Wednesday, August 25, 2010

Durian Oh Durian

22HB OGOS 2010 - AHAD (12 RAMADHAN)


Hari ni cuti tapi kena keje. Ada tender nak kena isi. Tension tul. Habis program aku nak gi cari barang for my mom. Actually, aku tak le kisah sangat kena keje on Sunday ni but bila aku dah plan something tetiba je terpaksa cancel, rasa tak le berapa nak happy sangat. Dah le minggu ni je aku ada time free untuk gi cari barang. Minggu-minggu sebelum & selepas ni, terpaksa balik kampung atas urusan yang perlu disettlekan sesegera mungkin..


Malam tengah aku dok siap-siap nak ke down town, tetiba dapat phone call. Suruh aku standby in 15 min. Aku pun siap & turun le ke bawah. Pesal lak tetiba ni.. Pelik gak. Rupa-rupanya my freind ni datang nak bagi aku buah durian... hehehehe.. Bestnya...






Agak besau buah ni (tapi dalam gambar ni nampak kecik la pulak). Kawan kepada kawan aku si HanTwo ni yang bagi. Siap berikat getah hujung dia. Ingat ke buah tu dah terbukak, rupanya utk tanda buah yang paling sedap..







Aku pun makan le ngan si Esah & Ebab (Housemate aku). Bila bukak tengok isi dia punya la kuning. Fuhh.. yum.. yum.. yum.. Cantik betul buah ni.. Cam orang kata la, Cantik di luar, cantik gak di dalam.. Memang best. Cuba bayangkan, sebiji ni je.. 3 orang makan pun payah nak habiskan. Mana tak nya, ulas dah le besau-besau.. Biji dia kecik je & penyet-penyet. Jenuh nak paksa diri habiskan...


Akhirnya, kita orang 3 orang dah tak leh nak makan benda lain. Kekonyangan makan durian ni.. sampai sendawa pun bau doriannnnnn......


To my dear freind HanTwo,
"Thank u ddaun keladi... Next time hantar lagi eeh... "


Doa Hari 12
Ya Allah..!! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian Qana'ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang-orang yang takut.





No comments:

Post a Comment