,rajin singgah & tinggalkan komen untuk setiap N3 ayg.. terharu ayang tau.. Cayang akak..

    ReplyDelete