Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

MARILAH MENDIRIKAN SOLAT....

7HB NOVEMBER 2011 - ISNIN


MARILAH MENDIRIKAN SOLAT... MARILAH MENUJU KEJAYAAN....

Lentur buluh biarlah dari rebungnya.. Emm.. senonim pepatah ni dalam masyarakat melayu ni. Nak bentuk bebudak ni biarlah dari kecik, kang dah besar memang payah nak bentuk dah..


Merah & Idad
Orang Belum Mula Sembahyang Maghrib Pun
Tapi Both of Them Dah Siap Terawih, Witir Etc.


N3 kali ni saja nak cerita tentang aktiviti keluarga Ayg sejak 2 tahun lepas dan every year cuba memperbaiki apa-apa kelemahan dalam aktiviti yang lepas. Aktivitinya adalah solat berjemaah bila kami berkumpul ramai-ramai. Biasanya dijalankan pada 2 hari terakhir ramadhan.


Jemaah Paling Kecil


Selepas berbuka puasa, kami semua akan berjemaah solat maghrib, isyak & terawih serta bertakbir di malam raya. Budak 2 orang di dalam gambar di atas tu (Si Merah & Si Widad), orang bentang je sejadah, dia orang le yang sembahyang dulu. All in 1 - maghrib, isyak, terawih, and segala sunat-sunat full swing. Yang tua-tua ambil air sembahyan pun tak sudah lagi. Dia orang berdua habis sembahyang dah.. hehehehe...



Di imamkan oleh My Bil - Ismail Al Melori


Imam kebiasaannya bergilir between adik bongsu aku Iman Firdaus Al Bujangni dan my bil, Imam Ismail Al Melori.. Jenuh gak le nak adjust sebab space jadi limited bila kiblat kat umah ni senget cikit.



Sujud Pada Yang SATU..


Masa 1st dijalankan aktiviti ni, mak dan abah happy sesangat. Idea spontan masa berbuka je. Mak abah rasa "sejuk" sangat bila sembahyang berimamkan anak menantu sendiri.





Semoga Dimakbulkan Segala Permintaan Kami


Tahun ni, aktiviti dipanjangkan sikit. Ada taskirah sikit after perform solah. Taskirah bertajuk "Bersediakah Anda" oleh my bil - Imam Ishak Haron Al Penangmari. Best sangat. Full dengan pesanan yang boleh menyedarkan sesapa saja yang lena diulit mimpi.


Kusyuk Mendengar..


My bil ni memang amat-amat berminat menbaca buku-buku ilmiah ni. Sebulan tak tau le berapa buku dia beli. Habis beli habis beli. Ayg lak keje, pinjam pinjam pinjam... muahahaha..


Ustaz Ishak Al Penangmari


Yang paling best semua memberi kerjasama yang teramat. Tak kira tua, muda, dewasa or kanak-kanak.. Acara ni akan menjadi acara tahunan kami sekeluarga.



Merapatkan Lagi Silatulrahim


Aktiviti gini bertujuan menamahkan lagi keakraban tali silatulrahim sesama ahli keluarga, mendidik anak-anak kecil secara tidak langsung tentang pentingnya solat berjemaah dan pengetahuan tentang ilmu agama dan sebagainya.

Semoga keluarga kami terus mendapat keberkatan.. Aminnnnnnn...

STEAMBOAT KAK TEH

6HB NOVEMBER 2011 - AHAD


Errrrrrrrrrkkkkk.... !!!!!! Alhamdullilah kekenyangan.. Puas ati betul makan masakan kak teh aka kak biah.. My sis ni memang bab-bab masak ni sentuhan dia menyengat. Pasti puas hati.. My father memang suka sangat masakan my sis ni. Pepagi raya cam hari ni, lotong dia memang dinanti-nantikan. Menu wajib.




Tapi malam ni menu kami lain cikit. Steam boat. My mom memang berhajat sesangat nak buat steam boat jugak malam ni. Sepagi dah dok sebut-sebut. Sepanjang hari. Finally petang tadi akak-akak Ayg yang ditugaskan gi beli all the bahan gi le shopping but we decide beli yang simple je. No C Food. Puas dah makan bende-bende gitu.




Memasak dan makan-makan dilakukan dibahagian depan umah. Saja nak ubah selera sikit. Masak kat luar, makan kat ruang tamu sambil tengok slide show, tanyangan video etc. Masa ni best je tengok anak-anak buah bermesra ngan sepupu-sepapat mereka, mak/pak sedara dan sewaktu ngannya. Meriah ngan hilai tawa dia orang ni.







Bila siap je, tak menang tangan nak serve. Almaklumlah berkemuit anak-anak. Bestnya semua excited nak makan. Siap bertambah-tambah lagi. Tambah sebab apa? Sebab sedaapppppppp...!!!!! Idad siap angkat mangkuk lagi minum sup tu. (Along jangan jelez eeh... ;-).







Clean & clear all the bahan. Siap kena tambah-tambah lagi. Healty food la sikit compare dok makan rendang le, lotong le, kuah kacang etc yang berminyak bagai tu kan. sesekali makan rebus-rebus gini time-time raya ni memang best.







Pas semua kekenyangan, cam biasa paksu bukak panggung.. Mula-mula slide show progress umah Pokok Assam, pas tu kisah-kisah pelik dalam dunia, and last sekali citer KL Ganster. Sold out ticket. Semalam citer Libas.






Dalam umah Ayg ni ada 3 orang nak ambil SPM, sorang dah dengan rela hati minta nak balik Ipoh, nak study. So, si abahnya berkorban le bawa anak balik. Sini tak de ruang yang sesuai untuk dia tumpu perhatian. Yang 2 lagi, baca gak la dengan cara sendiri. Yang pasti mak-maknya kecut perut gak dengan keadaan anak masing-masing.. hehehehe..




Tapi ada sorang lagi memang ulat buku dari dulu lagi. Everyday study macam nak masuk exam je. Start jam 5am, bangun, sembahyang, terus study. Rasanya if masuk U, pasti dapat sijil dekan every semester. Yang bestnya tengah gamat kat umah ni dengan pelbagai aktiviti, insan istimewa dalam hidup Ayg ni masih fokus pada bacaan dan tidak akan sekali-kali mensia-siakan waktu begitu je. Tak caya.. ce tengok gambar ni..




My father ni if masuk Univeristi Al Azhar. Result sure Mumtaz memanjang. Buku-buku agama yang menceritakan kisah nabi dan sebagainya yang related tu agama islam menjadi pilihan. Level tinggi & dalam tulisan jawi. If Along Musfirah anak buah Ayg tu follow cara tok wan dia belajar, pasti "Mumtaz" gak le.. Kan Along kan..





Menu untuk esok lak, BBQ. kambing dan daging bakar. Cam biasa dilakkan. Semua ni dah pun dibeli di giant tadi. Tak leh lambat-lambat sebab esok petang kul 4pm kak chah dah nak balik ke KL naik train.

N3 ni fresh dari oven semata-mata untuk menjelezzzzzzzzzzkan budak Egypt sorang tu. Pada Along layan gambar je lah eeh... ;-)

Sunday, September 4, 2011

ABC COOKIES TO ALL MY FAMILY

4HB SEPTEMBER 2011 - AHAD


Dalam N3 lepas, aku ada cakap tentang cookies yang aku bagi pada all my family masa sesi bermaafan di pagi raya. Aku ada cakap nak tunjukkan. So, ini la hasilnya. Tujuan masukkan ni bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi lebih pada kenang-kenangan je..


Special Untuk Mak Abah



Ini Je Ahli Kelab Bujang


Setiap seorang dapat cookies ni berdasarkan huruf pada nama dia orang. Total ada 45pcs for my famili but aku buat dekat 60 pcs yang betulnya. Extra & ada aku bagi pada orang-orang tertentu.


Abang Jak & Generasinya...



Kak Chah & Generasinya


Malam nak balik tepen tu, baru aku berkesempatan nak tangkap gambar. Puas gak le susun satu-satu. Dari mak, ke anak ke menantu ke anak buah etc. Aku group-group kan. Siap tangkap gambar, tengok jam kul 2am.. hahhahaha..



Kak Lah & Generasinya



Kak Siah & Generasinya


Habis tangkap gambar je, teringat lak nak buat kenang-kenangan dalam bentuk video, apa lagi.. rakam time.. betul-betul punya tak de keje aku ni kan...


Kak Biah & Generasinya



Kak Bibah & Generasinya


Jam dah dekat kul 3.00am, barang satu pun aku tak pack lagi. Ikut planning tu nak cheow terus je dari opis. Gara-gara nak elak jam dan nak cepat bersama ayah bonda...



Boy & Generasinya


Abg Chik & Generasinya


So, selesai je shooting, pack baju cepat-cepat tido. Mengantuk yang teramat. 1 jam lagi dah nak kena bangun gi keje...

Mak mengantuknyaaaaaaaaaa... Cam na ni......



**** Cedih ni.. bila masuk dalam frame2 tu, gbr cookies ni jadi tak cantik lak.. malas dah nak mgejasye... Layan je lah eeh..****

Saturday, September 3, 2011

BERMAAFAN DI PAGI RAYA..

30HB OGOS 2011 - SELASA (1 SYAWAL)


Rasa N3 ni cukup le gambar menceritakan segala-galanya... Tak larat nak menaip dah.. layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.....