Wednesday, November 18, 2009

HAPPY BIRTHDAY HAPPY BIRTHDAY HAPPY BIRTHDAY

19HB nOVEMEBER 2009
Happy birthday, happy birthday & happy birthday... To Nur Syamina Uzma @ Kak Chik (anak buah aku - 11tahun), Ismail Ab Kadir @ Abang adik (my bil) & Zaimah Zakaria @ Usu (my freind - 36tahun).. Moga ketiga-tiga insan ini mendapat kebahagiaan dunia akhirat hendaknya.
Memandangkan aku di Istana Kayangan, maka awal la bangunnye. Tetiba teringat lak nak gi breakfast kat port biasa. Teringin sesangat nak makan ubi kayu rebus. Emm... cita-cita tercapai.. Apa yang dikehendaki ada.. Tapi biasa la bila gi sana rambang mata, bukan setakat ubi rebus, roti jala pun bedal gak.. My dear freind, si makcik yang asyik dok ingat ke "nenek" tu makan Lontong.


Ubi rebus with Coconut & Sugar



Roti Jala with Kuah Durian

Lontong


Teman Breakfast


Ari ni kuar result periksa UPSR, maka seperti kebiasaannya, ramai la orang tertunggu nak tau result anak buah, anak sendiri, adik dan sebagainye. Aku tak ketinggalan... Ada dua orang anak buah aku ambik UPSR. Tahniah buat Syara Basyirah (5A) dan Anis Irdina Syakira (4A1B). Sorang happy macam nak rak sebab dpat 5A & nak fly ke Taiwan esok hari. Mak dia bawak. Yang sorang lagi sedih macam nak rak, tak makan tak minum sebab kecewa ngan result sendiri. Puas pujuk and nasihat dia. Tapi tak ok ok gak. Dia sedih sesangat sebab dia target 5A and dalam masa yang sama dia malu ngan ibu dan abah dia sebab gagal membawa pulang 5A. Perasaan budak la ni..
Aku dulu tak tahu pun bab-bab exam ni.. Mak bapak macam nak rak suruh baca buku. Aku selamba badak je. Tau tau exam je.. Punya la "jahiliah" kan kan kan... Tapi result tak le teruk sangat. Genius la gak aku ni kan... Hahahaha... Syok gak sekali sekala ditimpa "perasan" ni...
Buat kak Anis, Ingat k, perjalanan akak jauh lagi. Tak dapat 5A tak bermakna akak gagal selama-lamanya. Banyak lagi yang perlu akak tempoh. PMR nanti make sure sejarah UPSR ni tak berulang. Contohi kak long Musfirah.. Now bakal doktor. Bangun setelah kecewa mendapat (4A1B) dalam UPSR dia dulu. Mak Ayang dan yang lain akan sentiasa mendoakan kejayaan akak.
Buat Hasyer (anak my freind) tahniah gak sebab menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan dan buat kak Fiza, Tahniah yek... anak u dapat 6A (sekolah cina). Bijak bijak budak sekarang.

1 comment:

  1. Salam,

    sori sy secara xsengaja terbaca blog awak ni...coz sy tgh google nama kawan sy Zaimah Zakaria a.k.a. Usu...so..boleh tau...kwn awak Zaimah tu asal mana? kwn sy tu org pahang (sekolah clifford)...dh lama nk locate dia...cari kat fb pun xjumpa...if it happens to be kwn awak tu the same person ngan org yg sy cari...boleh share x contact details dia? thanx...(btw, nama betul sy Nida..)

    ReplyDelete