Tuesday, January 5, 2010

TERTINGGAL KUNCI

10HB DISEMBER 2010


Balik awal dari opis ngan niat nak rehat kan diri ku yang memang dah terlalu letih terkejau-kejau nak siapkan keje kat opis. Siap gi pasau malam tu beli makan dan lain-lain. Kira nak makan tido je la.

Sampai depan pintu umah, cari kunci tak de. Puas aku cari merata tempat. Dalam kete, dalam beg, call opis dan macam-macam lagi. Ati rasa kunci cam ada dalam umah je. Housemate lak, dah ke Terengganu.

So, tak de cara lain melainkan pecahkan pintu umah tu je. Tu pun dia my housemate bila aku call inform dia. Nasib ada sorang budak lelaki yang nak menolong. Mangga diketuk, pas tu tombol pintu lak, aku dah memang tak bermaya sesangat nak ke mana-mana. Dah dekat nak masuk waktu maghrib, asar pun aku belum sembahyang lagi.

Tiada pilihan lain. Aku upah adik tu gi beli tombol dan pasang balik. Nasib la dia memang selalu dok buat kerje tu pun. Part time dia. Senang sikit. Aku tak pandai sangat selok belok kawasan aku dok ni. Mana la tau nak cari kat mana tombol tu semua.

Berpeluh basah gak la dia nak pasang balik. Sambil dia dok pasang tu, aku pun sembang-sembang. Budak Tahfiz rupanya. Dah 7 juzuk dia hafal. Patut la masa dia tengok aku sembahyang, dia tak masuk umah. Buat part time sebab nak kumpul duit untuk belanja kawin. Bagus bagus....

Bila ditanya ubah, dia kata ikut suka aku nak bagi berapa. Memandangkan dia baik dan dah letih sesangat, aku pun bagi la amount yang agak besar. Terkejut badak dia.

Actually, aku tak tau la nak bagi berapa tapi aku tanya gak cukup ke amout yang aku bagi tu. "Lebih pada cukup kak.. " laju je dia jawap sambil tersenyum riang...

Tak pe la bayau lebih sikit. Janji aku tak le susah nak gi cari orang upah pasang dan lain-lain. Silap-silap dia orang charge lagi mahal kot.... Tu la Life in KL.

No comments:

Post a Comment