Showing posts with label Hak Milik. Show all posts
Showing posts with label Hak Milik. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

PENSIL BUKAN SEBARANG PENSIL..

5HB SEPTEMBER 2012 - RABU


Banyak tak? hehehehe... antara my collection juga ni. Dulu dah ditunjukkan koleksi FM kan. Selain dari FM tu.. Ini le yang suka ku kumpul.. Pensil Kayu..




Ni bukan sebarang pensil tau.. Pensil ni semua dari hotel-hotel seluruh Malaya dan ada la jugak pensil dari hotel-hotel luar negara. Yang bestnya.. kebanyakkannya bukan le yang makcik pi tidoq kat sana.. A few je.. Lelain tu semua kekawan yang sememangnya mengetahui akan hobi ku ini, akan membawa pulang ole-ole ni. If nak harapkan makcik ni.. memang tak akan dapat banyak gini la. 

Tak dinafikan makcik banyak gak le terjah negara-negara luar dan dalam bumi Malaya ni, tapi pepaham je la.. backpacker.. Hotel tak de cap yang kita dok. Mana nak ada pensil kan kan kan.. ;-(

Pensil ni semua for display only.. memang tak dibenarkan untuk diguna pakai. Sayang u... 
Nape makcik suka pensil ni?
Macam mana datangnya hobi ni?


Citer gini.. Hobi bermula bila housemate makcik dulu memang pengumpul pensil ni. Teacher - makcik panggil dia. Masa tu makcik dapat je pensil, akan bagi ke dia. Dia akan asah sampai pensil tu tajam-tajam dan simpan.  Lelama makcik berpindah umah. Tiap pensil yang dapat dok kumpul-kumpul la nak bagi ke ex housemate makcik tu, tapi tak jumpa-jumpa.. Maka jadilah ia koleksi peribadi makcik lak.. Di situlah bermulanya hobi ku ini...hahaha...

Yang betulnya pensil hotel ni cantik, bermacam bentuk dan warna. Ada yang bulat, tiga segi, enam segi dan jarang-jarang jumpa empat segi. Warna pun boleh tahan le. Ada le sebatang dua extra pelik sikit warna dia. Tapi kebanyakkannya standard color cam dalam gambar.



Antara orang yang paling banyak menyumbang adalah my beloved brother, Abdul Razak, my best freind aka our company accountant, Seok Leng & arwah ZJ0407. Tima kacih eeh..

So, pas ni sesapa yang gi menginap kat memana-mana hotel tu inga-ingat le kat makcik eeh. Boleh le makcik tambahkan lagi koleksi pensil ni.. hehehehe..


Thursday, May 3, 2012

MY COLLECTION

 30 APRIL 2012 - ISNIN



Ramai dah yang dok tanya apa yang makcik suka sangat kumpul. Dok travel rata-rata tu, apa yang makcik bawak balik untuk kenang-kenangan.. Jawapannya  adalah .........
.
.
.
.
.
.


"FM"
.
.
.

.


FRIDGE MAGNET


Antara Koleksi Ku


Bende yang pertama makcik cari tiap kali sampai ke mana-mana negara yang makcik lawati. If tak dapat rasa macam tak lengkap.. Entah le nape, may be, comei kot bende ni. Apa yang makcik pasti, memang dari kocek lagi berkenan sesangat ngan  magnet ni.. hehehe


Koleksi Dalam Negara


Asalnya koleksi ni dok melekat kat peti sejuk. 1 side local, 1side international & 1 side lagi apa-apa je. Tapi bila lekat kat peti ais ni, dah penuh bebonar.. Bila dah meriah tu.. faham-faham je la kan.. Ramai le kenik- kenik kat umah tu yang berminat ni.. Ada yang tak berapa nak sampai tu, siap kait lagi. Yang tu paling makcik tak leh tahan tu.. ;-)



Koleksi Luar Negara

Ada gak yang dah "mekar" benar kot, luruh sendiri. Lengkang magnetnya. Panas kot dok kat peti tu. Cedih makcik if yang berderai tu tangkap harga puluhan RM.

Koleksi makcik ni, ada gak yang diberi oleh teman-teman dan ahli keluarga yang tahu akan kegemaran ku ini. So, depa pi mana pun, salah satu yang akan makcik terima adalah FM.

Bukan takat makcik je, semua ahli keluarga ada koleksi masing-masing kat umah. Sampai abang makcik bersusah payah buat plate besi tu khas untuk gantung kat dinding ni. Atas permintaan makcik, adik kesayangannya, all tertunai.. ;-)

Ni di antaranya la.. banyak lagi.. dan next next N3 if rajin, makcik tunjukkan koleksi lain selain FM ni k.. Tungggggggggggggggguuuu....

Monday, December 12, 2011

12 DEC 2011.. (+ )SINI ( - )SANA

12 Disember 2011 - ISNIN


YESRTERDAY is HISTORY...

TOMMORROW is a MYSTERY..

TODAY is a GIFT...

THAT'S WHY IT'S CALLED THE PRESENT..







Wednesday, August 10, 2011

TEPON OoooooHHHH TEPON...

2HB OGOS 2011 - SELASA (2 Ramadhan)


Pesal le masa-masa ni nak tunjuk perasaan sangat. Ce sabar cikit.. Sikit-sikit buat hal. Dok tak dok buat hal..Tension sungguh.. Kita layan dia sikit punya baik. Tak pernah kasar-kasar pun. Kekadang terjatuh tu nak buat cam na kan. Tak sengaja. Maap je boleh di pinta. Actually, bila dia jatuh, ngan aku-aku sekali berderau.. Kang buat mogok ke sakit ke, cedera ke, sapa yang susah... Poket makcik gakkkkkkkkkkkk...


Gambar Handphone takde,
ganti gambar ayam pun jadi la...


Aku bercerita ni tentang Handphone cap Chicken aku ni.. Geram sungguh.. Betul-betul menguji kesabaran di bulan ramadhan ni. Suka sangat "hang" lately ni. Tak pasal pasal nak "hang" and suka hati dia je cutt off line. Time-time urgent lak tu selalu jadi.

Ya pun nak mogok, tengok le time sikit kan. Time-time nak raya ni, poket tak berapa nak kembung. Banyak saluran nak dialirkan.. zakat, duit raya family & kekawan, nak buat kuih raya dan all yang sewaktu dengan nya.. Semua tu perlu kan fulus. Ribu raban tu.. So, no budget for new HP aka HP raya.. Tak termasuk dalam senarai langsung dan tak terpikir langsung.

Tak dinafikan le, sejak dia tak berbaju ni, bila jatuh tu, tekanan dalaman mesti kuatkan. Mesti otak dia bergegau. Almaklumlah, dalam kete kita riba dia, kuar kete, dia terhempas di simen konkrit.. Sakittttttttttt tu... So kesan yang tinggal, makin hari makin bengong jadinya. Ala-ala nak nyanyuk gitu..


Ishhh pesal dating depan aku ni..
malu arrr ...kata itik sekor tu..
Hehehe...


Sekali pikir nak je ku tangkap yang baru.. Tu bila yang "bertanduk" datang le.. Tapi bila dua kali pikir.. Sabau Ayang sabau.. Boleh lagi dok berikan perkhidmatan tu, guna je la. Mana ngko nak cekau duit banyak-banyak.. Takkan nak "cut budget" duit raya anak buah kot.. Sian dia orang.. kan kan kan...

Emmm... pesal le birthday aku lambat sangat, if tak leh kenen Hakim & the geng..
Tak pe... kite cuba.. kite cuba...


To Hakim my lovely nephew :

"Akimmmmmmmmmmmm... Mak Yang nak handphone baruuuuuuuuuuuuuu... nak handphone baru.. nak handphone baru... Cap itik pun tak pe... Hadiah birthday Mak Yang.. Bagi cepat cikit je.... boleh la.. boleh la... boleh la... hehehehehe... "


To Tina my lovely niece :

"Tina, join le Hakim beli hadiah Mak Yang tu eeh.. Ur birthday coming soonnnn.. soonnn... sooon.. sooonnn... u know what i mean... hehehehe "


To all Anak-anak Buah yang lain tu yang sentiasa dihatiku:

" Join la join la join la........... hahahahaha"



Akhir kata dari Mak Yang mu yang Sweet lagi Cute ni...

"Tak Rugi invest ngan Mak Yang... kan kan kan.. Pulangan pasti lumayan gitu..
Kuang.. kuang... kuang... "


----Sowi gambar handphone tak leh nak tangkap, kameranya kat handhone.. ----

Wednesday, June 1, 2011

MATA BARU YANG BERBINGKAI AKHIRNYA...

28HB MEI 2011 - SABTU


A few days b4 aku ada citer pasal coromin mata ku yang antik tu dan secara tidak langsung menyubangkan tahap sakit kepala yang teramat dan seperti gak yang dijangkakan sah sah le nak naik lagi kuasa aka powernya hari ni... Gila kuasa rupanya spek ku ni.. Tension makcik...

4 orang sekali gus gi buat spek hari ni. Syok cina kedai tu. Pilih punya pilih dan setelah penat memilih.. akhirnya perunding imej aku pun berkonan le akan frame ni (half frame) dan sesuai le katanya ngan muka aku yang comei ni... heheheehe.. Tang comei tu aku yang tambah.. Kuang..kuang..kuang...



Proses Memilih


Aku memang tak leh nak komen apa-apa la sebab bila buka je spek everything jadi blur le pada aku. So, i cannot imagin le muka ku ngan spek baru tu.. Tengok cermin pun lebih baik tak tengok. Tak berapa nak nampak. Kena tunggu boh power baru le clean & clear semuanya.. bak kata P Ramle... Dunia ni ana yang punya... hahahaha



Yang Terpilih Akhirnya


Debar gak yang betulnya sebab dah lama dok pakai frameless je.. takut namak pelik lak. Esok after 2pm dah boleh ambik. It cost me tak sampai Rm 400 after less sebab ada offer (51% for frame only) and extra diskaun coz buat 4 sekali. Syukur. Yang murah-murah je. Niat nak yang coromin leh tukar kaler tu tapi perunding image tak luluskan.. If tak tangkap RM1K gak le jadinya..



Both my sis. Yang depan ni le my perunding image


Kat KL aku buat coromin je dah tangkap rm480++. Bila dah murah buat spek baru ni, gatal gak ati ni dok try-try sun glasses. Nak buat yang ada power. Senang nak drive. Nasib yang "bertanduk" dok cucuk-cucuk tu dapat ditepis hasutannya. So selamat le poket aku... muahahaha...



Yang Belakang aku punya & yang purple ni
my perunding image punya


P/s - Along cantik tak my new coromin mata...
????? Cantik la.. cantik la... Inn, makcik ketot dan yang lain-lain kata cun.. Malu le nak boh muka with cormin baru.. Along tengok bingkainya dah le eeh..

Tuesday, May 31, 2011

MY 1ST LAPPY

26HB MEI 2011 - KHAMIS


Finally after 37years, aku memiliki my own lappy... hehehehe.. Dasat sungguh no.. Orang lain ada yang umuq 7 tahun pun dah ada laptop sendiri, aku ni baru nak dapat. Kesian kesian..

Aku tak kisah. Dulu tu bukan tak mau beli but bukan keperluan sangat pun masa tu. Duit leh pakai untuk bende lain. Actually dari last year nak beli coz aku nak dengar bacaan ayat-ayat Al-Quran melalui komputer (aku dah beli lama bebonar software tu) & i need DVD burner so senang aku nak burn all the video yang aku ambik sepanjang trip aku. Tak de le menyusahkan my bil lagi next time untuk tolong burnkan.

Sebelum ni ada laptop my freind aka makcik istana kayangan bagi. Leh le aku pakai software tu but no DVD burner je. Itu le yang aku pakai selama hari ni.



Aku beli ni kat Low Yatt & beli 2 biji. I for my bro & 1 for me. Each harga RM 2.5k. Mintak kurang lagi 10 hinggit pun dia tak bagi. Katany new model, harga tak jatuh lagi. Aku pilih putih dari 3 color (putih, coklat & merah). Dapat le free lapan barang cap ayam.. mouse pad, mouse, keyboard protector etc. Jadi la kan daripada tak dapat langsung.

So, pas ni leh le berinternet sakan kat umah pun & leh le i update blog untuk pengembaraan aku selama hari ni.. Itu le tujuan asal buat blog tapi satu pun tak masuk lagi. Gambar je tangkap ribu-ribu keping. Tak de masa nak pilih.





p/s - Along.. Ni le my new lappy... Nak pinjam meh le cini... hehehehee

Monday, May 23, 2011

MEMANG WAJIB DI TUKAU DAH...

23HB MEI 2011 - ISNIN


Sejak 2, 3 ari lepas kepala rasa berat sesangat especially area mata. Aku dah dapat agak dah if rasa cam ni. Biasa kena. If tangkap 2 -3 hari tak hilang tu, petanda ada yang perlu dinaikkan "kuasa"nya.

Cedih sungguh. Cam baru je aku naikkan but now mintak lagi. Mintak turun kuasa tak de pulak. Emm... nak buat camna kan. Tanpa dia aku memang tak leh gerak. Ini baru Allah tarik cikit je nikmat yang diberi walaupun diberi lak alternative lain untuk menikmati semula nikmat tersebut. Tu pun masih nak bersunggut aku ni. Teruk tul.

Actuall aku bercakap tentang mata ke-2 ku ini. Cam baru je buat tetiba now start macam nak kena naikkan power lagi. Tiap-tiap hari rasa sakit keliling mata and kekadang sampai rasa cam nak ambik campak je. Tak selesa.




Weekend ni mesti kena buat gak. Kritikal ni. Dah ajak my sis balik Tepen. Buat kat sana murah cikit dan my sis ni merangkap my perunding image. So, baik gi ngan dia senang. Dia pilih and aku bayau je.. hehehehe..




Kali ini aku kena dah tukau frame sekali. Spek yang aku pakai ni, if ikut umur dah leh ambik UPSR dah tahun depan. Frameless. Selama hari ni, aku tukau cermin je. Tahan betul.

Tiap kali nak gi buat cermin, mesti taukeh kedai tu suruh jual coz frame aku ni jenis elok sesangat dan cermin payah pecah walaupun terkepak - cara skru tu pegang cermin tersebut (Cina kedai tu le cakap tapi tak di nafikan le.. Sepanjang aku pakai sekali je pecah. Masa 1st buat. Tu pun sebab aku terduduk atas spek masa tahiyat akhir.. hehehehe..)


Aku jenis tak kisah pun dan bukan jenis fesyen-fesyen ni. Janji leh pakai dan selesa but kali ni kena buat back up la. Spek ni leh simpan bila emergency. Dah uzur bebonar. Sebelum ni ada gak buat spek yang berframe c/w sun glasses but aku selesa yang lama gak. So, maintain till now.