Sunday, January 17, 2010

"HIGH CLASS" BABY SEATER

16hb JANUARI 2010


Seawal pagi hari ni, aku telah secara rasminya ditauliahkan sebagai baby seater (high class pun tau, sebab didatangkan khas dari KL tu). Emm... today my sis kak Long, Anjang & family, kak Chik & hubby, abang Jak and my lovely mom akan ke Baling, Kedah.


Ahli-ahli rombongan ni ingin mencuba atau lebih tepat lagi.. berikhtiar untuk mengubati dan membetulkan urat saraf yang dah lari dari kedudukan asal tu. Yang menyebabkan kesakitan pada bahagian kaki hingga sukar untuk bergerak.


Aku ditugaskan untuk menjaga anak buah aku. Saja tak bagi mak dia orang bawak. Buat letih bebudak tu je. Jauh tu nak gi Baling. Baik aku handle. Apa-apa pun yang bestnye, semua ahli rombongan pakat bagi RM50 sorang kat aku. Makcik kayo.. Makcik kayo... Hahahaa.... Duit tu digunakan untuk bayaran masuk and belanja makan bebdudak tu. Enjoy katak kita orang.. hehehehe...


So, apalagi... seperti yang dijanjikan.. Aktiviti ke Zoo Taiping dimulakan. Gi petang kang hujan lak. Jadual dipercepatkan sebab ahli terkecil yang ditinggalkan tu leh menangis lak, tak mau ikut aku sebab mak abah dia dah siap lawa dah. Aku yakin dia nagis jap je. So, aku berkeras nak bawak gak. Naik kete (macam sardin) jalan tak sampai 300m. Emm.. senyap terus. Tengok la sapa yang handle.. sure diam punya... hehehehe..



Ahli-ahli Rombongan Cik Kiah


Masa aku beli tiket cakap 1 dewasa, 4 kanak-kanak and 4 bawah umur, pakcik tu pun terkejut. "I je dewasa, 8 budak.. Ramai tu.. Anak ke ? Leh kawal ke karang" (sambil tengok kat bebudak tu). Aku selamba je cakap "Ok tak de masalah, selalu dah buat rombongan Cik Kiah ni.. Anak buah semua " (sambil tersenyum). Dalam ati terbayang mak aku dulu cam ni kot. Lagi ramai 11 orang tu. Cam na eek..




Permulaan Perjalanan - Naik Train


Memandangakan harga tiket dah dinaikkan, perkhidmatan train dalam zoo tu disediakan percuma. Dulu kena bayar sebab harga tiket murah. Aku tak kisah sangat harga tiket ni.. secara tak langsung kita menderma untuk binatang-binatang dalam zoo tu gak. Duit tu untuk beli makanan binatang-binatang kat sana. Bukan sikit dia orang makan tiap hari.


First, kita orang naik train la tengok semua kawasan yang merangkumi sejauh 2.5km. Sepanjang jalan pemandu tu akan bagi tau la apa binatang yang ada dalam kandang-kandang tu. Best pepagi ni sebab leh tengok pekerja zoo bagi makan binatang jagaan dia orang. Sepanjang jalan tu gak la si minah kecik ni (Idad) tak la berapa nak senyum. Buat muka selamba je. Til la pit stop terakhir near kawasan gajah. Baru la dia ceria cikit.




Pit Stop Terakhir - Kandang Gajah

Sebelum memulakan lawatan berjalan kaki lak, aku pun bagi la dia orang menjamu selera ngan bekalan yang di bawa. Buat susu pada minah kecik 2 orang ni. Bukan apa.. jauh nak jalan karang, bagi tenaga sikit. Kira cam charge bateri la... hahaha.. so ni la yang antara gambor-gambo yang dapat di snap lebih kurang.




"Saya" @ Abang @ Akil berlatarkan Buaya Kerdil


Si Akil @ "Saya" (4 tahun) ni aku suka sangat kat dia. Dia sorang je dalam banyak-banyak anak buah aku yang bahasakan diri dia "saya". Bawak dia betul-betul rasa macam bawa rombongan kanak-kanak tadika. Dia galas bekas air sendiri and siap share dengan ahli-ahli yang lain tu. Gaya and cara dia cute sangat masa tu.




Berlatarkan Kandang Singa (5 ekor semuanya)


Unta (Tua sangat Gayanya) & Afirica Safari


Banyak lagi gambar yang aku snap tapi lambat la nak download semua. Masuk yang aku suke je. Punya berjalan sampai tak sedau dah kul 2.30pm. Cuaca panas terik. Bebudak pun dah tak larat dah. Lapau semua ada. Dekat-dekat ngan jalan kuar tu ada la bahagian bergambar ngan ulau (glamour tu ulau ni.. semua pakat dok tangkap gambar ngan dia.. hehehe..). 1 min siap. Sekeping RM10.00 je.



Bergambar Dengan Ular Sawa


Aku bagi la dia orang bergambar. Yang bestnye yang kecik lagi berani dari yang dah besau sikit (takut nak pegang). Aku try la bagi ekor ular tu kat minah kecik tu, selamba je dia pegang. Sikit pun tak takut or geli.


Cacing-cacing dalam perut pun dah start menyanyi lagu kerongcong. Tu tanda time makan dah tiba. Aku tanya la ngan ahli-ahli rombongan ni nak makan apa. 3 orang pilih KFC & 5 lagi pilih McD. Emm.. Payah.. Payah. Tapi untuk meng"happy"kan semua ahli rombongan, dua-dua aku beli. TESCO Taiping dituju dulu sebab kat situ ada KFC and pas tu gi sebelah dia Taiping Centrel makan McD. Anis la yang jadi tukang tunjuk jalan. Aku kurang arif sangat tempat-tempat baru ni.

Jual..! Jual..! 2 seringgit.. 2 seringgit... hehehehe... !!!!



Menyamu Selera Ngan Menu Pilihan Masing-Masing


Banyak sangat jalan kot, leh putus lak kasut si minah kecik ni (putus masa dalam zoo lagi). Perut dah kenyang, cari kasut la pulak. Payah gak, tak padan ngan kecik, kalau tak berkenan, jangan kan nak suruh cuba, sori.. tak maunya dia. Warna ke apa ke, kena ikut dia. So ni la yang menjadi pilihan hati si Iman Widad ni... Cam na la agaknya minah ni bila besau nanti eek...


Kasut Yang Berjaya Menarik Perhatian Idad


Balik umah, after rest jap.. Penat giler rasa tapi happy sangat. Emm... jalan dah, makan dah... Now time KUMON.. Hehehe.. Tu tak leh lari. Mau tak mau kena buat gak.



Tugasan sebagai "bibik" berakhir jam 11.30malam... 11.31malam, selamat..lena diulit mimpi aku.. hehehehe..



-THE END-

No comments:

Post a Comment