Monday, November 23, 2009

SHOPPING & BOWLING

22HB NOVEMBER 2009

Rancangan today, gi teman makcik Limah ni gi shopping langsir tingkap kat Nagoya. Selected - Nagoya Carrefour Wangsa Maju sebabnye outlet tu besar and makcik ni amat-amatlah familiar barang-barang kat situ. Seawal pagi dah memulakan operasi. Breakfast kat foodcourt sana je.


Setelah beberapa jam mencari-cari kain langsir yang dikehendaki, maka akhirnya bertemulah ngan yang berkenan di hati (lupa la nak snap gambau, sibuk memilih sangat). Dalam makcik ni dok berbincang tentang ukuran, design dan sebagainya (siap tempah jahit kat situ gak), aku pun merayau2 le kat bahagian kain ela tu. Belek punya belek, bertemu ngan yang berkenan di hati la pulak. Kain ciffon. Tangkap 1 jam lebih gak le aku dok pikir pelapik dia. Bukan apa takut silap kaler je. Aku bukannye pernah beli baju sendiri. Semua orang urusan.

Makcik Limah ni tak tahan godaan. Akhirnya dia pun beli satu gak (lupa nak ambik photo). Sama je kain ciffon cuma corak lain. Yang betulnya aku nyaris nak beli 2 pasang tapi bila tetiba je dapat tau apa yang dah dibeli tu mahal sesangat compare kat tempat lain, terus batalkan niat. Nasib tak potong lagi. Yang sepasang tu dah tak leh buat apa dah. Dah pun dipotong. Mau tak mau, kena le ambik gak.

Ni la kain yang aku beli

Habis je settle semua kerja-kerja shopping, baru terasa lapar (makcik Limah je yang lapau, aku kenyang lagi). Dalam dok jalan-jalan cari tempat makan, aku nampak la pulak kasut yang agak terberkenan di hati. Tapi tak dak yang baru la pulak. Tinggal display item je. Tapak dia "cacat" la sikit. Mintak kurang Rm2.00, tak bagi. Terus cancel, tak jadi ambik. Aksen sikit budak tu.. Bukan sebab RM2.oo tu.. yang tak jadi..

Makcik Limah makan Laksa Shake (assam laksa). Aku makan ais krim McD je sebab pagi tadi dah makan heavy (Ginger Beef Kueh Teow dalam kuali kecik lagi). Tapi betul la bak kata Makcik Limah ni, buruk benor tengok orang makan dalam kuali.. Arwah tok aku dulu, tak bagi -pantang...


Senyum simpul makan laksa


Dalam kul 5.30pm tetiba dapat sms dari My dear freind ni, dia ajak gi tengok umah dia kat Ampang lak.. Emm.. dia nak suruh aku dok sana, jaga umah dia. Aku sampai satu peringkat rasa nak menangis pun ada. Dia terlalu baik pada aku. Punya nak tolong aku macam-macam cara dia buat. "Ngko terlalu baik... Baik.. Baik sesangat.. Aku banyak terhutang budi ngan ngko sis.. Aku tak tau macam mana nak balas and nak ucap dah.." (sori nama tak leh tulis takut my dear freind tu tak happy)... Umah tu cantik sangat. Aku suka design dalam umah tu. Sayang terbiar tak berpenghuni. Nak tau dak, my dear freind ni sanggup nak renovate umah tu semata-mata nak bagi aku dok situ. Cuba banyangkan... Sampai cam tu dia sanggup buat. Cuma aku masih belum bagi jawapan walaupun dah banyak kali ditanya. Sekali pikir memang aku nak dok umah tu tapi sekali pikir, mampu ke aku jaga sebaik mungkin???? Banyak yang perlu aku fikirkan sis.. Jawapannya kemudian yek.. Offer end bila eek...? Lupa lak nak tanya..hehehehe...


Hari ni full ngan aktiviti. Pas sembahyang maghrib, aku siap-siap nak gi main bowling with my brother in law & freinds kat Endah Prade, Sri Petaling. Kita orang buat dua group. Aku vs Kak Chah (my sister) and group satu lagi 3 orang (abg mus -my bil, Teot & Zul). Best betul.. Aku main 2 game je but group lelaki main 4 game. Cuma leceh sikit kat sini, bola dia lubang jari besau sangat, susah nak pegang bola. Asyik nak terlucut je bola. Apa-apa pun my first ball, masuk longkang... Hahaha.. Aku main baling je. Tapi kira oklah kan ... aku dapat tempat ke 3 secara keseluruhannya. Tu cara aku main-main je tu. Kalau betul-betul...., tak mustahil juara... Kuang Kuang Kuang... Juara keseluruhan jatuh ke tangan En Mustafa (my bil) dan di ikuti oleh Teot. Kita jumpa next games.. I pasti juara... Tunggggggggggggggguuuuuuuuu..... tapi katogori bola paling banyak masuk longkang la.... Hihaaaaaaaaaa...

Gaya Sang Juara & Naik Juara



Gaya Maintain... Bola Masuk Longkang tu.. InsyaAllah... tak mustahil Hehehe..

Bakal Juara Next Games

Habis games, kita orang gi minum and makan di kedai berhampiran masjid tabliq Sri Petaling. Sian kat "pompom girl" yang ikut tu, semua lapau habis dah. Tak makan apa-apa lagi. Now dah dekat kul 11pm. Dalam sembang-sembang tu, my sis "sound" baiknya. Clean & Clear la boleh dikatakan.. Lawak betul.. Tak terjawap dah nampak gayanya... Kuang kuang kuang... Jawap jangan tak jawap bro... Hahahaha....

Sembang punya sembang.. Tetiba terperasaan anak buah aku yang sorang ni leh tertido kat kerusi tu.. Letih jadi pompom girl and kenyang kot.. tapi apa tidaknya, baru sedar jam dah kul 12.30am.. maka kami pun bersurai..

Acara makan-makan


My sis & My Bil - Loving Couple

Ngantuk sangat dah... siannnn...

No comments:

Post a Comment