Showing posts with label Birthday gift. Show all posts
Showing posts with label Birthday gift. Show all posts

Friday, December 28, 2012

121212..... TING TING TING.... BUNGE BUNGE...

12HB DISEMBER 2012 - RABU



SURPRISED....!!!!!!!!! 






12 roses.. 11 chocolate.. a variety of small flower.. 
represent my beloved families members..... 








LUV U ALL SO MUCHHHHHHHHH......!!!!!!!!!!!!!!!!!!








Saturday, September 3, 2011

HADIAH BEDAY PALING AWAL..

30HB OGOS 2011 - SELASA (1 SYAWAL)


Raya tahun ni bukan takat full off aktiviti.. banyak surprise pun.. After salam with anak buah & bagi all the cookies & duit raya.. Tetiba... jeng jeng jeng.....




Aku lak dapat somethng from anak buah. Dapat hadiah birthday paling awal dari my lovely anak buah Hakim. Terharu bah.. Terasa macam tau je hadiah apa sebab dia pasti bagi apa je yang aku minta sebagai hadiah hari jadi... Itulah Hakim..



Bila bukak je... Kan betoi.. Handphone. Korang ingat tak N3 aku baru baru ni tentang Tepon ooohh Tepon.. Aku ada tulis, aku nak tepon hadiah beday & i did mention his name dalam N3 tu. Ala-ala khas untuk dia gitu. Dengan niat melawak je walaupun tang citer tepon aku 'nazak' tu memang real la kenazakkannya tu..




Dia baca & terus decide nak bagi hadiah tu untuk aku. Siap guna duit sendiri lagi beli hadiah tu. Memang terharu & kelu lidah nak cakap apa pun. Kesian dia. Habis duit simpanan semata-mata untuk penuhi permintaan aku tu..



Bab paling best, dia rahsia habis harga handphone ni.. After 1 day, aku dok belek-belek manual book, terperasaan ada resit dalam kotak tu.. kantoi.. hahahaha..


To Hakim aka Judge :

"Tima kasih sesangat. Mak Ayang tak tau nak luahkan macam mana terharunya mak ayang bila tengok hadiah Hakim tu.. Sayang hakim sepenuh hati.. Emm.. Tahun depan mak ayang nak mintak apa lak eehh.. kena p k ni... Muahahahaha..."

Monday, March 21, 2011

LA TAHZAN KERANA CINTA.....

19HB MAC 2011 - SABTU





Cinta bukan paksaan...
Ia lahir dari dua perasaan,
Kehadirannya tidak di undang,
Perginya tiada yang merelakan,
Kerana....

Ia terlalu sukar untuk di mengertikan....
'C.I.N.T.A' merupakan satu perasaan halus yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata dan digambarkan dengan perbuatan. Setiap insan mendambakan kasih sayang, kebahagian dan ketulusan hati terhadap pasangan masing-masing.


Tetiba rasa pelik y ada buku lak dalam beg aku. Rasa-rasa cam tak bawak apa-apa buku pun tadi. Puas p k, aku kuarkan le buku tu sambil cakap "Eeh buku sapa ni letak dalam beg Mak Yang". Emm.. serentak dengan tu gak le aku terperasan ada tulis nama Alongmus dan serentak tu jugak le si Uda cakap "Along yang letak, Along hadiahkan untuk Mak Yang .."


Lewat tengah malam baru berkesempatan nak baylek-baylek buku ni dengan lebih detail lagi.. & terpandang cacatan ni di bahagian belakang buku.. yang pada mulanya aku sangkakan tulisan si penulis... rupanya coretan anak buah tersayang...





"SESUNGGUHNYA JADAM ITU PAHIT
TETAPI IA ADALAH PENAWAR...
DAN SESUNGGUHNYA GULA ITU MANIS
TETAPI IA ADLAH RACUN...
OLEH ITU, BERHATI-HATILAH DALAM
MEMBUAT KEPUTUSAN..."

"ALLAH ANSWERS PRAYERS IN 3 WAYS..
HE SAY 'YES' AND GIVES U WHAT U WANT..
HE SAYS 'NO' AND GIVES U SOMETHING BETTER...
HE SAYS 'WAIT' AND GIVES U THE BEST IN HIS OWN TIME...

KEEP ON PRAYING...!!!!! HE KNOWS WHAT IS THE BEST FOR U, MY LOVELY AUNT..."

LOVE U SO MUCH...


alongmus89
19Mac2011
-Egypt-



Tima kasih bebanyak long.. Mak Yang akan baca dan simpan buku ni baik-baik.. Sayang Along sepenuh hati...

Sunday, March 13, 2011

AISYAH - UMMUL MUKMININ - KEANGGUNAN SEJATI...

12HB JANUARI 2011 - RABU



Aik..!!!! Ada something on my table. Hadiah. Dari sapa tak pulak di tulis.
Emm.. macam buku je... :-)




Ini hadiah birthday dari Kak Zuraidah, rakan sekerja. Aku tengok je buku ni, aku tersenyum riang. Bukan apa, aku memang minat baca buku-buku gini. Buku yang menceritakan tentang kisah nabi-nabi, sejarah islam, kisah wanita-wanita hebat dalam islam, buku tentang kehidupan sebenar, budaya, motivasi, perlancongan dan lain-lain yang related to kisah benar.




Pada aku buku-buku gini boleh meningkatkan minda kita dan mematangkan kita dalam banyak segi. Contoh buku LA TAHZAN GADIS KU.. best buku ni. motivation book. Buku ni sesuai untuk kaum wanita yang terasa "down" sangat dalam keadaan tertentu. Baca buku ni kita akan bangkit menjadi kuat melawan segala dugaan yang mendatang dengan tenang dan redha. Nanti kan ku olah sikit ilmu yang ku dapat dari buku ni... (thanks kak fairos bagi pinjam..)





Buku novel cinta aku kureeeeeeeeeeeeeeeenng le minat. For me, sekali sekala boleh la nak layan. Tapi if selalu tak berapa nak berkenan coz jalan citer pi mai pi mai tang tu. Asyik pompuan tu cantik macam nak rak, pandai pun cam nak rak, hero lak kacak giler, macho, kaya etc la. Habis semua sapu kat dia orang. Dok pusing citer dia kat situ le jugak. Bosan. Baca 10 buku pun sama gak le jalan citer dia. Gitu gitu je..

Ada gak orang yang suka novel-novel gini. Ikut keselesaan masing-masinglah kan. Novel penyiasatan dan lain-lain tu best gak layan..

Tetiba teringat majalah Giler-Giler and Ujang.. Wajib beli dulu tu.. hehehehe...



To 0508,

Thank eeh bagi buku ni.. Ayang suka sangat. Tak sabar nak baca. Terima kasih atas ingatan yek. Tepat-tepat sebulan dari tarikh birthday ayang. Sayang akak.


DAPAT ROSES LAGI....

12HB MAC 2011 - SABTU


"Mak Yang nape Mak Yang tak bawak balik bunga ni" - kata Along

"Bukan Mak Yang punya" - Jawap aku

"Bunga tu Mak Yang punya la, hadiah birthday dari mama" - sambung Along


Apa..??? Bunga untuk aku..?? Fuyoooooooo.. siap gubah lagi cam hantaran lak. hahahahah.. Tak sangka betul tu aku punya. Cantik. Mati-mati ingat untuk hantaran sesapa tadi.. hehehehe..


Tepat 3 bulan hari ni dari tarikh aku sambut birthday yang lepas, aku dapat hadiah lagi. Best kan... Bunga ros istimewa. Color Biru lagi. Cuma ini bukan dari Cameron Highland, tapi dari Cheras hasil gubahan kekanda tercinta..


To Kak Chah :-

"Tima kasih bebanyak. Cantik sangat bunga ni... Luv u so much...."