Saturday, April 24, 2010

SAKIT TEKAK

21HB APRIL 2010 - RABU



Tak tau nape tetiba sakit tekak aku ni makin menjadi-jadi. Dari hari Isnin lagi. Nak telan air liur pun takut jadinya. Sakit bebenor. Malam langsung tak leh tido. Asyik dok "berkokok" je. Sampai ada peringkat yang aku letak ais kat tengkok. Dah rasa panas semacam.


Air dah bergelen aku minum. Naik letih ulang ke toilet lak pas tu. Nak gi klinik tak de masa lagi. Sibuk ngan keje-keje opis yang berlambak-lambak. So, apa yang boleh aku buat, ikut la bakal DR Al-Azhar cakap, zikir bebanyak.. hehehe..


Ni first time aku kena. Fuhh.. sakit rupanya sakit tekak ni. Nak sujud pun payah. Rasa nak tercabut segala urat-urat kat tengkok ni jam tu.


Memandangkan aku tak leh tido sesangat malam harinya, bila siang dalam kul 4.30pm cam tu aku akan jadi "mabuk" semacam. Mata langsung tak leh nak bukak. Tension giler. Cepat la baikkkkkkk, dah tak tahan dah...

No comments:

Post a Comment