Tuesday, January 5, 2010

BUBUR ASYURA

1HB JANUARI 2010


Selamat tahun baru semua.. Moga tahun ni akan memberi sinar dalam idup semua...


Hari ni aktitivi membuat bubur asyura akan dijalankan seperti yang dirancangkan. Every year Bonda tak miss buat bubur asyura ni. Ni kan bulan Muharram.. Lain tempat lain caranya.. Emm.. aku apa lagi happy giler la.. Mana taknya, aku memang teringin sangat nak makan masa panas-panas gitu. Dia tak beku lagi. Telan air liur if ingat kesedapan diketika itu. Tak sabau betul nak tunggu siap.


Dalam kul 10am, operasi bermula. Cam biasa, tugasan tunggu dapur kat luar ni memang tak lain tak bukan akan dilakukan oleh abang ipar ku yang sorang ni - Abang Ishak. Bukan senang ooo.. nak jaga periuk.. Tak leh tinggal langsung dan kena sentiasa kacau. Takut berkerak dibahagian bawah kang.


Ni La Tukang Kacau - En. Ishak Kita


Dari bacuhan tersebut cair, perlu dikacau sehingga menjadi likat. Ada la sikit-sikit bahan dimasukkan cam lada itam (sori eek.. lain-lain bahan tak tau. Lada itam tu pun sebab aku nampak.. hehehehe..). Saiz periuk ditukarkan memandangkan belum apa-apa lagi dah penuh periuk tu. Segala manikam kekacang belum masuk lagi tu.. Kacang Hijau, merah, putih, kuning, bulat, panjang, bujur, jagung, keledek, pisang dan yang sewaktu dengan nya...


Permulaan Proses - Cair

Jam dah menunjukkan kul 12pm cam tu. Tukang kacau dah nak bersiap sedia untuk gi sembahyang Jumaat. Maka tinggal la aku, kak lah & bonda je untuk menyelesaikan tugasan ni. Penat oooo..


Pekat Sikit Dah...



Dah tukau Kaler - Masuk Gula Merah



Proses Mengacau Kena Lagi Serious Masa Ni. Takut Berkerak.


Finally, kul 4.00pm cam tu maka siap lah bubur asyura ni. Aku pun apa lagi cibuk-cibuk la gi ambil pinggan. Baru makan sikit, sian lak tengok abang Ishak dan kak Lah dok cepat-cepat boh dalam bekas yang banyak la sesangat. Almaklumlah rakyat jelata ramai. Maka banyak la bekas yang diperlukan untuk diagih-agihkan. Bubur ni lak cepat la sesangat membeku. Aku pun tolong sama gak masukkan dalam bekas.




Ni la Rupa Bubur Asyura Sebelum Dimasukkan Ke Dalam Bekas


Selesai semuanya.. Dah terasa penat sesangat untuk makan. Finally dah lewat petang baru teringat nak makan. Masa tu dah beku dalam 80%. Tak la panas dah... tapi tak pa.. dapat gak aku makan masa tengah "fresh" gitu.. hehehee...

No comments:

Post a Comment