Friday, October 29, 2010

KELAPA JELLY.... KELAPA JELLY... KELAPA JELLY....!!!!!

21HB OKTOBER 2010 - KHAMIS






"Jual-jual... kelapa jelly kelapa jelly kelapa jelly... 2 seringgit 2 seringgit...!!!!". Hehehehehe..


If jual cam ni pakai bungkus le lepas ni. Nape aku kata cam ni.. Atas dua sebab utama (yang aku rasa le..)

1 - Mungkin sebab asyik dok tak untung je.. Modal pun tak cover sebab murah le sesangat jualnya..
2 - Kena hamput dek peniaga-peniaga lain sebab jual dengan harga over the over murah dari harga pasaran...




Sejak last week lagi, aku terasa le sesangat nak cuba buat sendiri kelapa jelly yang famous amous dijual di merata-rata tempat ni. Dessert.. sedap.. tambah-tambah waktu dok sejuk lagi. Fuhhh... nyaman gitu...





Nak buat bukan sebab apa, cuma nak rasa yang betul-betul kelapa jelly bukan cam yang kebanyakan dijual tu.. kita leh panggil agar-agar kelapa je.. Banyak agar-agar dari rasa kelapanya. Masalah orang kita ni, bila bende tu famous, semua pakat nak jual. Tak tau buat pun nak jual. Pas tu jual dengan harga yang mahal lak tu..





So, malam tadi aku tetiba rasa teruja le sesangat nak mencuba. Balik opis terus singgah beli kelapa muda kat port biasa. Siap cakap pilih yang ada isi sikit eeh... kali ni bukan nak minum gitu je.. nak masak.. Penuh confident je masa ni nak buat. Berkobar-kobar.

Memandangkan ni 1st time nak cuma, tidak le aku nak beli sampai dua tiga biji kelapa. Sebijik pun dah tangkap rm 3.00. Kang tak jadi, kedalam tong sampah le ia pergi. Tak ke rugi. Aku ni dah le terlebih profesional bab-bab masak memasak ni... hehehehe..



Pas mandi, aku pun memulakan le operasi. Bekas dessert kecik2 tu tak berapa nak ada, aku lak pi termasak banyak le pulak. So, bekas besau pun aku belasah je. Lagi pun nak testing je kan aka cap pemalas cam ni le gayanya... hihihihi...






Start 9.45pm, around 10.30pm dah siap. Debau gak.. Takut tak keras or terlebih keras sangat lak. Aku main hentam je ni.






11pm.. Jeng jeng jeng.. Dah beku.. Masa untuk mentesting... Aku cuba test rasa satu bekas kecik tu.. Yummy yummy... tersenyum riang...




Alhamdullilah... Tak membazir le nampaknya. Kira dalam kategori jadi le. Boleh di up grade lagi. Next time boleh dah beli kepala empat lima bijik.. pasti mabulos punya...hahahahaha .... Harga pun boleh le up cikit....




"2 lima hinggit...2 lima hinggit..."




..... Nak kayo cepat... Kuang Kuang Kung...


Kekawan opis yang makan kata sedap. Siap tanya cara buat lagi. Tima kasih gak pada pakcik yang suruh i up kan sikit tahap kemanisan jelly ni. Emm... pakcik tak takut kecing manis eeh..


Konlusinya... pada aku jelly ni tak memenuhi citarasa tekak aku lagi. Aku nak yang betul-betul rasa air kelapanya.. Yang jadi kali ni, lebih kurang sama yang biasa dijual tu je...

2 comments:

  1. wahhh...sedap2..rindunye air kelapa...
    hehe...dpt bygkn sedapnye coconut jelly yg sejuk menyentuh tekak..huhu..

    ReplyDelete
  2. Sana tak de air kelapa eeh long... lupa lak nak survey ritu... Emm... memang best long. Abah along kalau jumpa beli berbekas-bekas... Mama pandai buat.

    ReplyDelete