Tuesday, January 5, 2010

TAHNIAH PMR 8A

24HB DISEMBER 2009



Emm... hari ni aku gumbira yang teramat sangat.. mana tidaknya... 2 orang anak buah aku berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR yang diumumkan hari ni. Memang berdebau dari semalam lagi. Tak sabar pun ada, nak tau result dia orang. Bukan aku je yang berdebau, satu famili.. Dari tok, tok wan, mak/pak saudara ke sepupu sepapat... Semua pakat dok berdebau tak tau nak cakap.

Kira both of them berjaya mencipta rekod dalam family aku la. Dapat 8A. Dia orang batch pertama la. So yang lain-lain if tak dapat malu la kan pas ni.

Seawal kul 9am, my sis yang sulung call bagi tau Afiq (anak my sis Hajrah) dapat 8A. Terkezut beruk aku. Macam tak percaya je. Mamat sorang ni, tak baca buku langsung. If balik kampung, keje dia tengok tv sampai kul 5am tiap-tiap hari. Pas tu asyik sibuk dengan robot dia je. Lagi sebulan nak exam, leh gi bertanding Cipta Robotic Peringkat Kebangsaan. (Emm.. Tapi berbaloi la dapat Naik Johan.) Yang pening mak dia. Letih membebel suruh baca buku tapi dia buat deeeeeeeeeeekkkkkk je..

Abang Afiq @ Abang Ngah


Satu rumah tumpang tension sebab otak memang bijak tapi tak mau baca buku. Bukan apa.. takut tercicir lak kang. Rugi masa depan.



Apa-apa pun, tahniah buat abang Afiq. Kira abang afiq berjaya la sambut cabaran tok eek... nak cucu sulung lelaki dapat 8A. Hope pas ni if dapat masuk sekolah asrama penuh, jangan minta nak kuar dah la cam masa UPSR dulu yek..


Jam dah hampir kul 12pm, ati dok berdebau-debau tunggu result si Nurin (anak my sis Nurul Asiah) ni. Bukan apa. Minah ni ulat buku. InsyaAllah la dapat 8A. Tapi.. tapi.. walaupun cam tu takut gak if terkucil mana-mana subject. Sian lak penat study. Result sekolah dia lambat sikit (Sekolah Sains Tun Azlan Shah). After 12pm br leh tau.


Tup tup dapat call, bonda kata Nurin dapat 8A.. Ahhhhhhhhhhhhh.. Legaaaaaaaaa rasanya. Alhamdullilah. Syukur Ya Allah...


Nurin @ Ulat Buku @ Teaddy Bear


Tahniah In, moga terus suksess.. So, lagi 2 tahun la nampaknya In kena dok sekolah tu. Mintak nak kuar ke sekolah biasa, jawapnya "NO" dari abah dia.. Walaupun dia ni "anak abah"... Hehehehe...


Buat Uda (anak my sis Aishah), tahniah jugak atas apa yang Uda perolehi. Nampaknya Uda kena usaha lebih keras lagi. Ari tu, if pulun sikit lagi je sure 8A punya. Masih belum terlambat. SPM lagi 2 tahun. Mula lah dari sekarang.

Pada anak-anak buah ku sekalian, hope kalian semua akan berusaha bersungguh-sungguh.. Malu le kalau tak dapat 8A cam abang Afig & kak In...


Buat abang Ngah Izat... Good luck next year PMR & ni cabaran ni...

No comments:

Post a Comment