Wednesday, October 27, 2010

TENSION JE MAKAN... MAKAN JE TENSION...

22HB OKTOBER 2010 - JUMAAT


Tetiba dapat jemputan makan malam lak rini dari makcik Kayangan tu... Emm... apa tanda tu..???? Hehehehe... Aku tahu... Tandanya ada yang tension.. Dah masak sangat dah.. & tu kira our trade mark le...

"BILA TENSION JE MAKAN.... BILA MAKAN JE TENSION.."

Camna tu.... Mesti semua tetanya-tanya mende la budak ni, tension makan pas tu makan tension.. Tah apa-apa. Yang betulnya cam ni.. Mai aku explain kasi clear cikit...

Bila aku mahu pun makcik kayangan tu tension... Biasanya kita orang akan mula la aktiviti jalan-jalan cari makan.. Makan makan makan makan... Order je apa nak makan.. Pas tu makan makan makan... Sampai clear semuanya. Pas tu apa lagi, balik umah tension le balik sebab perut dah macam ikan buntal.. Mata mengantuk tapi tak leh terlelap. Over the over kekenyangan.... Hahaha...


Tapi kali ni ketensionan tetiba hilang jap bila tengok ke sudu yang disediakan dalam gelas air barli yang kami order. Cuba bayangan, sudu tu (please refer gambar kat atas tu) yang dia boh. Gam-gam size sebiji barli je muat dalam sudu tu.. Tetiba rasa nak tergelak le jugak.. Ada gak orang terpikir nak boh sudu ni eek... Agak-agak korang le, berapa lamakah masa yang akan di ambil untuk mengambil biji-biji barli tu nak gap ke mulut (dengan mengunakan sudu tu..)... ??? hehehehe.. cam solan maths ujian SPA lak aku rasa... Kuang kuang kuang....


Malam ni kita orang makan, bawal masak tiga rasa, kailan ikan masin, ayam masak halia, sotong goreng tepung dan tak lupa sambal belacan.. Konklusi... boleh bagi 4 bintang.. Boleh tahan rasanya dan boleh le di ulang gi lagi ke kedai ni. Harga pun berpatutan...


AND

Last few days... Aku lak ngajak si makcik Kayangan ni gi makan.. Masa ni tak tension pun. Cuma terasa nak mengunyah je. Tetiba terbayang-bayang lak sushi-sushi yang comei-comei gitu. So, port biasa la.. Otopus (makcik betul ke ejaan ni..)



Aku bila dah teringin sesangat baru gi sini. Baru le berketul ketul masuk. My favourite sushi yang cam dalam gambar kat atas tu. Ala yang ada ketam kat atas tu.. Nama glamour dia aku tak tau.. Main tunjuk-tunjuk je...Hehehe...

Minah sorang lagi tu lak, menu wajib le tiap kali dia datang adalah "cat fish salad with kerabu mangga". Kerabu mangga tu memang yummy...yummy....

Tengah pikir port seterusnya.....

No comments:

Post a Comment