Showing posts with label AnaK Buah. Show all posts
Showing posts with label AnaK Buah. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

PUSH....

2OHB JUN 2012 - RABU




 When life is getting you down, PUSH.
When you're having trouble on your job and things are not working out well, PUSH.
                                                          When the bills are high and the money is low, PUSH.
                  When people aren't responding to you in ways you hope and want, PUSH.
                                                                            When people don't understand you, PUSH.

And what does PUSH mean? 

Pray Until Something Happens ! . 

N3 ni khas buat my beloved anak sedara yang nun jauh di bumi kinanah dan sedang bertungkus lumus memerah otak untuk berperang dengan solan2 exam yang menyerang... hehehehe..




PUSH Along PUSH....


Lama dah tak buat N3, tahap kemalasan yang teramat. Banyak kali gak bukak komputer dengan niat nak le mengupdatekan blog yang dah bersawang, tapi... seperti biasa mood elek..




Sunday, January 29, 2012

TURKEY HOS GELDINIZ... EGLENEBILIR ALONG...!!!

28HB JANUARI 2012 -SABTU


Lama betul Ayg tak menulis sebarang N3 dalam blog ni. Ala-ala idup tak mau, mati segan gitu. Entahlah sejak mak masuk spital operation Nov lepas, Ayg dah macam tak berapa sangat nak nulis dalam blog ni.

Hari ni Ayg kuatkan semangat untuk menulis khas buat salah satu "nyawaku" yang jauh diperantauan dan mungkin disaat Ayg publish N3 ni, dia dah pun berapa ditempat yang nak dituju..


Mak Ayg Pegang Bendera ni Khas untuk Welcome Along je..
Time Ni Sejuk Tahap Gaban.. Demi gambo.. Sanggup Je.. :-)



"TURKEYI HOS GELDINIZ...... EGLENEBILIR ALONG...!!!"


Hahahaha... sapa tau makna ayat di atas.. ce teka ce teka.. (hope betul la hendaknya ayat tu). Saja je nak test power kecek bahasa turkey cikit. Cikit tu je yang tau pun.. ;-)

Along, walaupun mak ayg dah travel hampir separuh tempat-tempat menarik di Turkey, seikhlas hati, i tetap jelezzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz gitu ngan u.. Jelez la.. Mak Ayg tak sampai lagi PAMUKALE. Takat naik bas dia je.. Mu jangan lupa pukul gambau banyak-banyak eeh.. Dapat tengok gambar je pun jadi la kan kan kan..

If hari tu Mesir tak bergolak, Along dah sampai ke Jordan & Syria.. menjelajah sambil melihat keindahan alam ciptaan Illahi. Kira lengkaplah 3 negarakan. Tapi nak buat cam na tak lepas.. If dah bukan rezeki kita, tiket dah beli pun leh tak sampai gak..

Bercerita tentang Turkey. Aku suka sangat tempat ni. Cuaca, pemandangan cun habis. I like.. Tetiba rasa teringin nak makan sandwish ikan yang dijual dari dalam bot tepi jeti tu.. Sedappp.....!!!!!


Bot Jual Sandwish Ikan


Apa-apa pun semoga anak buah ku ni enjoy dalam perjalanan pertamanya melancong bersama kekawan. Enjoy sepuasnya coz pas ni kena pulun sehabis-habisnya untuk final exam 3 year. Kejap je masa berjalan, dah tahun 3.

Oppss.. lupa lak.. jangan lupa tunggu kedatangan ku jugak.. hehehehe...


**** Ayat kat atas tu maksud dia "Selamat Datang ke Turkey & Enjoy yourself Along..!!!

Monday, August 8, 2011

WELCOME BACK ALONG..

1HB OGOS 2011 - ISNIN (1 Ramadhan)



Welcome back DR NuRMusFirah.. Ni le surprise tu eeh..





Dari awal bulan lepas, masa skype.. makcik ni cakap ada surprise untuk Mak Yang (me le tu) awal bulan depan. Emmm... pikir punya pikir, kata hati menyatakan dia akan pulang berhari raya di Malaysia tahun ni.

Tiap kali skype, ada le gak cuba korek dari rakan sebilik dia DR Cima. Tapi memang tak berjaya le nak dapat apa-apa info.. Tapi hati ku tetap kuat mengatakan dia akan pulang pada 1/8/2011.

Jeng jeng jeng.. 31hb member dah tak onn FB, maka makin kuat le perasaan ku ini.. Bukan apa, if tak tiap-tiap malam, pasti ku melayan dia dalam skype. Almaklumlah orang tension & stress exam, kita hanya mampu bagi kata-kata semangat dari jauh selain berdoa serta sembahyang hajat bagi mempermudahkan segalanya.

Akhirnya, balik je sembahyang terawih... hahahaha 1 miss call from Along Egypt appear on my hp. Dah agak dah.. Dah sampai pun minah ni. If call direct from egypt pasti yang kuar private number...

My Mom le orang yang paling happy tahun ni. Cucu sulung dia balik. Last year jenuh pepagi raya dok try skype ngan minah ni. Dah le tu line internet tak berapa nak ok. Berendam airmata pepagi raya semua orang sebab dia tak de. So, tahun ni pasti semuanya happy together-together..


To Along :

"Hahahaha... Alonggggggg c c c how clever i am.. Ni tak tembak pakai peluru penabur tau, kita pakai panah direct kena centre point. Tepat tekaan mak yang. Naluri serang ibu saudara yang amat kuat.. kan kan kan.. dan dan dan.. TQ gak untuk gift tu eeh.. Cantik bangat bah.. Kan ku pakai di pagi raya nanti..."




Thursday, May 5, 2011

MERAH YANG PINK.

6HB MEI 2011 - JUMAAT


Bila baca tajuk N3 ari ni, mesti orang terpikir apa yang dimaksudkan dengan Merah yang Pink. Emm.. yang betulnya nak bercerita kisah seorang budak comei dan warna je.




Minah dalam gambar ni le yang dimaksudkan Merah yang Pink. Actually nama dia Nur Humairah Darwisyah 3 tahun +. Semua orang panggil Maira tapi aku je suka-suka panggil Merah aka Princess & now dah lekat pun nama tu.




Minah ni fanatik Pink color. Apa bende pun pink. Dalam pakaian harian dia mesti ada pink, tak skirt, baju tak baju panties, tak panties apa-apa je la mesti kena gak ada cikit warna pink.





Bukan takat tu je, if jumpa bende yang berwarna pink habis semua di kutip boh dalam beg dia. Kertas ke, buku ke, sikat ke getah rambut ke etc termasuk le botol softlan yang warna pink tu. Pun di angkut jugak. Ish..ish ish.. payah sungguh..





Mulut dia cam mak nenek bercakap. Tak gaya 3 tahun. Bijak sesangat. Dia pandai ajuk kita cakap balik. Payah nak kena kan minah ni sebab selalunya, dia lagi cekap kenakan kita balik.

Bab bergaya & melaram bagi kat dia. Sentiasa nak pakai baju cantik & sentiasa nak nampak cam princess. Budak-budak kecik lain suka mainan but dia suka aksesori cam rantai, gelang, cekak rambut etc., Mainan suka gak dia but more to kewanitaan gitu.



Lately ni dia suka sangat jadi cikgu. So, tok, tok wan & all mak sedara dia kena le jadi anak murid. Apa yang diajar kita orang ikut le. Best gak kekadang rasa cam student dalam sekolah orang-orang tua dalam citer P.Ramlee Bujang Lapuk tu.

Emm.. tapi yang paling aku suka sekali, dalam umur 3 tahun ni dia dah boleh menghafal beberapa surah pendek cam Al - Fatihah, 3 Kul, doa makan, doa naik kenderaan, doa taubat, zikir dan banyak lagi. Rasa sejuk perut bila dengar dia baca kalimah Allah.


To Merah :

Mak Yang doakan moga Merah akan menjadi seorang anak yang solehah, cerdik, pintar dan maintain comei gitu.. Mak yang sayang Merah sepenuh ati...Amin...

Sunday, March 13, 2011

MAJLIS MINUM TEH DI DATARAN PUTRAJAYA

13HB MAC 2011 - AHAD


Kul 12.30pm aku dah sampai di Dataran Putrajaya with Along setelah lama tawaf macam nak rak cari presint 3 sebab jalan ditutup. Setelah pening-pening lalat jumpa lah akhirnya. Depan Istana Kehakiman rupanya dataran ni.








Kami ke situ sebab nak collect duit sumbangan oleh kerajaan Wilayah Persekutuan kepada Pelajar-pelajar Mesir. Ingat ke daftar, ambik duit & balik cam tu je. Rupanya majlis besar-besaran diadakan. Patut le khemah sepanjang jalan.




Khemah (Ungu) Khas Untuk Pelajar Mesir




Tengah Mencari "port".

Majlis Jamuan Teh Hari Wilayah Persekutuan 2011 rupanya. So, masa ni le diadakan penyampaian hadiah dan sumbangan. Kul 2.50 baru start majlis. Dimulakan ngan nyanyian Jaclyn Victor. Letih giler tunggu. Perut menyanyikan lagu keroncong sebab tak makan dari pagi.



Antara yang senasib datang terlebih awal


My Dear Niece - Along Musfirah


Tunggu punya tunggu dapat le dah sumbangannya. RM300 seorang untuk kesemua 590 orang warga Wilayah Persekutuan yang menuntut di Mesir. Pas tu tetamu di jemput le makan. Tak sempat MC jemput, orang dah bangun makan sebab dah kul 4pm. Sapa tahankan. Orang beribu.


M.Nasir pun turut diundang untuk menghiburkan para tetamu. Tapi rasanya, orang dok sibuk ngan makanan je. Tak di nafikan makanan punya le banyak macam nak rak. Ada hampir 7 khemah dengan katering yang berbeza. Makanan sedap-sedap tu. Ada sate, soto, laksa pening, pasembur, mee mamak, kuih muih, buah-buahan, ABC dan lain-lain lagi. Pendek kata macam-macam ada.

Tapi kan yang paling aku tak tahan sekali tengok gelagat orang-orang kita bila dapat makan free. Paling ketara bila ada satay. Tak sampai 1 min habis satay. Sorang-sorang ambik dekat 20-40 cucuk. Ish ish ish makan ke mende kalau gitu kan. Sampai ada budak-budak yang bertugas tu terpaksa bagi 3 cucuk sorang untuk elakkan dari di kongker oleh golongan tertentu yang ambik tak hingat-hingat orang belakang.

Rancak Menapau...

Lagi bestnya aku dapat tengok and tangkap gambar sendiri "group" yang ambik banyak-banyak tu siap tapau lagi. Bawak "tippuware" yang berpartition tu, isi penuh2 dalam tu. Kelakar pun ada, pelik pun ada bila tengok. Ada jugak manusia cam gini eeh. Terfikir nak bawak tupperware ke majlis-majlis gini. Macam tak pernah makan lak gayanya. Lantak dia orang le, cuma dalam ati berdoa gak "Jangan le ada keturunan aku yang gini". Malu weh..

Lagi dan Lagi....

Aku & along tak yah berebut pun, makan kenyang gak. Kenyang banggat. Sedap assam laksa dia. Jam, 4.30 kami bertolak le ke Shah Alam lak dalam keadaan yang teramat le kenyangnya dan mengantuk sesangat.

Friday, November 12, 2010

TAHNIAH BUAT ANAK-ANAK BUAH KU...

11HB NOVEMBER 2010 - KHAMIS



Saat dinanti-nantikan akhirnya muncul tiba. Saat yang mendebarkan kepada 3 orang anak buah aku ni aka cucu Abdul Jabbar. Berdebar sama ada mengekalkan rekod yang telah dicipta oleh kakak/abang masing-masing atau mencipta "sejarah" buat famili dengan gagal mengekalkan rekod yang telah dicipta... hahahaha...

Mari kita ikuti kisah ketiga-tiga calon UPSR 2010 ini....


Anak bongsu (dari 3 orang adik beradik - semua lelaki) kepada Bin Ishak ni berjaya memperolehi 5A seperti abang-abangnya. Mamat ni tersangatlah berdebarnya untuk mengambil keputusan peperiksaan dia. Almaklumlah dia Ketua Murid aka Ketua Pengawas, if tak dapat 5A maka tercipta la sejarah buat sekolah tu. Ketua Murid leh tak dapat 5A. Tak ke malu... hahahaha... Nasib le berjaya dengan cemerlangnya... Happy giler dia...

Esok 12hb, Si Hakim ni akan menduduki peperiksaan & temuduga khas untuk pelajar-pelajar terpilih di Sekolah Sains Tun Azlan Shah. Moga Akim berjaya. Good luck my dear... Moga cita-cita untuk menjadi pelajar sekolah berasrama penuh cam abang-abang Akim tercapai..
Mak Yang yakin Akim bolehhhhh...!!!!



Anak bongsu Bin Sharif ni pun berjaya gak mengekalkan rekod kakak & abang dia. Nama dia Tina aka Tina Debab.. Tapi la ni tak debab dah.. Kena tukau dah nama tu.. Emm... "Pretty Tina".. ok gak rasanya.. hehehehe.. Kena puji lebih-lebih sekarang ni, 1bulan 1hari lagi je birthday aku.. Mana nak tau dapat hadiah besau kali ni... hahahaha..

Sayangnya minah ni tak boleh nak mengikuti jejak langkah both abang & kakak dia untuk memasuki sekolah berasrama penuh. Abah dia tak benarkan. Emm.. dia pun tak nak gak.. Dah manja sesangat. Asyik berkepik ngan ibu dia je mana gi pun. Almaklumlah anak tunggal kat umah.

Sepanjang tunggu result ni, siang malam pagi petang, keje tengok citer Korea & FB je.. Dengar citer pas kuar result, no more Korea movie... buku buku buku... Anak cikgu gini le gayanya... Kuang kuang kuang..



Ni anak buah kesayangan Mak Long Timah. Anak ke 4 Bin Mustafa. Berjaya memperolehi 4A1B. Dia amat-amat berdukacita dengan apa yang diperolehi. Dia nak sangat masuk sekolah Agama berasrama penuh. Percubaan dan exam-exam sebelum ni dapat 5A, ujian betul. Cuma tunggu result UPSRA lak. Hope dapat 8A la..

To Kak Chik aka Uzma, bagi Mak Yang result akak tu dah ok sesangat. Dapat 5A pun bukannya leh masuk universiti pun. Mak Yang dulu tak tercekau A pun, masuk gak U. Ingat "Kegagalan Hari ni Bukan Kegagalan Selama-lamanya.. Cam tu gak sebaliknya...". Mak Yang bangga akak tahu menilai pentingnya kejayaan dalam sebuah peperiksaan, maka bangkitlah dari satu kekecewaan...

Apa-apa pun, buat ketiga-tiga my dear niece & nephew, tahniah atas kejayaan kalian. Mak yang tumpang gumbira. Moga kejayaan ni berkekalan hingga ke peringkat SPM nanti k..

Penhujung bulan 12 tahun ni akan berdebar lagi sekali.. Keputusan PMR lak kuar....

Monday, October 25, 2010

MAK YANG CANTIK EEHHH...????

25HB OKTOBER 2010 - ISNIN


"Kalau d tanya anak siapa ni..? Mesti d jawap anak Mak Ayang..!!! Cantik Macam Mak Yang..!!! Apa yang u manderum dia ha..!!!"

Hahahaha... Tu sms yang aku tima dari kakak aku si Bib tu jam 7.49mlm.. Tersenyum lebar aku baca sms tu.. Jelezzzzzzzzzzzzz ke Cik Bibah ooiii... !!!!

"Idadddddddddddddddddddddddddddddddd.... Mak Yang Sayanggggggggggggggg Idadddddddddddddddddddd.... Mak Yang cantik eehhhh... TQ TQ TQ...!!!!!!"




Ni le budak comel yang mengeluarkan kata-kata tu.. Terharu i.. ada gak orang kata i ni cantik rupanya... Idad memang anak Mak Yang pun kan kan kan... Umi jelezzzzzzzzz le tu... Nanti Mak Yang bawak Idad mandi kolam eeh.. Nanti Mak Yang belanja aiskrim k... Sayang Idad...


Tak main le manderum-manderum ni.. Aura aku ngan bebudak ni yang power kot... hehehehe.. Terperah santan le pulak... Apa-apa pun aku memang suka jadi budak-budak bila ngan budak-budak.. Syok ooooo... dia orang ni jujur... Bila puji pun jujur (seikhlas-ikhlasnye.. best je masa ni...) & bila dia orang tak suka pun jujur je cakap... (seikhlas-ikhlasnye... tapi sebak je dengau...) hehehehe...


Dia orang ni cam kain putih, mana tau nak tipu-tipu... Apa yang kuar mesti dari ati punya... Yang best kita senyum panjang le... Yang tak best... Kita muasabah diri banyak-banyak... Kena p k p k le apa patut... Komen ikhlas tu....






To All My Anak Buah...


" I LUV U SO MUCHHHHHHH... !!!!!!!!!"

LITTLE PRINCESS....

24HB OKTOBER 2010 - AHAD







"Mak Yang.. kakak tak hisap puting dah.. Gigi kakak tak jonggang.. Gigi kakak cantik dah.." .

Sambil tersenyum pada aku. Tiap kali jumpa.. ayat tu le yang kuar dari mulut dia. Ni semua gara-gara aku psiko dia masa raya ritu. Ayat aku simple je..

"Nape gigi Merah tak leh rapat cam gigi Mak Yang... (sambil tunjuk gi aku). Gigi Merah dah Jonggang...Mai Mak Yang tengok gigi Merah.. Ehh...Ada ulat la kat gigi Merah.. Cepat gi berus gigi... Tu la... Tak leh hisap puting dah kuar ulat kat gigi Merah.. eeeeeeeeee... takutnya... Puting tu dah basi..."

Tu dialog satu pagi sebaik je dia kuar bilik mandi. Masa tu mak dia lak tengah dok siap-siapkan dia.. Sepantasnya, minah mulut becok ni gi gosok gigi... Dia memang takut dan marah sangat kalau cakap dia jonggang tapi puting tak lekang di mulut.. Cam-cam dah buat, tak mau dia buang puting tu.. Puting ada dekat sedozen.. Cam-cam kaler ada... Abah dia le ni, keje beli puting je..




Start dari hari tu, dia tak hisap puting dah... Sehari je aku train dah sukses... Mana taknye... Semua puting tu aku dah sapukan akar baka wali aka akar serunton (orang utara panggil). Bila dia boh dalam mulut je, pahit le rasa puting-puting tu.. Sampai sekali tu, bapak dia yang terkena.. wakakakaka....





"Kalau kakak makan sayur.. nanti kulit kakak jadi cantik sangatttttttttttt... Cantik macam princess... Lagi cantik dari MerryPosa.. Betul... Mak Yang tak tipu..."

"Makan sayur, Kulit kakak cantik eeh.. Macam princess.. Kakak boleh jadi macam princess???"

Hahahaha... tu dialog ari ni... Wujudnya dialog ni bila bapak pada si Merah ni kata..
"Kakak ni sayur langsung tak mau makan eeh..." sambil suap si Merah ni..

So, aku pun sambil dok makan tu, kuarkan le dialog kat atas tu.. Dan dan tu gak dia suruh abah dia suapkan sayur.. Makan le sayur minah ni demi nak jadi cantik cam princess... Sampai abah dia leh kata " kakak ni apa Mak Yang cakap semua ikut.." Kuang Kuang Kuang... Jelezzzzzz le tu... hehehehehe...

Budak pun tau nak cantikkan... Emm.. apa-apa pun kakak memang cantik di mata Mak Yang...
U ARE MY LITTLE PRINCESS MY DEAR....