Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA

6HB NOVEMBER 2011 - AHAD






Salam aidiladha buat semua umat-umat islam yang sudi singgah membaca blog Ayg ni dan tidak lupa juga buat semua umat-umat islam di seluruh Malaysia dan di mana jua kalian berada. Dikesempatan ini Ayg ingin memohon kemaafan andai ada kesalahan yang dilakukan.

Tahniah juga kepada semua umat-umat islam yang terpilih menjadi tetamu Allah tahun ni. Selamat berwukuf dan moga dapat menyempurnakan rukun-rukun haji sesempurna mungkin dan pulang dengan haji mabrur.

Tiap kali ketibaan 9 Zulhijjah akan mengingatkan Ayg saat-saat indah berada di sana. Masih terbayang-bayang berwukuf, melontar, tawaf, saie dan bertahlul.. kenangan terindah yang tidak mungkin dilupakan... :-)

TAHAP MALAS BERBLOG...

29HB OKTOBER 2011 - SABTU


Banyak kali dah bukak blog nak update tapi entah le.. Cam tak de perasaan je. Habis-habis Ayg cuma baca blog-blog yang selalu Ayg follow je. Tu pun tak de nak komen. Ikut ati nak je tapi tak berkesempatan dan kekadang menaip macam nak rak komen tapi sangkut bila nak send.

Now, keje memang tengah tahap max dengan claim, tender etc. Balik pun bila ada tender ni, tangkap jam 1-4am. Esok keje macam biasa gak. Tapi kekadang bos baik ati, dapat 1/2 leave petangnya. kekadang tak leh cuti gak sebab ada tugasan lain kena diselesaikan segera.

A few week ago memang rasa really max. Rationalise rate & claim projek kat Maran betul-betul menguji tahap kesabaran. Repeating work sampai Ayg rasa nak termuntah. Ini le 1st time selama 13 tahun ni, Ayg buat claim kena tukar berkali-kali sebabkan pertukaran kehendak oleh pihak consultant & client. Rasanya dekat 10 rim dah paper habis. jap nak 7 copy pas tu tukar & BQ yang tak dituntut pun kena print gak. Jangan tak caya. Pelik tapi benar.. Projek ni le. hehehehe...

Tadi minah Egypt tu skype.. Dah merungut nape mak Ayg dia ni tak update blog. Dah banyak kali bukak tapi dok bende yang sama je. Emm... Jawapan dia " tak de mood le Long, banyak pada membaca buku-buku ilmiah unuk menambah ilmu didada dan masa tidak mengizinkan."

Hari ni, ku kuatkan semangat untuk update blog ni sikit demi mu Along walaupun sebenarnya berlambak-lambak citer yang nak dimasukkan. Minah ni gak le yang memesongkan tujuan asal Ayg buat blog ni, dari hanya ingin menceritakan aktiviti pengembaraan Ayg menjelajah bumi Allah ni kepada aktiviti kehidupan harian BIN ABDUL JABBAR. Just untuk bagi cucu kesayangan my mom ni dapat rasa dekat dengan we all walaupun jarak beribu batu... :-)


Thursday, September 1, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDI FITRI..

30HB OGOS 2011 - SELASA (1 SYAWAL)





Dikesempatan ini Ayang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua saudara-saudara seislam yang sudi singgah dan membaca blog Ayang ini. Selamat bercuti pula kepada semua kekawan yang beragama lain yang turut sudi membaca blog ini. Moga persahabatan yang terjalin akan berkekalan hendaknya...

Monday, August 15, 2011

KUNING - RANGGUP & MANIS. CE TEKA BUAH APAKAH INI?..

4HB OGOS 2011 - RABU (4 RAMADHAN)




Kuning sungguh dalam gambar ni..
Tak edit apa-apa pun..



Sapa pandai.. cuba teka buah apakah ini... Ce teka ce teka... hehehehe...

Ok, Ayang bagi clue sikit eeh.. ranggup, manis and kelat-kelat sikit bagi yang tak cukup masak/ranum. Ada gak warna merah but buahnya panjang sikit dan biasa orang makan waktu berbuka puasa.. Emm... clean & clear dan bagi hint, kalau tak dapat gak jawap, tak tau la.

Jawapannya = Kurma Segar (Fresh Date) aka Tamar

Buah ni menjadi kegemaran aku sekeluarga. Baik ahli yang kecik mahu pun yang dewasa. Semua suka sangat buah ni. Datang je ramadhan, ting ting ting... fresh date.. berkilo-kilo diborong.. Bukan takat yang fresh ni je, yang biasa kita dok makan tu pun sama gak. Kegemaran semua. Stok sentiasa ada kat umah sepanjang tahun.



RM10/250g - di Pasar Ramadhan Bandar Tun Razak


Aku if dapat buah ni, tak makan bende lain pun tak pe dah.. Ni tengah menaip N3 ni pun, aku dok menghayati kesedapan buah ni.. Emm.. sedap sungguh.. Nak makan meh le..

Ramai gak orang cina, india yang beli buah ni. Mungkin yang tahu kesedapan dia kot atau nak bagi ke orang. Entah le. Aku tengok dia orang pun borong sakan.

Nak kena cari stok baru ni... Stok kat umah dah tinggal tangkai je...

Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK...

31HB JULAI 2011 - AHAD


Pejam celik, pejam celik bulan barakah ni muncul kembali.. Syukur sesangat kerana masih di beri peluang oleh yang Esa untuk merasai nikmat, menghayati, merasai ramadhan tahun ni.. Moga ramadhan tahun ini, menjadi titik tolak perubahan kepada yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu bagi diri ini dan kita semua...




Di kesempatan ini, ku ingin memohon kemaafan andai ada kata-kata mahu pun bahasa, tulis dan sebagainya yang menguris hati atau tidak berapa selesa bagi semua pembaca yang singgah ke blog ku ini. Halalkan makan minum bagi yang pernah berjumpa dan sebagainya..


Moga kita dapat memenuhi masa-masa yang singkat ni (30 hari je) dengan sebaik-baik ibadat dan diterima hendaknya..

Hayatilah ia sepenuhnya seolah-olah ini ramadhan terakhir bagi kita kerana tahun depan belum tentu lagi kita dapat bersamanya lagi....

Terima lah lagu ni khas untuk pembaca semua....

Saturday, July 30, 2011

TAMAT SUDAH AKTIVITI GYM...

27HB JULAI 2011 - RABU


Hari ni maka berakhirlah aktiviti ulang alik aku ke gym. Masa yang ditunggu-tunggu tiba kini.. Fuhhh lega & selamat rasanya. Hehehehehe..


Untuk Kenangan..


Actually, aku ni dah tak larat bebonar nak ke gym ni. Bukan malas sebab apa. Salah satu tak de geng dan antara sebab lain, masa kita berkobar-kobar nak pi tu, mesti je ada halangan. Kena siapkan keje opis yang tak pernah habis la, buat keje orang le, ada tender la dan lain-lain yang sewaktu dengannya..


Dah 7 bulan gak le aku dok ulang dalam 3 kali (min) sebulan gi mandi sauna je. Gi pun sebab terpaksa, dah bayau. Kata nak lari2 or guna others equipment tu tidak le. Ada le sebab maka terjadinya keadaan begitu.. hehehehe..



Tinggal Kenangan Kini


So, start bulan lapan ni aku save RM185/months. Leh le buat bayau duit tol. Dah tiap-tiap minggu balik Tepen, fulus fulus fulus...

Maka no more aktiviti gym yang telah ku lalui selama hampir 1 tahun 6 bulan... Kira betul2 gi tak sampai pun 3 bulan penuh... pembaziran yang teramat.. :-(

Tuesday, July 12, 2011

TENSION... SO TRUE..

5HB JULAI - SELASA


The momoent U are in Tension
U will lose ur Attention
Then U will feel Irritation
Then U will spoil personal Relation
Ultimately, U won't get Co-Operation
Then U will make things Complication
Then ur blood pressure may raise Caution

And U may have to take Medication
Instead, understand the Situation
And try to think about the Solution
Many problems will be solved by Discussion
This will work out better in your Profession
Don't think it's my free Suggestion
It's only for ur Prevention
If U understand my Intention
U WILL NEVER COME AGAIN TO TENSION.....


Actually, saja type N3 ni.. lately ni, i not in "mood" untuk berN3 N3 ni.. Buka blog baca apa patut blog-blog member & tutup..

Emm.. Ni bulan Han2 (untuk orang cina). Banyak la Han2-Han2 lahir bulan ni yek.. hehehehe... Mungkin salah satu Han2 tu le kot yang membuatkan aku tak de mood bebonar nak berblog lately ni... muahahaha...

Saturday, July 2, 2011

PESANAN DR SHEIKH ABDUL RAHMAN AL SUDAIS

4HB JULAI - ISNIN


Bila tengok je muka imam ni, automatik tergiang-giang lemak merdu suaranya membaca surah Ar-Rahman dengan penuh penghayatan hingga menitiskan airmata majoriti makmum-makmum solat Isyak yang berada di dalam Masjidil Haram 11 tahun yang lalu dan aku adalah salah sorang yang tidak mampu mengawal airmata apabila mendengar ayat-ayat suci itu dibacakan.

Pada aku if di saat itu, ada yang tak menangis memang keras le sungguh atinya. Bacaan yang ditekan pada ayat-ayat penting sungguh menusuk kalbu tak kira kaum wanita atau lelaki ketika itu.





Bukan itu je.. selang beberapa hari, aku amat bertuah kerana dapat melihat wajahnya dari jarak yang amat dekat apabila dia melangkah masuk ke dalam masjid melalui pintu King Aziz 1. Dia dikawal rapi oleh anggota polis. Bersih dan sungguh menenangkan wajah imam ni.

Yang kelakarnya, masa tu aku tak tau nama imam ni, so yo yo je aku tanya nama dia in arab (macam boleh sangat bahasa arab kononnya) kat polis pengiring tu. Sambil jalan aku dok tanya so tak berapa nak dengar sebab dia orang jalan laju, so aku dok ulang ayat yang sama.. Polis tu pun jawap Abdul Rahman .. Aku tanya lagi, polis tu pun jawap ibni .... Aku tanya lagi, dia jawap ibni ... Aku tanya lagi & dia jawap ibni ...






Bila aku tanya lagi dia tak mau layan dah.. hahahaha padan muka. Actually aku ni tak berapa nak faham yang betulnya. Tip kali aku tanya, nama lain-lain yang dia bagi. So, aku ingat dia yang tak faham solan aku tu, rupanya dia dah bagi tau all the keturunan Imam ni.. ibni... ibni... ibni.... sampai dia pun tak tau nak jawap apa lagi.. hehehehe..





Masa dia datang ke Malaysia baru-baru ni, dia ada berpesan bahawa kita semua berkewajipan terhadap perlaksanaan al-quran dan sunnah dengan menggariskan beberapa perkara berikut mengenai Al-Quran :
  • Beriman sepenuhnya akan kandungan al-quran
  • Bersungguh-sungguh membacanya sepanjang masa, tidak pada masa atau musim tertentu kerana membaca al-quran itu dianggap perniagaan yang tidak akan rugi.
  • Menghafal kandungan al-quran sejauh mana yang mampu dihafal.
  • Merenungi makna al-quran (tadabbur) supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan.
  • Diterjemahkan kandungan al-quran dalam kehidupan.
  • Berakhlak dengan akhlak al-quran iaitu dengan melakukan apa yang disuruh dan ditinggalkan apa yang dilarang oleh islam, DAN
  • Sebarang pemasalahan yang timbul, penyelesaiannya hendaklah di rujuk kepada al-quran.
Thank to the translator yang mengantor email ni.





Kesimpulannya yang aku dapat buat daripada pesanan imam ni, Al-Quran adalah rujukan yang terbaik lagi lengkap dan jika kita berpegang dan berpandukan segala tuntutan yang terdapat di dalamnya, InsyaAllah akan baiklah hidup kita dunia akhirat..

Tuesday, May 31, 2011

ONLY CAT... NO CATS-CATS... HEHEHEHE..

22HB MEI 2011 - AHAD


Bila terbaca tentang orang makan kucing kat China and siap masak idup-idup, dalam blog Laila Kesandra, tetiba teringat lak kat kucing angkat my mom ni... Tengok je muka dia teringat kat gambar-gambar dalam blog dak Laila ni. Tergamak manusia ni eeh.. Kejam sampai cam mana pun tak tau nak cakap..



Emm.. aku rasa kucing ni bertuah. Dia datang tanpa di undang. Kecik lagi masa tu. Memandangkan my mom ni memang pemurah sesangat, bila kucing ni dok ngan poyo je tengok my mom, ala-ala minta simpati gitu.. my mom pun bagi le makan.. Lama-lama dah tak pi mana dah. Dengan sendirinya dia anggap my mom tu mak angkat dia.. hahahahaha..




Nak buang, tak tergamak lak. Dia suka sangat buat muka kesian. Lagi pun special cikit minah ni. Dia tak akan makan apa-apa benda yang tak masak, ikan ke apa ke mesti kena masak dulu. If tak masak, dia buat dekkkkkkkk je. Sanggup berlapar tu.


Lagi satu, dia akan hanya masuk umah bila lapar je. Bila masuk & bunyi-bunyi tu tanda lapau bebonar le tu. Pas makan akan terus kuar le balik. Bukan tu je, lauk pauk atas meja if terbukak pun, sebesar ikan joz kita letak pun dia tak akan naik atas meja. Apa yang dihidangkan, itu yang dia makan.. Baik kan dia..




If dia jumpa binatang-binatang cam tikus ke, lipas ke apa ke, dia akan bunuh dan tinggal je. Dia tak akan makan jugak.

Kekadang my mom (bila balik dari outstation) kelam kabut masak untuk minah ni je bila tak de makanan lain. Selalunya dia makan makanan kucing beli kat supermarket tu je.



Lupa nak bagi tau, tak lama lagi my mom akan dapat cucu angkat.. heheheheh.. Minah ni ada affair ngan foreigner (kucing parsi ke siam tak pasti). Anak dia sure cun punya. Now dok pregnant le tu..

Pas bersalin mungkin terpaksa carikan dia mak angkat baru kot. My mom selalu tak de umah. Payah nak jaga makan minum dia. So pada terseksa baik kita bagi keluarga baru kan kan kan...